Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009.

Di kesempatan ini, penulis mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada rakan-rakan sekalian.

Semoga tahun 2009 membawa erti yang lebih bermakna untuk kehidupan kita semua. Dalam masa yang sama, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di bumi Palestin dan Lebanon.

Di harapkan agar mereka sentiasa tabah dan sabar untuk menghadapi segala dugaan yang telah dan bakal menjelma.

Penulis mengalu-alukan usaha Pemuda UMNO Malaysia dan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) yang akan menerajui "'Barisan Bertindak Menentang Kezaliman Rejim Israel" menerusi satu perhimpunan secara aman gabungan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pada Jumaat ini, 2hb Januari 2009.

Penulis juga berharap agar parti-parti politik yang lain dapat melupakan buat seketika perbezaan ideologi masing-masing dan bersama-sama pada hari Jumaat ini untuk menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa seluruh rakyat Malaysia amat prihatin kepada kesengsaraan bangsa Palestin.

Jika ada kelapangan, marilah kita bersama-sama hadir pada jam 2.30 petang, di Kedutaan Palestin, Jalan U Thant off Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 2hb Januari 2009 ini.

PR Doomed to Crumble

Malaysian Story

Trouble is brewing in PKR and it looks ugly. The Pakatan-Rakyat (PR) coalition of PKR, DAP and PAS is doomed to crumble.

PAS’ unbending policies and its reaffirmation to implement Islamic criminal laws or hudud and qisas boomeranged and landed on its own backyard when DAP, ferociously objected it.

Not only the DAP but Gerakan and MCA which also represent the Chinese echoed similar sentiments and objections. DSAI has yet to open his mouth on the issue.. Understandably, how could DSAI comment on religious issues that he is unsure of and when he himself is facing a sodomy charge, something that is abhorred by the Malays.

To put it on record, DSAI had strongly opposed to PAS’ hudud and qisas when he was in the Government, Not once or twice but on many occasions. I believe DSAI may have forgotten what he had said when he was in the Government.

PR leaders are actually sitting on a time bomb. It is ticking away swiftly and a matter of time before the coalition explodes, disintegrating the coalition which foot is placed on soft grounds.

Of late, they have been disagreement, conflicts of ideologies and bickering among them on many issues.

The latest when PKR Kapar MP S. Manikavasagam threatens to quit the party, citing his disappointment of the Selangor PKR leaders, whom he claimed had neglected the needs of the rakyat.

I hope Manikavasagam is not too late to discover that his comrades and PKR is actually a claptrap and bunch of liars. Well, it is better late than never.

Manikavasagam continues saying that infighting among the state leaders is also widespread. Are they not supposed to be fighting for the rakyat?

He said PKR leaders in Selangor are not united and cold towards each other, adding that some are ARROGANT and unwilling to cooperate with each other to resolve issues affecting the rakyat.

So, who is arrogant now?

PKR leaders asserted that BN lost heavily in the 12th general election on March 6 because its leaders were arrogance. It is a case of a pot calling the kettle black.

I hope not only Manikavasagam has realized the politics of deceiving by DSAI but the people should also comprehend who is actually Datuk Seri Anwar Ibrahim.

He commands PR through his strategy of divide and rule and power brokering, a successful stratagem by the US in the Middle-East, especially in Iraq and Afghanistan.

(click here for more interesting articles in Malaysian Story)

Tuesday, December 30, 2008

Menarik Perhatian ?

Dr Novandri Hasan Basri

Nampaknya pengamatan ramai pemerhati politik mengenai parti PAS di Kuala Terengganu memang benar. Tetapi dalam masa yang sama, pengamatan tersebut akan dituduh berat sebelah atau pun pro-BN. Maka ianya diketepikan oleh hard core PAS dan PR sebagai bahan politik yang tidak benar.

Tetapi, apabila Mursyidul Am PAS sendiri berbicara dan mengatakan kerbimbangan beliau mengenai masaalah dalaman PAS di Terengganu, apakah ianya masih tidak benar?

''Ini masalah orang sini ( Pas Terengganu) dan bukan saya," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas merasmikan jentera Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dari Kelantan dan Wilayah Persekutuan di Masjid Hiliran di sini malam tadi - Utusan Malaysia

Dalam masa yang sama, penulis hairan dengan pendirian Nik Aziz yang mengatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam pemilihan calon pilihan raya kecil tersebut kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Pas Terengganu.

Padahal beliau telah terlebih dulu mensyorkan Muhamad Sabu sebagai salah seorang daripada calon Pakatan Rakyat yang juga dianggotai oleh parti DAP.

Penulis telah menulis isu ini di artikel sebelum ini. Di antaranya :-

.....Presiden PAS juga terdesak untuk menjaga imejnya sebagai ketua parti dan tidak nampak dibayangi oleh Nik Abdul Aziz yang awal-awal lagi telah meletakkan nama Mohamad Sabu sebagai calon pilihan beliau.

....Mengenai calon PAS sama ada penduduk setempat atau Naib Presidennya, Mohamad Sabu seperti yang dicadangkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: "(Sama ada) Mat (Mohamad) Sabu, Nasharuddin atau Salahuddin...1 Januari."


Nampaknya, pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini semakin menarik walau pun belum bermula lagi.

Apa pun, kita sedang menanti calon PAS yang bakal mewakili Parti Rakyat yang juga dianggotai oleh Karpal Singh, seorang ahli politik yang mahu mayatnya dilangkah dulu sebelum PAS meneruskan ideologi politik mereka.

Bukankah itu menarik namanya?

Kemanakah Hala Tuju NGO Melayu Malaysia?

Dr Novandri Hasan basri

Penulis ingin merujuk kepada petikan akhbar yang disiarkan oleh MalaysiaKini. Diantaranya:-

Gabungan NGO Melayu Malaysia hari ini menggesa Raja-raja Melayu supaya membatalkan kerakyatan rakyat Malaysia yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan menuntut supaya dipertahankan kedudukan istimewa mereka seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka membuat gesaan tersebut di perhimpunan sempena sambutan Maal Hijrah yang diadakan di Georgetown.

Kira-kira 1,500 orang - termasuk 400 kanak-kanak - dari sekumpulan 20 pertubuhan Melayu, menyertai perhimpunan selama dua jam itu yang bermula jam 9 pagi (29 Disember) di Polo Ground, di luar Sri Mutiara - kediaman rasmi Gabenor Pulau Pinang......


Bagi penulis, gesaan seperti di atas merupakan satu gesaan yang paling 'keras' yang pernah dikeluarkan oleh sebarang persatuan Melayu sejak isu yang menyentuh hak-hak Melayu berkemundang di arena politik Malaysia.

Ianya straight to the point dan pedas. Sesiapa pun yang menerima info. ini pasti mengundang pelbagai spekulasi, negatif atau positif, baik atau buruk, benar atau tidak.

Paling tidak, ianya menimbulkan satu persoalan yang perlu dijawab dengan serius iaitu apakah usaha NGO Melayu Malaysia tersebut benar-benar akan mendatangkan sebarang faedah yang mampu mengoncang sesiapa yang pernah dan akan memperkotak-katikkan hak Melayu di negara ini?

Persoalan ini perlu dijawap kerana secara teorinya, usaha NGO Melayu Malaysia itu perlu dipuji kerana dapat mengumpulkan persatuan-persatuan Melayu untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai satu isu yang sebenarnya telah diterangkan dengan jelasnya oleh pihak tertinggi di dalam negara ini iaitu sultan-sultan dan dipertuan negeri. (rujuk artikel ini)

Secara peribadi, penulis ingin melihat follow-up kepada usaha tersebut. Tentunya penulis mengharapkan sesuatu yang berkesan serta mampu mengubah persepsi rakyat Malaysia terhadap isu hak-hak Melayu.

Dalam masa yang sama, penulis juga mengharapkan agar perubahan yang mahu digesa itu lahir dari hati yang ikhlas serta bertimbang rasa oleh pihak-pihak yang selama ini menyalahguna isu hak-hak Melayu untuk berlagak hero kepada bangsa mereka.

Realitinya, hak-hak Melayu perlu dipertahankan oleh semua bangsa, bukannya bangsa Melayu sahaja.

Sunday, December 28, 2008

Snippets : Greetings From Negeri Di Bawah Bayu.

Dr Novandri Hasan Basri

Salam rakan-rakan sekalian. Untuk pengetahuan semua, penulis dan famili sedang berada di negeri Sabah untuk bercuti.

Sebenarnya, tujuannya ialah untuk mengembalikan nostalgia semasa penulis bertugas di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Penulis begitu kagum dengan pembangunan yang begitu pesat di Kota Kinabalu.

Perkembangan pesat ini seimbang dengan keindahan pulau-pulau dan banjaran gunung terutamanya Gunung Kinabalu.

Beberapa tempat sudah banyak berubah seperti bandar Kota Kinabalu dan Likas.

Jika ditanya, penulis mensyorkan negeri Sabah sebagai destinasi percutian seterusnya jika anda ingin bercuti.

You won't regret it and I am very sure that you will have a good time here.

p/s - Jangan lupa negeri penulis, Pulau Pinang, destinasi percutian yang juga disyorkan.

Saturday, December 27, 2008

Nizar Versus Proton

Malaysian Story

So who’s telling the truth now?

Is it Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Nizar or Proton, our national car manufacturer, over the Perdana V6 maintenance cost issue.

Nizar is obstinate to use RM2.7mil taxpayers’ money to buy 16 Toyota Camrys for his exco men citing the high maintenance cost of Perdana v6.

However, Nizar has yet to come out with the breakdown cost of maintenance for each Perdana V6 possessed by the state government to authenticate his claims.

He is just making a sweeping statement to validate the use of the taxpayers’ money.

Proton in a statement rebuffed Nizar’s allegations.

The company said the fee charged is reasonable and depends largely on regular servicing at authorised service centres every three months or every 5,000km or recommended by the manufacturer.

It said the typical mileage for a car under normal usage is between 20,000km and 30,000km per year where average total maintenance cost of a Perdana V6 is about RM2,300.

So, what is Nizar talking about? It is typical of Nizar, a PAS leader, making

rash claims over things that he did not know for sure. Obviously, the statement was made to warrant the purchase of the cars for his exco men.

A piece of advice for the unpatriotic Nizar. The rakyat is not stupid. Don’t fool them all the time.

Friday, December 26, 2008

Pas-DAP Masih Tidak Berubah

Dr Novandri Hasan Basri

Di sini penulis sertakan satu artikel yang ditulis oleh rakan penulis, Dr Sivamurugan Pandian. Ikutilah :-

Dr Sivamurugan Pandian

Utusan Malaysia

AGAK menarik apabila isu agenda pelaksanaan hukum hudud mula menjelma selepas tenggelam sebaik sahaja pembangkang terutama parti Pas meraih lebih banyak sokongan dari pilihan raya sebelum ini.

