Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Friday, December 31, 2010

GEMPAR 18SX ! IDENTITI PEMBANTU RUMAH YANG DIDAKWA DIROGOL MENTERI DIDEDAHKAN !


Di atas adalah foto pembantu rumah Indonesia yang didakwa dirogol oleh seorang Menteri pada tahun 2007! Penulis mendapat sumbernya daripada sebuah portal berita yang turut menyebut nama Menteri yang terlibat!

Dan sebuah NGO dikatakan telah menemuramah mangsa tersebut sebagaimana laporan yang didedahkan oleh Wikileaks.

Sama ada benar atau tidak, pihak yang bertanggungjawab mesti menyiasat perkara ini dengan kadar segera dan telus. Dakwaan yang dilontarkan kepada Menteri tersebut adalah sangat berat dan jika benar, Menteri tersebut mesti dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan beliau.

DS Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia tentu tidak akan kompromi dengan isu berat ini.

Tetapi, jika isu ini tidak benar, pihak-pihak yang bertanggungjawab mengada-adakan cerita ini mesti juga dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal dengan fitnah yang mereka lakukan.

Apa pun, kita semua mahukan kebenaran!

5/1/2011 KENYATAAN RAIS YATIM TERHADAP ALEGASI MEROGOL PEMBANTU RUMAH

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menafikan alegasi kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata “alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat.”

“Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara,” katanya.

Rais berkata beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata “sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik”.

“Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan alegasi salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas

sahih di sisi undang-undang,” katanya.

Rais berkata sehubungan itu, perkara ini adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, pada Selasa lepas susulan spekulasi blogger adalah bukti bahawa alegasi ini bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan, kata anggota Parlimen Jelebu itu.

Rais berkata: “Alegasi pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil wikileaks.”

Beliau berkata tindakan mengaitkan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebagai tidak melayani aduan pada 2007 berkaitan kes tersebut adalah suatu perbuatan “politik licik murahan yang semata-mata bertujuan mengelirukan fakta di mata rakyat kerana perkara tersebut tidak pernah dibawa ke perhatian Abdullah dan Musa”/

“Apa-apa yang disebut sebagai laporan dari luar atau dalam negara yang mengisahkan alegasi memperkosa individu tertentu di dalam media blog, laman web atau lain-lain di internet adalah manifestasi politik bagi tujuan merosakkan peribadi saya selaku Anggota Pentadbiran

Kerajaan Malaysia yang rekod khidmat saya tidak pernah tercela dengan sebarang salahlaku dalam tempoh hampir 40 tahun,” katanya.

Rais berkata tujuan merosakkan nama dan imej beliau itu jelas supaya perjuangannya di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tergencat dan menggagalkan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional khususnya Gagasan 1Malaysia yang dicipta Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Pembangkang dan pihak-pihak yang tidak senang dengan penerimaan dan kejayaan dasar ini di kalangan rakyat bertindak untuk membantutkannya melalui fitnah dan pendustaan murahan.

“Mereka berpandangan dengan ‘membunuh pengantarnya’ tujuan jahat mereka tercapai,” tambahnya. Rais berkata dengan adanya gara-gara dan perkembangan pilihan raya kecil dan

umum di musim kini, “isu seperti ini diolah oleh mereka itu sebagai ‘lembing rejaman’ yang diharap akan membunuh politik dan perjuangan murni kerajaan”.

“Mereka menganggap dengan dedahan bersifat spekulasi dan tohmahan ini pemerhatian umum terhadap kes-kes jenayah besar seperti liwat yang melibatkan pimpinanan pembangkang akan dapat dipesongkan,” katanya. — Bernama

Senamrobik - Teo Nie Ching Lari Ke Kelantan Mengadu Kepada Nik Aziz ?


HarakahDaily sekali lagi memainkan peranan jahat mereka dengan menyebarkan satu laporan yang berbau pembohongan dan putar belit. Isunya ialah mengenai tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang tidak beradab apabila berada didalam perkarangan masjid.

Laporan Haprak Daily tersebut dimulakan dengan :-
KUALA LUMPUR, 31 Dis: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan menyokong pendirian Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching yang mahu meneruskan amalan melawat masjid biarpun dikritik hebat media Umno BN.
Suratkhabar Utusan Malaysia sekali lagi diburuk-burukkan walau pun ada kebenarannya di dalam melaporkan tindakan tidak beradab Teo Nie Ching itu. Tetapi, sama ada pihak HaprakDaily sedar atau tidak, laporan mereka juga sebenarnya memperakui kebenaran suratkhabar Utusan Malaysia!

Secara tidak langsung, kebenaran isu kebiadapan Teo Nie Ching telah diakui sendiri oleh Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS Pusat! Rujuk kenyataan beliau :-
Bagaimanapun menurut Nasrudin lagi, imam dan ahli jawatankuasa masjid yang bakal dilawati oleh Teo nanti mestilah mengambil langkah pro aktif untuk memberi penjelasan dan gambaran yang tepat mengenai Islam kepada beliau.


"Namun begitu suka saya tegaskan bahawa Teo Nie Ching pula wajarlah diberitahu beberapa perkara berkaitan adab dan akhlak atau moral yang perlu dipelihara sewaktu beliau melawat atau mengunjungi masjid.

"Kerana mengunjungi masjid sebagai rumah ibadah dan tempat suci ummat Islam tentunya berbeza dengan lawatan beliau ke pasar atau rumah-rumah kediaman biasa," tambahnya lagi.
Ketua Pemuda PAS itu jelas mahukan supaya Teo Nie Ching perlu diberitahu supaya menghormati adab dan akhlak tatkala mengunjungi masjid.

Mungkin pada awalnya, kita boleh menyalahkan nazir dan jawatnkuasa masjid sahaja kerana tidak menasihati Teo Nie Ching. Tetapi apabila beliau memberontak dan cuba mempersoalkan isu tersebut di dalam blog beliau dengan andaian beliau sendiri tentang Islam, Teo Nie Ching sudah melampaui batas dan bersifat kurang ajar!

Dan apakah UMNO dan DS Najib Razak ada kena mengena dengan isu kebiadapan Teo Nie Ching? Ianya kerana HarakahDaily, lidah PAS juga melaporkan kebiadapan beliau dan Nasrudin Hassan juga telah mengeluarkan kenyataan yang tidak berpihak kepada Teo Nie Ching!

Kenapa Teo Nie Ching tidak mempersoalkan laporan berita milik parti PAS?
Tidakkah itu double standard dan pilih kasih namanya?

Penulis menjangka Teo Nie Ching akan mengulang tayang drama beliau menghadap Nik Aziz seperti kes beliau memberi 'tazkirah' di ruang sembahyang utama tidak lama dulu. Beliau akan khsuyuk mendengar Nik Aziz tetapi akan mengulangi lagi kontroversi serta menyakitkan hati umat Islam di negara ini.


Dalam masa yang sama,
penulis bersetuju dengan pandangan Nasruddin Hassan yang mengatakan pemimpin-pemimpin umat Islam, tidak kira fahaman politik mereka supaya tidak mendedahkan aurat atau menjaga isteri dan anak-anak mereka agar tidak mendedahkan aurat serta menjebakkan diri dalam kancah maksiat dan mungkar.

Terbaru : Kenyataan
Timbalan Setiausaha Mais Abdul Halem Hapiz Salihin:-

Menurut Abdul Halem Hapiz, tidak salah melakukan aktiviti berfaedah seperti senamrobik di pekarangan masjid tetapi biarlah mematuhi adab seperti memakai pakaian yang sesuai.

Tambah beliau, sepatutnya wakil rakyat itu dinasihatkan memakai pakaian sukan yang lebih sopan seperti berlengan panjang dan menutup kepala serta senamrobik diasingkan antara lelaki dan wanita atau lelaki di hadapan dan wanita di belakang.

