Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Sunday, December 11, 2016

TAKTIK BODOH - NAJIB RAZAK DILAGA-LAGAKAN DENGAN ZAHID HAMIDI

Sebelum ini MiM telah menulis dalam Facebook tentang beberapa surat palsu kononnya DS Zahid Hamidi meminta DS Najib Razak meletakkan jawatan.


Seperti dijangka, tidak ada pihak yang mengaku. Lebih-lebih lagi apabila ramai pihak termasuk MiM menganggap bahawa surat palsu ini adalah satu taktik yang sangat bodoh.


Apatah lagi, pihak yang merekacipta surat palsu ini cuba melaga-lagakan seorang pemimpin bernama DS Ahmad Zahid Hamidi yang telah menyatakan komitmen beliau untuk menyokong dan membantu DS Najib Razak dengan tanpa berbelah lagi.

Malah Najib Razak sendiri tidak pernah meragui kesetiaan orang kanannya ini dan memberi kepercayaan penuh kepada Ahmad Zahid Hamidi.

MiM percaya, sama ada kita pro-BN atau pun pro-Pembangkang, kita pun tidak akan percaya dengan surat palsu ini, malah tergelak besar dengan kebodohan pihak yang menulis serta menyebarkan surat palsu tersebut.

Dalam masa yang sama, kita dapat mengagak bahawa pihak yang menabur surat fitnah ini juga akan ketawa kerana surat itu sekurang-kurangnya telah membangkitkan satu isu yang panas diperkatakan terutamanya dalam media sosial walau pun ianya hanya sehari dua sahaja panasnya serta dijawab oleh MiM dan pihak lain. Malah, regim Pembangkang sendiri pun terpaksa menafikan terlibat.

Tetapi kita tidak boleh membiarkan pembohongan dan fitnah ini berterusan seperti yang sering dilakukan oleh RBA DAP dan cacai pembangkang. Malah, ahli-ahli politik Pembangkang sendiri sering berbohong dan menabur janji kosong.

Kita juga jangan lupa bahawa masih wujud lagi gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut atau api dalam sekam di dalam parti UMNO. Mereka ini sudah pasti terlibat untuk menyebarkan surat palsu dan mengapi-apikan lagi fitnah.

Tetapi peribahasa berkata, angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam. Kita akan tahu juga siapa mereka ini.



SHARE ARTICLE :




36 comments:

  1. 1. RBA DAPig
    2. Penjilat DAPig
    3. Penjilat Madey
    4. Pendengki Zahid dalam AMNO

    Pilih antara 1 - 4 !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konfem jing RBA DAPigs !!!

      Delete
    2. Kenapa tak buat report polis?? Setakat post kat fb nak glamour & perhatian pemimpin umno, tak jalan. Entah2 novandri sendiri punya keje. Surat tu pun asalnya dtg dr umno.

      Delete
    3. aaikkkk ... ko pula yg merungut lebih2 6.36?

      Biasa la. Siapa makan cili dia yg terasa pedasnya kan !!!

      Delete
    4. Fitnah akan makan tuan.
      Pegang kata-kata ini.
      Serahkan kepada Allah Taala.
      Dia maha mengetahui siapa yang jadi pemfitnah.
      Senjata makan tuan.
      Begitulah peribahasa Melayu.

      Delete
    5. Superman’ Hew Kuan Yau said, use Malays to fight Malays.

      Delete
  2. Replies
    1. Penyebaran kabinet bayangan kononnya diedarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti yang tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhastApp disifatkan sebagai tidak matang.

      Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Umno, Tan Sri Noh Omar berkata, penyebaran viral palsu itu tidak ubah seperti tindakan pelajar sekolah.

      "Ini kerja kanak-kanak sekolah... siapa yang ambil serius, saya rasa dia pun macam kanak-kanak sekolah," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu penyebaran kabinet bayangan Ahmad Zahid di media sosial.

      Barisan kabinet bayangan yang mula viral beberapa hari lalu itu menunjukkan nama Zahid sebagai Perdana Menteri diikuti Timbalan Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Menteri Dalam Negeri.

      Mengulas lanjut, Noh yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, beliau yakin selepas ini lebih banyak senarai kabinet bayangan disebarkan di media sosial.

