Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, February 07, 2017

Kesudahannya: Siasatan Diraja RCI Skandal BMF & Bank Negara FOREX

Apakah benar Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) akan ditubuhkan untuk menyiasat skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan dagangan tukaran wang asing (FOREX)?


Inilah persoalan yang sedang ditunggu jawapannya dan menjadi topik perbincangan yang panas buat masa ini. Tun M 'tidak kisah' jika diadakan siasatan RCI tetapi yang peliknya, kenapa beliau enggan melakukannya semasa menjawat PM dan dipaksa oleh Kit Siang DAP ketika itu?

Walau apa pun, ramai di antara kita yang masih terlalu muda atau belum lahir lagi ketika berlakunya 2 isu besar ini. Dan informasi di era 1980-an dan awal 1990-an hanya boleh diketahui melalui media cetak dan media perdana yang dikawal oleh kerajaan di bawah Tun Mahathir Mohamad.

Maka kerana itu kita perlu tahu yang sebenarnya sebelum membuat sebarang komen dan pandangan. By now, kita sudah sedia maklum bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan kerugian kira-kira AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan FOREX pada tahun 1991 hingga 1994. Ianya dilaporkan sebagai kerugian yang terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa.

Tiada tindakan lanjut di ambil, malah bekas Penolong Gabenor BNM ketika itu, Datuk Abdul Murad Khalid berkata,
"Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah AS$10 bilion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ,” katanya
Malah, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga mempersoalkan mengapa BNM dilibatkan dalam kegiatan spekulasi mata wang yang berisiko tinggi untuk mengalami kerugian. Dek kerana skandal itu juga, bekas Gabenor BNM ketika itu, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein terpaksa melepaskan jawatannya pada 1 April 1994 untuk menutup kesilapan orang lain

Skandal FOREX yang rugi AS $10 bilion (kira-kira RM44 bilion) ini cuba dibandingkan dengan isu 1MDB oleh puak-puak pembangkang walau pun ianya jauh berbeza. Anda boleh baca artikel-artikel menarik yang mengkaji perbezaannya:
Dalam skandal BMF, siasatan tidak dijalankan secara terbuka dan telus, melainkan siasatan kes jenayah pembunuhan Jalil. Sedangkan dalam kes 1MDB, audit forensik dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan laporan ini telah diteliti secara lebih mendalam pula oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai ahli Parlimen pembangkang.
Paling penting, tiada 'bail-out' untuk menyelamatkan 1MDB. Sebaliknya dalam skandal BMF, menurut laporan CIA, nilai yang lesap akibat pinjaman BMF kepada Kumpulan Carrian adalah sebanyak RM2.255 bilion. Keseluruhan jumlah wang yang 'lesap' adalah RM2.255 (pinjaman kepada Kumpulan Carrian) + RM2.188 ('bail-out' BBMB) = RM4.443 bilion (mungkin sekitar RM17.8 bilion nilai wang semasa) - Tun Faisal Hussein 
Realitinya, Tan Seng Giaw Naib Pengerusi DAP yang juga Timbalan Pengerusi PAC telah pun berkata, Perdana Menteri DS Najib Razak tidak terbabit secara langsung dalam 1MBD. Tetapi puak pembangkang masih memutarbelit dan berulangkali membohongi rakyat.

Lihat video ini sekali lagi:


Begitu jelas DS Najib Razak tidak terlibat.

Anda baca juga artikel ini :
1. 1MDB adalah masalah aliran tunai sementara skandal FOREX Bank Negara melibatkan wang hilang entah ke mana. 1MDB adalah mangsa sabotaj manakala skandal FOREX Bank Negara melibatkan menyembunyikan kebenaran dan berbohong kepada Parlimen.

2. 1MDB sedang disusun semula dan sedang dalam pemulihan manakala kerugian FOREX Bank Negara adalah wang hanyut ke dalam longkang dan hilang selama-lamanya. Setakat ini RM30 bilion telah diperolehi daripada 1MDB dan banyak lagi akan diperolehi di masa depan manakala tidak ada apa-apa yang dapat kembali dari kerugian FOREX Bank Negara.
3. Satu laporan pasukan petugas khas, laporan AG , laporan PAC, siasatan SPRM, siasatan PDRM, dan sebagainya, telah dijalankan ke atas 1MDB tetapi tidak berlaku perkara tersebut telah dilakukan mengenai kerugian FOREX Bank Negara. kerugian FOREX Bank Negara telah dinafikan dan secara senyap-senyap ‘disapu di bawah karpet’ seolah-olah ia tidak pernah berlaku manakala 1MDB adalah sebuah kes yang terbuka.
4. Tiada apa manfaat yang dapat daripada kerugian FOREX Bank Negara manakala 1MDB menghasilkan lapan pengkalan tentera, TRX, Bandar Malaysia dan bandar Malaysia dan pembangunan dan aktiviti ekonomi yang akan berlangsung sepanjang 20 tahun akan datang.
5. Setelah perniagaan 1MDB telah matang sepenuhnya syarikat itu akan menunjukkan keuntungan. Tambahan pula, 1MDB menjana tunai sendir daripada pinjaman bank manakala kerugian FOREX Bank Negara melibatkan suntikan tunai daripada kerajaan - seterusnya
Yang pastinya, ada yang masih tidak mahu menerima penjelasan di atas kerana menyokong sesetengah individu atau parti tetapi inilah kenyataannya yang perlu kita faham sebelum membuat komen.