RAHSIA Khairul Fahmi, Hero 'Harimau' Malaysia, Menyelamatkan Sepakan Penalti di Final Piala AFF Suzuki !

Foto Khairul Fahmi di dalam FB beliau - Rujuk Facebook Khairul.

Video di bawah menunjukkan Hero 'Harimau' Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat @ Apek yang berjaya menyelamatkan sepakan penalti Firman Utina pada minit ke-19 Final Piala AFF Suzuki di Stadium Bung Sukarnao, Jakarta pada 29hb Disember yang lalu.

Apakah rahsianya? Sila tonton kembali saat-saat yang mencemaskan tersebut:-

Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan sepakan penalti.

Laporan berita di bawah menjawab rahsia Khairul Fahmi sehingga begitu confident menyelamatkan sepakan penalti tersebut. Rujuk laporan berita di bawah :-
JAKARTA - ''Saya memang sudah jangka Firman Utina akan melakukan sepakan di sebelah kiri. Ini kerana jurulatih, K. Rajagobal awal-awal lagi telah memberitahu saya bahawa dia (Firman) gemar melakukan sepakan di arah itu".


Itu pendedahan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang menyelamatkan penalti Firman pada minit ke-19 final kedua Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin.

Khairul, yang dikenali sebagai Apek, mengakui dia cukup tenang ketika pemain lawan melakukan penalti, kerana berpegang kepada nasihat Rajagobal.

''Jurulatih telah mengkaji sepakan penalti yang dilakukan oleh Firman dan pemain Indonesia yang lain, ia jelas membantu saya.

''Saya bersyukur kerana agakan saya tepat, sekali gus membantutkan hasrat Indonesia untuk meraih gol awal kerana saya sedar jika mereka berjaya, situasi mungkin berubah dan memberikan mereka lebih semangat untuk bangkit," jelasnya ketika di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, sebelum berangkat pulang ke tanah air, semalam - Utusan Malaysia.

p/s : Kepada sesiapa yang ingin menonton kembali saat-saat manis kemenangan pasukan 'Harimau' Malaysia, sila klik :- 'Mesti Tonton : Pasukan 'Harimau' Malaysia'.

Thursday, December 30, 2010

Pasukan 'Harimau' Malaysia Naik Kereta Perisai 'Barracuda' Di Jakarta.


Laporan berita mengatakan bahawa pasukan 'Harimau' Malaysia dan K Rajagobal telah di escort kerita perisai Barracuda dari Hotel Sultan ke Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta semasa pertandingan akhir (peringkat 2 ) Pila AFF Suzuki.


Syukur Alhamdulillah kerana semuanya selamat dan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Penyokong-penyokong tuan rumah tidak bertindak liar walau pun di tempat sendiri.

Dan kepada sesiapa yang berkesempatan, luangkan masa untuk menyambut wira-wira 'Harimau' di KLIA.


p/s : Kepada sesiapa yang ingin menonton kembali saat-saat manis kemenangan pasukan 'Harimau' Malaysia, sila klik :- 'Mesti Tonton : Pasukan 'Harimau' Malaysia'.

VIDEO Ulang Tayang : Untuk Mereka Yang Ingin Menonton Kembali Skil Pemain Malaysia (Piala AFF Suzuki) Atau Mereka Yang Tak Sempat Nak Tonton !!

Di sini penulis sertakan 2 klips video untuk sesiapa yang tidak berkesempatan atau ingin melihat kembali skil yang ditunjukkan oleh pemain-pemain 'Harimau' Malaysia semasa pertandingan akhir Piala AFF Suzuki.


Tahniah MIM ucapkan!! Tidak dapat dinafikan bahawa corak permainan, komitmen dan skil individual serta teamwork yang ditunjukkan oleh pasukan 'Harimau' Malaysia sangat membanggakan kita semua.

Lihat 2 video di bawah :-

1. Video Pertandingan Akhir (Peringkat 1) Di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur (26 Disember) :-



Video Di Stadium Bukit Jalil.





2. Video Pertandingan Akhir (Peringkat 2) di Stadium Bung Karno - Jakarta, Indonesia (29 Disember) :-

Video di Stadium Bung Karno, Jakarta.



p/s : Yang penting sekarang ialah untuk mengekalkan prestasi pasukan 'Harimau' Malaysia. Dalam masa yang sama, kita juga mengharapkan agar pasukan bolasepak negara kita akan terus maju dan berjaya lagi selepas ini.

Letak Jawatan :- Mahfuz Omar PAS Frust Tak Dapat Habuan ?

Ramai yang tertanya-tanya dengan perletakan jawatan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn Bhd, syarikat GLC kerajaan PAS Kedah. Penulis pun musykil terutamanya apabila Mahfuz Omar tidak menerangkan dengan terperinci tindakan drastik beliau itu dan membiarkan kita tercari-cari jawapannya!


Khabaran yang kita dengar ialah Mahfuz tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan. Persoalannya, kenapakah Mahfuz Omar sebagai Pengerusi syarikat tersebut tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk menidakkan penganugerahan tersebut?

Jawapan yang hampir kepada persoalan di atas ialah terdapat pihak lain yang lebih berkuasa serta dapat over ride kuasa eksekutif Mahfuz Omar. Siapakah mereka?

Mereka adalah pihak-pihak tertinggi di dalam syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB), syarikat induk yang mempunyai beberapa anak syarikat termasuk syarikat Kedah Sato S/B yang dipengerusikan oleh Mahfuz Omar!

Penulis tidak menuduh tetapi mahukan kepastian kerana artikel di bawah ini menghubungkaitkan kontroversi Mahfuz Omar dengan syarikat BDB. Rujuk di bawah :-
Diberitakan suhu panas yang memuncak disebabkan berlakunya pertembungan diantara Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Jahubar Sathik dengan Pengerusi Kedah Sato, YB Dato’ Haji Mahfuz Omar berhubung isu pelantikan IJM sebagai ‘Total Sub-Contractor’ kepada Kedah Sato untuk kerja-kerja membina dan menyiapkan kampus baru KUIN di Kuala Ketil.

(nota: Kerajaan Negeri Kedah telah melantik Kedah Sato Sdn. Bhd. secara terus melalui konsep ‘Design n Build’, Kerajaan Negeri turut mengenalpasti dan menjamin pembiayaan kewangan dari institusi-institusi kewangan.)


Dato’ Jahubar Sathik berkeras untuk terus melantik IJM tanpa melalui proses tender atau sebut harga. YB Dato’ Mahfuz dikatakan tidak bersetuju sekiranya pelantikan IJM tidak melalui proses tersebut.

Beliau juga mahu diletakkan syarat agar kontraktor tempatan turut diberi peluang untuk terlibat dengan kerja-kerja pembinaan yang bersesuaian oleh ’Total Sub-Contractor’ yang bakal dilantik.

Perkembangan terbaru ini amat memeritkan untuk ditelan oleh Dato’ Jahubar Sathik n The Gang ( Din KoKo dan YB Din Anak Bukit ), manakan tidak perancangan yang telah disusun-atur berbulan-bulan lamanya dan sudah terlalu banyak yang dibelanjakan, tiba-tiba menghadapi halangan dan tentangan keras di saat akhir.

Banyak kepentingan akan tergadai. ” Bangkai yang cuba disembunyikan, terhidu jua akhirnya.”

Langkah terakhir yang mampu dilakukan ialah dengan memukul canang yang menyatakan bahawa YB Dato’ Mahfuz Omar menentang pelantikan IJM kerana didalangi oleh beberapa kontraktor Cina di belakangnya.

SMS sedang berlegar-legar dari inbox ke inbox. Din KoKo perlu berkeras mematahkan tentangan dan halangan demi membuktikan kesetiaan dan menyelamatkan kepentingan yang bakal tergadai. -
Helang Kedah
p/s :- So, YB Mahfuz Omar. Betulkah YB frust dan letak jawatan kerana tak dapat habuan dari kontraktor-kontraktor Cina di Kedah?

