Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Wednesday, June 14, 2017

Skandal Disiplin : Kena Balik Batang Hidung Mahathir & Muhyiddin

Pada 24 Jun 2016, Majlis Tertinggi UMNO telah membuat keputusan sebulat suara untuk memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Keputusan dibuat atas pelanggaran disiplin dan mereka telah berada di atas pentas bersama-sama dengan pemimpin pembangkang, membuat ucapan-ucapan bersama dengan mereka dan menyerang pimpinan dan parti UMNO. Maka itu adalah kesalahan besar dari segi disiplin parti UMNO.

Keputusan itu menjadi bahan puak pembangkang untuk menuduh kononnya parti UMNO tidak mengamalkan kebebasan bersuara dan segala tuduhan yang lain. Puak pembangkang mengambil kesempatan itu dengan sepenuhnya.

Tetapi Allah SWT maha adil.

Isu ‘kebebasan suara’ ini terpalik semula ke muka Muhyiddin Yassin dan parti PPBM apabila seorang Exco Pemuda PPBM dirujuk kepada Lembaga Disiplin PPBM hanya kerana mengemukakan soalan-soalan tentang kepimpinan tertinggi PPBM.

Lebih memualkan apabila Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketua Pemuda PPBM yang kononnya meraikan perbezaan pendapat itu juga buat u-turn dan sendiri bersetuju supaya Exconya dirujuk kepada Lembaga Disiplin PPBM.

Mukhriz Mahathir juga turut berkata ‘tindakan ke atas Muhammad Hafiz itu adalah wajar kerana tidak menggunakan saluran betul, selain mengingkari sumpah untuk menjaga kepentingan parti.’

Nah …. Sekarang kepimpinan PPBM pula berdepan dengan ahli-ahlinya seperti yang mereka lakukan apabila mereka berada dalam UMNO sebelum ini. Seperti kata orang putih, what goes around comes around!

Isunya ialah apabila Muhammad Hafiz Azhar, Exco Pemuda PPBM membuat sidang akhbar serta mendedahkan bahawa pelbagai soalan diajukan oleh ahli peringkat akar umbi mengenai :
1. kekayaan luar biasa anak-anak Pengerusi PPBM, Dr. Mahathir Mohamad.

2. skandal Nika Ghee isteri bekas pendakwa raya, Stanley Clement August dengan Muhyiddin Yassin.
Bagaimana semua soalan itu akan dielak daripada dijawab oleh mereka yang terlibat ketika mesyuarat bersama. Malah, Exco itu juga telah menghantar sendiri pesanan ringkas kepada, Syed Saddiq tetapi semuanya membisu seperti ingin melindungi sesuatu.

“Perkara itu perlu dijelaskan dan semua ahli ingin mengetahui kebenaran. Jika mereka tidak jujur maka selama ini perjuangan kami untuk parti adalah sia-sia,” jelasnya.

Untuk rekod:
27 Oktober 2016 - Khairuddin Abu Hassan keluar PPBM

30 Disember 2016 – Mohd Ezam Mohd Noor keluar PPBM.

17 Mac 2017 - 13 ahli diketuai bekas Pengerusi PPBM Baling, Ali Ahmad, bertindak keluar parti selepas masing-masing dikatakan tidak berpuas hati dengan  dengan isu pelantikan jawatankuasa baharu bagi PPBM di kawasan itu. Didakwa 500 ahli PPBM kawasan juga turut keluar parti.

6 April 2017 - Seramai 500 anggota PPBM Bahagian Rembau mengisytiharkan keluar daripada parti berkenaan serta merta. Keputusan diambil berikutan amalan kronisme yang diamalkan dalam PPBM, selain hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti yang diketuai oleh Muhyiddin.

19 April 2017 – Kamarul Azman Habibur Rahman, salah seorang daripada 7 pengasas PPBM bersama 821 ahli PPBM keluar parti. Beliau mendedahkan kepimpinan PPBM lebih memikirkan rakan-rakan daripada parti dan kepentingan masyarakat.