Selain daripada isu FOREX, ramai di antara kita yang tidak tahu atau kurang faham dengan skandal BMF kerana ianya berlaku pada awal 1980-an. Skandal ini menggemparkan Malaysia kerana Bank Bumiputera (milik penuh kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu menaikkan ekonomi bumiputera) di cawangan banknya di Hong Kong telah memberi “pinjaman mencurigakan” kepada beberapa syarikat termasuk Carrian Holdings Ltd yang diterajui George Tan. US$600 juta dalam bentuk pinjaman tanpa jaminan telah diberi kepada Carrian oleh Bank Bumiputera ketika itu.

Manakala AS$ 1 bilion hilang apabila kumpulan Carrian terkubur pada 1983, menjadi kebankrapan paling teruk di Hong Kong. Untuk mempermudahkan pemahaman tentang BMF dan pembunuhan Jalil Ibrahim, kita lihat video di bawah :


Ironinya, skandal BMF yang berlaku pada awal 1980-an ini cuba dikaitkan juga dengan PM DS Najib Razak! Padahal, pada tahun 1980-an, Najib Razak tidak memegang sebarang jawatan di dalam kabinet Mahathir Mohamad.

2 skandal kerugian berbilion ringgit era Tun M yang masih ada lagi yang belum terjawab!



SHARE ARTICLE :

66 comments:

  1. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan dagangan tukaran wang asing (forex).

    "Mereka dialu-alukan untuk berbuat demikian (menubuhkan RCI) tetapi kami mahu perkara sama terhadap wang komisen RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga apa yang berlaku terhadap 1MDB," katanya Dr Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa yg jantan..dan sapa berani bila dok celah kankang rosmah..

      Delete
    2. Siasat jugak skandal jual tanah ratusan juta ringgit si tokong DAP di Pulau Pinang.

      Conflict of interest tokong DAP & kes tambak laut & terowong bawah laut.

      Siasat jugak DAP ni yg anti-Islam & anti-Melayu & dasar2 parti tu yg melanggar perlembagaan negara.

      Delete
    3. Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (Forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab mengelirukan Kabinet dan Parlimen mengenai kerugian sebenar tukaran wang asing yang ditanggung BNM.

      Laporan itu mendedahkan, Anwar membuat keputusan berkenaan pengolahan perakaunan bagi untung rugi, jual beli saham dan pengeluaran surat jaminan bagi membolehkan Ketua Audit Negara mengeluarkan sijil audit bersih bagi Laporan Tahunan BNM 1993.

      Menurut laporan itu, dengan mengemukakan laporan tahunan kepada Kabinet dan tidak mendedahkan perihal sebenar, Anwar dengan sengaja menyebabkan Kabinet meluluskan Laporan Tahunan 1993 untuk diwartakan dan dikemukakan kepada Parlimen.

      "Pemberian gambaran yang salah ini meliputi memaklumkan kepada Kabinet pada 6 April 1994 terdapat 'kerugian atas kertas RM9 bilion dalam tahun 1992'. Sungguhpun beliau mengetahui kerugian sebenar urus niaga forex pada 1992 adalah RM12.353 bilion seperti tercatat dalam surat Tan Sri Ishak Tadin kepada beliau.

      "Kabinet mengambil maklum bahawa BNM sepatutnya boleh dipuji kerana berjaya mengurangkan kerugian dalam urus niaga pertukaran mata wang asing daripada RM9 bilion kepada RM5.7 bilion.

      "Adakah Kabinet akan meluluskan Laporan Tahunan itu jika tidak dikelirukan adalah menjadi persoalan fakta yang perlu disiasat seterusnya. Terdapat keperluan bagi siasatan lanjut sama ada 'penipuan' itu menyebabkan atau besar kemungkinan menyebabkan kerosakan atau kemudaratan kepada sesiapa sahaja dari segi tubuh, minda, reputasi atau harta," menurut laporan itu.

