Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Sunday, September 11, 2016

Tarikh Pilihanraya Umum ke-14 Malaysia

Ceritanya bermula dengan desas-desus yang mengatakan bahawa PRU14 bakal di adakan pada awal tahun 2017 dan bukannya pada tahun 2018. Perkara ini dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Pembangkang dan dilaporkan dalam portal pro-pembangkang.


Mereka meramalkan PRU14 akan diadakan pada bulan Mac 2017. Ada juga yang meramalkannya akan diadakan pada bulan Julai 2017 selepas Hari Raya Aidil Fitri. Ada juga yang mengaitkannya dengan tarikh pembebasan Anwar Ibrahim yang sekarang ini bermastautin dalam Penjara Sungai Buloh setelah dihukum penjara 5 tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut pada Februari 2015. Dan Anwar mungkin akan keluar kira-kira pada pertengahan tahun 2018 jika 'berkelakuan baik'.

Yang terbaru ialah mereka juga mengaitkannya dengan parti baharu Mahathir-Muhyiddin (PPBM). Mereka berpendapat bahawa kerajaan BN akan mempercepatkan Pilihanraya Umum supaya parti PPBM tidak sempat disusun dan diperkuatkan.

MiM pula menjangkakan Tun Mahathir akan bertanding pada PRU kali ini. Kerusi Parlimen yang akan ditandingi beliau pula adalah kawasan kontroversi yang akan mengejutkan ramai pihak. He has nothing to lose.

Tetapi dalam masa yang sama, Rafizi Ramli PKR telah merasa bimbang. Rafizi bimbang parti-parti pembangkang tidak dapat menyelesaikan pelbagai perbezaan di antara mereka terutamanya pembahagian kerusi yang akan dipertandingi kelak. Beliau berkata rundingan kerusi perlu dimuktamadkan pada bulan Disember ini.

"Jika ia melepasi bulan Disember, orang ramai akan bosan dan pastinya isu seperti ini tidak akan memberi kelebihan kepada kami." kata Rafizi.

Rakyat memang sudah bosan dengan Pembangkang dan pembahagian kerusi sesama pembangkang pasti akan menimbulkan satu lagi sandiwara politik murahan pembangkang kelak. Sekarang pun sudah ada bukti-bukti kukuh yang menunjukkan pembangkang akan bertelagah sesama sendiri tentang pembahagian kerusi ini.

PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan 3 penjuru disebabkan parti-parti pembangkang tidak dapat berkompromi sesama mereka. Bukan itu sahaja, Pakatan Harapan malu besar dan ternyata memperbodoh-bodohkan rakyat apabila PKR dan DAP tidak sehaluan dan bertembung sesama sendiri di 6 kawasan DUN pada pilihanraya negeri Sarawak yang lepas.

PKR kalah di 37 kerusi DUN dan parti cauvinis DAP pula kalah di 24 kerusi DUN. Bukan itu sahaja, 10 daripada 40 calon PKR dan 7 daripada calon DAP telah hilang wang deposit mereka.

Manakala, 9 daripada 13 calon parti PAN dan 7 daripada 11 calon PAS juga hilang wang deposit mereka.

Dan dengan wujudnya satu lagi parti baharu PPBM, maka akan bertambah celaru puak pembangkang ini, ditambah dengan sikap tamak haloba parti cauvinis DAP yang tidak sanggup berkorban kerusi DUN untuk PKR hinggakan pilihanraya mengejut negeri Pulau Pinang yang dicadangkan oleh Lim Guan Eng DAP tidak dapat dilaksanakan.

MiM menjangkakan bahawa pertelingkahan dan perebutan kerusi sesama pembangkang akan berlarutan hingga ke hari penamaan calon PRU-14 nanti.