26 Mei 2017 - 1,000 ahli termasuk 50 pemimpin peringkat negeri dan bahagian PPBM Perak mengumumkan peletakan jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta merta. Keputusan ini dilakukan kerana merekatelah muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti yang sengaja ditimbulkan Muhyiddin.

10 Jun 2017 – Exco Pemuda PPBM buat sidang akhbar mendedahkan bahawa mereka semakin hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti PPBM yang dilihat tidak berintegriti dan menyalahgunakan kuasa.
Nampaknya,parti new kids in the block ini semakin bercelaru dan tunggang langgang. Kepimpinan parti dilihat gagal untuk menguruskan parti dengan baik dan kita juga bakal menyaksikan lebih ramai lagi ahli-ahli PPBM yang akan keluar parti tersebut.

Kita juga menjangkakan bahawa Parti Harapan akan bertambah teruk serta berpecah belah apabila tiba masa pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya umum kelak. Sekarang pun sudah kedengaran pertelingkahan kerana merebut beberapa kerusi panas di antara parti-parti dalam pembangkang.



SHARE ARTICLE :

43 comments:

  1. Parti bebas rasuah... pimpinan ezam mohd nor akan menyelamatkan semua... percaya lah pada ezam mohd nor bakal PM malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau mimpi di siang hari ke?.

      Delete
    2. Ezam ada berkotak-kotak idea utk menyelamatkan malaysia...hehe

      Delete
    3. Ezam mampuih pun org x heran laah

      Delete
    4. Ezam mampuih pun org x heran laah

      Delete
  2. Bakar mengakui bahawa suspek utama berhubung kes menerima rasuah bagi melindungi pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka adalah kenalannya.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang dibuat oleh Sarawak Report bahawa suspek berkenaan, Gopinathan Krishnan, 50 berhubungan terus dengannya menerusi telefon.

    "Ya, saya kenalinya dan beliu juga dikenali oleh keluarga saya," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarawak report fitnah lagi...kah.kah

      Delete
    2. semua rahsia dlm poket gopi..masuk juga poket sarawak report.....

      Delete
    3. Percaya kat sarawak report mgalahkn percaya pd tuhan tu... wlpun Islam dah jelaskn jgn pcaya pd yahudi + ktistian...

      Delete
    4. Engkau ni dah salah tafsir..

      Delete
    5. Engkau ni dah salah tafsir..

      Delete
  3. Siapa la yg percaya kat Sarawak Report penipu tegar tu.

    ReplyDelete
  4. "Mukhriz adalah orang yang patut bela Hafiz, tapi dia pula yang mengkhianatinya."

    Itu kecaman EXCO Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Mohamad Taufik Abas terhadap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengecewakan, mengkhianat dan penipuan.

    Ia susulan kenyataan Mukhriz yang mendakwa seorang lagi EXCO ARMADA, Muhammad Hafiz Azhar adalah individu yang ditanam oleh UMNO di dalam PPBM, berikutan tindakannya mendesak Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan mengenai isu yang membelenggu mereka.

    Mohamad Taufik berkata, tuduhan Mukhriz bukan saja tidak berasas, malah mengkhianati Muhammad Hafiz yang banyak berkorban terhadap PPBM, khususnya dalam menggerakkan jentera parti. "Hakikatnya, Mukhriz sendiri yang melantik Muhammad Hafiz sebagai EXCO tanpa melalui apa-apa tapisan dan pemilihan seperti EXCO lain, tapi kenapa sekarang beliau pula tuduh UMNO salah. "Ini satu pengkhianatan dan penipuan besar.

    Muhammad Hafiz antara paling banyak berjasa sejak awal penubuhan parti, tapi sekarang semua hentam dia hingga ada pemimpin sanggup lemparkan kata kesat pada dia," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Sabtu lalu, Muhammad Hafiz mendesak Dr Mahathir memperjelaskan mengenai tuduhan kekayaan dimiliki anak-anaknya yang diperoleh dalam masa singkat, manakala Muhyiddin pula mengenai tuduhan skandal dengan seorang wanita.