      Delete
  2. Oosh...mulut..dah banyak pahala k nak serah kt rosmah nanti...oklah..Mahadey..gentleman.kan..nak siasat.. Siasatlah..sbb dia tahu..ramai pegawai dan mereka yang terlibat dah ramai yang ke sana..dan kalau ada.. Dah uzur..tu yang berlagak..tak pelah..mahadey..hang lepas kat dunia..tapu hang mesti ingat..kat kubur kan..mahsyar.. Masih menanti..no...hang kaya raya harta anak beranak berbillion esok kat sana Allah tak pandang..no..tak pe..hang pesta sakan dgn kit siang no...takut nanti kat sana..hang.syer..bilik pulak dgn kit siang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg ko tulis ini.. Akan menghasilkan pahala ker..?

      Apa yg menanti ko di padang mahsyar nanti pun ko x pasti lagi kan..

      Takut nanti kat sana.. Hang pulak yg sendiri syer bilik dgn kit siang

      Delete
    2. orang tua tu dah cabar pun salah..siap sebut padang mahsyar..x payah le saudara..kalau dah nama org islam ni dah tahu pasal kat padang mashsyar nanti...tapi 1mdb pun patut disiasat bawah RC..kalau dah beringat sangat pasal padang mahsyar, kemukakan cadangan yang adil..Kes Forex, BMF, 1MDB dan lain2 kes tak kira melibatkan org kerajaan @ tidak..ada berani ke 6.50..salah tetap salah

      Delete
  3. Siapa yg bangang mau kaitkan skandal era Madey dgn Najib tu???

    Nampak sgt depa ni dah mati kutu & jem bahlol!

    ReplyDelete
  4. Klu nak dibandingkan antara siasatan CIA dan DOJ...aku lebih percaya kat CIA.. sbb lepas fail dikategorikan sbg "declassified", boleh kesan Hitler yg dikatakan mati kat dlm bunker di Jerman (1944) boleh bernyawa lagi pada tahun 1961 kat Argentina....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oitt..duit ada masuk akaun pribadi mahathir ka ..

      Delete
    2. dah baca ke laporan CIA tu? ke baca sekerat2 je...kami pun nak baca laporan PAC..boleh saudara request kat MO1?

      7.53
      Dia org mana tahu beza bro..MO1, Najib, Presiden UMNO, Ahli Parlimen pekan pun dia org tak tahu beza..sebab tu le atas tindakan peribadi MO1 yang tak de kena mengena dengan UMNO pun disokong kononnye nak jatuhkan kerajaan..dulu mula2 org nak najib je letak jawatan..disebabkan ramai sangat pendedak yang sayangkan najib, UMNO dijadikan perisai oleh MO1..habis dikencingnye org UMNO..tapi tak pe..bau hancing tu boleh padam dengan dedak...

      Delete
  5. Bekas menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini memfailkan saman fitnah terhadap bekas timbalan pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

    Saman itu dibuat susulan kenyataan Tunku Aziz bahawa wujud pakatan sulit antara bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang untuk mengangkatnya sebagai perdana menteri.

    Kenyataan Tunku Aziz itu disiarkan dalam sebuah blog bertarikh 30 Disember tahun lalu dan 1 Januari tahun ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni hang pula novandri oiii...hari tu minta ampun kat khalid samad..lepas ni menjuluq merangkak minta ampun kat mukriz sebab hang dok jui cerita tua bangka tu...

      Delete
  6. Pemuda UMNO mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendedahan bekas penolong Gabenor Bank Negara mengenai kerugian bank pusat itu dalam urus niaga mata wang pada awal 90-an.

    Naib ketuanya Khairul Azwan Harun berkata langkah itu perlu bagi mengenal pasti sama ada kerugian tersebut telah menyebabkan bank pusat berkenaan muflis dan sama ada terdapat usaha pihak tertentu menyembunyikan fakta mengenainya.

    “Saya melihat isu ini timbul apabila ia dibangkitkan Datuk Abdul Murad Khalid baru-baru ini yang menyentuh jumlah kerugian besar dialami Bank Negara dan tindakan menyembunyikannya yang wujud.

    “Pemuda UMNO percaya dengan penubuhan RCI ini akan dapat merungkai dan mengesahkan apa yang disebut Datuk Abdul Murad sebelum ini dan menjawab segala persoalan mengenai kerugian itu,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

    Baru-baru ini, Abdul Murad dilaporkan berkata bank pusat itu mengalami kerugian US$10 bilion dalam urus niaga perdagangan mata wang pada awal 90-an.

    Khairul Azwan berkata susulan pendedahan itu, Pemuda UMNO telah membuat semakan dan siasatan terhadap beberapa sumber yang enggan didedahkannya dan mendapati angka kerugian sebenar adalah jauh lebih tinggi daripada yang didedahkan Abdul Murad.

    “RCI ini juga perlu menyiasat dan mengesahkan telah wujud usaha menutup fakta terhadap pendedahan dagangan pertukaran asing sebanyak US$150 bilion dan kerugian dalam pertukaran asing yang melebihi US$30 bilion,” katanya.