Jika sebelum ini ada yang menyatakan bahawa budaya politik tanah air sudah berubah melahirkan satu paradigma baru pasca-pilihan raya 8 Mac; ternyata kenyataan ataupun pandangan tersebut meleset dengan polemik politik pembangkang ini.

Yang ketara adalah budaya politik yang masih tidak berubah dalam kalangan pembangkang yang tergapai-gapai dalam politik protes penyokong parti pemerintah.

Pas harus mengakui hakikat bahawa hukum hudud dan pembentukan negara Islam berasaskan kepada Perlembagaan Madinah merupakan antara matlamat parti yang tidak dapat diubah. Ini merupakan asas perjuangan Pas untuk sekian lama.

Walaupun kemunculan kumpulan Erdogan dianggap cuba menampilkan imej 'pembaharuan' atau dinamakan sebagai kumpulan renaissance dalam parti Pas; ternyata ia masih terikat dengan asas idologi yang sama.

Kenyataan Husam Musa tidak boleh dianggap menyeleweng dari amalan parti kerana beliau mempertahankan objektif dan hala-tuju parti yang konvensional.

Bagaimanapun, amalan ini dikatakan songsang dengan persetujuan dalam pakatan pembangkang yang selama ini banyak menyembunyikan hasrat parti komponen untuk bersuara mengenai kepentingan parti masing-masing kerana dikawal oleh pengantaranya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekurang-kurangnya dengan penjelasan Husam, ia memberi satu kelegaan kepada penyokong parti Pas bahawa kumpulan kepimpinan baru masih berpegang kepada amanat penubuhan parti manakala bagi parti DAP, ia membuka semula ketakutan yang menyelubungi mereka selama ini.

Apabila Karpal Singh menyatakan bahawa 'langkah mayat saya sebelum menubuhkan negara Islam' beberapa tahun lalu, Pas dan DAP tidak berhenti bertikam lidah sehingga berakhir dengan penarikan diri DAP dari barisan alternatif.

Adakah isu hukum, pembentukan negara dan perancangan parti komponen boleh terus disenyapkan oleh barisan pemimpin pakatan pembangkang. Bagaimana isu ini dapat diatasi jika mereka diberikan peluang menubuhkan kerajaan?

Adakah hampir 27 juta rakyat negara ini terpaksa menerima sandiwara pembangkang yang cuba menyembunyikan perbezaan dan sanggup mengorbankan sentimen rakyat semata-mata untuk memenuhi matlamat menjatuhkan kerajaan yang sedia-ada?

Kenyataan Husam turut menerima reaksi Lim Kit Siang yang menyatakan bahawa Husam perlu menjelaskan kedudukan sebenar. Media sering disalahkan kerana dikatakan tidak menyiarkan berita yang benar apabila tidak memihak kepada pembangkang tetapi dalam hal ini, adakah Husam sedia berbuat demikian untuk memujuk masyarakat bukan Islam?

Bagaimana pula reaksi masyarakat Islam jika Husam berbuat sedemikian rupa? Yang penting adalah untuk memastikan bahawa pakatan rakyat tidak memberi isyarat yang salah kepada masyarakat umum semata-mata untuk memenuhi agenda politik masing-masing.

Dalam berhadapan dengan kemelut ekonomi yang berkemungkinan akan menjadi lebih buruk dalam jangka masa beberapa bulan lagi, parti politik harus menghentikan sandiwara politik dan berganding dalam menghadapi isu global ini bersama.

Dalam pakatan sendiri, ada yang bertanggapan bahawa kenyataan Husam bersifat peribadi dan bukan parti. Jika itu merupakan reaksi pemimpin parti komponen dalam pakatan mereka, maka pemimpin atasan parti harus mengeluarkan satu kenyataan yang boleh memberikan gambaran sebenar kepada kesemua ahli mereka dan masyarakat Malaysia umumnya.

Jika tidak, Pas akan dilihat takut kepada penentangan DAP yang dilihat cuba menggunakan Anwar sebagai peraih sokongan. Apa yang akan berlaku kepada pakatan rakyat selepas Anwar merupakan satu dilema yang wajar diberikan tumpuan oleh pakatan jika mahu dilihat relevan dalam pilihan raya akan datang.

Adakah dengan keadaan ini, ia boleh mengundang kepada permulaan keretakan dalam parti yang semenangnya menunggu masa. Apa yang akan berlaku kepada kerajaan negeri yang ditadbir bersama terutama di Perak jika tindakan mencari jalan penyelesaian menjadi buntu? Adakah DAP akan senyap dan Pas menjadi diam sebagaimana dalam pilihan raya yang lalu?

Wednesday, December 24, 2008

Manipulasi Kerajaan PAS-DAP Perak..

Dr Novandri Hasan Basri

Nampaknya, kerajaan campuran negeri Perak yang diketuai oleh DS Mohammad Nizar Jamaludin (PAS) sudah bertambah 'bijak' untuk memanipulasikan kerajaan negeri, undang-undang negeri dan persekutuan.

Pertama, Nizar (PAS) sudah mulai tahu selok belok kewangan kerajaan negeri dan tidak berasa malu untuk mengsyorkan pembelian kereta mewah Camry untuk exco-exco beliau.

Kedua, beliau dan rakan karib beliau daripada DAP yang juga Exco kanan beliau, Ngeh Koo Ham, sudah mulai tahu untuk membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

Mereka masih berkeras untuk menggunapakai syarat keadaan khas di dalam Kanun Tanah Negara sebagai alasan untuk menjadi hero di negeri Perak.

Padahal, Kanun Tanah Negara masih termaktub di dalam segala pengertian Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Dalam hal ini, penulis bersetuju dengan pandangan TPM mengenai isu ini :-

PUTRAJAYA 23 Dis. – Cadangan Kerajaan Perak untuk memberikan status hak milik tanah pegangan kekal kepada penduduk di kampung baru dan kampung tersusun di negeri itu tidak boleh dilaksanakan sehingga ia diputuskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan cadangan tersebut secara bersendirian sebaliknya perlu melalui keputusan yang diambil oleh MTN.

‘‘Dari segi dasar dan Perlembagaan Persekutuan, cadangan itu tidak boleh dibuat secara unilateral sebaliknya mesti melalui MTN,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ke-64 majlis tersebut di sini hari ini
- Utusan Malaysia

Buktinya nyata. Jika kita merujuk Perkara 91 - Majlis Tanah Negara di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia :-

(5) Menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk membentuk, dari semasa ke semasa, dengan berunding dengan kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain, dan untuk mentadbirkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya; dan Kerajaan-Kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah mengikuti dasar yang dibentuk sedemikian.

(6) Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri boleh merundingi Majlis Tanah Negara berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan penggunaan tanah atau berkenaan dengan apa-apa perundangan yang dicadangkan mengenai tanah atau pentadbiran mana-mana undang-undang yang sedemikian, dan menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk menasihati Kerajaan itu mengenai mana-mana perkara yang sedemikian.


Dan jika ada pun sebarang undang-undang negeri yang boleh dimanipulasikan oleh MB Perak dari PAS dan rakan karib beliau daripada DAP, kerajaan negeri masih tertakluk kepada undang-undang persekutuan yang boleh overwrite undang-undang negeri itu.

Jika kita rujuk Perkara 75 - Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang Negeri.

Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.

Nampaknya, Pakatan Rakyat semakin bercelaru. Mereka tampak seperti sudah hilang hala tuju dan tidak dapat memfokuskan tanggungjawab mereka setelah diberikan kepercayaan yang oleh pengundi-pengundi pada PRU-12.

PAS Arrogance and Selfishness.

Malaysian Story

“[Do not] expect, in giving, any increase (for thyself)!” (74:6)

“Exult not, for God loveth not those who exult (in riches).” (28:76)

“Swell not thy cheek (for pride) at men, nor walk in insolence through the earth; for God loveth not any arrogant boaster.” (31:18)

“Eat of what is on earth, lawful and good; and do not follow the footsteps of the Satan, for he is to you an avowed enemy.” (2:168)

“[God] loves those who keep themselves pure and clean.” (2:222)

“[Do not follow] the lust (of thy heart), for it will mislead thee from the Path of God.” (38:26)

These are some of the versus from the Holy Book of Quran.

However, recent statements made by PAS leaders, i.e. the Mentris Besar of Perak and Kedah on the proposed purchase of Toyota Camry cars for official use by the Perak state exco members did not speak well for an Islamic party (PAS) that preaches good Islamic values and prudent management.

What more when it involves public funds.

For a party and someone who claimed to defend and protect the sanctity of Islam, the statements by the two Mentris Besar certainly spoke volume of their arrogance and selfishness.

“[Do not] expect, in giving, any increase (for thyself)!” (74:6)

“Exult not, for God loveth not those who exult (in riches).”
(28:76)

Despite mounting critisms from the public not to waste the people’s money, the Perak Mentri Besar Mohamad Nizar Jamaludin, who was formerly the GM of Komtar Management, spoke arrogantly that he would not withdraw his decision to buy the 2.4 Toyota Camrys priced at RM167,000 each for his exco.

His statement was even echoed by his Kedah counterpart Datuk Seri Azizan Abdul Razak who said that the Kedah Government would also follow Perak in buying the models for similar use.

For someone who never forgets to wear a skullcap and jubah (robe) like Wan Azizan or Mohamed Nizar, their actions certainly do not fit the Islamic outfit they are wearing. That's PAS.
Cakap tak serupa bikin...

(Click here for more interesting articles in Malaysian Story)

Tuesday, December 23, 2008

Salahkah Blog Ini?

Dr Novandri Hasan Basri

Rakan blogger, Nobisha, telah menyentuh isu ini. Isunya ialah calon-calon yang bertanding pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin jika menggunakan blog sebagai bahan kempen mereka.

Penulis perlu mengulas isu ini juga kerana penulis terlibat secara langsung di dalam pemilihan Pemuda UMNO Mac ini.

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tataetika Ahli UMNO.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, ahli-ahli parti masih dibenarkan memiliki blog sendiri tetapi ia tidak boleh sama sekali memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk diri sendiri atau pihak lain.

Katanya, Tataetika Ahli UMNO mempunyai garis panduan yang jelas berhubung perkara itu.

"Perkara 5.3 Tataetika Ahli UMNO menghalang apa jua penerbitan, penyiaran, penulisan dalam risalah, majalah, makalah, buku atau lain-lain karya yang mengandungi unsur menyokong, memfitnah, mencela dan mengeji ahli-ahli parti," katanya - Utusan Malaysia.