Wednesday, December 29, 2010

Pelbagai Versi Tentang Anwar Ibrahim Meliwat !

Isu Karpal Singh yang sebelum ini beria-ia mengatakan Anwar Ibrahim terbabit di dalam aktiviti homoseksual, bukan lagi satu perkara yang asing untuk kita. Pelbagai versi yang kita telah baca dan dengar. Tetapi fakta-faktanya konsisten dan tidak berubah.

Yang terbaru ialah kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.
Rujuk versi beliau pula :-

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Selepas sekian lama berdiam diri, Pengerusi DAP, Karpal Singh akhirnya mengaku pernah mendesak supaya bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat kerana didakwa oleh beberapa pihak terlibat dengan perbuatan liwat.

Apa la si Anuwar ni kelentong aku lagi ni?

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Karpal dalam pengakuan yang disiarkan menerusi laman web www.malaysia-instinct.com pada Selasa lalu menjelaskan, desakan yang dibuatnya pada 1997 adalah atas kedudukannya sebagai wakil rakyat pembangkang di Dewan Rakyat.

"Saya sendiri telah mendedahkan di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa dalam satu ceramah DAP di Hotel Federal di Kuala Lumpur pada 1997, Karpal telah menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti Anwar terlibat dalam kegiatan liwat.

"Akhirnya pendedahan saya disahkan sendiri oleh Karpal, jika tidak sudah pasti satu lagi saman fitnah akan difailkan beliau terhadap saya. Surat saman terbang di merata tempat. Ini adalah menakutkan," katanya dalam blog http://weechookeong. wordpress.com hari ini.

Dalam perkembangan lain Choo Keong berkata, beliau masih menunggu penjelasan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berhubung tindakannya mengubah pendirian untuk terus menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Pada 8 Februari 2009, Karpal telah membuat desakan supaya Anwar meletakkan jawatan sebagai ketua pakatan pembangkang.

"Sebulan selepas itu iaitu pada 8 Mac (2009), beliau telah berpusing dengan menyatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh boleh kekal sebagai ketua pembangkang kerana mendapat sokongan semua Ahli Parlimen pembangkang," ujarnya - Utusan Malaysia.

Siapa Ada RM300,100 ??

Wahh... RM300,100 adalah harga tender untuk nombor plat 'MCA 1'! Harga tersebut belum dibida lagi dan berkemungkinan besar akan lebih daripada nilai tersebut!

Siapakah individu atau syarikat yang akan berjaya memiliki plat nombor yang dikaitkan dengan parti Malaysian Chinese Association (MCA) ?

Penulis mensyorkan kepada kepimpinan MCA supaya mengadakan kutipan atau pun tabung sesama ahli MCA untuk membeli plat nombor tersebut. Manakala, kutipan wang yang berlebihan boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan tajaan parti MCA.

Bukan apa, manalah tahu, jika kita menjengok kereta yang bernombor 'MCA 1', di dalamnya ialah Lim Kit Siang DAP atau Lim Gua Eng DAP atau rakan-rakan mereka di dalam DAP dan Pakatan Rakyat. Nak diletak mana muka pemimpin-pemimpin MCA! Malukan!


So, ikthiarlah untuk memiliki plat nombor tersebut, wahai pemimpin-pemimpin MCA sekalian.

PANAS ! Beranikah Pemuda PAS Lawan 'Towkey' Dalam Pakatan Rakyat ?

Indah khabar dari rupa. Itulah yang dapat kita katakan tentang hasrat Nasrudin Hasan, Ketua Pemuda PAS untuk 'menggerakkan' anggota Pemuda PAS di seluruh negara.

Hello..is it me u r looking for ?

Rujuk laporan berita di bawah. Di antaranya :-
Siri jelajah itu, dinamakan Projek 2011: Masa untuk berubah - PAS Sedia Gantikan Umno, dijadual berlangsung antara Januari hingga Mac 2011.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan (kiri) berkata segala persiapan sedang dipergiatkan dan diatur melibatkan seluruh anggota Pemudanya dalam program tiga bulan itu seterusnya
Penulis tidak pasti sama ada Nasrudin Hassan dan kepimpinan Pemuda PAS benar-benar faham maksud moto "Masa untuk berubah - PAS Sedia Gantikan UMNO'?

Motonya memang menggemparkan tetapi apakah benar PAS boleh menggantikan parti UMNO?

Jika kita kaji kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen tiap-tiap negeri di dalam negara ini, kita akan lihat bahawa banyak kawasan yang dipertandingi oleh parti UMNO yang tidak mempunyai calon parti PAS.

Jumlah calon UMNO adalah jauh lebih besar daripada parti PAS. Ianya kerana parti PAS terpaksa berkongsi dengan parti PKR dan parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh, DUN N2 Bertam, Pulau Pinang adalah pertandingan di antara calon UMNO/BN dan PKR, bukannya calon PAS. Begitu juga DUN N32 Linggi, Negeri Sembilan adalah di antara UMNO/BN dan PKR, bukannya PAS. Klik sini


Pokoknya,
banyak perkongsian di antara PAS dan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat sehinggakan parti PAS tidak akan mungkin dapat bertanding satu sama satu dengan UMNO. Ianya hanya omongan Nasrudin Hassan yang tidak berpijak di bumi yang nyata.


Atau,

1. Apakah 'PAS Sedia Gantikan UMNO' merupakan satu indikasi tersembunyi atau isyarat awal yang cuba Pemuda PAS sampaikan kepada rakan-rakan politik mereka di dalam Pakatan Rakyat?


2. Apakah parti PAS akan menuntut serta mengambil alih lebih banyak kerusi yang sepatutnya milik parti PKR dan parti di dalam Pakatan Rakyat?

Penulis pasti kelantangan Pemuda PAS melaung-laungkan 'PAS sedia gantikan UMNO' akan tertempelak ke muka mereka kembali apabila parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat mula bersuara dan menyatakan rasa tidak senang hati mereka terhadap konsep tersebut.

Parti PKR pasti mahukan lebih kuasa dan kerusi dan agak mustahil untuk 'menyedekahkan' hak mereka. Begitu juga parti-parti yang lain.

Makanya, omongan Nasrudin Hassan untuk menjelajah satu negara bersandarkan moto 'PAS Sedia Gantikan UMNO' berkemungkinan besar tidak menjadi dan tidak digemari oleh rakan-rakan politik mereka sendiri!

Tuesday, December 28, 2010

GEMPAR !! ADUN 'Kontroversi Berzina' Selinsing Rupa-rupanya Gatal Orangnya !!

Isu Saipul Bahri, ADUN PAS Selinsing yang didakwa ditangkap hanya berseluar dalam bersama isteri orang yang bertuala merah bertambah hangat apabila terdapat khabaran bahawa rupa-rupanya si Saipul Bahri 'gatal' orangnya.

Ilustrasi wanita bertuala merah.

Dakwaan terbaru ini di dedahkan oleh blogger yang satu ketika dulu begitu rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan di dalam blog beliau. Di antara pendedahan beliau :-
Menurut sumber yang diceritakan oleh seorang Ahli Dewan Harian PAS Kelantan, berita itu mula tersebar apabila guru-guru muslimah PASTI yang mengikuti satu rombongan lawatan telah pulang dan bercerita perihal ‘kegatalan’ Ustaz Saipul yang ketika kejadian itu telah menjadi ADUN PAS.

Ustaz Saipul diceritakan telah menimbulkan ketidakselesaan mulimah PASTI sepanjang rombongan itu. Bagaimanapun tidak pula dihuraikan apa yang dimaksudkan dengan ‘kegatalan’ Ustaz Saipul.
Rupa-rupanya, 'ustaz' PAS DUN Selinsing itu 'gatal' orangnya! Astaghafirullah !!

Penulis cuba berfikiran rasional terhadap tuduhan terbaru terhadap ADUN Selinsing itu. Tetapi memandangkan blogger tersebut sangat terkenal dan rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan sebelum ini, maka sumber beliau itu tentunya kukuh hasil dari pergaulan beliau dengan mereka yang aktif di dalam politik PAS Kelantan.


