Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Monday, June 12, 2017

Dinasti Lim Cuci Pekung Jijik DAP Dahulu Sebelum Cabar PM Najib

Seperti biasa, parti cauvinis DAP begitu cekap menangguk di air keruh. Taktik ini adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kezaliman dan kerosakan yang di bawa oleh parti cauvinis tersebut.


Yang terbaru, veteran tua DAP itu menggunapakai dakwaan pembayaran RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah untuk menyerang Datuk Seri Najib Razak. Padahal kita semua tahu bahawa sumber dakwaan itu iaitu blog Sarawak Report adalah sumber yang tidak boleh dipercayai dan terbukti berbohong.
Baca : http://novandri.blogspot.com/2017/06/rm95-juta-anwar-menangguk-di-air-yang.html
Kita nasihatkan kepada Lim Kit Siang supaya kotakan kata-katanya dahulu sebelum mencabar Najib Razak. Sehingga ke saat ini, veteran tua DAP ini telah berbohong kononnya mahu menyaman beberapa pihak,
30 April 2013 - Kit Siang akan menyaman Dr Mahathir jika enggan menarik balik kenyataan bahawa Lim Kit Siang adalah seorang rasis.
2 Januari 2016 - Kit Siang membuat kenyataan peguam DAP akan mulakan prosiding dalam 1 atau 2 hari lagi tentang isu parti cauvinis DAP ditawarkan dana sebanyak US$300 juta oleh Israel untuk PRU13 dan juga pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategik.
Setahun hampir berlalu tetapi Lim Kit Siang DAP masih belum lagi menyaman pihak-pihak yang telah membuka rahsia bahawa parti itu bersekongkol dengan negara Israel dan mendapat dana yang begitu banyak.

Dinasti Lim DAP takut untuk menyaman Mohd Razali, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, individu yang mendedahkan perhubungan di antara DAP dan Israel.

Selain daripada itu, turut didedahkan,
Pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak Kristian untuk menjayakan misi ini. DAP akan berganding bahu dengan pihak Kristian untuk pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian.
Kit Siang dan Guan Eng DAP sehingga ke hari ini juga takut untuk menyaman Tunku Aziz, bekas naib Pengerusi parti DAP, padahal Tunku Aziz telah membongkar segala pekung hanyir jijik parti DAP.

Pada awalnya, Tunku Aziz fikir DAP adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran. Kononnya DAP mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah diperkatakan seolah-olah DAP juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berhadapan dengan realiti, mereka tidak lakukan apa yang mereka cakap sebelum ini. Itulah parti DAP.

Tunku Aziz juga telah membongkar perangai sebenar Lim Guan Eng DAP. Bagi beliau, Guan Eng adalah seorang manusia yang bukan sahaja bongkak dan sombong malah merupakan seorang yang suka mengambil pujian atas hasil usaha orang lain tanpa sedikit pun perasaan bersalah.
"Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Guan Eng mengaku dan menerima pujian untuk kemajuan yang berlaku di sana. Padahal, Pulau Pinang memang sudah lama maju sebelum zaman Guan Eng lagi". 
"Apa yang ironinya, Guan Eng sendiri bukan dari Pulau Pinang tapi bercakap seolah-olah dia lahir dan membesar di sana. Kemudian dia menggambarkan apabila menjadi Ketua Menteri, barulah Pulau Pinang itu wujud dan mula maju. Tapi adalah menjadi amalan Guan Eng untuk mengambil semua pujian manakala kesilapan pula melibatkan orang lain. Itu bukan sesuatu yang bijaksana tetapi hanya mementingkan diri sendiri".
Kepada mereka yang mengikuti dengan dekat perkembangan politik di Pulau Pinang sudah pasti bersetuju dengan kenyataan Tunku Aziz ini.

Yang terbaru, Guan Eng DAP telah meletakkan 3 syarat kepada parti Gerakan hanya kerana mahukan Guan Eng bercakap benar tentang tanah konroversi Peel Avenue. Untuk mendedahkan minit mesyuarat Perbadanan Ketua Menteri (CMI) itu, Guan Eng DAP memberi syarat Gerakan perlu menyumbang RM1 juta bagi tujuan kebajikan, menarik balik kenyataan serta menuntut parti itu menarik diri daripada arena politik.

