Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, November 03, 2016

SELEPAS DIHUKUM RM200,000 , RAFIZI PKR BERBOHONG TABUR FITNAH LAGI !

Kita sudah sedia maklum bahawa Rafizi Ramli PKR telah didapati menabur fitnah jijik.


Beliau telah diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM200,000 kepada DS Mohamed Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif‎ National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan NFCorp kerana memfitnah mereka tentang pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Mohd Rafizi, yang merupakan defendan pertama.
Azizul memerintahkan Mohd Rafizi membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada syarikatnya. Mahkamah turut memerintahkan Mohd Rafizi membayar kos sebanyak RM100,000 kepada plaintif (Mohamad Salleh dan NFCorp).
Azizul juga berkata tiada sebarang bukti dana awam digunakan sebagai cagaran atau jaminan atau sebaliknya diletak dalam risiko, walaupun hujah Mohd Rafizi diterima bahawa dia hanya bermaksud dana itu yang diagihkan kepada NFCorp telah digunakan sebagai pengaruh.
"Saya mendapati kenyataan dikeluarkan Mohd Rafizi juga berbaur fitnah terhadap plaintif kedua (NFCorp), kerana ia memberi gambaran plaintif kedua menyalahgunakan hasil pendapatan daripada pinjaman kerajaan dengan membenarkan pengarah-pengarahnya meningkatkan pembiayaan dengan memanfaatkan deposit," kata hakim ini.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/rafizi-diperintah-bayar-ganti-rugi-rm200-000-1.579971
Pembohongan Rafizi Ramli PKR ini dilihat menjadi tabiat yang semakin buruk dan dilakukan berulang-kali. Malah, Rafizi Ramli juga berdepan dengan saman memfitnah DS Rosmah tentang isu cincin berlian.

Begitu juga dengan dakwaan pembohong itu yang kononnya Tabung Haji 'tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar balik semua pendeposit sekiranya mereka mengeluarkan wang sekali gus'.

Dakwaan Rafizi itu dinafikan oleh pihak Tabung Haji.
Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Johan Abdullah berkata dakwaan bahawa Tabung Haji akan mengalami defisit RM3.09 bilion, jika pendesposit mengeluarkan simpanan masing-masing, sebenarnya, kerugian tidak nyata yang tidak perlu ditolak daripada jumlah keuntungan tahun itu.
"TH tidak akan membayar bonus melainkan jika jumlah aset lebih tinggi daripada jumlah liabiliti bagi tahun berIni menunjukkan bahawa apabila TH membayar bonus, ia juga dapat memenuhi kewajipan terhadap pendeposit," katanya pada taklimat media mengenai kedudukan kewangannya di sini.
Johan berkata seperti yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan TH 2015, jumlah simpanan bersih TH, iaitu jumlah aliran masuk deposit ditolak semua pengeluaran, berjumlah RM4.97 bilion pada 31 Dis, 2015.
Beliau juga berkata TH berada dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi semua kewajipannya jika perlu memandangkan aset boleh direalisasikan berjumlah RM64.74 bilion.
Malah, Tabung Haji mencatatkan lebihan aset bersih bernilai RM1.44 bilion dalam tempoh yang sama, katanya.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/02/tabung-haji-nafi-tak-upaya-deposit/
Sebelum ini juga, MiM telah menulis tentang isu fitnah Tabung Haji ini : http://novandri.blogspot.com/2016/02/tabung-haji-jawab-fitnah-terbaru-rafizi.html

Kita tentu masih ingat ada pendeposit yang telah mengeluarkan wang simpanan mereka daripada Tabung Haji kerana termakan dengan fitnah jijik jahat puak Pembangkang yang memburuk-burukkan Tabung Haji.

Akhirnya, tuduhan Pembangkang itu ternyata satu pembohongan dan mereka yang tertipu itu akan secara automatik keluar daripada giliran menunaikan haji kerana mereka telah mengeluarkan deposit daftar haji.

Begitu hina sekali puak Pembangkang ini.

Bukan itu sahaja,

1. Rafizi Ramli didenda RM1,950 selepas mengaku bersalah menganjurkan perhimpunan haram Blackout 505.

2. Rafizi Ramli sekali lagi di dapati menipu tentang isu wujudnya perkhidmatan seks yang melibatkan urusan dengan kerajaan PKR negeri Selangor.

Sampai bila lagi rakyat perlu melayan pembohong PKR ini?


SHARE ARTICLE :



24 comments:

  1. Ko nak masuk neraka ka novendri...kes nfc..semua org tahu..rafizi kalah atas aspek teknikal saja...kaitan kontrak nfc...salleh tu tetap masuk neraka macam ko..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai! Jing RBA DAPing menyamar konon Islam pulak!

      Lu tu jing RBA DAPing yg masuk neraka.

      Delete
    2. Ko jaga pintu neraka ka???

      Delete
    3. SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada Dr Norvandri Hasan Basri kerana memohon maaf berhubung satu kenyataan dalam blognya berbaur fitnah ke atas beliau dua tahun lalu.

      Khalid yang juga ahli jawatankuasa Pas Pusat berkata, keputusan Dr Novandri satu tindakan wajar dan waras memandangkan fitnah-memfitnah adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan.

      "Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri kerana berani mengakui kesilapan, memohon maaf dan membayar ganti rugi di atas fitnah beliau terhadap diri saya.