Penulis telah menjadi blogger sejak tahun 2005 lagi. Terdapat artikel-artikel penulis yang disiarkan di dalam media cetak dan penulis berpendapat adalah lebih baik jika ianya disimpan di dalam blog ini untuk rujukan penulis dan juga bahan bacaan untuk rakan-rakan siber sekalian.

Penulis juga memberi info serta menyediakan kolum foto-foto aktiviti penulis bersama pasukan penulis, Klinik Kesihatan Bergerak Pemuda UMNO Malaysia, bertujuan untuk mempromosikan program kebajikan ini supaya digunapakai oleh bahagian-bahagian UMNO lain di Malaysia.

Penulis juga mempunyai sedikit masa untuk menaip pandangan penulis mengenai pelbagai isu yang menarik di dalam blog ini. Tentunya, topik yang selalu dibincangkan ialah isu-isu politik negara ini kerana ianya sungguh menarik serta membuka minda ini untuk meneliti 'wajah' dan senario politik hari ini.

Malah, penulis juga telah menerima banyak komentar yang bernas daripada anda sekalian apabila artikel mengenai politik disiarkan di dalam blog ini.

Persoalannya sekarang, apakah blog ini perlu ditutup sehingga bulan Mac ini kerana penulis merupakan salah satu daripada calon Exco Pemuda UMNO Malaysia?

Apakah kesalahan kemudahan IT seperti blog ini?

Penulis ingin bertanya, pernahkah di dalam artikel penulis sebelum ini yang sengaja menjatuhkan atau memburuk-burukkan nama calon-calon Exco Pemuda UMNO Malaysia yang lain?

Setahu penulis, tidak ada. Malah penulis menggalakkan calon-calon Exco memiliki blog masing-masing agar ahli-ahli Pemuda UMNO dapat mengenali dengan lebih dekat lagi calon-calon tersebut.

Ahli-ahli Pemuda UMNO juga akan dapat mengetahui visi, konsep pemikiran dan sumbangan calon-calon tersebut. Perkara ini amat penting kerana Pemuda UMNO tidak perlu lagi Exco yang tidak mampu berfikir sendiri, tidak mempunyai visi dan tujuan, aktif hanya semasa pemilihan sahaja dan menghilangkan diri selepas itu, tidak konsisten dan hanya mengharapkan sesuatu untuk diri sendiri.

Web Pemuda UMNO Malaysia turut menyediakan satu kolum khas untuk blog calon-calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda Malaysia. Salahkah begitu?

Bagaimana pun, penulis pasti pihak Lembaga Disiplin UMNO mempunyai pelbagai bentuk saringan untuk memastikan calon-calon tidak menyalahgunakan blog-blog secara total. Realitinya, perkara yang baik perlu disokong terutamanya perkhidmatan blog, web, yahoo messenger dan sebagainya.

Presiden UMNO pernah berkata bahawa BN dan UMNO telah kalah di dalam penggunaan siber dan semua orang tahu mengenainya. Makanya, penggunaan IT mesti dipupuk dengan lebih agresif dan intensif selagi ianya digunakan dengan betul dan positif.

Secara peribadi, penulis mengganggap bahawa menolak penggunaan IT seperti blog atau pun web adalah seperti UMNO dan BN telah awal-awal lagi rela dijadikan 'shooting target' yang kaku kepada pembangkang pada PRU-13 kelak.

Realitinya, PRU-13 akan bakal menyaksikan penggunaan IT yang lebih signifikan jika dibandingkan dengan PRU-12. Kehadiran jumlah generasi muda yang ramai serta peka IT di dalam kelompok pengundi juga perlu diberi tempat di dalam strategi pilihanraya UMNO dan BN.

Dan proses menggerakkan strategi pilihanraya tersebut mesti bermula daripada sekarang. Jika dilengah-lengahkan, PRU-13 akan bakal menyaksikan kesedihan yang sudah tidak bermakna lagi.

Monday, December 22, 2008

DAP Repot Kepada Anwar Ibrahim..

Dr Novandri Hasan Basri

Apakah satu perkara lumrah yang semua orang (termasuk ahli-ahli PAS dan DAP) sudah tahu jawapannya apabila kita membincangkan isu perkahwinan parti PAS dan DAP?

Ya benar.

Mereka tidak akan dapat berkongsi ideologi politik. Ianya diibaratkan seperti langit dan bumi, cuma bezanya ialah pemimpin-pemimpinnya dapat berlakon dengan agak baik seperti adegan drama Anwar Ibrahim dan 16 September beliau.

Apabila berdepan dengan orang Islam, PAS akan melaung-laungkan negara Islam dan hududnya tetapi apabila dengan orang bukan Islam, pemimpin-pemimpin PAS menyepi seribu bahasa malah dapat bersekongkol dengan rela hati bersama-sama pemimpin-pemimpin DAP.

Makanya, tidak menghairankan apabila Lim Kiat Siang dan anak kesayangan beliau yang juga kroni nyata beliau, Lim Guan Seng, melenting menyatakan tanda bantahan terhadap kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa PAS akan tetap menjalankan hukum Hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

Apa pun, penulis lebih berminat menunggu jawapan Karpal Singh mengenai isu hudud ini. Beliau lebih dramatik apabila membicarakan isu hudud ini. Berkemungkinan besar beliau akan mengulangi hasrat beliau untuk dilangkah mayat beliau dahulu sebelum PAS mahu melaksanakan hukum Hudud?

Jika kita amati dengan teliti, pihak yang sebenarnya menjadi mangsa dek lakonan Husam dan the Lim's ialah ahli-ahli PAS itu sendiri.

Penulis simpati apabila ahli-ahli PAS diperkotak-katikkan sedemikian rupa oleh pemimpin-pemimpin PAS. Perjuangan ahli-ahli PAS yang berpaksikan kepada perjuangan asal parti PAS telah dicemari oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Yang bertambah malang ialah pemimpin-pemimpin PAS seperti Husam tidak lagi berselindung dan mampu menjadi talam dua muka hanya kerana mengejar undi-undi bukan Melayu yang dipunyai oleh DAP.

Kini PAS tidak boleh lagi melaung-laungkan perjuangan Islam mereka kerana mereka juga adalah parti Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DS Anwar Ibrahim yang sememangnya mahukan undi-undi bukan Melayu jatuh ke pangkuan beliau.

Penulis tidak pasti jawapan Anwar Ibrahim apabila Guan Eng merepotkan 'kenakalan' Husam kepada beliau. Seperti kata Guan Eng, hudud tidak terdapat di dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Kita semua tahu bahawa Anwar Ibrahim tidak dapat berpihak kepada mana-mana parti.

Mungkin satu perkara yang mampu Anwar lakukan ialah melencongkan pemikiran rakyat daripada terlalu memikirkan perbalahan di antara DAP dan PAS dengan mewar-warkan seluruh dunia bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada tahun baru ini?

Dan seperti biasa, Lim Kiat Siang akan mula mengertak dan meleceh-lecehkan pemimpin PAS.

"Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia," kata Lim lagi - MalaysiaKini

Kesimpulannya, mungkin sudah tiba masanya untuk ahli-ahli PAS kembali berfikir.

2 perkara mungkin boleh dilakukan iaitu mendesak pemimpin-pemimpin PAS supaya menarik parti PAS keluar daripada Pakatan Rakyat atau pun ahli-ahli keluar daripada parti tanda tidak setuju.

Terpulanglah.

Percanggahan Di Dalam Kem Pilihanraya Pembangkang?

Dr Novandri Hasan Basri

Seperti yang kita duga, kepimpinan tertinggi PAS seperti tidak begitu yakin dengan kemampuan mereka untuk bertanding di pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Ini dikuatkan lagi dengan pelbagai helah Presiden PAS yang masih melengah-lengahkan lagi nama calon PAS untuk plilihanraya kecil kali ini.

Presiden PAS juga terdesak untuk menjaga imejnya sebagai ketua parti dan tidak nampak dibayangi oleh Nik Abdul Aziz yang awal-awal lagi telah meletakkan nama Mohamad Sabu sebagai calon pilihan beliau.

....Mengenai calon PAS sama ada penduduk setempat atau Naib Presidennya, Mohamad Sabu seperti yang dicadangkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: "(Sama ada) Mat (Mohamad) Sabu, Nasharuddin atau Salahuddin...1 Januari."

Ditanya mengapa PAS mengambil masa yang lama untuk mengumumkan calonnya berbanding BN, Abdul Hadi berkata PAS tidak mahu terikut-ikut dengan cara BN dan tidak tergesa-gesa untuk berbuat demikian. "Tidak lama, penamaan calon pun lambat lagi (6 Januari)," katanya dan menurutnya kelewatan pengumuman calon itu tidak akan meresahkan penyokong PAS kerana pada masa ini mereka begitu bersemangat menjalankan tanggungjawab dalam menghadapi pilihanraya kecil itu - MalaysiaKini

Jelas sekali bahawa jawapan Hadi kali ini amat mencurigakan dan seperti berlaku satu konflik dalaman yang cuba hendak disembunyikan oleh kepimpinan tertinggi PAS dan PR.

Malah jawapan Hadi itu juga bercanggah dengan kehendak Pengarah Jentera kecil PAS Terengganu.

...Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil PAS Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong berkata pihaknya akan mencadangkan kepada PAS pusat untuk mengumumkan nama calon lebih awal.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata ini bagi memudahkan jentera pilihan raya membuat perancangan serta strategi dalam usaha menarik sokongan pengundi di kawasan berkenaan - MalaysiaKini

Apakah percaturan politik Presiden PAS selepas ini?

Apakah Hadi akan menuruti cakap Nik Aziz atau bertindak sebagai ketua parti yang mempunyai calon yang beliau sendiri fikirkan terbaik untuk mewakili parti Pakatan Rakyat yang juga diwakili oleh parti DAP?

Apakah parti DAP yang mempunyai pemimpin-pemimpin anti-PAS suatu ketika dahulu sehinggakan ada yang mengatakan 'langkah mayat dia dahulu', akan bersama-sama PAS untuk mengharungi pilihanraya kecil ini dengan serius?

Apakah pemimpin-pemimpin PAS sanggup bermesra-mesraan dan 'berpegang tangan' dengan pemimpin-pemimpin DAP di Kuala Terengganu kelak?

Realitinya, penulis tidak sabar untuk melihat Hadi dan Lim Kiat Siang berpelukan sekali lagi di Kuala Terengganu nanti. Apakah ahli-ahli PAS akan bersorak gembira atau sebaliknya?

Sunday, December 21, 2008

Fairus Losing Battle

Malaysian Story

It is clear now that Penang Deputy Chief Minister Mohd Fairus Khairudin is walking on thin ice.

He is expected to lose his post more than he may have anticipated, all by his own doing. His reasons for not attending many state official functions and ceremonies due to his busy schedule may be a thing of the past.