    Justeru, beliau berharap dengan penubuhan RCI, ia dapat menyiasat kedudukan sebenar kewangan Bank Negara pada waktu itu dan jumlah sebenar kerugiannya.

    Beliau turut menegaskan sebarang tindakan menutup fakta mengenai perkara itu adalah satu jenayah dan mereka yang telah memanipulasi dan menyebabkan Bank Negara mengalami kerugian pada waktu itu perlu dibawa ke muka pengadilan.

    Khairul Azwan yang juga Anggota Dewan Negara mendesak pihak pembangkang khususnya penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan pendirian mereka berhubung perkara itu.

    “Sebelum ini Lim Kit Siang menerusi beberapa kenyataannya mempersoal mengenai kerugian Bank Negara dan kita ingin beliau menyatakan pendiriannya sekarang (susulan pendedahan Abdul Murad),” katanya. – Bernama

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong..siasat sama 1mdb...ada berani..

      Delete
    2. Dah siasat, tak ada kes.
      Doj pun bisu
      Fbi dah kelu

      Cakap pong pang pong pang Habuk pun tadak. Sekali ckp nak sita, sekali ckp dah sita, sekali ckp belum sita.
      Cakap berbelit mcm nepal mabuk.

      Delete
    3. oitt..keluaqka dari tempurong la oii...

      Delete
    4. Anon 9:44 '
      Siapa yang cakap tak ada kes ? Pandi Ali ? "Pundit" Ali dapat jadi Pengarah Tabung Haji selepas membersihkan Najib . Bolih percayakah mangkuk ni ?

      Siapa kata DoJ dah bisu ? Siapa kata FBI dah kelu ?

      Cara perundangan di US berbedza dgn di Malaysia . Kes penyitaan harta Jho Low dan Riza Aziz di tangguhkan bagi memberi laluan kepada keluarga Taek Jho Low mengemukan affidavit yang menbuktikan harta2 tu bukan Taek Jho Low yang punya .

      DoJ juga bersikap tunggu dan lihat prosiding mahkamah di Singapura yang berkesudahan dengan pengeluaran " Interpol Red Alert " ke atas Taek Jho Low .

      Delete
    5. 9.44
      setuju mmg dah siasat..tapi apa yang ada dalam laporan tu? saudara dah baca ke?

      Ni le masalah penyokong MO1..tak nampak kenapa tiba2 AG diberhentikan, tak nampak kenapa beberapa pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan 1MDB ditukarkan ke jabatan lain. Sebagai penjilat MO1 yang begitu menyayangi MO1, boleh tahu ke sebab apa perkara di atas terjadi semasa isu 1MDB tengah panas?

      Delete
  7. Dalam isu RM 2.6 bilion 'derma pak arab' dan duit SRC International dalam akaun peribadi Datuk Seri Mohd Najib di AmBank, sanggup ka kerajaan BN hat la ni buat RCI?

    Dr. Novandri tak mau buat artikel pasal hal ni ka?

    Dalam isu RCI BMF, kita lihat la apa yang nak diungkapkan oleh Ku Li selaku Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Sri Mohd Najib selaku Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi, dan Pos ketika itu.

    Dalam isu Forex pula, kira menantikan jawapan daripada Datuk Seri Mohd Najib selaku Menteri Pertahanan dan Datuk Seri Ahmad Badawi selaku Menteri Luar.

    Sebagai menteri dan timbalan menteri, sudah tentu mereka tahu tahu dengan mendalam dalam isu ini kerana perkara seperti ini sudah tentu dibincangkan di dalam mesyuarat jemaah kabinet.

    Kita lihatlah apa peranan mereka selaku ahli jemaah kabinet semasa itu berlaku.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Mohamad Faiz Hamzal Ismail
    Ahli Parti Pribumi BERSATU Malaysia
    Bahagian Jerlun
    Kedah Darul Aman

    ReplyDelete
    Replies
    1. No ahli 0001, budak suruhan dpt baju merah dua helai, topi sudu satu.

      Delete
  8. Macam Datuk Zaharin kata la, prrbuatan cybertrooper UMNO memainkan isu BMF dan forex ini ibarat menampar muka sendiri kerana ramai pemimpin UMNO sekarang ini terutama Datuk Seri Mohd Najib berada dalam jemaah kabinet masa itu, sewajarnya pemimpin UMNO terutama Datuk Seri Mohd Najib tahu dan perlu menjelaskan perkara ini sekurang-kurangnya peranan mereka semasa kejadian itu berlaku.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada

    Mohamad Faiz Hamzal Ismail
    Ahli Parti Pribumi BERSATU Malaysia
    Bahagian Jerlun
    Kedah Darul Aman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, spt juga perbuatan lim kit siang yg dulunya siap tulis buku mengenai skandal bmf, sekarang lain pula lakonannya.