      "Lepas viral kabinet Ahmad Zahid, akan keluar pula kabinet bayangan PKR, DAP dan Pas," katanya.

      Dalam pada itu, Noh menegaskan, Umno Selangor terus menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

      "Apa jua ancaman kita akan sokong Datuk Seri Najib sepertimana kita menyokong Tun Mahathir (Mohamad) sewaktu ketika dulu.

      "Di Selangor kita ada 22 bahagian Umno termasuk pemuda, puteri dan wanita, selain kita ada lebih 2, 000 cawangan yang akan tetap teguh menyokong kepimpinan Najib," katanya.

      Beliau turut mendesak agar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pendiriannya terhadap DAP.

      "Dulu dia (Mahathir) cakap DAP rasis...Mahathir tanam semangat tu pada kita (ahli Umno).

      " Tapi bila nak kuasa, dia cakap lain pula. Saya tak tahu sama ada dia nak tipu Umno atau tipu DAP," katanya.

      Delete
    2. "siapa yang ambil serius, saya rasa dia pun macam kanak-kanak sekolah," kata Noh Omar.

      Tapi dia Ketua Perhubungan UMNO Selangor tak dapat menang di PRU13 dan terhegeh2 saja bila majoriti Pakatan Rakyat begitu tipis di DUN Selangor, tak dapat pujuk 1-2 ADUN kke puak dia dan gulingkan Kejajaan Khalid Ibrahim/ Azmin Ali pun.

      Dahtu, dapat Tan Sri tak tahu untuk apa jasa.

      Aku rasa si Noh Omar yang macam budak budak pemikiran nya. Itu pasal tak dapat tewaskan gomen Pakatan Rakyat sehingga hari ini.

      Delete
    3. Jangan nak.marah Noh omar pulak..dah rakyat Selangor bebal.. Bodoh...bangang.. Percaya janji pembangkang.. Nak buat camana...padan muka..cukai pintu naik...air..slalu dicatu...orang yang pandai kipas pemimpin.PKr jadi jutawansegera..rumah mampu milik..tak ada.. Mampu tengok..berlambak lambak..rumah urut.. Judi..curi padir berleluasa...tanggunglah.

      Delete
  3. Veteran Umno mengecam tindakan penyebaran surat palsu, kononnya ditandatangani Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

    Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, perbuatan itu adalah satu ‘fitnah dajal’ yang cuba melaga-lagakan kedua-dua pemimpin tersebut.

    “Ia dilakukan sebagai usaha menimbulkan keraguan ahli Umno, terutama selepas Perhimpunan Agung Umno 2016 yang memperlihatkan kesatuan dalam pucuk pimpinan dan ikrar wala’ yang dilafazkan Ahmad Zahid kepada Najib,” katanya dalam kenyataan, semalam.

    Dalam surat yang diviralkan di laman sosial itu, Ahmad Zahid dikatakan menandatangani surat yang mendesak Najib berundur.

    Surat itu turut menyenaraikan barisan anggota Kabinet baharu yang mengandungi beberapa nama.

    Menurutnya, surat itu tidak menjejaskan kepercayaan Najib kepada Ahmad Zahid.

    Namun katanya, Veteran Umno bimbang jika ia boleh menimbulkan rasa was-was ahli parti terhadap Ahmad Zahid.

    “Keraguan mereka terhadap kepimpinan Najib dengan pengedaran surat itu boleh menjejaskan sokongan kepada presiden parti dan akan menjejaskan sokongan undian PRU14.

    “Surat itu direka pembangkang untuk menjatuhkan Najib dan memecah-belahkan Umno," katanya.

    ReplyDelete
  4. Penyebaran surat layang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan fitnah semata-mata bagi memecah-belahkan perpaduan UMNO yang kini semakin kukuh.

    Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan pihak tertentu menyebarkan surat itu menunjukkan mereka berasa goyah dengan keutuhan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan anggota UMNO sekarang.

    "(Perpaduan) UMNO sekarang semakin padu sebab kumpulan yang tidak setia dengan parti sudah keluar UMNO dan menubuhkan parti baharu...dulu ada kumpulan yang suka menikam daripada dalam, seperti gunting dalam lipatan.