He will be a free man after this and he will not have to crack his head to cook up more reasons when his post is taken over by Deputy Chief Minister in-waiting Datuk Arif Shah Omar Shah, who is well-received by the masses and the people’s choice of a leader.

Many refused to believe when rumours spread and rife that Fairus is not performing and may be replaced.

Speculations are blowing strongly in the Pearl of The Orient that Penangites may have a new Deputy Chief Minister by early next year.

It should be something for the Malays, especially, to cheer and look forward, as many of them have lost hope and faith in Fairus.

But Fairus is still adamant and defiant. He felt that it was just rumours being spread by irresponsible people who are jealous of him and attempting to smear his reputation.

We hope Fairus will face reality that his days are numbered.

Today (Nov 30, 2008), Arif Shah is in Kuala Lumpur and Fairus’ big boss Datuk Seri Anwar had called on Arif for a meeting to discuss about his plan.

Sungai Petani MP Johari Abdul has been tasked to entice Arif into Pakatan Rakyat and the Deputy Chief Minister’s post was put on the table as carrot in the deal and Fairus does not know about this.

Well, Fairus should listen to the people and take their words seriously. We hope it is not too let for him now.

Permulaan Yang Menyakinkan..

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis teruja dengan bahan berita yang disiarkan di dalam Utusan-online hari ini. Ianya berkaitan dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Di antaranya :-

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua 103 cawangan UMNO di Kuala Terengganu mahu Wan Ahmad Farid sebagai calon, malah beliau juga menjadi pilihan parti-parti komponen di kawasan itu untuk menggalas cabaran Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil itu nanti.

Kenyataan TPM itu pasti akan menyuntik keyakinan dan semangat kepada jentera pilihanraya BN. Kata-kata TPM amat penting kerana perbalahan, pemulauan dan protes oleh sesetengah pihak di dalam parti sendiri mesti dielakkan sejak dari mula lagi.

Dengan cara ini, pihak pembangkang tidak mampu capitalise isu-isu tersebut untuk dijadikan modal politik, bahan hentaman dan lawak jenaka semasa mereka berceramah kelak.

Seperti tajuk artikel ini, penulis berpendapat bahawa kenyataan TPM itu merupakan satu permulaan yang menyakinkan.

Jika kita rujuk web-web pro-Pas, kita akan dapati bahawa pemimpin-pemimpin mereka seperti tidak yakin untuk menang di dalam pilihanraya ini. Mereka terpaksa menggunakan ayat-ayat seperti ikat janji setia untuk memastikan ahli-ahli mereka bekerja semasa pilihanraya kelak.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru mengingatkan para petugas pemuda Pakatan Rakyat mengikat janji setia dalam menghadapi kerja pilihanraya kecil parlimen (PRK) Kuala Terengganu.

Beliau berkata Nabi Muhammad SAW mengajak mereka yang menjalankan tugas dan amanah yang besar tersebut dengan mengadakan ’janji setia’ bukan hanya sekadar mengucap dua kalimah menjadi seorang Islam.

"Bahkan mereka wajib menterjemahkan dua kalimah sahadah itu bagi meninggikan kebenaran dan keadilan hukum Allah dimuka bumi Allah SWT, dimana dalam sejarahnya pemimipin yang memerintah dengan zalim tidak mudah menyerah kalah,”tegasnnya dalam Ucapan Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat di Kuala Ibai.

”Kita berdepan dengan semua pihak yang mempertahankan rasuah, yang mempertahankan kezaliman, dan pihak yang melakukan kesalahan menipu rakyat dengan berbagai-bagai cara,”katanya.- Buletin Online

Penulis juga pelik dengan tabiat Presiden PAS yang begitu senang melontarkan perkataan seperti zalim kepada orang ramai.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), zalim bermaksud tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam, buas, tiada belas kasihan, tidak berhati perut, buta hati.

Jika berdasarkan tausurus DBP, ternyata bahawa dakwaan Hadi itu tidak berasas dan jauh menyimpang daripada kedudukan beliau yang sepatutnya berhati-hati bila berbicara.

Beliau dan ahli-ahli PR masih dapat berkumpul dengan aman di dalam sebuah dewan tanpa dizalimi oleh kerajaan negeri dan pusat. Beliau dan anak-anak masih dapat menjalani kehidupan seharian dengan normal tanpa dikejami dengan buas oleh pihak pemerintah.

Beliau juga perlu ingat bahawa rakan-rakan beliau di dalam Pakatan Rakyat terlibat di dalam rasuah dan 'berseronok-seronok' bersama wanita-wanita bukan muhrim.

Penulis cuma berharap agar Hadi tidak meludah ke langit, takut-takut terkena balik ke muka sendiri.

Yahudi pandang remeh ancaman Allah

Tafsir Al-Quran & Asbabun Nuzul (Utusan Malaysia)

HAMKA berkata: “Ayat ini adalah lanjutan daripada ayat sebelumnya. Dua orang pemuda Yahudi berani mengatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. adalah Yahudi tetapi apabila Nabi SAW mengajak mereka untuk mencari keterangan di dalam kitab Taurat, mereka enggan.

Bahkan mereka berpaling dan membelakangkan Baginda. Membuktikan bahawa mereka telah berdusta. Mengapa mereka berani berdusta dengan perkara itu? Ini kerana mereka percaya bahawa orang Yahudi itu tidak bersalah jika mereka berdusta untuk mempertahankan diri.

Kerana jika mereka masuk neraka, mereka akan masuk hanya sebentar dan akan dikeluarkan semula dari neraka kerana mereka orang Yahudi.

Kerana orang-orang Yahudi adalah orang-orang yang utama di sisi Allah SWT, bukan seperti bangsa-bangsa dan suku-suku lain kerana mereka dianggap hina dan berada di bawah mereka. Sedangkan mereka adalah “kaum pilihan Allah SWT.”


Firman Allah SWT yang bermaksud: Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung”. Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan.

Oleh itu, bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika kami himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya; dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang ia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya.
(Ali-Imran: 24-25)

Iktibar dan fiqh ayat:

i) Apa yang dimaksudkan dengan perkataan “beberapa hari” iaitu sebanyak 40 hari, sebagaimana yang tercatat dalam ayat di atas dan ia juga bermaksud jarak masa mereka sewaktu menyembah anak lembu, pada pandangan Ustaz Imam Muhammad Abduh bahawa jumlah hari tersebut tidak ada dinyatakan dalam riwayat.

ii) Al-Mawardi berkata : “Ulama telah khilaf berkenaan dengan “beberapa hari” kepada tiga pendapat;

Pertama: 40 hari di mana mereka menyembah patung anak lembu. Inilah pendapat Qatadah dan al-Rabi’.

Kedua: Tujuh hari. Inilah pendapat al-Hasan.

Ketiga: Hari yang terputus kerana terputusnya azab kepadanya. Inilah pendapat ulama Mutaakhirin.

iii) Syeikh al-Maghari berkata : “Golongan yang memandang remeh terhadap ancaman Allah SWT kerana pada pendapat mereka ancaman tersebut tidak akan mengenai mereka yang sudah pasti menerima hukumannya. Oleh yang demikian, mereka ini dengan berani mengenepikan segala perintah dan larangan Allah SWT. Tindakan mereka ditonjolkan lagi dengan mencemari kehormatan agama, serta mengecil-ngecilkan dalam saat pelaksanaan kewajipan.

Keadaan yang demikian terdapat di mana-mana dalam masyarakat dan semakin berleluasa. Kondisi tersebut telah menimpa kaum Yahudi, Nasrani dan akhirnya beralih kepada kaum Muslimin.

Oleh itu, yang lebih mendukacitakan pada hari ini, yang mana sebahagian besar kaum Muslimin membuat tanggapan bahawa meskipun seorang Muslim melakukan dosa besar dan perbuatan keji, tetapi mereka diberi pilihan sama ada mendapat syafaat atau menyelamatkan diri melalui kifarah (bayar kifarah) atau mendapat pengampunan dan kemaafan hasil daripada sifat Allah yang Maha Ihsan dan mulia itu.

Begitu juga sebaliknya, kalaulah diandaikan mereka menerima hukuman azab, tetapi azabnya tidak berlaku dalam tempoh yang lama (mengikut tahap kesalahan masing-masing).


Mereka kemudiannya diizinkan keluar dari neraka untuk dimasukkan ke syurga, sedangkan penganut agama lain, mereka tetap berada di dalam neraka, walaupun sememangnya mereka melakukan amalan baik atau melakukan perbuatan dosa.”

iv) Al-Mawardi menafsirkan firman Allah SWT yang bermaksud mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan kepada dua pendapat;

Pertama: Kenyataan mereka bahawa kami anak-anak Allah dan kekasih-Nya. Inilah pendapat Qatadah.

Kedua: Mereka menyangka mereka tidak akan masuk ke neraka kecuali beberapa hari sahaja. Inilah pendapat Mujahid.

v) Muhamad Quraish Shihab berkata : Kata garrahum adalah penipuan yang dikemaskan dalam nasihat, atau pemberian harapan yang menyangkut sesuatu yang mustahil. Mereka terpedaya oleh kebohongan mereka sendiri yang menyatakan bahawa mereka tidak disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari, sementara hal tersebut tidak benar. Yang demikian itu hanya harapan yang tidak mungkin terwujud, tetapi kerana ia disampaikan dalam bentuk indah dan berkesan, sebagaimana halnya nasihat, padahal merupakan satu kebohongan, maka mereka terpedaya.

vi) Al-Maraghi berkata: “Hanya di alam akhirat sahajalah yang mengandungi sistem keadilan yang lengkap. Di sana, setiap individu tidak akan merasai balasannya dikurangkan dan seksaannya ditambah. Perkara yang diutamakan pada hari tersebut ialah pengaruh amalan seseorang pada jiwa. Sekiranya pengaruh jahat dibiarkan menguasai jiwanya, serta mengawal emosi, kewarasannya layaklah dirinya berada lama di dalam neraka. Ini kerana perbuatan buruknya itu, tidak sedikit pun membuka ruang kepada iman bagi mempengaruhi jiwanya melakukan perbuatan baik sahaja, bekalan untuk beliau di akhirat kelak.

Oleh yang demikian, seandainya beliau tidak berkeupayaan untuk sampai ke tahap untuk melakukan amalan soleh, wajarlah beliau menerima balasan yang setimpal dengan tahap perbuatannya itu.

Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk Ilahi dan selamat daripada golongan yang menyeleweng daripada agama yang sebenar dan sangkaan yang batil seperti golongan Yahudi. Malah seterusnya kita sentiasa bersama dengan kefahaman yang betul berkenaan agama Islam yang maha suci ini.