Jika benar, Saipul Bahri yang baru pulang mengerjakan haji itu perlu melakukan sesuatu. Beliau menafikan beliau berzina. Itu sahaja!


Sama ada berzina atau belum sempat atau tidak berzina, beliau belum lagi menafikan bahawa beliau pernah ditangkap bersama isteri orang di dalam koc VIP. Saipul Bahri mungkin benar tidak berzina tetapi close proximity dengan perempuan bukan muhrim belum dinafikan lagi oleh beliau.

Begitu juga dengan kenyataan Nik Aziz yang berkias-kias dan tidak menjawap soalan asas.
Kemusykilan tentang cara Saipul Bahri bertindakbalas terhadap tuduhan berkhalwat atau berzina menyebabkan kita semua sangsi dan terpengaruh untuk mempercayai berlakunya 'asmara di dalam koc VIP' tersebut.

Saipul Bukhari tidak boleh hanya duduk diam dan mengharapkan ianya hilang ditelan masa. Beliau baru pulang dari Mekah. Alangkah baiknya jika beliau bersumpah muhabalah menafikan beliau berzina atau berkhalwat atau ditangkap di dalam koc VIP.

Mudah sahaja jika beliau benar-benar tidak bersalah.
Kita tunggu respons Saipul Bahri seterusnya.

Monday, December 27, 2010

Ulama Islam Di Kelantan Tidak Maafkan Nik Aziz !

PASIR PUTEH 26 Dis. - Sebanyak 20 buah pusat pengajian pondok tradisional di negeri ini diminta supaya tidak menyokong kepimpinan Pas bagi menyelamatkan perpaduan Islam dan kepentingan Melayu di negara ini.

Pengasas Pondok Geting di Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, pendirian Pas yang redha menyerahkan teraju kepimpinan negara yang selama ini dipegang oleh orang Islam kepada bukan Islam iaitu DAP jika pembangkang berkuasa cukup mencabar kedaulatan Islam dan kewibawaan Melayu.

Beliau berkata, umat Islam di negara ini termasuk pengasas pengajian pondok di Kelantan perlu bangkit menentang perkara itu sebelum terlambat.

"Kejatuhan kerajaan Melayu Singapura dan kini di Pulau Pinang cukup memberi iktibar untuk kita tidak melakukan kesilapan. Tidak mustahil Pas sendiri akan berputih mata sekiranya mereka membenarkan pucuk pimpinan negara dipegang oleh orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Muzakarah Ahli Sunnah Wal Jama'ah, di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Aman, dekat sini hari ini.

Seramai 500 peserta terdiri daripada guru agama dan guru kelas fardu ain serta anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai program itu.

Abdullah adalah salah seorang ahli panel pada muzakarah itu.

Menurut beliau, sejak kebelakangan ini kenyataan dan tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada DAP jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti memang tidak boleh dimaafkan.

Beliau berkata, Pas perlu bertanggungjawab terhadap isu yang pernah dibangkitkan dan dianggap fatwa oleh mereka termasuk mengkafirkan orang UMNO yang menjadi punca perpecahan orang Melayu sehingga memberi ruang kepada orang bukan Islam mengambil alih dan meraih sokongan untuk menerajui pemerintahan negara ini.

"Semua ini bukan berlandaskan perjuangan Islam yang hakiki tetapi lebih kepada kepentingan diri untuk terus berada dalam arena politik walaupun hak umat Islam akan tergugat.

"Guru-guru pondok pernah menyerahkan satu resolusi kepada Nik Abdul Aziz supaya berhenti mengeluarkan kenyataan termasuk mengkafirkan orang UMNO tetapi sehingga sekarang dia tidak pernah melayan teguran kami," katanya - Utusan Malaysia.

Sunday, December 26, 2010

Panas Sejuk Warna Warni Gelak Tangis !

Politik sepanjang tahun ini penuh dengan warna-warni. Lihatlah PKR yang kononnya mencatatkan kejayaan besar pada 2008, pada 2010 parti itu sudah ranap. Ahli Parlimen meletak jawatan, pemimpin-pemimpin kanan keluar parti dan akhir sekali kekecohan “demokrasi” cara PKR pada pemilihan parti.



Tahun ini Pas yang menjadi sekutu dalam Pakatan Rakyat mula mengenali Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan Pas tidak banyak bercakap tentang dia, cuma Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang galak memberikan kenyataan mengenai Anwar.

“Anwar”, “PKR” dan “DAP” juga menjadi kata kunci kepada banyak persoalan rakyat mengenai panas sejuk politik sepanjang tahun ini. Kata kunci inilah yang paling banyak diperkatakan, dari warung mamak di kaki lima hingga ke Parlimen.

Dalam wawancara dengan bekas calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim, beliau yang menyertai PKR kerana terpikat dengan idealisme perjuangan keadilan dan demokrasi terpimpin kecewa apabila dihalang bertanding menentang calon pilihan Anwar, Azmin Ali.

Kata Zaid, “Kalau kita tidak mahu orang bertanding buatlah peraturan. Bila parti kata sesiapa boleh bertanding maka tidak ada sesiapa boleh mengungkit perkara itu. Sama ada layak jadi ketua atau tidak itu ahli yang menentukan. Kalau kita ada blok atau kumpulan dalam parti, ini yang menyebabkan pemilihan tidak sihat.

Halaman Wawancara juga bukan sahaja menyingkap denyut nadi politik dan keluh kesah rakyat malah menyusur jauh ke dalam persoalan kemudian membentangkan sebagai rujukan zaman. Sebelum 2008, hampir tidak ada rungutan orang Melayu yang dipinggirkan oleh kerajaan negeri.


Tetapi selepas 2008 hingga 2010, orang Melayu di Pulau Pinang misalnya telah menjadi mangsa “balas dendam” kerajaan DAP. Penyingkiran Melayu dari isu dilarang berniaga di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) hingga usaha melenyapkan kampung-kampung Melayu - seterusnya.

Ranking Twitter.Com : Pemimpin UMNO/BN Tercorot ?

Disebabkan oleh kepentingan alat komunikasi seperti Twitter di dalam mempengaruhi para pengundi terutamanya generasi muda di Malaysia ini, penulis ingin membangkitkan kembali pemerhatian penulis tentang twitter.




Jangan kita nafikan bahawa pemimpin-pemimpin parti pembangkang sedang mendominasikan twitter di dalam negara ini. Sama ada mereka tweet sendiri atau coffee boy masing-masing, pemimpin-pemimpin pembangkang sentiasa menerjah alam twitter dengan pelbagai persepsi, jawapan, tohmahan dan juga fitnah untuk santapan mereka yang mengikuti tweet masing-masing.

Tetapi momentum tersebut tidak terdapat di kalangan pemimpin-pemimpin BN dan UMNO. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai twitter masing-masing, itu pun sekadar memberitahu followers tentang aktiviti mereka. Itu sahaja!


Tidak perlulah penulis menyebut nama-nama pemimpin tersebut. Yang pastinya, kurang sangat komunikasi 2 hala di antara pemimpin UMNO/BN dan followers sehinggakan ramai yang jemu.

Alasan mereka biasanya ialah mereka terlalu sibuk menjalankan tugas. Memang benar tetapi sebagai ahli politik, mereka perlu ingat bahawa mereka juga perlu menggunakan sebanyak channel yang ada untuk berkomunikasi serta berinteraksi dengan rakyat. Itu satu kemestian!

Tambahan pula, jika pemimpin-pemimpin BN/UMNO mampu mempunyai puluhan ribu followers, bukan itu satu added value atau plus point untuk karier politik masing-masing?




