Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash
Showing posts with label azizan abu razak. Show all posts
Showing posts with label azizan abu razak. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

GEMPAR! MB KEDAH LETAK JAWATAN??


Menggemparkan! Sila baca :

Friday, February 24, 2012

GEMPAR! Exco PAS Kedah Kosongkan Pejabat & Letak Jawatan Tanda Protes Kepada Azizan Razak, MB Kedah...


ALOR SETAR 23 Feb. - Kepimpinan Kerajaan Pas Kedah sekali lagi berhadapan dengan krisis apabila sekurang-kurangnya empat Exco parti itu dikatakan enggan hadir pada majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pada 28 Februari ini.

Empat Exco yang dikaitkan ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib dan seorang lagi Exco yang tidak didedahkan identitinya.

Krisis terbaru itu dijangka meletakkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam dilema memandangkan tindakan berkenaan dikaitkan dengan usaha memberi tekanan kepada beliau untuk meletakkan jawatan.

Sejak September tahun lalu, Azizan menghadapi pelbagai tekanan untuk berundur daripada jawatan tersebut atas alasan beliau tidak mempunyai keupayaan mentadbir Kedah dan menghadapi masalah kesihatan.

Sementara itu, satu sumber mendedahkan sekurang-kurangnya empat anggota Exco sudah mengosongkan bilik masing-masing dan seorang daripadanya dilaporkan sudah sah menghantar surat peletakan jawatan kepada Azizan.

Sumber itu mendakwa, kesemua mereka bertindak demikian sebagai bantahan kepada gaya pentadbiran Azizan yang dikatakan tidak efisien.

Krisis terbaru politik Kedah itu bermula apabila tersebar khabar angin terdapat tiga Exco negeri berkenaan telah menghantar surat kepada Azizan menyatakan mereka tidak mahu dilantik semula ke jawatan tersebut dan salinannya dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sumber memberitahu, langkah yang dibuat oleh mereka bertujuan memberi tekanan kepada Azizan supaya tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Tindakan itu sekali gus akan membolehkan Azizan tidak dilantik semula ke jawatan tersebut jika pakatan pembangkang terus memerintah Kedah.

Sementara itu, Exco yang terlibat ketika dihubungi Utusan Malaysia tidak mengesahkan atau menafikan sama ada mereka akan menghadiri majlis pelantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 28 Februari ini.

Dua daripada empat Exco yang dikatakan terlibat seolah-olah berdolak-dalik dalam memberikan pengesahan.

Phahrolrazi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga berkata, belum masanya beliau membuat sebarang kenyataan tetapi jika perlu, satu sidang akhbar berhubung perkara tersebut akan diadakannya dalam tempoh terdekat.

"Bagi buah masak cukup dahulu, baru boleh buat kenyataan," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Sementara itu, Dr. Ismail juga enggan membuat sebarang kenyataan dengan mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.

Ditanya sama ada beliau telah menghantar surat tidak mahu dilantik semula sebagai Exco, Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri itu berkata: "Tanya MB (Menteri Besar), beliau tahulah kot. Saya tidak tahu apa-apa, jadi tak mahu kata apa-apa lagi."

Dr. Hamdan yang memegang portfolio Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan negeri pula gagal dihubungi.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Azizan selaku Menteri Besar berhak untuk melantik atau menggugurkan mana-mana Exco kerana ia proses biasa dalam pentadbiran.

"Hak negeri untuk pilih siapa yang layak. Lantik orang baru atau gugur juga perkara biasa," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kedah Sejahtera di Kompleks Pas Pokok Sena malam tadi.

Justeru, Abdul Hadi berkata, orang ramai tidak sewajarnya mempercayai khabar angin kerana ia bukan sumber rasmi.

Kerajaan Negeri Kedah melakukan rombakan barisan Exconya setahun sekali. - UM.

Tuesday, December 27, 2011

Menteri Besar Kedah Tentu Meroyan Bila Tahu Kajian Ini !!


MIM tertarik dengan satu rencana di dalam media perdana. Azizan Abu Razak PAS tentu meroyan kerana tidak popular dikalangan rakyat walau pun berstatus MB!

Di antara rencana tersebut:-

Difahamkan melalui satu kaji selidik yang dijalankan itu, Mukhriz dikatakan berada di kedudukan tertinggi dalam rating siapa yang paling layak menjadi Menteri Besar. Beliau dikatakan meninggalkan jauh Azizan dari segi populariti.

Mukhriz dilihat bukan sahaja disenangi oleh semua peringkat umur malahan masyarakat pelbagai kaum juga menyukai beliau.

Walaupun terdapat kebimbangan bahawa kehadiran Mukhriz mungkin tidak disenangi oleh sesetengah kelompok terutamanya orang lama dalam UMNO Kedah namun apa yang lebih penting ialah penerimaan rakyat.

''Penentangan terhadap Mukhriz tidak akan memberi banyak kesan kerana sebahagian besar pemimpin UMNO di Kedah sudah bertekad untuk tumbangkan Pas.

''Kalau ada pun yang tidak puas hati, mungkin mereka kelompok kecil sahaja, apa yang penting kehendak majoriti rakyat yang mahu melihat Mukhriz memimpin Kedah,'' kata sumber itu lagi.

