Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Friday, May 12, 2017

PAS PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR : YANG SEBENARNYA!

Kita sedia maklum bahawa Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh telah mengumumkan bahawa majlis itu menerima usul dibawa dalam muktamar parti itu untuk membatalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.


Media juga melaporkan bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS membatalkan hubungan politik dengan PKR tidak sama sekali menjejaskan kerajaan negeri Selangor, dakwa Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Perkembangan terbaru ini tidak sama sekali menjejaskan kerajaan negeri Selangor memandangkan kerajaan negeri hari ini mendapat mandat penuh rakyat negeri Selangor. 
"Kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan terus berfungsi seperti biasa untuk fokus membangun negeri dan memakmur rakyat," kata Wan Azizah dalam satu kenyataan.
Dakwaan Wan Azizah ini seolah-olah cuba membohongi rakyat dan penyokong-penyokongnya kerana mereka masuk ke gelanggang PRU13 sebagai satu entiti di bawah satu pakatan pembangkang. Mereka turut memilih slogan "Pakatan Harapan Rakyat" bagi menghadapi pilihan raya umum tersebut.

Malah di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam, manisfesto Pakatan Rakyat dibentangkan dengan menggunakan tema yang satu itu bukannya manifesto berasingan untuk DAP, PAN dan PKR. Realitinya, rakyat Selangor memilih manifesto pembangkang.

Nampaknya mereka cuba untuk menafikan perkara yang sangat jelas ini tanpa malu.

Wan Azizah juga cuba menafikan kenyataan PAS dengan mendakwa bahawa PKR tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik.

Nampak sangat yang Wan Azizah gagal untuk memberi jawapan yang munasabah dan dilihat begitu desperado untuk memastikan Azmin Ali terus memegang jawatan Menteri Besar negeri walau pun segala bukti yang dinyatakan oleh parti PAS adalah benar.

Ironinya sekarang, Majlis Syura Ulama PAS pula yang berdolak-dalih dengan berkata, keputusan lanjut mengenainya diserahkan pula kepada Jawatankuasa Kerja Pusat PAS. Nampak sangat permainan politik parti PAS yang tidak berani membuat keputusan drastik.

Dan parti DAP dan PKR terpaksa menyapu balik ludah yang terpalik ke muka masing-masing kerana selama ini mereka kerap melabelkan parti PAS sebagai bekerjasama dengan parti UMNO.

Jika benar, exco-exco PAS dalam kerajaan PKR Selangor sudah pasti meletakkan jawatan dengan kadar segera dan kerajaan PKR berkemungkinan besar akan jatuh. Tetapi perkara ini tidak berlaku.

Bagaimana pun, polemik politik di Selangor ini tidak akan reda dalam masa terdekat ini dan menimbulkan pelbagai lagi kemungkinan yang menarik untuk diikuti.

Satu soalan, apakah Sultan Selangor akan bertitah untuk memastikan negeri baginda tidak lagi berdepan dengan isu seperti 'Langkah Kajang'?

'Langkah Kajang' ciptaan pembangkang ini telah menyebabkan baginda Sultan Selangor murka dan menganggap bahawa PKR dan DAP biadap dan menderhaka kerana melanggar titah baginda yang meminta 2 parti itu mengemukakan lebih daripada 2 calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor.



SHARE ARTICLE :

10 comments:

  1. Jidin pagoh nak jadi PM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. majoriti org melayu yg tak berparti mrk taknak undi mca apatah lg DAP.. so pas kena pikirlah sendiri.. sedangkan kwsn tu majoriti melayu..

      Delete
  2. MANA CACAI PEMBANGKANG ??

    MANA RATU NAGAoik ???

    DAPAT GAJI BUTA KA ??

    ReplyDelete
  3. Sebagai pengundi yang waras, jangan biarkan pemanfaat Langkah Kajang Kekalkan berkuasa di Selangor. Langkah Kajang adalah umpama sekelan ke dahi para pengundi sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Jidin pagoh akn menangis kluar air mata, air kencing, terberak... jika madey meninggal dunia... jidin pagoh 100% bgntung pada madey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jidin pagoh nak jadi PM dgn bantuan madey... jidin pagoh xda usaha langsung (bjuang mati-matian utk jwtn PM).. sapa nak bg jidin oooi... madey dulu pun dia cadangkn najib bkn jidin... sbb dia tahu dah jidin xblh bkerja xda indtiti hnya mgharapkn org ja

      Delete
    2. Jidin pagoh hnya mmpu mejenamakn keturunannya... sbgai keturunan pngkhianat, bgantung pd ehsan org lain... jidin2

      Delete
  5. Wahai penyokong pembangkang..
    Akui lah.. kot..
    Seburuk buruk BN urus selangor.. tak pernah jadi kepam kabut macam pembangkang urus selangor..
    Huru hara.. langkah kajangnya.. singboard mahalnya.. penduduk hilang kelayakan rumah murah..mb di pecat.. air..sampai skrg belum setel.. perkara yg sgt sgt penting tp di politikkan tanpa belas pada rakyat dan org ramai..
    Pembangkang selangor tiada pengalaman dan tk matang

    ReplyDelete
  6. nenek jijah nih...bukan boleh dengar cakap dia....iQ tahap tunggul kayu....blur jek memanjang...isu semasa pon x paham...

    ReplyDelete
  7. Kesian kak wan. Nak berucap dlm dun pun tergagap gagap. Tak payah jdi wakil rakyatlah kak wan. Tunggu bang non keluar.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.