    "Apabila kumpulan ini sudah keluar parti, yang tinggal sekarang 100 peratus anggota UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Najib (Tun Razak) yang mana kesemuanya bersatu, perpaduan begitu kukuh dalam kalangan (anggota) UMNO kerana kita hanya ada satu pasukan, tidak ada opasukan lain lagi," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan persekolahan 2017 kepada pelajar dan anugerah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 di bawah Parlimen Bera di sini, hari ini.

    Ismail Sabri berkata demikian ketika mengulas tentang penyebaran surat itu menerusi media sosial yang kononnya ditandatangani Ahmad Zahid untuk mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

    Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata penyebaran surat berkenaan tidak akan sesekali berjaya memecah-belahkan UMNO serta tidak akan menggugat keakraban hubungan yang sudah lama terjalin antara Ahmad Zahid dengan Najib.

    "Sejarah UMNO pun menunjukkan (hubungan) timbalan perdana menteri sangat akrab dengan perdana menteri kita antaranya Datuk Seri Ahmad Zahid (Hamidi) pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib (Tun Razak) suatu ketika dahulu," katanya.

    Katanya beliau yakin kesemua anggota UMNO tidak akan terpengaruh dengan penyebaran surat berkenaan memandangkan mereka sudah pun bijak menolak segala perkara tidak benar yang boleh memecah-belahkan perpaduan dalam UMNO.

    Seramai 6,500 pelajar dari Parlimen Bera menerima sumbangan persekolahan berkenaan.

    ReplyDelete
  5. MANA JING RBA DAPigs ????

    TIDOQ LAGI KA ???

    GAJI BUTA LAGI ??

    ReplyDelete
  6. Boleh kah Zahid jadi PM tanpa jadi presiden UMNO? Ini wayang cerita lawak UMNO. Sendiri buat wayang sendiri buat buat melatah. Dah ketandusan idealah tu agaknya. Kalau nak buat cerita macam ni buatlah pemilihan UMNO dulu. Ada berani ke? Zahid dan Najib sama saja, dua-dua akan buat UMNO tetap karam.

    ReplyDelete
  7. Jibby @ ah jib gor @ jingbi (anjing dan babi) ..kahkahkah

    ReplyDelete
  8. Taktik lama umno. Sendiri tulis, sendiri kecohkan kemudian tuduh pihak lain. Takde keje orang lain luar umno nak tulis. Isu takde faedah. Takde sapa dari pembangkang yang layan. Bodoh punya blogger. Mental agaknya. Gila perhatian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. STEADY LA JING RBA DAPig 6.41 !!

      Delete
  9. Polis sedang memburu penyebar surat layang yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Beliau berkata pihak yang menyebarkan surat layang itu melalui media sosial melakukan tiga kesalahan iaitu memalsukan tandatangan beliau, menggunakan bahan rasmi kerajaan dan menimbulkan perkara membawa fitnah (menyebar fitnah).

    Bernama melaporkan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata polis telah menerima sekurang-kurangnya 20 laporan polis berhubung penyebaran surat layang itu.

    Katanya beliau dimaklumkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang melakukan siasatan secara mendalam untuk memburu penyebarnya.

    “Saya pasti siapa-siapa sahaja yang melakukannya akan menerima tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) kee-24 di sini hari ini.

    Ahmad Zahid diminta mengulas penyebaran lampiran surat layang yang mengandungi senarai kabinet baharu dengan Ahmad Zahid dinamakan sebagai Perdana Menteri di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp.

    Surat layang tersebut juga menggesa semua anggota kabinet mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

    Ahmad Zahid yang juga naib presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden berkata surat itu adalah satu fitnah untuk mewujudkan ketegangan dalam BN dan UMNO.

    “Mereka melihat kemesraaan saya dan perdana menteri yang terjalin sejak 1987 ketika Najib masih Menteri Belia dan Sukan dan juga Ketua Pemuda UMNO. Mereka cemburu dengan perpaduan dan keakraban yang wujud. Maka, mereka melakukan perlagaan antara pemimpin.

    “Mereka tahu jika kedua-dua pemimpin (Najib dan Ahmad Zahid) itu boleh dipecahkan, matlamat mereka tercapai,” katanya.

