Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Saturday, December 31, 2011

KEJUTAN ! Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) WARNING Anwar & Parti Pembangkang - DIAM & JANGAN LAGAK HERO !!

Hebat juga percaturan politik Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) setelah dilondehkan hubungan intim mereka dengan Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.

Bukti-bukti sudah cukup dan SMM pasti sukar untuk menafikannya.


Mungkin kerana terdesak kerana semakin dijauhi olleh rakan-rakan lain yang sudah kembali insaf serta menyedari bahawa mereka hanya sekadar keldai tunggangan parti pembangkang, SMM membuat 'kejutan' dengan 'mengkritik' parti PAS dan PKR hari ini!

'Kritikan' itu dibuat semasa Dialog Orang Muda anjuran PENA hari ini.
Di antara lain, SMM telah 'menyarankan' parti politik dari Pakatan Rakyat (PR) terutamanya Pas supaya diam dan tidak banyak cakap dalam isu melibatkan mahasiswa.

Presiden SMM, Ahmad Syukri Abdul Razab berkata, sebelum ingin menjadi hero dalam isu Adam Adli, beliau memberi peringatan kepada Pas supaya tidak lupa pada lima orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Insaniah (Kuin), Kedah.

"Kita beri peringatan kepada semua parti politik, khususnya PR dan Pas yang tiba-tiba menyuarakan sokongan dalam isu Adam Adli dengan mengatakan 'takkan biar mahasiswa keseorangan'.

"Tetapi sebelum itu, jangan lupa kes lima mahasiswa KUIN yang digantung belajar yang mana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada ketika itu menjadi pengerusi Kuin. Mana suara orang-orang Pas pada ketika itu?," soal Syukri.

Tambahnya, apa yang cuba disampaikannya untuk melihat sejauh mana Pas bertegas dengan dasar parti yang inginkan kebebasan.

"PR dalam buku jingganya berjanji akan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), tetapi mana janjinya? Seorang pun tidak membela apa yang terjadi pada lima mahasiswa Kuin itu," katanya.

Mei lalu, lima mahasiswa Kolej Univerisiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi berhubung isu Tahfiz. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi (Asrama pelajar Tahfiz).

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Apakah SMM ikhlas mengkritik pembangkang atau sekadar gimik sahaja?

Apa pun, MiM menasihatkan kepada SMM supaya meminta maaf dahulu kepada DS Najib Razak kerana telah menfitnah Perdana Menteri kononnya takut hadir di UIA.

Sila baca :
Portal Pro-Pembangkang KANTOI Lagi ! UIA, Najib Razak & Kemangkatan Putera Mahkota Arab Saudi Di Putar Belit !!


Dan kenyataan fitnah itu daripada Ahmad Syukri Abdul Razab, Presiden SMM sendiri!

Padahal ketika itu,
Najib Razak menjadi wakil negara ke pengembumian Allahyarham Sultan bin Abdulaziz al-Saud' di Arab Saudi!

Maka cuba anda bayangkan satu kesatuan pelajar yang sanggup membuat fitnah terhadap pemimpin nombor satu negara, apakah mereka itu mempunyai kredibiliti untuk mewakili siswa-siswi seluruh negara?

Sudah tentu tidak!

Dan amat memalukan apabila SMM membawa ideologi tidak mahu mengaku kesalahan walau pun ianya jelas terbukti di depan mata. Maka kerana itulah budak siswa seperti Adam Adli turut tidak mahu meminta maaf walau pun berbuat sesuka hati di perkarangan pejabat UMNO.

So, MiM sarankan kepada SMM supaya menjadi contoh yang baik dengan mengaku kesalahan serta meminta maaf.

MiM pasti Najib Razak is a reasonable person yang boleh di bawa berunding serta mampu membuat executive decisions bukannya seperti Anwar Ibrahim yang hanya tahu memperalatkan orang demi kepentingan peribadi beliau!

Jika SMM berfikiran terbuka, serius, tidak diperalatkan lagi oleh pembangkang, faham tentang struktur pemerintahan serta berpegang kepada meja bulat untuk berunding, MiM akan sokong SMM!

Bendera Di Turunkan, Foto Najib Razak Di Pijak !!

MiM berasa malu dengan kedangkalan siswa kontroversi Adam Adli yang masih tidak mahu mengaku kesalahan beliau menurunkan bendera tertera Najib Razak di perkarangan pejabat UMNO di PWTC.

Yang lebih memalukan ialah negara terpaksa menanggung produk siswa yang kurang cerdik dan bangang seperti budak tersebut.

Begitu juga dengan foto-foto di bawah.




Tetapi tidak ada yang menghairankan dengan dua foto di atas kerana pemimpin tertinggi parti pembangkang sendiri seperti Lim Kit Siang DAP berlakuan biadap dan kurang ajar!

Patutlah!

DEDAH ! Siapa Orang Anwar Ibrahim Yang Labelkan KELING Demi Adam Adli??