      Macam isap kote kulup sendiri apek ni

      Delete
    2. Apanya bodoh sgt kamu Faiz Hamzal.

      Sudah diterangkan "pada tahun 1980-an, Najib Razak tidak memegang sebarang jawatan di dalam kabinet Mahathir Mohamad".

      Kamu telah memalukan parti PPBM saja, tunjuk pandai tapi bodoh kamu!

      Saya akan kemukakan usul utk membuang kamu dari PPBM bhg Jerlun secepat yg mungkin kerana memalukan PPBM bhg Jerlun dek fitnah kamu ini.

      Delete
    3. 12.06
      najib menjadi menteri kabinet pada tahun 1986 sebagai menteri belia dan sukan. sebelum tu 1982-1986 adalah menteri besar pahang. mngkin tuan check fakta .

      Delete
    4. Rahman,

      Skandal BMF tahun 1981 - 1983. Time tu najib tak de dlm kabinet Madey.

      Delete
    5. Bodo piang faiz hamzal ni

      Delete
    6. Najib sekarang PM Malaysia pergi lah siasat Kes 1MDB dan lain lain lagi jangan asyik pertahankan si Lanun Bugis tu jer.

      Merata dunia sudah pon membuktikan salah laku 1MDB!!!

      Delete
    7. budak2 ni bukan tahu pe pun..org sebut BMF, sebut Forex yang dah lama pun disebut sebab dah tak de isu semasa yang nak dihighlightkan...

      Waktu MO1 buka 1MDB, kabinet tahu ke? sila jawab 11.16, 1.48, 8.37..sila jawab...

      kalau najib tak tahu tanya le tengku razaleigh ke, tanya bekas2 menteri atau menteri2 yang ada pada waktu tersebut...

      Delete
  9. ceh..bawa gelaran dr..antara kes 1 mdb ..mbf dan forex tak dapat beza..budak tadika pun lebih cerdik dari ko novandri...buat malu dr perubatan saja...ceeehhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceh...pergi Amerika saman najib konon. Enjin kapal terbang belum sejuk dah pegi tarik balik saman.
      Buat malu negarawan terulung dr madey je.
      Buat malu kat nepal mabuk je.

      Delete
    2. 11.05
      ni sorg lagi peminat tegar TV3 suku dan utusan..tak tahu jgn cakap..kalau baca sekerat2 pergi sekolah balik..

      Delete
  10. Memang hebat seni akrobatik lim kit siang ni. Walaupun dah tua namun dia masih mampu memasukkan kepala di celah kelangkangnya sendiri sambil jilat jubor.

    ReplyDelete
  11. Memang sepatutnyalah Lim Kit Siang terpekik terlolong dalam isu ini . Bukan ke beliau ketua parti pembangkang .

    Yang Najib dan macai macai dia terpekik terlolong tu apa ke hal nya ??

    Walau bagaimana pun , Mahathir termasuk ramai rakyat telah pun meyambut baik cadangan menubuhkan RCI . Bukan saja keatas Forex Loss , BMF , tetapi keatas semua perkara yang mencurigakan saperti :

    1MDB termasuk pelupusan EDRA ,sebahagian TRX , sebahagian Bandar Malaysia ke Cina .

    SRC international ... kemana menghilangnya RM4 ribu juta yang di pinjam dari KWAP ... termasuk 42 juta yang masuk akaun Najib .

    Kalau bolih siasatan keatas perbelanjaan kad kredit Mama Hippo berjumlah RM200 juta saperti di laporkan akhbar Taiwan juga perlu . Dari mana Mama Hippo memperolihi sumber kewangan sebanyak itu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siasat jugak skandal jual tanah ratusan juta ringgit si tokong DAP di Pulau Pinang.

      Conflict of interest tokong DAP & kes tambak laut & terowong bawah laut.

      Siasat jugak DAP ni yg anti-Islam & anti-Melayu & dasar2 parti tu yg melanggar perlembagaan negara.

      Delete
    2. boleh je 12.16..no hal..salah ttp salah tak kira siapa pun termasuk MO1..

      Delete
  12. Jangan lupa siasat sekali skandal aiskrim dalam jamban...wow hebat sungguh telatah pemimpin politik malaysia ni,yang lagi hebat ialah para penyokong dan pentaksub yang bagai nak putus nyawa mempertahankan pujaan hati masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg peliwat buntot lelaki pun depa duk puja lagi, apa la sangat aisbatang dalam jamban tu.

      Betoi tak ?!!

      Delete
  13. Dr MIM ni doktor betul ke Doktor yg mcm budak2 drug tu? apa lah punya argument yang dia tulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishhh..jangan kata gitu...memang dr perubatan...tinggai dia saja dr perubatan yg masih sokong najib...sebab rosmah janji nak calonkan dia bertanding pada pru 14 nanti...lama dah dia tunggu...azez masters palsu yg lembam tu pun diangkat jadi wakil rakyat...takkan dia tak layak kot lagi....