Saturday, December 20, 2008

Snippets - Pemuda UMNO & Pemuda BN.

1. Jangan hanya tuduh - Khairy

Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 19 Dis. - Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar pihak yang menuduhnya mengamalkan politik wang dalam pemilihan jawatan tertinggi itu Mac depan supaya tampil mengemukakan bukti.

Beliau berkata, tindakan pihak terbabit melemparkan tuduhan semata-mata terutama menerusi blog di Internet hanya menjejaskan imejnya selaku salah seorang calon bagi jawatan berkenaan.

"Semua ini dakwaan sahaja, kalau ada bukti, sila kemukakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penulisan dalam beberapa blog menuduh beliau sebagai antara calon yang mengamalkan politik wang untuk menang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Beliau yang kurang senang dengan tuduhan itu berkata, sehingga hari ini, semua yang dikatakan hanya fitnah.

Katanya, jika sekadar mendengar dakwaan mengenai amalan politik wang berlaku tanpa bukti, beliau juga ada mendengar perkara yang sama melibatkan pihak lain.

2 .Konvensyen BN perlu lebih terbuka

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Pemuda Barisan Nasional (BN) mahu Konvensyen BN yang dijadual berlangsung Februari depan berbincang secara terbuka dan berani berkaitan semua isu yang menjadi 'duri dalam daging' terhadap hubungan antara kaum di negara ini.

Timbalan Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda BN tidak mahu konvensyen itu hanya berbincang sesuatu isu sekadar di permukaan atau kulit sahaja.

"Mesej kita kepada jawatankuasa (penganjur), jangan buat konvensyen yang tidak mendalam atau hanya cakap atas permukaan sahaja, kita mahu isu sebenar diperbincangkan secara mendalam," katanya selepas Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda BN di sini hari ini.

Beliau berkata, Pemuda BN juga menyambut baik penghargaan yang diberikan kepada pihak itu apabila Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dipilih untuk membentangkan kertas kerja utama pada konvensyen itu.

Katanya, Pemuda BN memandang serius tanggungjawab yang diberikan dan akan memperincikan isu-isu dan permasalahan rakyat pelbagai kaum masa kini dalam kertas kerja bertajuk 1 Malaysia.

"Kita mahu menegaskan semula semangat perkongsian kuasa yang tulen antara parti-parti BN, kita ambil maklum pelbagai masalah yang perlu ditangani secara bersama.

"Bukan lagi masalah orang Melayu oleh UMNO, masalah kaum Cina oleh MCA dan masalah kaum India oleh MIC semata-mata, kita mahu semua parti menangani masalah semua kaum. Ini semua adalah masalah Malaysia," katanya.

Beliau berkata, bagi tujuan menyampaikan sebuah kertas kerja yang benar-benar mencerminkan kehendak rakyat pelbagai kaum, Pemuda BN akan bertemu beberapa kali lagi selepas ini bagi berbincang secara terbuka untuk memperincikan topik-topik yang perlu dibentangkan dalam konvensyen tersebut.

Kata Khairy, matlamat utama yang ingin dicapai pihaknya melalui konvensyen itu ialah semangat perkongsian kuasa BN perlu diperkukuhkan kembali.

Terima Kasih Kerajaan...

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis menyambut baik keputusan kerajaan untuk menangguh pengambilan IJN oleh Sime Darby.

Jika boleh, rundingan itu dibatalkan terus agar IJN tetap menjadi satu organisasi yang mempunyai struktur pengurusan, visi dan khidmat sosial yang identical seperti hari ini.

Penulis pasti, rakyat yang juga pembayar-pembayar cukai yang meyumbang dana kewangan kerajaan hari ini tidak akan mengeluh jika wang mereka dilaburkan ke satu organisasi hebat seperti IJN. Amat pelik jika ada yang bangkit marah atau memprotes jika wang mereka digunakan untuk menyelamatkan ribuan rakyat yang amat memerlukan perkhidmatan kesihatan.

Realitinya, jantung kita hanya ada satu sahaja dan ia merupakan satu organ badan yang paling mustahak untuk menggerakkan kehidupan seharian kita.

Dalam masa yang sama, statistik IJN seperti yang penulis terangkan di dalam artikel sebelum ini dan sebagai seorang doktor, penulis tergerak untuk memberikan pandangan dari sudut kesihatan pula.

Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' dalam kehidupan yang paling ditakuti. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri.

Di Malaysia, selain daripada kematian akibat kemalangan jalanraya, penyakit jantung semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia dek proses urbanisasi yang serba sibuk, tanpa senaman dan tabiat pemakanan yang tidak sihat serta tidak teratur.

Selain daripada faktor genetik yang menyebabkan peningkatan kolesterol, kencing manis dan darah tinggi, rakyat juga terdedah dengan tahap stress akibat pekerjaan, keluarga dan masyarakat.

Yang menimbulkan masaalahnya ialah gejala-gejala yang disebabkan oleh kolesterol tinggi, kencing manis dan darah tinggi tidak begitu ketara sehinggakan seseorang itu berasakan tidak perlu berjumpa doktor. Seseorang itu akan menyangka bahawa beliau sentiasa sihat dan mampu menjalankan segala aktiviti seharian tanpa perlu mendapatkan sebarang konsultasi doktor dan rawatan kesihatan.

Akibatnya, struktur serta denyutan jantung seseorang itu mungkin telah berubah dan pembuluh darah yang menyokong sel-sel jantung itu mungkin menjadi sempit dan tersumbat.

Pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari.

Pembuluh darah menjadi sempit kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.

Proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami.

Perlu diingat bahawa pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia.

Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Jika berlaku penyumbatan, seseorang itu bakal menghadapi 2 kemungkinan - maut sebelum sempat berubat atau pun berdepan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan serta pembedahan yang complicated untuk revive jantung itu kembali.

Tatkala itu, peribahasa seperti nasi sudah menjadi bubur amat tepat untuk menerangkan situasi kita ketika itu.

Makanya, ungkapan mencegah lebih baik daripada merawat amat tepat untuk menerangkan sebarang penyakit jantung yang semakin meningkat di negara ini. Yang membimbangkan ialah penyakit jantung bukan lagi eksklusif kepada golongan tua sahaja tetapi kebarangkaliannya juga melibatkan golongan muda seperti anda sekalian.

Penulis bukan mahu menakut-nakutkan anda sekalian tetapi ianya adalah fakta dan ada kalanya nasihat itu perlu 'menakutkan' supaya kita semua sedar dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mencegah penyakit tersebut.

Kesimpulannya, kita mungkin hanya mampu memberikan protes kita kepada usaha pengambilalihan IJN oleh Sime Darby tetapi bagi penulis, kita semua juga mampu untuk memberikan sumbangan secara individu dalam hal ini iaitu dengan menjaga jantung dan kesihatan kita.

Itulah yang terbaik.

Friday, December 19, 2008

Rasional Pengambilalihan IJN Oleh Sime Darby.

Dr Novandri Hasan Basri

Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai isu ini, di sini penulis lampirkan kenyataan Perdana Menteri mengenai rasionalnya pengambilalihan IJN oleh Sime Darby :-

"Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, maka mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat. Ini juga bergantung kepada banyak syarat-syarat lain," katanya.

"Andaian mereka sekiranya pusat itu dijadikan milik swasta, bayaran perubatan akan menjadi lebih tinggi dan tidak akan dapat dinikmati oleh golongan tersebut," katanya.

Perdana Menteri memberitahu, jika pengambilalihan itu berlaku, ia tidak akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan terhadap rakyat malah kerajaan akan membina hospital yang serupa dengan IJN sekiranya ada kemampuan termasuk di luar Kuala Lumpur.

Menurutnya, cadangan pengambilalihan itu perlu diberikan pertimbangan sewajarnya terutama dalam meningkatkan lagi kemampuan IJN daripada segi menyediakan rawatan, ubat dan pakar-pakar yang terbaik.

''Dalam bidang perubatan ini, banyak perubahan yang berlaku dalam erti kata hospital yang kita nak jadikan paling canggih mesti ada alat paling baik begitu juga ubatnya dan pakarnya juga yang terbaik.

"Ini mungkin memerlukan kita membayar gaji lebih, bergantung pada siapa yang memilikinya, jadi banyak kos yang perlu dikeluarkan bagi menambah kekuatan dan keupayaan serta menambah lagi bilangan katil untuk pesakit serta bilik bedah," katanya - Utusan Malaysia.

Secara ringkas, tujuan asas pengambilalihan IJN adalah untuk meningkatkan kemampuan IJN dari segi menyediakan rawatan dan ubat-ubatan yang terbaik.

Sebagai seorang doktor, penulis juga memikirkan usaha pengambilalihan tersebut supaya IJN dapat menyediakan tangga gaji yang lebih lumayan kepada pakar-pakar jantung dan staf-staf terlatih agar mereka tidak keluar daripada IJN.

Penulis tidak sekali-kali mahu memperkecilkan kewibawaan pakar-pakar dan staf-staf tersebut tetapi ini adalah senario asas yang perlu diketahui oleh orang ramai.

Tangga gaji doktor dan staf hospital kerajaan tidak mengikut market value yang sepatutnya dan perkara ini telah berlanjutan untuk sekian lama.

Malah, jika kita selidiki dengan lebih lanjut, beban kerja pakar-pakar dan staf hospital IJN adalah jauh lebih banyak dan berat jika dibandingkan dengan pakar-pakar di hospital swasta.

Akan tetapi, seberat mana pun kerja mereka, pakar-pakar jantung dan staf-staf IJN tetap bekerja dengan penuh dedikasi dan penuh tanggungjawab. Malah IJN telah mencapai pelbagai kecemerlangan dari segi pengurusan sumber manusia dan ISO.

Jika kita rujuk web IJN :-

IJN ditubuhkan pada bulan September 1992 untuk memenuhi keperluan pesakit jantung dengan menyediakan perkhidmatan kardiologi dan pembedahan kardiotorasik bagi pesakit dewasa dan kanak-kanak.

Sebagai sebuah pusat rujukan kebangsaan bagi penyakit kardiovaskular, IJN menerima kes-kes baru yang dirujuk dari seluruh negara dan juga kes-kes ulangan di klinik pesakit luar.

Satu-satunya pusat perubatan yang menangani dan mengurus penyakit jantung, IJN menyediakan pelbagai rawatan yang komprehensif seperti perkhidmatan rawatan kardiologi intervensi bagi tujuan diagnostik dan terapeutik, pembedahan jantung terbuka, tertutup dan torasik dan pemindahan jantung serta paru-paru.

Semenjak ditubuhkan, IJN telah berjaya menangani kes kardiovaskular dari kes yang paling mudah seperti merawat penyakit jantung berlubang kepada menjalankan pemindahan Jantung dan paru-paru.