Rakan blogger, Youth Intellectual Mind telah menyiarkan satu artikel yang menunjukkan tahap kerasisan dan penghinaan blogger pro-pembangkang terhadap Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Tindakan blogger banjingan tersebut mengingatkan MiM kepada kerenah dan kerasisan Nga Kor Ming yang mempersenda-sendakan warna kulit Dr Zambry Kadir, Menteri Besar Perak.

Inilah pencacai-pencacai Anwar Ibrahim yang rasis dan buruk perangai. Mereka bukannya berhujah bersadarkan kepada isu yang diketengahkan tetapi melencong arah dengan menghina seseorang itu.

MiM mudah. Jika pencacai tersebut gagal menjawap isu dengan sengaja mencipta isu lain yang remeh dan berbau rasis, mereka itu sebenarnya kalah serta tidak mampu untuk berhujah dengan betul! Pathetic!

Rujuk artikel di bawah :
Berikut adalah cetakan skrin yang diambil dari laman www.tawanmalaysia.com

Menurut sumber, laman ini dikendali oleh anak buah - anak buah Chegubard yang dibayar kerajaan Pakatan..

Semestinya, Anwar sedar dan tahu akan apa yang sedang berlaku di laman tersebut dan penulis menyalahkan Ketua Umum itu untuk apa yang terjadi seterusnya

TERBARU ! Orang Anwar Ibrahim Buat Hal Lagi!!


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) sekali lagi mempamerkan kedangkalan mereka di dalam politik apabila menghina pengurusan pengajian tinggi dengan membidas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Mereka mendakwa kononnya Naib Cancelor tersebut telah menyalahgunakuasa untuk menghalang pelajar universiti dari menyertai perhimpunan Bebaskan Anwar 901 (9 Januari) FACK.

Bebelan mereka :
“Datuk Sahol Hamid Abu Bakar perlu tumpu usaha ke arah memperkasakan kecemerlangan akademik UiTM dan bukannya menjadikan dirinya perkakas Umno.

“Jika Sahol mahu menasihati mahasiswa tidak jadi alat politik, beliau juga perlu berhenti dari jadi alat politik Umno. Jika beliau sendiri gagal, Sahol umpama ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan’,” kata Najwan Halimi – Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN itu.
Kenyataan di atas jelas menunjukkan sikap AMK yang sebenarnya tidak peduli langsung dengan hal ehwal kebajikan dan pelajaran pelajar universiti. Mereka hanya mahu pelajar-pelajar tersebut diperalatkan untuk menutup maksiat songsang yang dilontarkan kepada Anwar Ibrahim.

Mereka mahu Naib Canselor menumpu usaha kearah kecemerlangan akademik tetapi mereka sengaja tidak mahu faham bahawa salah satu caranya ialah dengan mengawal pelajar-pelajar daripada diganggu oleh anasir-anasir perosak seperti AMK dan Anwar Ibrahim!

Persoalan besar ialah apakah sumbangan signifikan AMK selama ini kepada pelajar-pelajar Universiti sehingga berlagak pandai mempertikai pengurusan universiti?

Jika tidak ada sumbangan, MiM sarankan kepada AMK supaya tutup mulut dan jangan memperbodoh-bodohkan diri. Cermin diri itu dulu sebelum menyalak kepada pengurusan universiti.

Jika pelajar universiti gagal dalam universiti, apakah mereka akan bertanggungjawab dan menjawap kekecewaan ibubapa yang mahukan anak mereka berjaya di dalam pelajar?

Sudah tentu tidak dan jari AMK akan ditunjuk kepada Naib Canselor dan pengurusan universiti juga! Pathetic AMK!

MiM sarankan kepada pengurusan universiti supaya tidak berganjak daripada arahan mereka. Lagi pun FACK Anwar Ibrahim ialah tentang nafsu songsang Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu beliau.

Itu sahaja!

Friday, December 30, 2011

TERKINI ! Anwar Ibrahim Jawab Isu 'Imam Mahdi' Badrul Amin !!


Anwar Ibrahim bertweet mempertahankan pemujaan melampau Badrul Amin kepada diri beliau!

Jawapan Anwar Ibrahim kepada tweet Badrul Amin :

Demikian yang saya faham tetapi disalahtafsirkan


Badrul Amin pula bertweet cuba mempertahankan pemujaan melampau beliau. Tweet beliau :

Saya tidak pernah kata Imam Mahdi. Saya hanya tegaskan potensi beliau dalam menyatukan dunia Arab sebagai pra-syarat bebaskan Aqsa


Jika merujuk kepada video ceramah Badrul Amin, beliau bukan bercakap tentang 'potensi' tetapi telah mengiktiraf Anwar Ibrahim !

'Potensi' dan 'pengiktirafan' adalah dua maksud yang berlainan. Malah, mengaitkan Anwar Ibrahim dengan hadis Nabi Muhammad saw tentang Imam Mahadi adalah satu kesalahan besar Badrul Amin!

Tetapi tweet di atas jelas menunjukkan Badrul Amin masih mahu berseloka mempertahankan kesalahan beliau itu!

Malah, seseorang yang melabelkan diri sendiri sebagai 'ustaz' sepatutnya menjaga mulut dan lidah supaya tidak mendatangkan sebarang prasangka di dalam setiap kata-katanya.