      Delete
  14. Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan untuk ‘mengorek’ kembali kisah sebenar di sebalik skandal kerugian besar Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak AS$10 bi­lion (RM44 bilion) melalui kegiatan perdagangan mata wang asing yang dikaitkan de­ngan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

    Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, badan siasatan berkenaan boleh membuktikan siapakah dalang skandal ber­­kenaan sekali gus mampu ‘membersihkan’ nama bekas Perdana Menteri tersebut sekiranya beliau tidak terlibat dalam krisis yang berlaku sepanjang 1991 hingga 1993 itu.

    Beliau turut mempersoalkan mengapa Dr. Mahathir tidak menyaman penulis, Barry Wain yang pernah membuat dakwaan serupa dalam bukunya berjudul Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times apabila me­nuduh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menyebabkan kerajaan menanggung kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.

    “Kita jangan lupa tindakan Dr. Mahathir yang kononnya mahu mempertahankan ringgit itu telah melanggar undang-undang, ini bukan nak pertahankan ringgit tetapi membuat spekulasi sama seperti berjudi.

    “Jadi kita semua perlu tahu secara keseluruhannya isu ini. Kalau betul fitnah, mengapa Dr. Mahathir tidak saman Wain yang membuat dakwaan sama dalam bukunya itu?” katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Baru-baru ini, bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid tampil mendedahkan bank pusat itu terlibat da­lam perdagangan spekulasi mata wang antarabangsa yang berisiko tinggi sepanjang 1991 hingga 1993 dan menyebabkan ke­rugian lebih daripada jumlah yang dilaporkan.

    Walau bagaimanapun, bekas wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin mendakwa, dalam kes perdagangan mata wang BNM yang dilakukan Dr. Mahathir itu, tujuannya adalah baik iaitu bagi mempertahankan nilai ringgit dan tiada duit haram yang masuk ke dalam akaun peribadi sesiapa.

    Tunku Abdul Aziz berkata, kenyataan A. Kadir itu disifatkan sebagai penceritaan yang me­­ngarut dan hanya bertujuan mempertahankan Dr. Mahathir.

    Menurut beliau, jika benar Dr. Mahathir mahu mempertahankan ringgit, bekas Perdana Menteri itu tidak boleh menggunakan duit simpanan negara sebagai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    Tunku Abdul Aziz menjelaskan, kerugian besar yang dialami BNM sepanjang 1991 hingga 1993 tidak menyebabkan nilai ringgit jatuh justeru, tiada keperluan bagi kerajaan menggunakan dana negara untuk menyelamatkan mata wang tersebut.

    “Sekali pun didakwa untuk mempertahankan nilai ringgit, buatlah secara betul, takkanlah nak guna berpuluh-puluh bilion sehingga bank-bank utama negara lain terkejut dengan tindakan Malaysia yang dianggap luar biasa,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun nak tahu siapa dalang 1mdb..ni kes baru..ptt lebih diberi tumpuan..

      Delete
    2. tak ada siasatan kes forex di malaysia, ia tak rasa pelik ke 4:42
      yg ada ada siasatan forex di hong kong dulu
      hanya berjaya tangkap semua nya yg kambing hitam kan oleh tun mahathir ini.

      kes 1mbd di siasat oleh 5negara kau cakapkan semuanya cakap najib tak kena mena dengan kes 1mbd itu,1mbd hanya rugi disebab dia hutang dia lebihi aset dia ada.
      kes 1mbd pun disiasat oleh FBI DAN DOJ , FBI pun cakap berani sebut najib bersalah.
      CIA dengan berani cakap tun mahthir bersalah kenapa tun mahathir tak saman je cia itu

      Delete
  15. this does not mean 'holier-than-thou'

    ReplyDelete
  16. Kalau siapa masih ingat perdebatan masa dalam twiter antara Dr Mim dengan Rafizi secara 'live' berhubung skendal video antara lelaki Y dengan china doll sedikit masa dulu akan memberi kefahaman kepada sesiapa untuk memahami betapa Dr Mim sebenarnya ialah seorang bloger yang profesional dan berkarisma.

    Kelicikan Rafizi dalam memanipulasi 'masa' dalam video tersebut dengan mudah dipatah kan oleh Dr Mim walaupun setelah berjam-jam kedua-dua personaliti itu berdebat dalam twiter.Rafizi kalah dan terus membisu dan buat2 bodoh sehingga kini.Itu hanya bagi sesiapa spt aku yang berkebutulan lah menyaksikan drama tersebut.