    Desakan itu disanggah Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mahu Muhammad Hafiz dirujuk kepada Lembaga Disiplin PPBM, manakala Mukhriz pula mendakwa perkara itu dirancang sejak awal oleh parti lawan, khususnya UMNO. Mohamad Taufik berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan terhadap Muhammad Hafiz, selain mempertikaikan cara Syed Saddiq menangani isu terbabit, khususnya apabila cuba mendakwa Muhammad Hafiz sebagai EXCO bermasalah.

    "Jasa Muhammad Hafiz lebih banyak daripada Syed Saddiq. Apabila ada masalah, tak mahu selesaikan, sebaliknya tuding jari pada pihak lain (UMNO). "Ramai EXCO sebenarnya tak setuju, tapi nak bersuara takut dituduh makan dedak sedangkan niat kami nak perbetulkan keadaan," katanya yang sanggup menerima apa saja hukuman, termasuk dibuang parti kerana mempertahankan Muhammad Hafiz

    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/292546

    ReplyDelete
  5. KUALA LUMPUR: Kebebasan bersuara untuk anak muda, demokrasi diperjuangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah satu pembohongan, kata EXCO Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Muhammad Hafiz Azhar.

    Beliau sebelum ini secara terbuka mendesak Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan mengenai isu yang membelenggu mereka. Muhammad Hafiz yang akan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin PPBM berkata, dia mengakui kesal menyertai parti terbabit, selain menyifatkan dirinya tersalah memilih perjuangan.

    Malah, beliau tidak menolak kemungkinan meninggalkan parti itu jika dia terus dilayan secara tidak adil, sedangkan 'kesalahannya' hanyalah bertanya soalan yang diajukan oleh akar umbi.

    "Selepas saya ajukan soalan itu, pihak (dalam PPBM) yang tak berpuas hati arah cybertrooper hentam, fitnah saya, dikatakan saya pemakan dedak, gunakan gambar isteri dan anak saya.. .dalam kumpulan Whatsapp ARMADA pula, ada yang dakwa miliki maklumat nombor kad pengenalan isteri. "Asalnya saya sangka ini perjuangan untuk mengubah nasib rakyat dan beri ruang anak muda bersuara, tapi lama kelamaan saya nampak (sebaliknya).

    "Nasihat saya pada anak muda, fikir masak-masak (sebelum sertai PPBM), tengok apa yang jadi pada saya. Fikir-fikirlah, " katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Muhammad Hafiz sebelum ini tampil mendesak Dr Mahathir memperjelaskan mengenai tuduhan kekayaan dimiliki anak-anaknya yang diperoleh dalam masa singkat, manakala Muhyiddin pula mengenai tuduhan skandal dengan seorang wanita. Desakan itu disanggah Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mahu Muhammad Hafiz dirujuk kepada Lembaga Disiplin PPBM serta mendakwa dia tidak hadir mesyuarat sayap parti itu, manakala Mukhriz mendakwa perkara itu dirancang sejak awal oleh parti lawan, khususnya UMNO. Mengulas dakwaan Mukhriz itu, Muhammad Hafiz menafikannya dan berkata bekas Menteri Besar Kedah itu yang bertanggungjawab membawanya masuk ke dalam parti dan menjadikannya sebagai EXCO ARMADA.

    Muhammad Hafiz juga mendakwa dia tidak hadir ke mesyuarat diadakan kerana kecewa isu dibangkitkan hanyalah mengenai bagaimana mengeksploitasi isu semasa, tetapi tidak membincangkan mengenai gerak kerja.

    "Contoh ketika isu Forest City, mereka bincang bagaimana mahu masuk ke dalam rumah penduduk dan bagi mereka marah, lori yang lalu menyebabkan debu yang bahaya pada kesihatan... nak main emosi orang saya tak minat, saya nak berjuang," katanya.