Jika kita bandingkan sub-kepakaran dan beban kerja pakar-pakar IJN, kita akan sendiri mengakui bahawa gaji mereka tidak pernah setimpal.

Sejak penubuhan IJN pada 1992, lebih daripada 1.3 juta pesakit telah datang kepada IJN untuk mendapatkan rawatan; daripada jumlah itu, lebih 131,000 orang telah dirawat di wad IJN.

Pada tempoh yang sama, 35,000 pembedahan telah dijalankan, yang antara 24,000 kesnya ialah pembedahan jantung terbuka.

Sejumlah 78,000 daripada pesakit IJN juga telah menjalani prosedur kardiologi intervensi sejak IJN mula beroperasi.

IJN juga telah berjaya mengekalkan rekod yang baik dalam perubatan jantung kanak-kanak dengan 8,000 kes pediatrik - kardiotoraks dan 14,000 kes kardiologi pediatrik sebagai kebanggaan IJN.

Sesungguhnya, beban kerja IJN kini telah bertambah hampir empat kali ganda berbanding pada tahun IJN mula beroperasi.

Pada 2006 sahaja, IJN telah menangani 149,000 orang pesakit, 12,000 bukan pesakit; menjalankan 3,110 pembedahan kardiotoraks dalam tempoh tahun tersebut dengan 2,100 pembedahan jantung terbuka, 827 pembedahan jantung tertutup dan 183 pembedahan toraks serta lebih 8,000 prosedur kardiologi intervensi.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Inilah ungkapan ringkas yang penulis dapat katakan apabila melihat statistik IJN seperti di atas dan beban kerja yang perlu dihadapi oleh staf-staf IJN.

Hanya mereka yang berwibawa, ikhlas dan passionate sahaja yang dapat bekerja di IJN dan kita semua perlu akuinya.

Yang menimbulkan permasaalahan sekarang ialah apakah tanggungjawab sosial IJN akan diketepikan atau dikurangkan dengan kehadiran sebuah syarikat GLC yang berlandaskan kepada keuntungan dan kepentingan pemegang-pemegang saham ?

Persoalan ini patut dicanang-canangkan kerana proses perbincangan masih berjalan dan kerajaan perlu berhati-hati sebelum terlewat. Realitinya, kerajaan tidak terdesak untuk menjual saham Kementerian Kewangan kepada Sime Darby kerana IJN bukannya sedang berada di dalam krisis kewangan yang teruk.

Perkara ini telah diterangkan oleh Perdana Menteri :-

Perdana Menteri berkata, pengambilalihan itu jika berlaku bukan bermakna kerajaan tidak mampu menanggung kos operasi Institut Jantung Negara (IJN), tetapi mahu melihat hospital yang khusus dalam rawatan jantung itu dapat diperbesarkan dan dipertingkatkan lagi kecemerlangannya. - Utusan Malaysia.

Penulis khuatir walau apa pun perjanjian dan jaminan yang bakal dikatakan oleh pihak Sime Darby, jaminan itu tidak sehebat protokol pengambilan pesakit ke dalam IJN seperti hari ini di mana ketelusan dan niat sosial itu jelas terbukti.

Ketika ini, IJN dilihat sebagai non-profitable organisation yang benar-benar berlandaskan khidmat sosial tanpa diskriminasi bangsa dan kekayaan pesakit itu.

Malah, jika jaminan di buat secara bertulis dan dipersetujui, ianya masih tidak dapat menjamin ketelusan pihak pengurusan IJN yang baru di dalam menapis dan menerima kemasukan pesakit-pesakit. Sime Darby perlu menjaga 'orang-orang mereka' dahulu dan konflik ini pasti akan berlaku.

Inilah masalah yang bakal timbul jika 51% saham IJN diberikan kepada satu syarikat yang mempunyai kepentingan asas untuk mencari untung dan menjaga pemegang-pemegang sahamnya.

Realitinya, pakar-pakar jantung dan staf-staf hospital tidak boleh sesekali dibebankan dengan perasaan bersalah kerana terpaksa merawat seorang pesakit yang lebih kaya daripada seorang pesakit miskin yang amat memerlukan rawatan ketika itu.

Jika fenomena ini berlaku, IJN sudah menjadi organisasi yang tidak lagi mendokong visi dan cita-cita pencetusnya. Tentunya kita sedang menanti komentar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, mengenai isu ini.

Thursday, December 18, 2008

Batalkan Pengambilalihan IJN Oleh Sime Darby.

Dr Novandri Hasan Basri

Rakan blogger penulis, Ketam, telah memperingatkan penulis mengenai isu Sime Darby yang bakal mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN). Hari ini Utusan-online telah menyiarkan isu tersebut.

1. Sime Darby dapat kelulusan EPU mulakan rundingan ambil alih IJN

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Sime Darby Berhad telah mendapat kelulusan Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri untuk memulakan rundingan bagi mengambilalih 51 peratus kepentingan dalam IJN Sdn. Bhd.

Pada masa ini 99.9 peratus kepentingan dalam IJN dimiliki oleh Kementerian Kewangan. - Utusan


2. Ambil alih IJN tidak boleh abai golongan miskin

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Dis.
- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan pada dasarnya tidak menghalang Sime Darby Bhd. untuk mengambil alih IJN Holdings Sdn. Bhd. dengan syarat golongan miskin yang ingin mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) tidak diabaikan.
Katanya, kerajaan masih mengkaji cadangan syarikat itu yang dijangka akan dapat memastikan para doktor dan jururawat di IJN mendapat gaji lebih baik.

``Langkah ini akan dapat mengelak doktor dan jururawat terbabit berhenti untuk berkhidmat di hospital lain,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai AIDS di bangunan Parlimen hari ini. - Utusan


Penulis akan mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara di atas di artikel seterusnya. Secara ringkasnya, seperti tajuk artikel ini, penulis TIDAK BERSETUJU dengan pengambilalihan tersebut.

Mukhriz, Khir & Khairy - Pilihan Anda (Part 2)?

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis telah menerima beberapa komentar yang bernas daripada rakan-rakan siber di dalam artikel 'Mukhriz, Khir & Khairy - Pilihan Anda (Part 1)?' Penulis berpendapat bahawa pandangan mereka perlu dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

Di antaranya :-


Dr, saya percaya pemilihan KP kali ini haruslah dipilih melalui fikiran yang luas..cuba kita sama2 fikir mana satukah calon yang mampu mengembalikan keyakinan rakyat..dan bukan ahli UMNO semata2..itu jauh lebih penting.

2. hatiminda said...

Assalamualikum Dr, pendapat saya bagi pemilihan KP kali ini wajar dipertimbang sewajar-wajarnya iaitu calon yang mampu mengisi dan menyambung wadah keikhlasan perjuangan Dato' Hishamuddin dan tokoh pemuda sebelumnya(kecuali yang seorg tu yang tamak kuasa).

Pemilihan tepat ini bagi memulihkan kembali keyakinan masyarakat terhadap perjuangan UMNO(Pemuda)yang sedikit sebanyak terhakis akibat FAKTOR-FAKTOR yang sedia dimaklum.

Maka ruangan ini saya mencadangkan pemilihan berasaskan:

1.)Ada misi dan Visi yang jelas untuk diikuti oleh orang melayu dan bangsa-bangsa lain.tanpa melihat kepada kemampuan memberikan ganjaran untuk menang

2.)Tidak terlalu dipertikaikan oleh masyarakat akibat skandal sama ada persepsi atau realiti sebenar kelakuannya.

3)KP yang imejnya baik, disenangi tidak bongkak atau sombong ataupun kelihatan sombong.

4)Boleh didekati, aktif, matang, bijaksana dan mampu melahirkan idea secara ilmiah.

5)Tidak terlalu terikat kepada faktor retorik yang adakalanya menyusahkan parti.perwatakan yang murni dan minda yang sihat jauh lebih penting.

6)latar belakang diri mahupun faktor genetik yang sah baik menjamin perjuangannya selaku KP atas landasan agama, semangat cintakan tanah air (patriotik), bangsa dan bercirikan pembangunan kenegaraan.

Semoga perwakilan tidak tersalah pilih.. Hidup UMNO, Sejahtera negara


Salam Dr.,

Tempoh yang panjang akan menyebabkan para calon akan hilang momentum. Kalau tak kempen sepanjang tempoh yang ada, kawan akan lupa kawan, yang lain pula mencelah.

Para perwakilan dan juga KP dan Naib Pemuda Bahagian yang telah berkempen habis-habisan, pendirian mereka terhadap pemilihan KP Malaysia tentu berbeza dari mereka yang menang tanpa bersusah payah berkempen.

Mungkin juga prinsip akan digadai sekiranya kehendak mereka tidak dituruti.Cuma yang penting jangan gadaikan maruah diri untuk mencapai matlamat.

Jangan seperti seperti semut yang sanggup mati kerana sebutir gula.

Mukhriz, Khir & Khairy - Pilihan Anda (Part 1)?

Dr Novandri Hasan Basri

Apakah tempoh yang lama sebelum pemilihan kepimpinan Pemuda UMNO Pusat bulan Mac ini benar-benar mempunyai sebarang impak kepada keputusan bahagian-bahagian Pemuda UMNO?

Apakah boleh berlaku perubahan di dalam pemikiran delegasi Pemuda bahagian UMNO semasa di PWTC kelak?

Apakah mereka yang menyokong Mukhriz akan menukar pendirian dan menyokong Khir Toyo atau sebaliknya ?

Apakah mereka yang menyokong Khir Toyo akan menukar pendirian dan menyokong Khairy Jamaluddin atau sebaliknya?

Apakah mereka yang menyokong Khairy Jamaluddin akan menukar pendirian dan menyokong Mukhriz pula atau sebaliknya?

Persoalan-persoalan di atas semakin kuat bermain-main di kepala delegasi Pemuda bahagian yang bakal memenuhi dewan PWTC pada bulan Mac ini.

Pilihannya adalah di antara Pemuda Berani Berubah , Pemuda Setiakawan dan Pemuda Berani.

Sebagai salah seorang yang berhak mengundi pada bulan Mac ini, penulis berdepan dengan tiga tokoh Pemuda UMNO yang mempunyai karakter yang unik dan berlainan. Tidak dapat dinafikan bahawa ada di antara calon-calon tersebut yang menggerakkan jentera beliau dengan efektif dan secara berterusan.

Malah, ada di antara kita sudah mulai bingung dengan strategi melobi calon pilihan yang tampak tidak serius, tidak mesra ahli, tidak efektif dan adakalanya menyebabkan kita terfikir, apakah calon dan kakitangan-kakitangan calon tersebut benar-benar mahukan kemenangan atau sebaliknya?