    ReplyDelete
  17. Biarlah admin..delete jer komen..mereka ni..blog admin dgn cucu tok selampit dah jadi tempat Rba..menabur fitnah.dah..jgn beri mereka muka apalgi ruang...sbb.mereka tahu blog dr min dan ctk dibaca berjuta orang..sdeangkan blog mwreka sepert celah..apanama tak samapai kot..so..mereka suka copy paste...nak tak nak.pembaca blog ni.akan baca jugak..dan kalau iman.mereka senipis bawang..nampaknya jarum mereka menjadi.oleh itu jgn nwri mereka ruang langsung masuk blog..admin sampai habis PRu 14... Saya merayu...pada admin demi kemenangan Bn dan Umno...saya dah ckp pada cublog cucu tok selampit.. Admin tu pun tak nak dengar ckp saya..bukan apa..kita perlu faham...akhir zaman ni orang lebih suka..cerita fitnah..dari fakta dan kebenaran.tgok jer derma..2.6 billion..dah jelas dan nyata..masih ada cakap2 sumbang

    ReplyDelete
    Replies
    1. jelas dan nyata bab 1MDB..bab 2.6 billion..bagi tau sat apa yg jekas dan nyata tu..ko nak bohong sapa ni..

      Delete
    2. fitnah kat mana 12.24? cakap biar jelas..benda mana yg fitnah? Kalau fitnah mana bukti yang membuktikan perkara tersebut fitnah? kalau fitnah, bank2 yang dinyatakan dalam laporan DOJ seperti BSI, Falcon Bank, Goldman Sachs termasuk AmBank kenapa tak saman atau minta mahkamah halang nama2 tersebut dari ditulis? yg pelik, BSI dah diarahkan tutup di singapore, Falcon bank di switzerland sedang disiasat dan AmBank disaman oleh Bank Negara..fitnah ke saudara?

      Delete
  18. Dr Mim

    Mim for Mantat

    Mim for Makan Dedak

    ReplyDelete
  19. RBA sudah mati akal

    ReplyDelete
  20. Tentera merah masih buat2 tak tahu apa yang jelas tentang RM2.6 billion.Zahid dah mengesahkan dia pergi jumpa dengan penderma tersebut dan mengakui akan derma yang diberikan.SPRM sudah mengesahkan Yang RM2.6B itu ialah derma dari Saudi.

    Kerajaan Saudi juga sudah menjelaskan yang RM2.6B adalah derma dari mereka dan diberi tanpa meminta apa-apa balasan walaupun Najib memulangkan balik sebahagian besar dari nya.

    Najib pula berulangkali mengunjungi Arab Saudi selepas itu dan tidak pernah ditangkap walaupun sekali gara-gara 'menfitnah' Raja Arab Saudi kerana konon bagi derma kepada nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah cakap bohong la...nak masuk neraka ka...

      Delete
    2. dedak cap kerbau pendek..kurrr..kurrr..kurrr

      Delete
    3. 1.35
      Zahid pergi jumpa siapa? Nama pe? putera raja arab @ raja arab saudi? sorang ke ramai? tolong jawab..

      Nak senang buka je laporan PAC pasal 1MDB. biar org baca dan buat kesimpulan. nak tanya ni? kenapa laporan tersebut di OSA kan kalau tak de kesalahan yang dilakukan? aku pelik..kalau tak salah kenapa disembunyikan bawah OSA?

      Delete
  21. Itu bukan cakap itu sejarah.....surga neraka pun lu mau kacau juga ka...ayya

    ReplyDelete
  22. 4.50 pm keatas tu kan admin dah letak video.Dengarkan kesimpulan yang telah dibuat oleh Dr Tan Seng Giaw timbalan pengerusi PAC tentang 1mdb dan kesalahan yang dilakukan datok najib.

    Yang kau nak pergi buka balik lapuran nak baca semula dan nak buat kesimpulan baru apa ke jadah nya pergi lantik PAC tu,tidak ke bangang nama nya.

    Pasal OSA tu patut pergi tanya Tony Pua dulu bahagian mana yang diOSAkan,kenapa diOSAkan dan mengapa dia tak bising bila diOSAkan.Dia kan ahli PAC dan tahu kesemua nya pasal 1mdb tanpa selindung.Dia juga jeneral dalam menjaja kes 1mdb bukan.

    ReplyDelete
  23. Malaysiakini
    Terkini
    Sukan
    Seni & Hiburan
    Kolum
    Surat
    TV
    0
    Lim saran Salleh menuntut dari tiga guru berhubung skandal k'jaan

    8 Feb 2017, petang 4:56 (Dikemaskini 8 Feb 2017, petang 4:59)
    sallehsaidkeruak limkitsiang



    Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mencadangkan tiga guru kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk mengenal lebih lanjut mengenai skandal kewangan kerajaan.

    Dalam satu kenyataan media, Lim berkata Salleh perlu ‘disekolahkan’ dengan betul berhubung ‘matapelajaran’ BMF, forex Bank Negara dan skandal 1MDB sebelum beliau memperbodohkan dirinya dalam blog.