Jika twitter itu tidak penting, takkan Barrack Obama menjadikan twitter itu sebagai salah satu alat propaganda beliau terutamanya untuk mendekati generasi muda semasa pilihanraya Presiden Amerika yang lepas. Dan sehingga hari ini, Barrack Obama mempunyai seramai 6,157,523 followers!

Tambahan pula, majoriti pengundi PRU-13 yang perlu didekati adalah terdiri daripada generasi muda yang mengguna Twitter dan juga blog, Facebook dan lain-lain.

Apakah pendapat anda sekalian ? Ada yang mahu menyahut cabaran ini? Bukan cabaran, satu kemestian!

Saturday, December 25, 2010

Penyelewengan & Skandal Yang Menjatuhkan Nilai 100 Hari Pakatan Rakyat.

Penulis ingin berkongsi maklumat yang ditulis Oleh Pisau.net. Isunya mengenai Penang International Convention Centre yang kontroversi tetapi tidak dijawab oleh Kerajaan Guan Eng dengan telus.

Di antaranya :-

"Penang International Convention Centre (PICC) isu ini dibangkitkan pada Desember 09 apabila menelan belanja RM50juta dan keseluruhan kosnya ditanggung oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang(MPPP).Projek yang mendapat bantahan ramai pihak berbilang kaum dan NGO namun ia tetap dilaksanakan oleh Guan Eng.


Risalah ini diedarkan semasa forum Anti ISA pada 21 Nov 2010 di Komtar Walk.


Sehingga sekarang Guan Eng tidak memberi penjelasan kepada pembayar cukai sama ada MPPP diarahkan menjalankan dan membiayai projek itu secara tergesa gesa tanpa memikirkan kesan hingga menyebabkan MPPP defisit.Inikah yang dikatakan cekap, akauntabiliti dan transperensi.

CAT hanyalah kosmetik yang memperbodohkan rakyat Pulau Pinang sedangkan ketua menterinya sendiri tidak mengamalkan dasar sendiri.

Beliau tidak menjelaskan bagaimana projek itu dapat menguntungkan MPPP dari segi kewangan jika gagal mendapat cukup pendapatan.Guan Eng turut gagal menerangkan adakah MPPP akan turut mebiayai kos penyelenggaraan PICC. (seterusnya)

Thursday, December 23, 2010

18SX : Ustaz PAS Yang Didakwa Berzina Tak Berani Nak Saman?

Isu Saipul Bahri, ADUN Selinsing yang didakwa berzina dengan isteri orang di Koc VIP KTM, KL-Kelantan akhirnya mendapat respons si empunya badan sendiri. Tetapi, kenyataan beliau tidak menyakinkan langsung. Mungkin masih mencari-cari jawapan terhadap isu panas ini.

Rujuk video ini:-


Rentetan daripada kenyataan ADUN Selinsing, blogger Papa Gomo yang mendedahkan bukti tersebut telah memberi respons di dalam blog beliau. Di antaranya :-
Nampaknya apa yang di nayatakan oleh Gomo melalui blogg di ulas oleh Adun Selising dan juga Nik Ajis MB kelantan. Namun agak kecewa sebenarnya bila Adun Selising tidak LANGSUNG menjawap apa yang telah di keutarakan oleh Gomo melalui rujukan Video Ceramah Ustaz Saidi. Kenapa tidak jawap hal tersebut?

Gomo tidak mahu mengulas panjang namun Gomo pinta Adun Selising Tampil ke hadapan membuat laporan Polis berhubung isu yang Gomo keluarkan di dalam Blogg Gomo.

Malah Gomo juga pinta Adun Selising bersumpah bahawa Beliau tidak Pernah di Tangkap oleh mana mana Pihak di Stesyen Kereta Api Kuala Krai.

Itu sahaja yang Gomo pinta buat masa sekarang ini. Dan harap juga Adun Selising usahlah nak menyaman UMNO Online kerana semua orang tahu UMNO Online hanya memetik berita dari Blogg Papa Gomo. Jadi seharusnya Blogg Gomo lah yang di Saman bagi membuktikan kebenarannya. seterusnya
Di sini penulis sertakan komentar di dalam youtube video pendedahan Ustaz Shari :-
ADUN terbabit perlu buat aduan polis mendakwa difitnah... bersumpah dengan nama Allah. Dalam akhbar hari ni ADUN tu ada nafi... tapi tak sebut nama Allah pun... Utz Saidi, yang tangkap ni ada sebut nama Allah....

Tok Guru pun ada komen di surat khabar... tapi langsung tak menafikan ada jumpa Utz Saidi. Sebagai orang Islam bila sebut nama Allah... Demi Allah... tu bukan boleh buat main-main... Apa kata temukan mereka yg berbalah. Siapa yang lebih berani.. Amacam?
Penulis bersetuju dengan pandangan komentar tersebut. Jika Saipul Bahri berada di pihak yang benar, beliau sepatutnya membuat laporan polis dan mendakwa pihak yang mencetuskan isu zina ini.

Dan oleh kerana Saipul Bahri baru sahaja pulang dari Mekah, kaedah yang terbaik untuk beliau mulakan proses membersihkan isu zina ini ialah dengan bersumpah muhabalah. Sanggupkah beliau?

Dan Nik Aziz pula perlu menerangkan dengan lebih lanjut tentang pertemuan beliau dengan Ustaz Shari seperti yang dikatakan oleh Shari di dalam video tersebut. Dakwaan bahawa Nik Aziz mendapat 'wahyu' daripada Allah swt untuk memaafkan perbuatan Saipul Bahri adalah satu perkara yang sangat berat dari segi akidah Islam. Boleh tak?

Janganlah memberi kenyataan yang tidak menjawap soalan.

Tuesday, December 21, 2010

UPDATED ! Pemimpin PAS Di Tampar, Isteri Orang Jadi Tempat Puaskan Nafsu !!

Terbaru : Ada pihak yang mengkritik kerana pendedahan yang dilakukan adalah fitnah belaka. Persoalannya, bukti sudah ada dan kepimpinan PAS diam seribu bahasa tanpa menafikan pendedahan di dalam video tersebut. Tidak mengapa, kita tunggu dan lihat.

Di bawah adalah rakaman video pengakuan seorang saksi yang menangkap Ustaz Drs Saipul Bahrin, ADUN N29 Selingsing kerana disyaki berzina dengan isteri orang di dalam Koch VIP KTM, KL - Kelantan.

Saksikan video ini :-



Sungguh memeranjatkan apabila Nik Aziz mengatakan bahawa Allah swt telah memaafkan Ustaz Saipul hanya dengan sembahyang Isytiqarah? Apa mungkin Nik Aziz mendapat hidayah atau wahyu sehingga boleh menyampaikan kemaafan kepada si penzina? Sungguh tidak masuk akal langsung!

Kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang membaca dan menonton video di atas, lihatlah betapa Nik Aziz telah jauh menyimpang dan sangat menyesatkan. Beliau bukan lagi Nik Aziz yang dulu. Sungguh memeranjatkan sekali.

Pemimpin PAS yang disyaki melakukan perzinaan itu masih berkeliaran dan bertopengkan gelaran ustaz dan kopiah putih beliau. Inilah jadahnya kepimpinan PAS hari ini. Dosa besar dimaafkan melalui perantaraan yang bernama Nik Aziz ! Sungguh menyesatkan!

p/s : Rakan bloggers Gomo dan Nadi Rakyat yang mendedahkan video di atas telah memberi tempoh untuk mana-mana pemimpin-pemimpin PAS menafikan pendedahan di atas. Mereka juga boleh menyaman saksi di dalam video tersebut. Nik Aziz tentu kenal kerana saksi adalah bekas Ketua Keselamatan PAS di Kelantan.

Sehingga ke saat ini, tiada respons daripada mereka.

Monday, December 20, 2010

Anwar Ibrahim Di Sindir - Mental Tidak Stabil & Tak Dapat Kawal Keghairahan.