      "Ini merupakan tindakan yang wajar dan waras memandangkan fitnah memfitnah itu adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan," kata beliau dalam entri terbaru blognya hari ini.

      Sehubungan itu Khalid berkata, Malaysia memerlukan corak kepimpinan politik yang menjauhkan diri dari budaya politik fitnah di mana hak rakyat dihormati dan diakui.

      "Rakyat perlu diberikan peluang untuk mendengar penjelasan dari semua pihak, menilainya dan membuat keputusan secara bebas berdasarkan maklumat yang tepat.

      "Budaya politik fitnah dan penguasaan maklumat di mana rakyat dihalang dari mendapat penjelasan dari semua pihak secara terus adalah corak politik yang ingin menguasai dan mengongkong rakyat. Ia budaya politik lapuk yang tidak mempunyai tempat lagi di Malaysia," katanya.

      Laporan media semalam menyebut bahawa Dr Norvandri atau dikenali juga Dr MiM memohon maaf secara terbuka kepada Khalid ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop.

      Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.

      Delete
    4. Jaga diri sndiri dulu sbelum nak atur org lain ke neraka...

      Delete
    5. Spin jing...jgn tak spin..hehe

      Delete
  2. IPOH 25 April – Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hasan Basri, 45, terbabit dalam kemalangan di Kilometer 381.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Slim River awal pagi tadi.

    Beliau yang terkenal dengan blog Dr. MiM dan seorang rakannya, Azlan Ali, 36, mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Slim River.

    Menurut jurucakap polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim, kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika beliau dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke arah Selatan. – UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 127 ni mabuk ketum ke? Berita tahun bila ni?

      Delete
  3. Tangan hancur...peringatan
    Allah pada ko..hang tak sedaq2 lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semestinya peringatan anon 130. Allah, jika mahu mengangkat darjat seseorang, boleh juga dengan cara mendatangkan musibah. Wallahuaalam...

      Delete
    2. Jing bongok ni tak abis2 buat cerita dongeng...
      Otak ko dah hancur tak sedar ke...hehe bongok

      Delete
  4. Padan muka kena saman. Siapa lagi nak tabur fitnah dan menipu tahap Ultraman Kantoi silakan.

    ReplyDelete
  5. 200,000 tu celah gigi je buat baruah2 yg jadi anjing kpd kapir2 jutawan di dalam dan luar negara.
    Ko tengok bekas kekasih Raja Liwat ni, yg diserang pastinya yg berperihal Melayu atau Islam. Kapir atau hal2 kapir, bekas kekasih Raja Liwat ni akan senyap seribu bahasa.
    Kapir rilek je upah MP Pondan ni utk menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  6. Tak banyak lah kena saman tu, hanya kurang RM201,950 aje yg akan dibawa sama ke alam barzah, utk beli syurga.

    Dia fitnah tu pun dah boleh dapat Jannah.

    Dividen KWSP, Tabung Haji dll boleh tampung balik dlm sebulan aje. Apa ada hal ..

    ReplyDelete
  7. Dari tulis kosong macam ni. Baiklah ko hurai skit. Sebab apa rafizi kalah. Atas sebab apa. Ni kosong. kes NFC rakyat tak bodoh la nak nilai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tu yang memang terang2 bodo..
      Kau ingat kai sorang je rakyat malaysia..? Bangkai la kai ni

      Delete
    2. Kan dah diterangkan tu. Nampak sgt ki ni 2:50 otak kat kepala lutut. Otak pun dah penuh taik fitnah.

      Kesian!

      Delete
    3. Hehehe...250 jing hearsay anggok2 bongok...

      Delete
  8. Mintak paklah RM250 juta cakap nak bela lembu, yg paklah pun satu anak haram boleh bagi..lembu tak ada, kondo yang dibelinya. Satu keluarga sial..gaji anak beranak puluh ribu sebulan guna duit rakyat. Pinjaman tak berbayar...apa tindakan susulan kerajaan nak dapatkan balik duit?? Lelong la harta sharizat...bodoh!

    ReplyDelete
  9. Blogger ni pun satu bangang..berita rafizi kena bayar 200k lebih penting dari penipuan ketua wanita umno. Terang2 malaun ni seleweng duit. Kalau pru umno kalah..kami hambat macai umNo macam lembu.

    ReplyDelete
  10. Ramai penyokong Pakatan Haprak sakit mental skrg ni krn kifarah (karma) membuat fitnah sesuka hati.

    Berlagak pandai, serba tau konon. Mentang-mentanglah Raja Liwat dah tabalkan jadi Hakim Rakyat.

    ReplyDelete
  11. Memfitnah ni berdosa besar, tapi hukumannya cuma rm200 k, tak setimpal langsung.

    ReplyDelete
  12. Pada Mei 2015, Pulau Pinang menjual 100% iaitu 20 ekar tanah negeri yang bernilai RM30 juta kepada Jabil Circuit Singapore Pte Ltd – sebuah syarikat yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

    Dan pada Julai 2015, Pulau Pinang memberi pemilikan 49% daripada 6.8 ekar projek tanah negeri Pulau Pinang yang bernilai RM11.3 bilion kepada Temasek Holding dan EDIS yang dimiliki 100% kerajaan Singapura.

    Mcm ni la tokong DAPig jual tanah milik rakyat kat orang asing !!

    Ptuiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul ... haram jadah nye DAPig ... UMNO bagus .. takde jual tanah apa pun . UMNO membela nasib bangsa melayu .

      Delete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.