    Ahmad Zahid berkata surat layang itu tidak memberi kesan mendalam kepada UMNO dan BN kerana ramai tidak percaya dengan surat tersebut berikutan pemalsuan kepala surat dan juga tandatangan beliau.

    Selain itu, katanya, senarai jawatan yang disebutkan juga tidak mengikut protokol atau garis panduan.

    Semalam, Najib yang juga Presiden UMNO berkata penyebaran khabar angin itu adalah usaha untuk merosakkan hubungan rapat beliau dan timbalan perdana menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila zahid mintak jawatan pemangku timbalan presiden diberi kuasa sebenar, najib tak bagi. Terkontang kanting zahid pikul tugas tanpa kuasa. Dia dah boring agaknya dipermainkan oleh najib..hahaha. Umno parti lawak. Pemilihan pun lepas pilihanraya 14. Maknanya..najib terus gunakan zahid je.

      Delete
  10. UMNO memang bodoh sejak lahir. Apa kaitannya Najib dan Zahid? Zahid bukan timbalan presiden UMNO pun. Jadi isu ini hanya untuk menutup skandal 1MDB Najib. Kalau tak buat pemilihan UMNO pada PAU lepas, macamana pula ada isu Zahid nak jadi PM? Nak jadi Timbalan Perdana Menteri pun sebenarnya tak boleh. Sepatutnya presiden parti komponen lain yang jadi timbalan perdana menteri bukannya naib presiden UMNO. Nasib baiklah parti komponen tak buat kecoh.

    ReplyDelete
  11. Zahid mmg patut dan wajar ambil-alih kedudukan PM dpd Najib. Ini adalah kerana banyak kerosakkan pada negara dan rakyat yg Najib telah buat. Nama Msia jd busuk sbb Najib. Ekonomi jatuh antaranya sbb hilang kepercayaan dlm kes 1MDB yg diterajui Najib. Dpd terus kerosakkan berlaku dan berterusan tekanan ekonomi pada rakyat adalah lebih baik Zahid ambil alih. Bukankah Najib pernah lakukan perkara yg sama pada Pak Lah? HARAP Zahid dan semua ahli Umno bg tekanan pada Najib utk dia lpskan jawatan. Kasihani lah rakyat. Bersihkan nama negara. Banyak sangat keburukkan dan kerosakkan yg dilakukan oleh manusia yg bernama Najib ni. Jangan kerana buawak sekor, habis ayam sekandar yg menjadi mangsa. Rakyat dan negara mesti diutamakan. Pemimpin blh diganti tapi kerosakkan yg dilakukan akan membawa parut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layak kah Zahid kalau sanggup gadai maruah demi menyelamatkan Najib? Pemilihan UMNO pun tak berani nak buat, macamana boleh timbul isu nak jadi PM. Lawak bodoh dari UMNO saja menggunakan Novandri untuk spin cerita bodoh ni. Orang UMNO memang suka hidup dalam kebodohan.

      Delete
    2. Kenyataan tetap kenyataan.
      Kerosakkan yg dilakukan Najib bukan saja dirasakan oleh pembangkang malah kami ahli dlm umno sendiri juga merasakan. Jangan lah cuba menutup pekong. Belajar lah bercakap benar. Jujur dgn rakyat. Kalau pahit katakan pahit. Kalau itu adalah benar mengapa mesti disorok lagi. Pemimpin blh diganti. Banyak lg yg berkaliber dlm umno. Bukan Najib sorang saja yg blh jd pm. Ramai lg pemimpin yg ada. Kalau setakad pembangkang yg meluahkannya tak apa, tapi kami ahli2. Lebih teruk lagi dr negara luar. Bukan mereka mahu campur tangan tapi itu adalah kenyataan.
      Kenapa mesti jadi lembu yg dicucuk hidung atau burung kakak tua. Sedangkan realiti sudah didepan mata. Adakah pemimpin seorang itu yg diutamakan atau jutaan rakyat yg lebih penting??