Satu ketika dulu, wartawan asing begitu minat menulis tentang Anwar Ibrahim. Mereka memuji Anwar Ibrahim sebagai pejuang demokrasi, ditindas, dizalimi dan sebagainya. Tetapi segalanya itu telah berubah.

Anwar Ibrahim sekali lagi telah dikritik hebat oleh wartawan asing. PAda 15hb Disember yang lepas, The New Ledger telah menyiarkan artikel hasil tulisan Brad Jackson yang bertajuk "Anwar Ibrahim's No Good Very Bad Year".




Di dalam artikel tersebut, Brad Jackson kerap menyindir Anwar Ibrahim terutamanya tentang kes sodomi yang sedang berjalan. Beliau menyentuh isu Wikileaks yang pada pendapat beliau berkemungkinan telah membongkar rancangan sulit Anwar Ibrahim menggunakan kes sodomi terbaru untuk kepentingan politik Anwar Ibrahim, walau pun sungguh pelik jika diperhatikan!

Beliau menulis :-
WikiLeaks has been the year’s most enthralling controversy, complete with leaked information that was only supposed to be viewed by the most special of people crowded in the halls of intelligence communities across the world. Malaysia’s Anwar Ibrahim may wish that Julian Assange had never released those cables, as it may have just blown the cover on his secret plan to use his latest sodomy trial as a political wedge, no matter how strange that may seem.

Entri seterusnya lebih jelas menyerlahkan kemuakkan Brad Jackson apabila beliau menulis bahawa reaksi Anwar Ibrahim (terhadap pendedahan Wikileaks) adalah telah dijangka dari seseorang yang yang mempunyai sejarah yang meragu-ragukan dan mungkin mengalami status mental yang tidak stabil!

Brad Jackson menulis :-
Anwar’s reaction has been what can only be expected from a man of his dubious history, and perhaps unstable mental status — he has threatened legal action against any Malaysian media outlets that run stories related to the WikiLeaks cables. Anwar Ibrahim’s lawyer, Sankara Nair, said the intelligence reports were nothing more than “hearsay and conjecture,” and insisted that the papers be cited for contempt.



Sindiran Brad Jackson itu tentu sangat pedih untuk ditelan oleh Anwar Ibrahim tetapi Brad Jackson tidak berhenti di situ sahaja. Entri seterusnya, beliau menempelak Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa terdapat satu lagi kemungkinan selain daripada yang kedengaran di dalam Wikileaks seperti Anwar Ibrahim sengaja masuk 'perangkap'.

Beliau menulis bahwa Anwar Ibrahim sebenarnya tidak dapat mengawal keghairahan beliau dan walau apa pun terjadi, Anwar Ibrahim tetap mahu memenuhi setiap godaan duniawi yang berada di hadapan beliau!


Brad Jackson menulis :-
The other possibility is that, despite all his public protestations to the contrary, Anwar Ibrahim just cannot control his passions, and, no matter the consequences, must embrace each carnal temptation that comes his way.

Sebelum ini, The New Ledger telah menyiarkan beberapa artikel lain tentang perangai sesumpah Anwar Ibrahim. Ben Dumenech, pengarang berita on-line untuk portal berita The New Ledger pernah mengkritik hebat di atas perangai sesumpah dan talam dua muka Anwar Ibrahim.

Beliau mengatakan :-
Domenech described Anwar Ibrahim as a fool's gold when America embraced Malaysia opposition leader as another one of those "bona fide" Muslim moderate and Domenech pointed out that while Anwar was free to show he was not an anti-Semitic to his English speaking American audience in order to gain support, his anti-Semitic fervour was so loud and clear to his Malaysian supporters for him to make his political comeback.
The moral of the story ialah kes sodomi dan aktiviti songsang Anwar Ibrahim sebenarnya hangat diperkatakan di luar negara kita. Beliau disindir dan dikritik sehinggakan maruah dan kredibiliti beliau di luar Malaysia sebenarnya telah tercemar hebat.

Sindiran wartawan-wartawan asing itu pula begitu sinis dan pedih seperti menunjukkan mereka sudah bosan dengan lakonan Anwar Ibrahim yang semakin hari semakin tidak menyakinkan mereka.

Memang benarlah ungkapan seorang wartawan yang mengatakan "Anwar's glory days are slowly but definitely vanishing but he is the one to be blamed for his own defeat."

Saturday, December 18, 2010

Apabila AJK Muslimat PAS Melatah - Buruk & Malu Jadinya!!

Penulis kesihan kerana Dewan Muslimat PAS sebenarnya seperti tidak mendapat tempat di dalam hariki kepimpinan PAS secara keseluruhannya. Perkara ini diakui sendiri oleh kepimpinan PAS Muslimat.

Tetapi dalam masa yang sama, apabila ada di antara pemimpin PAS Muslimat cuba nak menonjolkan diri dengan mengkritik parti lawan, isu yang cuba di bawa oleh mereka menyerlahkan kebengongan dan ketidakarifan mereka berpolitik.

Penulis bukan membuat cerita tetapi ianya adalah satu perkara yang nampaknya biasa di dalam kepimpinan Muslimat PAS.

Contoh terbaru ialah kenyataan Setiausaha Dewan Muslimat Melaka, Kintan Man, yang memandai-mandai menuduh UMNO sebagai biadap kerana terdapat pihak yang menggantung bendera UMNO bersama-sama bendera Malaysia di pagar Masjid Saidina Ali, Bukit Katil, Melaka untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang hadir untuk merasmikan masjid tersebut.

Beliau yang juga merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat telah melatah dengan berkata :-

“PAS tidak pernah menggantung atau memasang bendera atau kain pemidang di pagar masjid, jauh sekali dari menjalankan program parti di masjid, namun apa yang berlaku Umnolah yang melakukan perkara tersebut - haprakdaily

Kepada Kak Kintan, tengok foto-foto di bawah. Parti PAS menggantung kain pemidang di pagar masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan :-



GAMBAR INI DIAMBIL DI MASJID NURUL HIDAYAH KG.PANDAN.

Foto-foto di atas hanya sebahagian daripada foto dan bukti yang menunjukkan parti PAS yang terlibat memperalatkan masjid untuk tujuan politik mereka tetapi cukuplah dengan foto di atas.

So Kak Kintan, nak berbohong lagi ?

Sia-sia sahaja dilantik Setiausaha dan AJK Muslimat PAS Pusat tetapi tidak guna akal untuk mengkritik. Akibatnya, diri sendiri tampak seperti seorang yang tidak cerdik dan juga memalukan parti sendiri.


Dan kepada Muslimat PAS Pusat, lain kali pilihlah AJK yang cerdik sedikit. Kak Kintan buat malu sahaja.

Allahyarham Sulaiman Taha ADUN Tenang.


LABIS 17 Dis. - Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Merah di sini hari ini.

Allahyarham Sulaiman meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur awal pagi ini selepas berada dalam keadaan kritikal selama 24 hari akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.

Allahyarham yang berusia 59 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pukul 1.10 pagi.

Isterinya, Datin Noraini Yaakop dan kesemua tujuh anaknya berada di sisi semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Allahyarham Sulaiman yang juga Ketua UMNO Bahagian Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selama dua hari sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri pada 24 November lalu.

Keadaan beliau dilaporkan kritikal pukul 12.45 tengah malam tadi sebelum disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Van yang membawa jenazah Allahyarham dari ibu negara tiba rumahnya di Labis Park, di sini pukul 8 pagi.

Sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Merah, di sini pukul 12 tengah hari ini, jenazah Allahyarham disembahyangkan sebanyak dua kali iaitu di rumahnya dan di Masjid Labis.

Antara pemimpin dan sahabat handai yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan serta Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Abd. Latiff Yusof.

Turut menziarahi dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham ialah Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; ADUN Bukit Serampang, Tahir Taat dan ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat.

Sementara itu, Noraini memberitahu, Allahyarham meninggal dunia dalam suasana yang tenang.