Syarat tidak masuk akal ini turut dibidas oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
"Jika ada pihak seperti Gerakan mengemukakan soalan, Guan Eng tidak mempunyai hak meminta kemuka deposit, suruh berhenti berpolitik atau letak pelbagai syarat sebelum jawab soalan mereka,” katanya

Beliau berkata Guan Eng menjadi Ketua Menteri berdasarkan mandat yang diberi oleh rakyat pada Mei 2013 dan bila mandat diberikan, rakyat berhak bertanya soalan, lebih-lebih lagi ia bukan direka atau daripada sumber fitnah.

Lim Guan Eng juga dikritik keras kerana cuba menjadi 'one man show' dengan menyandang berbelas-belas jawatan tertinggi di negeri ini.


Datuk Jahara Hamid menyifatkan perkara tersebut 'tidak normal' dan turut menggelar Guan Eng sebagai pemimpin yang gila kuasa kerana memegang terlalu banyak jawatan dalam satu-satu masa.
"Benda ni nampak sangatlah dia nak jadi 'one man show', tapi kalau kita kata dia tidak mahu mengaku, ini bukti dia nak jadi 'one man show'. 
"Gila kuasa, melalui jawatan tu dia pegang kuasa, jadi dia gila kuasa," katanya.
Segala permasalahan dalam DAP dan kerajaan DAP negeri ini yang patut diselesaikan dahulu oleh Lim Kit Siang DAP sebelum menuding jari dan mencari salah pihak lain.

Yang terbaik ialah menolak parti DAP dan kerajaan DAP pada PRU14 ini.



SHARE ARTICLE :

23 comments:

  1. Cilaka DAPig !!!!

    ReplyDelete
  2. MANA JING RBA DAPigs ? TAKKAN PUASA JUGAK KOT ?

    SEMUA DPT GAJI BUTA TAK MAU JAGA TOKONG DAPig DEPA DAH ! BAGUS !

    ReplyDelete
  3. Muhyiddin Yassin telah berkata bahawa orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah PENGKHIANAT BANGSA dan DAP hanya mahukan si Melayu menjadi kuda tunggangan yang kerjanya menjaga kepentingan parti cauvinis itu sahaja.

    Beliau juga meminta orang Melayu berwaspada jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP, yang disifatkan parti PALING RASIS. Segalanya ini dinyatakan sebagai peringatan kepada orang Melayu. Beliau juga mengaku bahawa :

    1. Kemenangan DAP di Pulau Pinang serta mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada PARTI PALING RASIS ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau.

    2. DAP dengan tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

    3. DAP langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang mejoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

    4. DAP tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja.

    Muhyiddin juga berkata, agenda parti DAP yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn sedap sgt mgata kat org nnt bertukar balik pada kita... jidin pagoh jadi kuda lim kit siang

      Delete
  4. ko menyalak mcm mana pun..ko tetap diperintah oleh kit siang dan guan eng.....selamanya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Steady la jing RBA DAPig !!! Baru nak menyalak ye !

      Delete
    2. Alahai DAP naik di Pulau Pinang kerana sokongan PAS yg tertipu dengan janji bohong parti kafir harbi dan parti munafik. PRU 14 ke lautlah, inshallah.

      Delete
  5. Saudara penulis blog, dan saudara2 penyokong MO1..di atas ada tulis bila LKS nak saman. nak tanya jugak, selasa bila MO1 nak saman SR. Fitnah, pembohongan perlu dibuktikan bukan hanya sekadar menafikan melalui tulisan. semua org boleh cakap fitnah, tp mana bukti menunjukkan benda tu salah? dalam MO1 dok berdiam, dalam shafie tak berkata apa2, yang lebih hebat, saudara2 le sbb lebih tahu dari org yang dinamakan. macam Musa Hassan yang terdiam terus apabila dibuktikan yang MO1 sebelum tutup 1 akaun, dah buka 3 akaun baru...dapatkan dulu bukti tuan2..nanti malu macam musa hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ada bukti ke? Cai dap
      Kenapa doj diam je
      Kenapa jabatan rasuah mas Singapura tak berani sebut siapa nama mo1 itu?
      Kenapa mas singapura hanya berani denda je dan tak lakukan tutup dana 1mbd itu dan tak tangkap perilaku walau pun perilaku itu ikan bilis, Singapura bukan betul pun lee kuan yu itu rasuah anak menantu dia gelap duit dengan berjuta kerugian temasik holding itu

      Lupa nak cakap doj kalau ada wang kau boleh bodoh undang2 amerika itu, tun mahathir hantar khairudin pergi pergi buat laporan dekat doj rupa2 nya pergi melancong ke amerika itu. Lepas ambil duit doj segala anak freemason itu diam dan berlakonan di amerika.