    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/292544#cxrecs_s

    ReplyDelete
  6. Rewcastle-Brown juga membidas Khalid berhubung pengakuanya tentang artikel Sarawak Report bahawa ketua polis negara itu mengenali suspek utama dalam kes rasuah di Melaka.

    "Ketika mendakwa maklumat yang kami bekalkan... pembayaran kepada Umno, Shafee dan lain-lain sebagai 'khabar angin', beliau pada sidang akhbar sama mengakui bahawa laporan kami mengenai persahabatan keluarganya dengan gangster pusat judi dan urut itu adalah betul.

    "Memandangkan Ketua Polis Negara adalah orang yang boleh menyediakan laluan selamat dan kini secara terbuka enggan berbuat demikian, kami bimbang akan terpaksa menolak niat baiknya dan bantuan pertolongan yang dihulurkan itu," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu woiiii.....mana nak letak muka....rahsia ditangan sarawak report...jilat jebon....rahsia pribadi terbongkar....

      Delete
    2. Dok ehhh..tak malu pun..
      Asamin buat drama dlm jamban pun tak malu...hehe

      Delete
    3. Sarawak reput tu taraf shitttt. Tak de orang percaya lagi, kecuali PH dan macai2nya.

      Delete
  7. Hafiz menjadi mangsa orang muda yg mudah lupa. UMNO pulak dipersalahkan tak tentu pasal. Dicadangkan Hafiz kalau nak berjuang, tak payah lalu PPBM. Masuk NGO lah macam persatuan Pengguna, persatuan Pelindung Pengguna, persatuan anti orang mudah lupa dll.

    ReplyDelete
  8. Nie la nama manusia... bila org salah bila kena atas batang hidung sendiri... betul plk... klu jati diri d tonjolkn cmtu... rakyat blh nilai... mmg xlayak jadi pmimpin... kroni semua betul, rakyat seksa tu lah zaman madey...

    ReplyDelete
  9. Bila individu bodoh dan korup dipilih jadi presiden parti. Maka, pastinya ahlinya dan bloggernya juga yang tinggal hanya yang boleh diperbodohkan. Kalau kita lihat semenjak timbul kes kekorupan Najib, blogger hanya dok sibuk cerita pasal parti pembangkang dan pemimpinnya. Senyap sepi pasal hal kerajaan atau isu-isu negara. Bukankah BN yang tengah memerintah, jadi sebab apa tak sibuk cerita pasal kehebatan kerajaan di bawah PM bodoh ni? Hari-hari pun ada isu, kenapa tak dijelaskan? Mana cerita pasal FGV atau Cukai hotel atau cerita menteri persekutuan gaduh dengan menteri sarawak? Novandri ni pun dah jadi macam agen promosi untuk parti pembangkang pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. novandri ni pun tau kelakuan haram jebon....cuma terpaksa jilat juga...peluang terakhir kot2 dicalon adun umno...

      Delete
    2. Kekorupan dalam DAP dan PKR 4 kali ganda lebih dari BN. Pulau Pinang tunggu masa nak bankrap. Maknanya PH perlu ditolak.

      Delete
    3. Yg bodoh dan korup tu kamulah anon 102 sebab kamu tu RBA yg tak pandai buat penilaian. FGV tu kan tengah dalam proses diselesaikan. Lagipun ia masalah pengurusan bukannya masalah politik. Sejak opersi, FGV peroleh keuntungan setiap tahun. Dividen dan bonus juga dibayar. Maknanya bagus kan tu. Fasal cukai hotel tu pun dah selesai, apa lagi nak?

      Delete
    4. Anon 9:26. Kalau presiden tu tak bodoh. Negara tak dilanda dengan berbagai masalah. Dari kos sara hidup, berbagai subsidi dihapuskan, berbagai cukai dikenakan, kejatuhan teruk nilai matawang dan rasuah merata-rata. Mungkin yang masih duduk dibawah tempurung UMNO tak nampak semuanya. Tapi, rata-rata yang berada diluar sudah menyampah dengan UMNO.