Komplesen yang terbentuk itu menimbulkan pelbagai teka teki, keresahan dan rasa kecewa kepada sesiapa sahaja yang amat mengharapkan seorang pemimpin yang benar-benar agresif dan mantap.

Kesempatan ini pastinya akan digunakan oleh calon-calon lain yang semakin giat merapatkan diri dengan ahli-ahli Pemuda UMNO dan modus operandi mereka itu tampak sangat berkesan!

Malah dengan percaturan politik melobi yang berlaku sekarang telah sedikit sebanyak akan menyebabkan ramai yang berfikir, apakah calon ini sebenarnya calon yang terbaik di antara 3?

Penulis pasti ramai yang inginkan personal touch daripada calon-calon tersebut. Mereka mahukan pemimpin yang mesra dengan mereka, tidak ego dan tidak kekok untuk bertegur sapa dengan ahli-ahli Pemuda bahagian. Kita mahukan pemimpin yang cepat menyesuaikan diri dan tempo mereka dengan frekuensi pemikiran mereka.

Kita mahukan pemimpin yang rajin menegur serta dapat 'menangkap' minat kumpulan ahli-ahli yang berada dengan calon-calon tersebut ketika itu.

Pastinya, kita mahukan pemimpin yang benar-benar mampu mengepalai Pemuda UMNO ke era yang lebih cemerlang, kuat serta dihormati oleh parti kawan dan lawan.

Dan disebabkan oleh prestasi buruk BN semasa PRU-12, kita amat memerlukan seorang pemimpin Pemuda yang sudah siap sedia dengan 'artillery' dan strategi 'perang' yang tampak rasional tetapi efektif.

Tempoh ke depan ini bukannya masa untuk Pemuda UMNO sekadar mencuba-cuba seorang pemimpin tersebut. Pemuda UMNO sudah tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Kita amat memerlukan seorang pemimpin yang telah diuji keberkesanan beliau dan bukan baru mencari-cari hala tuju Pemuda UMNO. Pokoknya, Pemuda UMNO perlu lebih agresif dan giat merapatkan diri dengan ahli-ahli akar umbi dan rakyat melalui program-program 'turun ke padang' yang benar-benar relevan, segar dan secara berterusan.

Segala imej yang negatif tentang Pemuda UMNO perlu dikikis dengan serius. Ini adalah satu yang mandatory dan perlukan pembelaan daripada setiap pemuda UMNO.

Wednesday, December 17, 2008

PAS Bending on Islamic Policy

Malaysian Story

PAS is neither here nor there.

The party leadership is at a crossroad and indecisive whether to pursue their Islamic state aspirations or risked being dumped by the electorate for giving in too much to mounting pressures by their Pakatan Rakyat partners and non-Muslims voters who want them to shed their theologian image.

PAS leaders are now in a dilemma as recent statements proved that they are no more tenable with Pakatan-Rakyat, especially DAP, when it comes to hard-line policies involving religion.

PAS which was known for its hard-nosed and uncompromising stance over its Islamic state and hudud laws guiding principles were a pale of shadow when it dropped Islamic State from their 2008 election manifesto and supported the People’s Declaration instead.

So, we can presume that PAS is not serious in pursuing its once unbending policy of turning the country into an Islamic State or hudud laws or the party is an empty vessel that makes the most noise.

The Selangor Bar Journal in an exclusive interview with PAS president Abdul Hadi bin Awang sums it all.

Hadi in that interview said that at the top of the agenda of a PAS-led Federal Government once it is returned to power is to commence implementing Islamic law, starting with the amendment of Article 4 of the Malaysian Constitution to enable Islamic enactment which are in conflict with laws passed by Parliament to prevail, such as the death sentence for apostasy.

Hadi said that if Malaysia came under Islamic rule an act against the religion would be construed as an act against the State, which would be tantamount to treason for which the sentence was death.

He said: “The laws on apostasy only bind Muslims and do not affect non-Muslims but a non-Muslim should be aware of the consequences of apostasy before converting because then he would come under the purview of Islamic law.

PAS sleeping partner in Pakatan-Rakyat, the DAP, later replied whether PAS leaders are prepared to respect the DAP’s opposition to an Islamic State in Malaysia not because of anti-Islam sentiments but because an Islamic State in multi-racial and multi-religious Malaysia is not compatible with parliamentary democracy, power-sharing in a plural society, human rights and individual freedoms, women’s rights and social tolerance. (click here to continue...)

Pemuda Johor Cadang Kerajaan Pertimbangkan Semula Pembinaan Jambatan Bengkok

Indera Ahmad

(Web Pemuda UMNO Malaysia)

Johor Bahru -- Seiring dengan pembukaan secara rasmi perkhidmatan Jabatan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar 13 Disember lalu, Pemuda UMNO Johor mahu kerajaan mempertimbangkan semula pembinaan jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor, Khaled Mohamed berkata pembinaan jambatan bengkok terbabit akan memberi kemudahan kepada pengguna sekaligus menjadi pelengkap kepada perkhidmatan CIQ yang mula beroperasi itu.

Menurut beliau hasrat yang disuarakan itu bukanlah untuk mencetuskan kembali isu pembatalan jambatan bengkok terbabit, namun cadangan berkenaan adalah untuk kepentingan semua pihak khususnya merancakkan ekonomi selatan Johor.

"Kita amat berharap kerajaan memberi pertimbangan terhadap perkara ini khususnya meneruskan kembali rundingan dengan negara jiran, Singapura. Jambatan bengkok sebenarnya memberi banyak faedah kepada semua pihak.

"Paling penting ekonomi selatan tanah air khususnya nelayan, penduduk di pesisiran pantai Lido akan mendapat limpahannya. Malah kita penuh yakin, ianya akan merancakkan hasrat kerajaan untuk menarik pelabur luar ke Wilayah Pembangunan Iskandar", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Bangunan Sultan Iskandar yang menempatkan perkhidmatan Jabatan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) telah memulakan operasi sepenuhnya 13 Disember lalu dengan semua proses dokumentasi bagi urusan keluar masuk antara Malaysia dan Singapura perlu dibuat di bangunan tersebut.

Khaled yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru seterusnya berkata terpulang kepada kerajaan untuk menimbangkan cadangan berkenaan kerana kata putus terletak kepada pucuk pimpinan negara.

Menurut beliau apa yang disuarakan itu hanyalah pandangan rakyat bawahan yang melihat kepentingan pembinaan semua jambatan bengkok yang telah dibatalkan sebelum ini.

"Terserahlah kepada kerajaan. Apa yang kita nampak pembinaan jambatan bengkok nanti akan saling melengkapi antara satu sama lain dengan CIQ terbabit selain memberi nafas baru kepada ekonomi selatan tanah air", ujarnya.

Pilihanraya Kuala Terengganu - Jauhi Kelemahan BN Di Permatang Pauh.

Dr Novandri Hasan Basri

Satu perkara yang penulis perhatikan semasa pilihanraya kecil di Permatang Pauh, BN telah 'kalah' dari hari pertama lagi.

Semasa pencalonan, ribuan penyokong pembangkang telah membanjiri kawasan masuk tempat pencalonan sehinggakan penyokong-penyokong BN terasa begitu kerdil dan out of place. Pelbagai provokasi digunakan oleh ahli-ahli parti pembangkang untuk menjatuhkan semangat ahli-ahli BN. Secara perbandingan, jumlah penyokong-penyokong pembangkang jauh lebih ramai daripada penyokong-penyokong BN.

Penyokong-penyokong parti PKR tidak membuang masa dan mula memasang bendera-bendera serta banner di tempat-tempat yang strategik mulai dari hari pertama lagi. Aura yang dicanang-canangkan oleh parti pembangkang terasa begitu berkesan sekali sehinggakan penulis dapat rasakan semangat ahli-ahli jentera pilihanraya BN seperti kurang momentumnya.

Ianya bertambah teruk apabila berlaku perselisihan faham dan protes daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak dicalonkan. Semua orang sudah tahu bagaimana pemimpin-pemimpin tersebut tidak mengambil peranan yang berkesan dan efektif untuk membantu jentera pilihanraya Datuk Ariff Shah sehinggakan ramai yang meluat dan senyum sinis melihat gelagat pemimpin-pemimpin tersebut yang menjauhi diri daripada membantu beliau.

Mereka hanya muncul apabila pemimpin-pemimpin tertinggi pusat mengadakan lawatan di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, mereka menghilangkan diri.

Peruntukan untuk membantu jentera pilihanraya BN tidak kunjung tiba walau pun desas desus mengatakan wang yang banyak telah disalurkan untuk pilihanraya Permatang Pauh. Semasa mesyuarat jentera UMNO, 3 hari sebelum masa mengundi, ramai yang mengeluh kerana mereka tidak mendapat peruntukan seperti yang telah dijanjikan. Ini menyebabkan banyak pelan tergendala, risalah-risalah tidak diedarkan, banner dan bendera tidak digantung.

Penulis yang terlibat secara langsung di dalam perang saraf UMNO perhubungan Negeri telah mendapat first hand experience mengenai isu-isu dalaman ini dan ianya amat mengecewakan sekali.

On paper, BN sepatutnya telah menang selesa jika dibandingkan di antara jumlah ahli-ahli PKR dengan ahli-ahli BN di Permatang Pauh. Tetapi penulis bingung kerana statistik ahli-ahli BN bukannya yang terbaru dan tidak di update kan.

Dalam hal ini, penulis berharap agar parti UMNO dan BN akan mengambil langkah serius untuk mengadakan bancian besar-besaran untuk mengetahui kekuatan sebenar ahli-ahli parti itu serta mengumpul data-data penting yang boleh digunakan untuk masa hadapan.

Penulis telah menyediakan satu web rasmi perhubungan negeri Pulau Pinang semasa pilihanraya itu. Setiap kali penulis melaporkan aktiviti-aktiviti serta menulis artikel di dalam web rasmi pilihanraya Permatang Pauh, setiap kali itu juga akan muncul pengunjung-pengunjung web yang akan counter balik tulisan penulis. Begitu juga blog penulis sendiri.

Mereka itu akan berhujah serta memberi komentar tetapi secara tertib kerana mereka tahu penulis tidak akan menyiarkan komentar mereka jika mereka menggunakan perkataan kotor atau lucah. Dan atas semangat keterbukaan, penulis akan menyiarkan komentar mereka.

Parti pembangkang seperti mempunyai pasukan siber yang aktif memantau setiap web atau blog yang mereka rasakan pro-BN. Malangnya, parti UMNO dan BN tidak mempunyai pasukan tersebut. Yang ada hanyalah individu-individu yang mengambil inisiatif sendiri untuk membantu 'membersihkan' nama UMNO dan BN di alam siber ini.