    Salleh semalam berkata pendedahan kerajaan menerusi 1MDB hanya terhad kepada modal berbayar, yang bermakna bahawa skandal BMF pada 1980-an semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad adalah lebih teruk.

    Pilihan Editor

    Merungkai misteri penandatangan wanita akaun Jho Low
    Sehubungan itu, Salleh berkata, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat skandal BMF dan kerugian Bank Negara dalam pasaran tukaran mata wang asing pada awal tahun 1990-an.

    Tuntutan itu dibuat selepas Lim dan bekas perdana menteri itu mencadangkan siasatan ke atas BMF dan kerugian forex, turut membabitkan 1MDB.

    Lim sehubungan itu, mencadangkan Salleh ‘belajar’ mengenai skandal 1MDB daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

    Pua dalam satu persidangan meja bulat ‘Selamatkan Malaysi’a semalam berkongsi slaid yang mendakwa bahawa pendedahan kerajaan adalah lebih daripada RM39.8 bilion akibat hutang dari bon 1MDB yang dijamin kerajaan - tidak termasuk pinjaman berkaitan Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange.

    Pua juga mendakwa bahawa lebih RM24.7 bilion dana awam telah diselewengkan melalui 1MDB.

    Sementara itu, mengenai skandal BMFu, Lim mencadangkan Salleh agar berguru dengan peguam Chooi Mun Sou.

    Chooi adalah antara tiga ahli Jawatankuasa Siasatan BMF bersama bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ahmad Nordin dan akauntan Ramli Ibrahim.

    "(Mereka) menghabiskan masa selama dua tahun (dalam inkuiri) dan menghasilkan gambaran paling lengkap berhubung skandal RM2.5 bilion BMF itu - kecurian besar-besaran, penipuan dan pecah amanah wang awam oleh pegawai-pegawai awam yang berkonspirasi dan penyanggak korporat," kata Lim.

    Bagi skandal forex, Lim berkata beliau mengenali seseorang yang pengetahuan mengenai skandal itu yang "tiada tandingannya".

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia..24 b lebih masuk poket jlow..reza..jibon..dahsyat..hanya setan saja yg sanggup guna dana awam mcm th dll..

      Delete
    2. patut pun husni letak jawatan...tak mau subahat dgn setan...

      Delete
    3. jibon ni makan duit haram judi genting dari kecik..warisan keluarga..sebab tu jadi setan...

      Delete
  24. Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.

    Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.

    Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.

    Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau.. aku tak tau nak cakap la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut jadi setan...datuk..bapa..makan duit judi...cehhhhh

      Delete
  25. Patutlah jd setan, beromen dgn pemakan babi.

    ReplyDelete
  26. Betul ke cerita Genting Highland tu...maklumlah..Tun Razaq dah arwah..Tun Noah pun dah arwah..ada hitam putih ada bukti jgn hanya dengar dengar jer cerita yang belum tentu sahih...kesian arwah arwah tu semua..nama mereka dijaja..sedangkan.mereka tak ada utuk bersihkan nama mereka..tapi isu Forex dan Bmf ketua chief nya hidup lagi.. belum.jadi arwah so tanyalah betul2.. Tak mengaku.tak pe..ada bukti sikit pun jadilah ada fakta sikit pun cukuplah...bukan utk menghukum.hanya utk.jadi ikhtibar..dan kepada.yang.masih nak recycle cerita 1 mdb ke. Derma ke...suka hatilah..orang dah tak.kisah pun...Sarawak report pun dah tak ada benda nak report lagi..dan WSj pun dah tak ada benda nak kaitkan dgn Pm.Najib..so Rba..kau nak recycle.. Kitaorang tak kisah..pun..nak borak hal ni hingga langit runtuh pun apa kami kisah..yang pasti Allah pasti melindungi Hambanya..yang difitnah dan dianiaya..kan kan..kita tunggu jerlah PRU 14
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. abu jahal..pun dah lama mati..cerita masih dibawa sebagai pengajaran....

      Delete
  27. Abu jahal..tu sapa...jahat.ngn sapa..ngn Rasulullah.. Ceritanya Allah..masukkan dlm Al Quran...utk sapa..utk..orang yang kafir dan munafik..tapi Tun Razaq dan Tun Noah..pula sapa..mereka manusia biasa..mereka tak maksum..dan mereka tu jahat ngn sapa yer...hanya kerana..Goh tong dapt Genting terus buruk buruk kan..mereka yang dah jadi arwah..cuba..selidik dulu...siasat dulu..kenapa..mereka beri genting...kalau betullah..sbb dlm..sejarah tak ada sebut..kes ni.jgn buat onar dan fitnah..klau tak tahu apa2. Kau nak minta maaf kan mana kalau silap tuduh orng..fitnah.orang....

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.