      Delete
    3. 9.18 sama juga dgn tun m. dulu pon ramai yg menyampah kpd dia tetapi masih undi dia. mmg bodoh yg mengundi tun m dulu..rupa akhir hidupnya masih nak jadi famous mcm dulu. tak reti nak berhenti. udah la tu...mengadap sejadah ajak anak2 dan isteri skali. tuh ajar isteri dan anak perempuan tutup kepala asyik pakai wig saja..

      Delete
  12. Hebatnya UMNO ni sampaikan pembangkang nak lagakan Najib dengan Zahid. Zahid tu bukan timbalan presiden UMNO pun. Apa punya mentaliti UMNO ni? Kalau Najib berundur dengan sukarela pun, Dengan hanya jawatan Naib Presiden, Zahid tak boleh jadi PM secara automatik pun.

    ReplyDelete
  13. Taktik Bodoh atau penulis artikel yang bodoh tahap bebal. Janji dapat habuan, derma tok arab banyak lagi kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan derma, Bang.

      DoJ Amerika dah kata "misappropriation of 1MDB funds and money laundering". Dari duit 1MDB, hantar sana sini "via a circuitous payment method" penghabis nya sampai ke akaun you know who.

      Delete
  14. Isu sampah. Blogger pun blogger sampah. Kau taip surat tu ke novandri? Orang tak baca, tak ambik kisah pun. Kesian kau ni. Pathetic

    ReplyDelete
  15. Siapa cakap tactic bodoh. Dah berselirat rakyat cakap pasal nya. Kalau surat tipu, siapa yang kerangkan surat itu nampak nya dah banyak capai tujuan nya.

    Tapi pihak Polis siasat, ok lah. Itu dah tugas mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1MDB pun dah lama siasat. Tak nampak ada kesudahannya pun. Ahmad Husni yang sepatutnya lebih faham dari orang lain pasal 1MDB pun kena tanya kerajaan dalam parlimen lepas letak jawatan. Malaysia dah sesak dengan orang-orang bodoh.

      Delete
    2. Jadi, apa nak buat dgn orang2 bodoh tuh?

      Humban ke longkang aje le di Pru14.

      Delete
  16. MIM terbitkan pos pasal itu pun membantu sebaran berita "NAJIB RAZAK DILAGA-LAGAKAN DENGAN ZAHID HAMIDI" itu.

    Cerita nya masuk akal. Jadi, ramai rakyat yang percaya.

    Surat itu bukan bertujuan nak "menggulingkan" Najib. Ha nya nak melemahkan kepercayaan pengundi terhadap Najib dan Umno di Pru14 kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lagakan macam mana pulak, yang tak suka Najib dah lari keluar dari UMNO dah. Ko letak sapa pun, orang dah tak percaya. Zahid tu sapa pulak, bukan ada jawatan presiden atau timbalan Umno pun. Kot mana nak lagakan? Akai tadak ka?

      Delete
  17. Biaq pi depa belaga di pusat, di Selangor Pembangkang mungkin lbih kuat -

    New opposition bloc in Selangor?
    Free Malaysia Today

    PETALING JAYA: Selangor PAS is holding a mega ceramah with PKR and Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) to show its commitment to ensuring a straight fight with Barisan Nasional in the coming general election.

    ReplyDelete
  18. Nak cakap apa pun..Umno dan Melayu..dah bukak mata...cerita pasal Umno itu ini...tak pe...kita tengok jerlah..siapa yang jatuh yertungkup sebenarnya..sekali dua fitnah mungkin.orang percaya.. Tapi kalau dah selalu menfitnah.dan menipu..hanya orangg bebal jer sanggup..so kita tengok jerlah fitnah dan cerita apa lagi pihak PEMBANGKANG ni nak reka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktik bodoh UMNO, mana tangkapannya. Sendiri bikin cerita bodoh, lepas tu buat-buat tuduh orang lain. Cerita ni tak ada komersial value langsung. Macamlah UMNO tu hebat sangat. Semua dalam UMNO hanya pentingkan jawatan saja. Kalau Zahid nak sangat jawatan tu, bertanding sajalah dalam pemilihan UMNO. Jawatan presiden tu hanya lantikan saja, bukan hak keturunan pun. UMNO buat macam salah besar kalau ada yang nak ambil alih jawatan pula. Bodoh punya UMNO.

      Delete

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.