      Delete
    5. Tulah kamu anon 1013 yg tak banyak membaca. Masalah negara ini diwarisi dari mantan PM yg kini ada dalam PPBM/PH. Dari tolnya, IPP yg menguntungkan YTL, Proton, Perwaja dan macam2 lagi yg hanya untungkan kroni, sabotaj BMF, skendel foreks berbilion2. Semua tu amat merugikan rakyat tapi yg untung kroni. Dengan senario ini negara dah bankrap 22 tahun lepas. Tapi dengan kebijaksanaan Pak Lah dan Najib diselamatkan negara dari bankrap. Kini ekonomi, standard of living, pendapatan isirumah bertambah baik. Kejatuhan nilai ringgit berbanding dollar tu tak menjejas pertumbuhan ekonomi pun. Lagipun ia disebabkan perangai buruk Pakatan dan mantan PM yg memburuk2kan Malaysia di luar negara kerana hasad dengki nak jatuhkan Najib. Rasuah pulak kerajaan Pakatan rasuah 4 kali ganda lebih berbanding UMNO/BN. Kau lihat P Pinang yg mungkin akan bankrap nak pinjam bank Cina rm1 bilion. Tu nanti rakyatlah yg kena bayar. Eh aku ni orang luar UMNO tak menyampah pun, tapi tetap menyokong kerana ia lebih relevan dari Pakatan.

      Delete
    6. Anon 6:11. Agaknya ko tengah pakai lampin kot waktu tu, sebab tu jadi macam burung kakak tua saja. Tak tau cerita. Harini kalau negara masih tak bankrap pun sebab hasil 22 tahun tu lah.

      Delete
  10. Malaysiakini
    Terkini
    Sukan
    Seni & Hiburan
    Kolum
    Surat
    TV

    36
    DOJ: Jho Low belanja AS$10j beli barang kemas untuk model, ibu

    16 Jun 2017, pagi 6:34 (Dikemaskini 16 Jun 2017, pagi 7:07)



    Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low dan sekutunya Eric Tan membelanjakan AS$200 juta untuk membeli kemas.

    Walaupun DOJ tidak senaraikan semua pembelian yang didakwa itu, ia bagaimanapun mendakwa bahawa Low sahaja membelanjakan sekurang-kurangnya AS$9.9 juta untuk barang kemas untuk model Australia, Miranda Kerr serta untuk ibunya sendiri.

    Low juga didakwa membelanjakan AS$28.6 juta untuk barang kemas untuk isteri Malaysian Official 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayangkan duit org miskin dlm tabung haji..kwap...dll...digunakan untuk penghuni neraka ni......130 juta ringgit untuk perempuan puaka....paling latnatullah mo1 ni....

      Delete
    2. Sedap lidah bkata2... xbertulang.. duit aku dlm tabung haji elok ja...

      Delete
    3. Anon 816, penghuni neraka tu terdiri dari puak kafirun dan musryik serta munafik. Yg bersekongkol dengan mereka juga menjadi sebahagian dari mereka juga. Kau jatuh dlm golongan yg mana ye? Begitu juga dengan anon 813...huh...tak sudah2 nak temberang dan fitnah orang.

      Delete
    4. den pon menyimpan dlm tabong hj dan bank islam. tiada masaalah pon. yg masaalahnya korang2 senang percaya pembuat fitnah sbb masa kita ni mmg dah masok zaman fitnah. dajjal melayu harbi dah keluar merata membuat fitnah. tak malu muka pulak tuh dulunya marah US masok campor hal dlm negara ini sendiri pon muka tak malu menjatohkan negara sendiri. apa jenis manusia nih...yaaa dajjal dari msia sudah klr bersikap angkoh mcm ler boleh hidup seribu tahun. kesian anak bini tidak d ajar mengikuti ajaran islam sebenarnya. ehemm sama la dgn PM kita...