"Dia seorang yang penyayang walaupun tegas. Rahmat baginya kerana dapat meninggal dunia pada hari yang baik iaitu hari Jumaat," katanya semasa ditemui selepas majlis pengkebumian arwah suaminya di sini.

Anak sulung Allahyarham, Marsila, 33, mengakui walaupun ayahnya nampak garang, sebenarnya beliau seorang yang begitu penyayang dan amat mengambil berat mengenai keluarga mereka.

"Walaupun kehidupannya sebagai wakil rakyat sangat sibuk, ayah akan menggunakan sepenuhnya masa terluang untuk bersama ahli keluarga," katanya.

Marsila memberitahu, sepanjang 24 hari dirawat di Hospital Ampang Puteri, dia dan enam adiknya sentiasa cuba menemani Allahyarham, namun mereka reda dengan ketentuan Allah yang lebih menyayangi ayahnya.

Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada Pilihan Raya Umum 2008 dengan menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Pada pilihan raya 2004, Allahyarham turut memenangi kerusi DUN Tenang selepas menewaskan Mohd. Saim dengan majoriti 5,517 undi - Utusan Malaysia

Anwar Ibrahim Di Akui Sebagai Batu Penghalang Dalam Pakatan Rakyat.

Penulis tertarik dengan satu laporan Bernama tentang konvesyen Kebangsaan Pakatan Rakyat yang akan di adakan di Kepala Batas Ahad ini. Di antaranya :-
Pada zahirnya, pakatan pembangkang dilihat sukar mengekalkan tahap sokongan yang diraih pada pilihan raya umum 2008, terutamanya masalah yang melanda “pemimpin paling utamanya”, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar berdepan pertuduhan liwat dan bergelut untuk membendung kerosakan akibat Wikileaks, dan kini digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.

Hakikatnya, pakatan pembangkang kini berada dalam kedudukan berundur, apabila kalah kepada BN dalam tiga daripada empat pilihan raya kecil yang diadakan tahun ini.

Anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP dan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi mengakui bahawa kekalahan dalam pilihan raya kecil itu merupakan “halangan kepada momentum dalam menawan keyakinan rakyat."

“Ini diburukkan lagi oleh situasi negatif yang mendepani Anwar,” katanya.
Kenyataan Jeff Ooi DAP jelas menunjukkan Anwar Ibrahim hanya sebagai batu penghalang kepada Pakatan Rakyat kelak. Anwar hanya mengganggu parti-parti rakan.


Selain daripada itu :-
Tinjauan pendapat terbaru oleh Universiti Malaya mendapati 43 peratus daripada penduduk di beberapa kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat PKR di Lembah Klang tidak akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Keputusan tinjauan itu turut menunjukkan bahawa krisis PKR telah menjejaskan keyakinan penduduk kepada parti itu dan Anwar.
Walau pun Pakatan Rakyat bakal susah dan tidak akan menang dalam PRU13 nanti, kepimpinan Pakatan Rakyat masih mahu berangan-angan dan menjanjikan bulan dan bintang.
Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution berkata butiran mengenai kerangka dasar bersama itu akan diumumkan pada konvensyen berkenaan, terutamanya mengenai perancangan pakatan pembangkang dalam tempoh 100 hari sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.
Persoalannya., apakah mereka itu tidak tahu malu apabila sudah mula merancang dan memasang angan-angan sedangkan tugas dan tanggungjawab mereka sehingga ke hari ini, masih di tahap tidak memuaskan?

Friday, December 17, 2010

Edisi WikiMalu : Ketua Penerangan PAS Pusat Kutuk Diri & Parti Sendiri!


Politik Malaysia panas dengan isu MP Pakatan Rakyat yang bertindak tidak senonoh dan berpiket di dalam parlimen. Mereka sebenarnya telah merancang lebih awal merosakkan suasana dalam dewan.

Dalam masa yang sama, penulis tergelak pula apabila membaca laporan berita yang disiarkan di dalam HaprakDaily. Tergelaknya kerana si Idris Ahmad cuba nak memperlekeh-lekehkan dan menyindir sumbangan Perdana Menteri dan Kerajaan BN terhadap meninggikan syiarkan Islam di negara ini.


Rupa-rupanya sindiran itu terpalik ke muka beliau sendiri dan parti PAS! Malunya!

Rujuk petikan laporan HaprakDaily :-

KUALA LUMPUR, 17 Dis: PAS mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti bercakap serupa dengan bikin.

“Allah SWT murka dengan orang yang bercakap tetapi tidak buat sebagaimana firman-Nya dalam surah as-Saf, ayat 2 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman kenapa kamu bercakap perkara yang kamu tidak lakukan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

Tahu pun si Idris Ahmad tentang surah as-Saf tetapi apakah beliau dan kepimpinan parti PAS mempraktikkan petikan surah tersebut?

Kita bukan bercakap tentang pinjaman tanpa faedah kepada kaki tangan dan bantuan kifalah untuk warga emas sahaja tetapi kepimpinan parti PAS telah membelakangi perkara fundamental di dalam perjuangan parti tersebut apabila bersekongkol dengan parti DAP chauvinist yang terang-terangan menentang perjuangan asas parti tersebut.


Kepimpinan parti PAS sanggup menggadai 'negara Islam' mereka semata-mata untuk meraih undi bukan- Islam dan tindakan mereka itu jauh lebih teruk dan buruk jika dibandingkan dengan perkara lain di negara ini. Apakah Idris Ahmad tidak berfikir apabila beliau memberi ulasan ? Ada akai ke tak?

Realitinya, pembohongan terhadap perkara asas parti itu telah melihatkan kepimpinan parti PAS yang gagal menuruti maksud ayat Al-Quran yang dikatakan oleh Ketua Penerangan Pas itu sendiri. Malunya!

Dan Idris Ahmad tanpa malunya mahu membandingkan usaha 'syiar Islam' PAS Kelantan dengan kerajaan pusat sekarang. Come on la Idris Ahmad. Buat homework anda dulu, jika tidak, kenyataan anda persis seorang yang tidak berfikir sebelum bercakap dan menyerlahkan kebangangan diri sendiri!

Dan pendekatan parti manakah yang sebenarnya mengelirukan orang bukan Islam di negara ini untuk berjinak dengan Islam?

Jawapannya ialah sebuah parti yang bertopengkan Islam, yang satu ketika dahulu beria-ia dengan 'negara Islam', 'hudud' dan 'fatwa Hadi Awang'nya tetapi sekarang semuanya diketepikan hanya kerana ketagih kuasa politik dan sekatil dengan parti DAP.


Penulis tidak terkejut apabila ramai ahli dan penyokong parti PAS yang meninggalkan parti tersebut. Penulis faham kekecewaan mereka melihat sandiwara kepimpinan parti tersebut. Sungguh kesihan.

p/s : Idris Ahmad sering juga keluarkan kenyataan yang tak pakai akai sebelum ini. Lepas ni tak dilantik lagi sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat?

PANAS !! VIDEO 18SX: Speaker Dewan Rakyat & Perangai 'Zoo' Ahli Parlimen Parti Pembangkang !

Video di bawah adalah senario yang berlaku di dalam dewan rakyat kelmarin. Video ini adalah selama 1 jam 20 minit.

Rujuk video :-


Video 18SX : Jangan dicontohi ! Jangan tiru di rumah !


p/s : Apanya yang Anwar tuduh Speaker tu arrogant? Dia tu yang tak mahu ikut peraturan Dewan! Memang dasar peliwat !

Pemimpin Pakatan Rakyat telah berbohong dan putar belit dalam isu APCO. Mereka telah berbohong tentang 16 September dan kini Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat berbohong sekali lagi. Rujuk di bawah :-

Sebenarnya APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai “American Protocal Communication Outfit” – singkatannya APCO. Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubunganwalkie-talkie.

Contohnya produk terbaru yang dikeluarkan oleh APCO ini ialah APCO-25, satu jenis walkie-talkie digital Sedangkan walkie-talkie lama (keluaran Sweden tak silap teman) menggunakan sistem monolog.