      Ingat Amerika negara pelobby ada wang boleh mainkan undang2 di Amerika itu,

      Sila bagi tahu apa maksud 3akaun fizi itu, orang dah percaya fizi itu donk menipu berulangkali

      Delete
  6. Kerajaan Amerika Syarikat mengemukakan permohonan di mahkamah bagi merampas sebuah ‘penthouse’ di London yang didakwa diperolehi dengan dana yang diselewengkan daripada 1MDB, lapor The Wall Street Journal (WSJ).

    Ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, membeli ‘penthouse’ berkenaan, sebuah bangunan pejabat dan sebuah lagi pangsapuri, yang semuanya terletak di daerah Mayfair dengan membelanjakan £77 juta (RM416 juta pada kadar semasa) milik firma pelaburan negara itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa tak kenal dengan cerita hoax media barat baru ini cerita tentang serangan penganas di englang cerita hoax , kalau apek itu nak beli panhouse duit dia tak ada kena mena dengan 1mbd itu. Wsj itu dah menipu dalam perang iraq konon iraq ada senjata bialogi, media wsj penipu kau percaya

      Amerika freemason cemburu sebab emi dah jadi milik Low Taek Jho, tahukan anda yahudi jual harta dia apabila tak untungkan, sekarang semua harta yahudi jatuh ke tangan negara china itu

      Delete
  7. Kenapa takut sangat dengan DAP? DAP memang terkenal sebagi parti rasis sejak tahun 1969 lagi.
    Kalau benar UMNO ingin terus relevan kepada perjuangan Melayu, kenapa letak individu paling bodoh mengurus negara dan paling korup menjadi presiden. Walaupun sudah terang masih menyuluh lagi. Selagi wujud ramai yang bersifat barua seperti ini, UMNO akan hancur juga walaupun bukan kerana DAP. Contoh, orang macam Novandri bukanlah bodoh sangat untuk menilai Najib. Jadi, cara yang dilakukan, mengalih pandangan kepada DAP dan tidak langsung cuba menyentuh bab kebodohan Najib ni. Tahun demi tahun, negara makin terkebelakang. Berapa lama nak hidup dalam penafian? Kalau UMNO sendiri sanggup menggadai parti hanya untuk seorang individu, dah tu bodoh dan korup pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO parti bodoh, jadi presiden pun kenalah cari yang paling bodoh. Tengok sajalah macamana Novandri dok perbodoh orang. Hari-hari cerita pasal pembangkang. Bukankah sepatutnya dia bercerita pasal kehebatan negara sekarang dibawah presiden UMNO yang paling bebal ni. Negara makin teruk, tanya orang UMNO lain pula ceritanya.

      Delete
    2. dia menyalakla...kot2 dicalon jadi wakil rakyat nanti....jilat najib sampai tak kenai halalharam...

      Delete
    3. Wow...hehehe..dedak dapig pun skang dah halal kan...hehehe

      Delete
    4. bila kata presiden umno sekarang yg palimg bodoh apa kayu ukuran nya... adakah dengan tomahan lim kit siang ke atau serawak report ke yg kita ambil sebagai bukti... tak baca lagi ke list pencapaian yg telah disebarkan... negara terbaik untuk pelaboran... berbillion yg dibawa balik..segmen pelaboran runcit...#24 dari 63 buah negara berdaya saing.. perbelanjaan kerajaan yg paling cekap.. macam2 periktirafan yg dah dapat... walaupun dalam menghadapi cabaran ekonomi seDUNIA.... bodoh lagi ke org macam tu... org yg cuba mengubah concept kroni dlm perniagaan... bahkan banyak negara ingin belajar cara pengurusan ekonomi... idea yg jauh berkesan berbanding pengurusan autokratik dan mengkayakan kroni... ni semua dah terbukti... kita anggap pengurusan yg baik ke kalu anak beranak dapat kikis harta malaysia ni... bila syarikat anak kroni bankrupt duit petronas yg kena bailout... jika ni dikatakan pandai.. ye le pandai menipu...