      Delete
  11. Jabatan Kehakitan Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa Riza Aziz - anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Riza Aziz - telah membeli hartanah di luar negara dan poster filem yang mahal menggunakan dana yang didakwanya disalahgunakan dari 1MDB melalui Aabar BVI.

    Selain daripada hartanah di AS, Riza juga dikatakan membeli hartanah di Belgravia, London, United Kingdom.

    DOJ berkata Riza membeli hartanah itu pada Julai 2012 pada harga AS$41.79 juta daripada rakan perniagaannya Jho Low, yang membelinya dua tahun lebih awal yang didakwa menggunakan dana 1MDB melalui akaun Good Star beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluarga paling hina didunia...

      Delete
    2. Baru dakwa... percaya mcm gila babi

      Delete
    3. 1mdb d audit gila2... statusnya duit 1mdb elok ja, hutang pon xda dah...

      Delete
  12. 16 Jun 2017, pagi 8:39 (Dikemaskini 16 Jun 2017, pagi 9:34)



    Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) atas "sindiran" terhadap perdana menteri dalam saman sivil pelucuthakan terbaru yang difailkannya minggu ini.

    "Kami ingin menyuarakan keprihatinan yang amat sangat terhadap sindiran salah laku jenayah terhadap perdana menteri.

    "Tidak ada langsung dalam saman sivil itu perdana menteri dinamakan sebagai defendan atau telah didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah," kata Apandi dalam satu kenyataan hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah...tak tau nak kata apa dah...tenguk muka pun dah tau......kah kah kah...

      Delete
    2. Jawapan aku mudah je duit apek itu, kalau tak betul kenapa tun mahathir tak pergi je melaporkan doj dengan bukti ada, dari zaman obama 'doj hanya cakap nak siasat dah zaman trump aku tak dengar lagi kes 1mo dah basi itu, sila bagi takrih mahkahmah nak bicara kes 1mbd itu ia cai ph, kes saman sivi nak samakan dengan saman jenayah, sivi dengan jenayah lain

      Hutang p.pinang cacah 1billon usd konon buat pelan induk penangkutan, bas dah bn buat, lrt pun tak ada, jalan pun bn bagi dana dari kerajaan pusat, nampak sangat dap menipu, dap menipu,

      ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Peng dari PKR mempersoalkan hutang 1billon itu kenapa berhutang, setiap warga p.pinang hutang 28ribu untuk tanggung hutang kerajaan negeri, jadi macai pakatan harus jawab?

      Wsj terbabit dengan scandal youtube vs wsj, wsj cuba buat tipu konon cerita youtube konon youtube menipu reting rendah orang lihat iklan pada hal reting youtube lebih tinggi dari media cetak, wsj terbabit kes fitnah senjata biologi perang iraq 2

      Doj terbabit dengan penipuan kes emal hillary clinton sehingga sekarang dia tak tangkap hillary clinton itu, doj terbabit kes clinton faundation penyalah gunaan dana clinton sehingga sekarang diam cerita itu walau pun saman dah dibuat,aku masih ingat lagi kata trump doj hanya untuk hillary clinton, walau pun aku tak sokong trump dan hillary clinton itu

      Delete
    3. Dah setahun lebih doj hanya cakap dekat pentas tapi pendawaan mana cai, ix ix ix tak faham permain doj itu

      Delete
  13. UMNO sudah lama hidup dalam penafian. Semenjak penjenayah jadi PM terhebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah org tak buat nak paksa2 org mengaku. typical of perangai world police suka paksa2 orang. pulas tangan org. mmg kafir2 doj ni bangsat nak menjatohkan negara2 islam secara halus. control freak...

      Delete
  14. Para Penjilat Kit Siang & Madey dah dapat duit Raya kah belum. Jika belum Najib nak bagi batuan Dedak satu kampit seorang marilah ke Dataran Merdeka hari Isnin ini.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.