Maknanya perkataan APCO yang muncul di dalam Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia ialah nama APCO membabitkan satu sistem komunikasi. Ianya langsung tiada kena mengena dengan nama APCO Worlwide yang kononnya dikuasai oleh Israel.

Walaupun singkatannya sama, tetapi ianya dua entiti APCO yang berbeza dan tiada kena antara satu sama lain, hanya kebetulan singkatannya sama – APCO!!


Dan berkaitan syarikat APCO Worlwide yang diputarbelitkan sebagai firma penasihat Kerajaan Malaysia, adalah sangat jelas ianya langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi.


APCO Worldwide adalah sebuah syarikat perunding dipunyai oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company, sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington.

Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua klien yang memerlukan khidmat-rundingcara.
Maka tertubuhlah APCO (menggunapakai singkatan nama firma tersebut), dengan rakan kongsi utama firma tersebut, Margery Krause menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif APCO.

Badut-badut Pakatan Rakyat yang perangai kebudak-budakkan!

Ianya adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita.
Dan bagi tujuan khidmat-rundingcara, APCO melantik beberapa konsultan dari pelbagai latarbelakang samada bekas Presiden, bekas Hakim, bekas Menteri, dengan latarbelakang kepakaran ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama, dan banyak lagi.

Oleh itu, dakwaan kononnya APCO dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar. Ianya pembohongan semata-mata. Dan menyatakan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman dikuasai oleh APCO ternyata adalah putarbelit dan pembohongan semata-mata.

Hanya kerana nama serupa semata-mata, maka nama APCO Worlwide & APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan!!


Adakah hanya kerana slogan “1-Malaysia” dan “One-Israel” kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama, dan Malaysia sudah dipengaruhi dan diresapi Yahudi?


Bagaimana dengan slogan “PAS 4 All” dengan slogan “Israel 4 All”? Adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu?

Tidak sepatutnya bukan.
Bagaimana pula dengan lambang “Satu-Mata” Illuminati Yahudi dengan lambang “Satu-Mata” Parti Keadilan. Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi hanya kerana persamaan logo? seterusnya

Takziah Kepada Keluarga ADUN Tenang, Johor.


Penulis mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato Sulaiman Taha, ADUN Tenang. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi mereka yang beriman.



Allahyarham juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Labis, Johor.

EDISI MALU ! Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Berbohong Mengenai APCO !

Hari Khamis 09 Muharram 1432/ 16 Disember 2010 Parlimen bersidang untuk membawa usul menggantung beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang kerana isu berkaitan pembohongan di dalam Dewan mengenai isu APCO. Dan usul itu telahpun diluluskan dan mereka digantung 6 bulan sebagai Ahli Parlimen.

Sebenarnya teman malas nak kupas isu APCO ini kerana teman tau dari awal-awal lagi ianya satu pembohongan. Malahan semasa masih lagi sebagai Ahli Parlimen PKR, teman telah membantah penggunaan isu APCO ini kerana ianya satu pembohongan. Sebab itu teman langsung tidak mahu terlibat dengan isu APCO.


Pada teman, isu APCO telah diputarbelitkan memberi gambaran seolah-olah Malaysia telah dipengaruhi oleh Israel melalui APCO. Disebut antara lain kononnya pasukan Polis DiRaja Malaysia juga sudah diresapi oleh Israel melalui APCO di Bukit Aman!

Sebenarnya APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai “American Protocal Communication Outfit” – singkatannya APCO. Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubunganwalkie-talkie.

Contohnya produk terbaru yang dikeluarkan oleh APCO ini ialah APCO-25, satu jenis walkie-talkie digital Sedangkan walkie-talkie lama (keluaran Sweden tak silap teman) menggunakan sistem monolog.

Maknanya perkataan APCO yang muncul di dalam Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia ialah nama APCO membabitkan satu sistem komunikasi. Ianya langsung tiada kena mengena dengan nama APCO Worlwide yang kononnya dikuasai oleh Israel. Walaupun singkatannya sama, tetapi ianya dua entiti APCO yang berbeza dan tiada kena antara satu sama lain, hanya kebetulan singkatannya sama – APCO!!


Dan berkaitan syarikat APCO Worlwide yang diputarbelitkan sebagai firma penasihat Kerajaan Malaysia, adalah sangat jelas ianya langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi.

APCO Worldwide adalah sebuah syarikat perunding dipunyai oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company, sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington. Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua klien yang memerlukan khidmat-rundingcara.

Maka tertubuhlah APCO (menggunapakai singkatan nama firma tersebut), dengan rakan kongsi utama firma tersebut, Margery Krause menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif APCO. Ianya adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita.

Dan bagi tujuan khidmat-rundingcara, APCO melantik beberapa konsultan dari pelbagai latarbelakang samada bekas Presiden, bekas Hakim, bekas Menteri, dengan latarbelakang kepakaran ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama, dan banyak lagi.



Oleh itu, dakwaan kononnya APCO dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar. Ianya pembohongan semata-mata. Dan menyatakan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman dikuasai oleh APCO ternyata adalah putarbelit dan pembohongan semata-mata. Hanya kerana nama serupa semata-mata, maka nama APCO Worlwide & APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan!!

Adakah hanya kerana slogan “1-Malaysia” dan “One-Israel” kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama, dan Malaysia sudah dipengaruhi dan diresapi Yahudi?

Bagaimana dengan slogan “PAS 4 All” dengan slogan “Israel 4 All”? Adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu? Tidak sepatutnya bukan.


Bagaimana pula dengan lambang “Satu-Mata” Illuminati Yahudi dengan lambang “Satu-Mata” Parti Keadilan. Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi hanya kerana persamaan logo?

Walaupun sekarang sudah terdedah satu dunia bagaimana pemimpin yang ditabal oleh bini dia sendiri sebagai anugerah tuhan terpaksa berlutut memohon maaf kepada Yahudi di Amerika kerana menyinggung perasaan yahudi apabila pemimpin anugerah tuhan ini mempolitikkan dan memutarbelitkan isu APCO!

Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putarbelitkan orang lain!! Pendekkata, janganlah berbohong dan kelentong! Siakap senohong ikan duri, kuat berbohong berangan nak jadi perdana menteri!

Apa yang penting, kita sebagai umat Islam khususnya wajib mendasarkan rujukan kita kepada Al Quran & Sunnah. Surah Al Hujurat: 6, “sekiranya datang kepada kamu berita daripada fasik, janganlah kamu pecaya, tetapi periksalah dahulu, janganlah kamu mengambil tindakan terhadap sesuatu kaum atas berita itu kelak nanti kamu yang menyesal”.

Adalah jelas mereka adalah pembohong dan pemutar belit dalam nisu APCO. Mereka berbohong tentang 16 Sept! Satu dunia tahu tentang pembohongan dan penipuan 16 Sept, tetapi yang pelik mengapa masih ada golongan yang menjadi “summum bukmum umyum faahum - pekak, bisu dan buta” kepada pembohongan dan penipuan yang begitu jelas depan mata kita.

Bila melihat gelagat golongan ini, barulah teman faham mengapa Fir’aun ada pengikutnya, Haman ada pengikutnya, Namrud ada pengikutnya, Kamal Attarturk ada pengikutnya.

Kerana sudah disuratkan oleh ALLAH akan ada manusia yang akan terus didalam kesesatan, bak kelkatu yang terpukau dengan cahaya yang akan membunuhnya! Maka menjadi tanggungjawab para pejuang dan pendakwah Islam yang sebenar untuk membawa dan membimbing mereka yang sesat ini kepangkal jalan.

Yang baik dan benar itu semuanya daripada ALLAH, dan yang tidak itu adalah daripada kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH terus memberikan nikmat hidayah dan petunjuk serta kepampunan kepada teman dan kita semua.

Wallahua’lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.