      Delete
    5. Najib bukan tahap bodoh lagi tapi sudah tahap baghal. Tapi, kalau dah banyak makan dedak dan asyik duduk bawah tempurung UMNO, memang tak nampak semua tu. Mata dan mulut sudah digelapkan dengan dedak UMNO.

      Delete
    6. laa setakat buat 1 tuduhan tanpa bukti... tanpa hujah... tanpa bandingan... malulah....yang pandai tu cam sape... anony 11:30... korang sampai sekarang pun tak dapat kata sepakat sape yg nak dijadikan PM... cuba ko namakan .... boleh le kita buat bandingan.. yang mana pulak yg dikatakan dedak umno tu... setakat buat 1 statement macam tu tunjukkan ko tu bodoh....jinis tak blajor tinggi... org yg pernah belajor tau keperluan mengeluarkan bukti utk menyokong sebarang hypothesis kalu tak ianye cuma fallacy ... opsss penyokong ph ni dah dianggap 1 fact bahawa mereka ni penyokong yg cuma mengikut membabi buta ... tidak mampu utk digest data yg tersebar utk menjadi info yg patut dibuat panduan ... mempercayai cuma fitnah si rafizi... tomahan mahdey.. serawak report... yg telah beulangkali terbukti berbohong... seperti serawak report... gambar photoshop najib dan rombongan raid kedai emas... dikalangan org yg ada disciplined ilmu.. sumber ini sudah tak mampu utk sustain sebarang hujah.. oppss... mampu ke anony 11:30 tu paham ni semua... konon nak menghina org... cermin diri tu dulu...

      Delete
    7. ceh kununnya belajaq tinggi....kalau berani samanla serawak report...bersih diri dlm mahkamah.....akai dikepala lutut...

      Delete
    8. Pulau Pinang akan jadi negeri bankrap. Tanah habis dijual berbilion ringgit, Kos operasi kerajaan DAP meningkat 500%, Projek terowong berbilion ringgit gagal, cukai dan kadar naik....dah tu nak ambil pinjaman dari Cina rm1 bilion. Pelik tak mana pergi duit2 itu semua sedangkan P Pinang menjadi bankrap. Masuk kocek siapa agak2nya. Nampak macam ada salah guna kuasa yg serious di P Pinang ni. RCI patut ditubuhkan ni.

      Delete
    9. anon 11:30.. otak kau dah beku tak boleh lagi berfikir dgn waras hanya terikut2 fitnah demi fitnah bohong demi bohong agen2 kafir SR dan dapigs..jadi tahap bodoh bangang biul memang layak untuk kau..

      Delete
  8. Puak kafirun penghuni neraka. yg bersekongkol pula menjadi sebahagian dari mereka.

    ReplyDelete
  9. Salam pembuka!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan media ini untuk menginformasikan semua dalam kelompok ini mencari pinjaman sangat berhati-hati karena ada penipuan di mana-mana. beberapa bulan yang lalu, aku finansial turun dan saya memutuskan untuk mencari pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh orang di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sampai seorang teman saya merujuk saya ke pemberi pinjaman sangat handal dan asli disebut Ibu Glory, pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan jumlah pinjaman dari Rp500,000,000 tanpa stres pada tingkat bunga 2% yang merupakan terjangkau tingkat bunga untuk saya.

    setelah transfer kredit saya ke rekening bank saya, saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya diterapkan telah mentransfer langsung ke rekening saya dengan Ibu Glory tanpa penundaan. Karena saya berjanji ibu bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan hubungi Ibu Glory melalui email:gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan waktu ini untuk menginformasikan semua yang anda juga dapat menghubungi saya di email saya: dewiputeri9@gmail.com dan Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan mengatakan kepada saya tentang Ibu Glory, Dia juga mendapat pinjaman baru dari Ibu Glory, Anda dapat juga menghubungi dia melalui email:utariwirmayaty@gmail.com Sekarang, semua yang akan saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya kirim langsung ke rekening bulanan.

    saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT untuk menggunakan Ibu Glory mengubah cerita keuangan saya dan sekarang saya seorang pemilik bangga bisnis saya sendiri, semoga Allah terus memberkati Ibu Glory dan terus menggunakan nya untuk membantu kita semua dalam kesulitan keuangan

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.