Beberapa rakan bloggers penulis telah membantu untuk menyemarakkan lagi perang siber semasa pilihanraya Permatang Pauh tetapi ianya secara ad hoc dan tidak terancang dengan teliti.

Kini UMNO dan BN akan berdepan dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Sila rujuk keputusan PRU-12 seperti di bawah :-

P36: KUALA TERENGGANU: (80,325)

1. DATUK RAZALI ISMAIL (BN-UMNO) 32,562
2. Mohamad Sabu (PAS) 31,934
3. Maimun Yusof (Bebas) 685

Majoriti : 628

Jumlah Mengundi/Votes cast: 66,132

Peratus Mengundi/Percentage Voted: 82.45%

Rosak/Spoilt Votes: 931

(2004: RAZALI ISMAIL (BN-UMNO) Maj: 1,933)

Jika kita merujuk kepada majoriti undi sebanyak 628 undi jika dibandingkan dengan 1,933 undi pada tahun 2004, BN akan berdepan dengan tugas berat untuk menang di sana. Walaubagaimana pun, penulis optimis bahawa BN akan berjaya retain kerusi parlimen Kuala Terengganu.

Penulis cuma risau rentetan masaalah di Permatang Pauh akan turut mencengkam jentera pilihanraya BN di Kuala Terengganu. Penulis risau jika berlaku protes atau pemulauan daripada pemimpin-pemimpin yang merajuk kerana tidak dipilih.

Jentera BN mesti full force mulai dari hari pertama lagi tanpa ditangguhkan atau hanya aktif jika pegawai tertinggi BN datang melawat tempat-tempat.

Penulis mendapat tahu bahawa Pemuda UMNO Kuala Terengganu akan mengaktifkan web dan blog semasa piliharaya itu untuk menarik perhatian generasi muda serta menangkis segala tohmahan pihak lawan.

Ini merupakan perkembangan baik tetapi mengikut pengalaman penulis sendiri, proses web dan blog yang benar-benar berkesan dan menjadi fokus kepada segala berita UMNO dan BN sebenarnya mengambil masa yang panjang dan rumit.

Pemuda UMNO Kuala Terengganu perlu memikirkan cara untuk mengumpulkan rakan-rakan siber yang aktif di dalam siber untuk menyediakan mereka dengan artikel-artikel yang up to date dan berkesan.

Sepatutnya, Pemuda UMNO Malaysia sudah mempunyai team jentera perang siber sendiri yang mampu di gerakkan pada bila masa-masa sahaja. Yang senangnya ialah ahli-ahli di dalam team itu tidak semestinya berada di lokasi yang diperlukan. Mereka boleh menyumbang idea dan artikel dari tempat mereka sendiri dan ini merupakan salah satu advantage alam siber ini.

Tele-conference, skype dan yahoo messenger boleh digunakan sesama ahli dan ianya merupakan kemudahan internet yang masih belum diterokai oleh Pemuda UMNO Malaysia dengan seriusnya.

Apa pun, BN mesti menang di Kuala Terengganu dan ketika ini yang paling penting sekali ialah kesatuan dan perpaduan di dalam UMNO Kuala Terengganu dan keberkesanan jentera BN secara keseluruhannya.

Tuesday, December 16, 2008

Must Read !

Dr Novandri Hasan Basri

I would to introduce to you a blog which is very informative. It is a 'must read' blog for all of us.

It is called Malaysian Story and I hope that my blogger friends can link this blog to their blogs.

This is one of the articles:-

Does Lim Guan Eng Walk the Talk

“Every political struggle is a long journey but we have to start somewhere. We may not form the government this time around but if people accept our manifesto, one day we may form the government and implement our ideals of good governance.”

This is what DAP secretary-general Lim Guan Eng said when he launched the state DAP manifesto, A Dynamic Penang and Malaysia for All, before the March 8, general election.

Let us read and ponder if Lim walks the talk.

Case 1: DAP councillor arrested for vice activities.

A Taiping municipal councillor who was arrested on suspicion of producing pirated CDs and VCDs will not be asked to resign, DAP secretary-general Lim Guan Eng said.

He said he would wait for a full report first as the arrest ”may be politically motivated”.

On Thursday, the municipal councillor was detained on suspicion of producing pirated CDs and VCDs at his home in Taman Seri Hijau, Taiping.

A team from the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry’s enforcement division was seen taking out boxes from the house, two computers and bottles of printing ink, into a van before detaining the councillor who is a DAP member.

Case 2: Danny Law, a copycat exco.

AN opposition assemblyman has described Penang Tourism Development, Culture, Arts and Heritage Committee chairman Danny Law a ”copycat” for not coming up with original ideas to boost tourism in Penang.

Muhamad Farid Saad (BN”Pulau Betong) chided Law for claiming that the coming Cultural Fest was a new event when two of its activities, Penang Island Jazz Festival and Little Penang Street Market, were products of Barisan Nasional.

”The only new things are some seminars held during the fest. Isn’t this a case of being a copycat?” he asked when debating the state’s 2009 Budget.

Muhamad Farid also questioned the status of the state park in Pulau Jerejak and the Botany Park extension plan, projects undertaken by the previous administration.

”What are his (Law’s) ideas or suggestions on them? I hope he is not going to be a copycat again and continue with what had been approved earlier,” he said.

He said while Chief Minister Lim Guan Eng might be striving for a CAT (Competent, Accountable and Transparent) government, Law preferred to be a copy cat.

(Klik di sini untuk bacaan seterusnya...)

Bhg 11 - Menjejaki Sejarah Pemuda UMNO.

Dr Novandri Hasan Basri

Sambungan daripada bahagian 10

121. Nama TS Syed Jaafar Albar mula-mula dicalonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia oleh UMNO Beruas, Perak sebagai bentuk provokasi.

122. Akan tetapi pencalonan tersebut telah mendapat sambutan daripada bahagian-bahagian lain sungguh pun Syed Jaafar sudah berusia 62 tahun ketika itu.

123. Pada mulanya, Syed Jaafar tidak berminat dan berpendapat bahawa Datuk Musa Hitam adalah calaon yang terbaik untuk menggantikan Datuk Harun Idris. Selain daripada itu, terdapat beberapa tokoh lain yang berkemampuan seperti Datuk Mohamad Rahmat, Datuk Syed Nahar Shahbudin, Datuk Hamzah Abu Samah, Datuk Mansor Osman dan Tengku Ahmad Rithaudeen.

124. Salah satu sebab Syed Jaafar menukar fikiran dan bersetuju untuk bertanding adalah kerana sebuah rencana di dalam Utusan Melayu pada 5 Jun 1976 yang mencabar beliau supaya tidak bertanding.

125. Syed Jaafar dikenali sebagai 'Singa UMNO' kerana kelantangan dan keberanian beliau untuk menyelar sesiapa sahaja yang dikira berbahaya untuk UMNO dan dia bukan sahaja sekadar bercakap tetapi sanggup menggunakan tenaga demi kepetingan maruah parti dan kerajaan partinya. Beliau juga amat lantang ketika pemisahan Singapura daripada Malaysia.

126. Di dalam temuramah di dalam Utusan Melayu pada 18 Jun 1976 beliau mengemukakan 3 sebab utama yang mendorong beliau untuk bertanding di sebalik umur beliau yang berusia 62 tahun.

- Menjadikan Pergerakan Pemuda sebagai tenaga penyatu bagi perpaduan dan keutuhan UMNO

- Berusaha untuk merapatkan lagi perhubungan di antara Pemuda UMNO dan badan induk untuk kepentingan parti dan negara.

- Memastikan Pemuda UMNO akan terus dijadikan kuasa yang diambilkira dalam semua kegiatan terutamanya politik dan ekonomi.

127. Kemenangan Syed Jaafar menewaskan Muhammad Rahmat jelas menunjukkan bahawa Syed Jaafar merupakan satu-satunya tokoh UMNO yang mampu memimpin Pemuda setelah zaman kegemilangan Pemuda di bawah Datuk Harun Idris.

128. Syed Jaafar juga telah menjadikan diri beliau sebagai 'jambatan' untuk memperbaiki hubungan Pemuda dengan pucuk kepimpinan badan induk yang tidak berapa manis semasa kepimpinan Datuk Harun Idris.

129. Beliau mengepalai Exco Pemuda untuk mengadakan pertemuan dari hati ke hati dengan pemimpin-pemimpin yang berpengaruh dalam UMNO termasuk Perna Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan lain-lain.

130. Jelas bahawa pertemuan-pertemuan tersebut telah berjaya merapatkan kembali kerenggangan yang terwujud semasa pimpinan Datuk Harun.

131. Syed Jaafar mahukan Pemuda yang aktif melontarkan pandangan dan kritikan, bukan untuk berkonfrontasi tetapi untuk kebaikan.

132. Beliau juga mengisytiharkan bahawa Pemuda dibawah pimpinannya akan menjadi 'ginger group' dan bukan lagi pressure group seperti di bawah Datuk Harun.

133. Akan tetapi, jelas bahawa perubahan itu hanya pada nama sahaja kerana peranan Pemuda untuk menegur pelaksanaan dasar-dasar kerajaan tetap diteruskan! Suara Syed Jaafar mengenai banyak perkara, sama lantangnya dengan suara Datuk Harun.

134. Beliau juga meneruskan tradisi Datuk Harun iaitu menjelajah dari satu negeri ke satu negeri untuk menemui pemimpin-pemimpin UMNO negeri, berbincang mengenai parti dan sebagainya. Seluruh Exco pusat turut serta di dalam program tersebut.

135. Walaubagaimana pun, Syed Jaafar kembali ke rahmatullah pada 14 Januari 1977 kerana diserang penyakit jantung.

136. Pemergian mengejut beliau amat tidak diduga dan ketika kepimpinan beliau masih diperlukan lagi.

137. Akhbar Mingguan Malaysia (16 Januari 1976) telah menulis "Satu hakikat yang perlu diakui ialah bahawa Allahyarham semasa hayatnya tidak jemu-jemu berjuang walau pun usianya sudah meningkat dan sepatutnya bersara...... Dan detik yang perjuangan yang paling hebat baginya ialah ketegasannya menentang pemisahan Singapura dari Malaysai dan kemuncak perjuangan politiknya ialah kepulangan beliau ke ribaan parti sebagai Ketua Pemuda UMNO secara yang tidak disangka-sangka..."

Rujukan :

1. Buku : Dilema Pemuda UMNO, Tulisan : Chamil Wariya & Subky Latif. Cetakan Pertama : 1976. Cetakan Kedua : 1985 (Edisi baru).

2. Web Pemuda UMNO Malaysia.

Pautan : Bahagian 1 , Bahagian 2 , Bahagian 3 , Bahagian 4 , Bahagian 5 ,Bahagian 6 ,


FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.