Menurut sumber tersebut, pemilihan Mukhriz dikatakan akan mampu menghapuskan persepsi bahawa UMNO Kedah hanya bergantung kepada muka lama yang sebahagiannya sudah ditolak oleh rakyat.

''Apatah lagi Mukhriz dilihat mempunyai cara tersendiri mendekati rakyat dan sikap rendah diri serta latar belakang beliau sebagai anak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad juga dikatakan akan memberi kelebihan dalam membantu UMNO dan BN meraih sokongan rakyat Kedah,'' kata sumber itu - UM.

Friday, April 22, 2011

Tidur & Bermimpilah Lagi......Wahai Pemimpin PAS !


Rupa-rupanya, Azizan Abdul Razak PAS, Menteri Besar Kedah masih 'belum bangun dari tidur' beliau! Yang memalukan ialah beliau begitu cepat menyalahkan pihak lain tentang masaalah bekalan air di Kedah.

Beliau menuduh Kementerian Pengajian Tinggi tidak menaik taraf infrastruktur bekalan air dan loji air di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tetapi isunya bukan infrastruktur tetapi sebenarnya ialah kegagalan anak syarikat kerajaan Azizan Razak PAS untuk membekalkan air secukupnya kepada pihak UUM! Malah pembohongan MB Kedah itu disokong dengan surat Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009!

Di antara laporan berita :-

“Oleh itu, kenyataan Menteri Besar Kedah yang menyarankan UUM mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi supaya menaik taraf infrastruktur bekalan air adalah tidak tepat kerana masalah sekarang bukanlah dari segi infrastruktur tetapi masalah yang sebenar ialah bekalan air yang tidak mencukupi,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Semalam, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, masalah bekalan air di UUM timbul kerana infrastruktur saluran paip dan loji universiti itu tidak dapat menampung bekalan air sebanyak 15 juta liter sehari yang dibekalkan oleh SADA.

Mohamed Mustafa berkata, kegagalan membekalkan air dengan cukup kepada UUM diakui oleh Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009.

Katanya, surat itu menyatakan bahawa pengeluaran di Loji Rawatan Air Pelubang, dekat Jitra telah mencapai tahap maksimum dan tidak mampu menampung permintaan bekalan air termasuk di kawasan UUM dan sekitarnya SETERUSNYA

Nampaknya, pemimpin PAS Kedah itu gagal untuk mengetahui secara terperinci tentang masaalah yang melanda rakyat Kedah. Dan isu ini bukannya yang pertama!

Beginilah jadinya apabila ada yang mengundi pemimpin yang tidak berkaliber. Tidak mengapa, PRU13 akan tiba. Rakyat akan menolak pemimpin-pemimpin PAS seperti Azizan Razak kerana gagal dan tidak efesien.

Thursday, January 06, 2011

BESTNYA JADI MB MACAM AZIZAN ABDUL RAZAK :TAK TAU APA-APA !

KUALA LUMPUR 5 Jan – Perletakkan jawatan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Kedah Sato lebih menjurus kepada permasalahan politik bukannya disebabkan tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan syarikat.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perletakkan jawatan itu mungkin mempunyai masalah besar berikutan tindakan mengejut yang dilakukan oleh Mahfuz.

“Mahfuz adalah Naib Presiden Pas bukannya orang sebarangan, jika dia tidak berpuas hati dengan Kedah Sato, dia boleh berjumpa dan berbincang Menteri Besar bukannya melakukan tindakan drastik dengan meletak jawatan secara mengejut.

“Apa yang yang dapat saya katakan dalam perkara ini, mungkin masalah lain sehingga berlaku perkara itu, mungkin membabitkan masalah dalaman parti, jika betul tiada masalah takkan Menteri Besar pun tidak tahu perkara itu,” katanya kepada UMNO-online.

Akhbar minggu lalu, melaporkan Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena meletak jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato tetapi enggan memberi penjelasan mengenai perkara itu, malah Menteri Besar Kedah juga tidak tahu mengenai perkara itu.

Tidurlah wahai Azizan 'tak tau apa-apa'

Berikutan, ramai pihak meminta mereka yang terbabit memberi penjelasan mengenai perkara itu kerana membabitkan kepentingan rakyat, Kedah Sato adalah anak syarikat kepada syraikat milik kerajaan negeri.

Ahmad Bashah berkata, kerajaan Pas dan pengurusan syarikat perlu memberi penjelasan dan tidak membiarkan perkara itu begitu sahaja kerana membabitkan kepentingan rakyat dan rakyat perlu tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Ada yang tak kena dalam perkara ini, mana mungkin kalau tidak takkan Mahfuz letak jawatan, Azizan perlu buat penjelasan dan jika ada kepincangan yang berlaku seperti dinyatakan Mahfuz, dia kena ambil tindakan bukannya mendiamkan diri.

“Azizan punyai kuasa kerana dia Menteri Besar dan bertanggungjawab kepada semua urusan yang berlaku di Kedah, jangan biarkan rakyat tertanya-tanya dan memberi jawapan tidak tahu, jawapan tidak tahu bukan pertama kali diucapkan oleh Azizan, sebelum ini juga dia memberi alasan yang sama membabitkan kes lain ” katanya. (seterusnya)

ARTIKEL TOP MINGGU INI.