Dan kepada sesiapa yang masih mahu membuat jangkaan tentang tarikh Pilihanraya Umum ke-14, anda boleh rujuk kalendar tahun 2017 di bawah:


Sebelum ini MiM telah menulis artikel tentang kerusi-kerusi parlimen yang ditandingi oleh UMNO dan PAS yang mungkin akan turut menjadi rebutan parti Mahathir-Muhyiddin : BACA SINI



9 comments:

  1. Mmg konfem depa akan gaduh !!

    ReplyDelete
  2. P arti
    P emimpin
    B ersara
    M alaysia

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH KEPADA ATLET2 PARALYMPIC RIO!!

    HIDUP MELAYU! HIDUP MALAYSIA!

    ReplyDelete
  4. Jing RBA DAPig & puak Madey dah mampos ka???

    ReplyDelete
  5. Aku nak Khaborkan kisah sedih di ampang Jjayaselama Pakatan Rakyat @ Pakatan Harapan memerintah Selangor.

    Kini hampir dua dekad setelah menang pilihanraya,AIR diberi secara percuma kepada penduduk di negeri Selangorbila di ambil kira jumlah penggunaan
    secara purata.Namun indah khabor saja

    Masalah utama yg dihadapi sejak pemberian air secara percuma ialah, tekanan AIR akan dikurangkan pada pukul lebih kurang 11.00 malam.
    Jadi mana mana penduduk disekitar Ampang Jaya yg tinggal di Apartment, Rumah Flat,Rumah Kedai tidak akan mendapat bekalan air menjelang pukul 11.00 malam sehinggalah pukul 5.30 pagi. Kadang kadang air hanya sampai pada pukul06.00 pagi.

    Bila dirujuk pd Puspel dan Syabas,mereka menjelaskan pihak pengurusan meluluskan supaya tekanan air dikurangkan pd waktu malam drp pukul 11.00 malam keatas dan tekanan akan seperti sedia kala menjelang 05.30 pagi.Ini dapat menjimatkan perbelanjaaan dan memaksimakan keuntungan syarikat,begitulah komen pekerja syabas.

    Pihak Pengurusan Puspel,Syabas, mahupon Kerajaan negeri atau sesiapa sahaja hanya memikirkan keuntungan,airpon diberi secarab percuma.

    Tahukah Pihak Pengurusan Puspel,Syabas dan Kerajaan Selangor, air adalah keperluan asas.Tiada air sangat menyusahkan. Jangan ceritalah paip selalu bocor,tiada air kerap kali berlaku.

    Haramjaddah pukimak pihak pengurusan hanya pikir untung,apa jadi pada rakyat pergi mampuslah. YB Zuraaida, Laknatullah tak ambik berat langsung soal kawasan,sibok mengumpulkan kekayaan diridan kroni.

    Sila rujuk laporan blog dan siatan SPRM.YB Kassim lagilah seorang YB PAS yg paling takberguna, sekor lagi haramjaddah sibok jaga kepentingan sendiri, kebajikan rakyat tidak diambil peduli.
    Berlakon Alim tapi perangai serupa Iblis Syaitan. Waktu korbaan baru nampak BABI Zuraidah, BABI kasim jengok sekejap masjid.

    Celaka lah kau Zuraidah, Celaka lah Kau Kassim.
    Aku takmahu air percuma, pulihbalikbekalan air, pulih balik tekananair. Aku kerja jurujual,balik rumah pukul 11..00, macam mana nak mandi tak der air.Hari hari mandi air tong.

    Celaka pukimak sial haramjaddah YB Zuraidah,YB Kassim,Pengurusan PUSPEL dan SYABAS,semoga engkau menjadi ahli neraka kekalselamam-lamanya di dalam. Engkaau pengkhianat kpd perjuangan.

    ReplyDelete
  6. P arti
    P ecah
    B elahkan
    M elayu

    ReplyDelete
  7. TOK BOMOH DIRAJO CAKAP MACAM TU JUGAK. LAIN KALI TOK NUJUM TAK BOLIH CAKAP DAH...KITAB DAH TERBAKO DA....

    ReplyDelete
  8. DAFTAR BARU PEMILIH.
    MELAYU 49000
    CINA 115000
    BERGADOH LA KORANG. NANTI KITA MINTAK PERTOLONGAN ROHINYA, MELAYU SIAM PULAK.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.