Jika tidak mampu berbuat demikian, lebih baik Badrul Amin tutup mulut sahaja.

Kita pun tahu bahawa pengiktirafan tahap pemujaan melampau itu turut dibidas Dr Asri.


Sila lihat sini :
DEDAH LAGI ! Pemujaan Anwar Ibrahim Tahap Obsesif !!

Badrul Amin mungkin terlupa dengan peribahasa Melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak mulut badan binasa!

Tetapi siapa yang tidak kenal dengan Badrul Amin yang mulutnya memang celupar dan kurang ajar!

Kita rujuk juga video menarik di bawah :


Video : Penjelasan tentang imam mahdi.

Yang Sebenar Berlaku ! Adam Adli Kecut Perut & SMM Wayang Kulit Di Pulau Pinang!!


Ramai orang kecewa termasuk para wartawan yang menunggu lebih 4 jam di Speaker Corners kononnya budak balaci Anwar ini iaitu SMM hendak datang berpidato . Sebaliknya mereka datang sudah lewat petang yang mana ramai orang yang menunggu sudah pun balik .

video : realiti di padang kota lama

Apakah kehadiran SMM & BEBAS lewat petang kelmarin bagi menunjukkan gimik bahawa mereka berani juga hadir ke situ dan berpidato ? Ini kerana sudah tersebar di facebook dan blog berita SMM takut untuk hadir ke Speaker Corners ketika itu .

Nampak sangat mahasiswa belaan Anwar & PKR yang berapa kerat ini hanya syok sendiri saja berpidato dikalangan mereka.


Adakah benar mereka berpidato atau hanya berlakon dan diambil gambar ?

Mengapa tak ramai orang datang untuk dengar pidato mereka ? Entah tak ada
orang kot ketika itu ..hahaha


ini bukan lokasi sebenar Speaker Corners sebalik laluan
tepi laut ke medan selera Padang Kota - Generasi Pejuang Bangsa

Thursday, December 29, 2011

KANTOI ! RANCANGAN ANWAR IBRAHIM BERSUMPAH PADA 8HB JANUARI 2012 DIBONGKAR....


Kononnya Anwar akan bersumpah pada 8hb Januari 2012 sehari sebelum keputusan kesnya diumumkan..berani ke Anwar bersumpah?? Kenapa baru sekarang dia nak bersumpah??

Ikuti pendedahan yang dibuat oleh blogger Gelagat Anwar mengenai info dalaman strategi Anwar untuk berdepan dengan situasi yang paling getir dalam hidupnya :-

Hebat. Khabarnya, sebagai strategi akhir bagi mendapat simpati rakyat, Anwar sedang menyusun agenda untuk bersumpah di dalam masjid, bagi kononnya membuktikan dia tidak bersalah.

Anwar sedang mengumpul nama senarai alim ulama’ yang dijangka akan hadir di acara SUMPAH KERAMAT bahawa anu Anwar tidak pernah hadir secara paksa atau rela di dalam dubur Saiful.

Banyak cadangan yang sedang dipertimbankan oleh Saifuddin Nasution dan Biro Politik. Ini termasuklah tempat dan kaedah bagaiman acara sumpah akan dilakukan. Malaysiakini, The Malaysian Insider, TV Selangor, TV PAS turut bersedia menyiarkan acara sumpah tersebut secara langsung ke dalam media baru.

Hebat susunan Anwar. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Biro Politik PKR, kesediaan Anwar bersumpah dikatakan akan merubah semula RATING KEPERCAYAAN Rakyat mengenai kes liwat.

Bio Politik amat yakin bahawa usaha ini perlu bagi menyelamatkan PKR daripada kekalahan teruk dalam PRU akan datang.
Ada beberapa cadangan tempat yang dikemukakan kepada Biro Politik:-

Masjid Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Masjid Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar
Masjid negara
Masjid Jamek KL
Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju
Masjid UIA

Tempat masih belum dipastikan lagi. Tapi menurut sumber, ianya akan diadakan di dalam Lembah Kelang bagi memastikan IMPAK ‘BebasAnwar901′ dapat dimaksima sebaik mungkin. Khabarnya, sumpah ini akan dijalankan di hadapan tiga orang ulama’, seorang daripada Mesir, seorang daripada Indonesia dan seorang lagi daripada Malaysia sendiri.

Nama Dr Siddiq Fadhil dikaitkan sebagai Pengacara Majlis kepada sumpah Anwar nanti.

Anwar dikatakan akan bersumpah dengan kaedah yang dikatakan SE-ISLAMIK mungkin. Siap dengan bacaan Al-Quran yang akan dibacakan oleh seorang Qari jemputan daripada UIA.

Semua faktor keselamatan sedang dikaji, khususnya dalam memastikan ia tidak menyusahkan kumpulan demonstran yang sudah mula berkumpul di KL pada tarikh yang sama.

Agenda SUMPAH ini akan mengakhiri siri lawatan Anwar ke seluruh Negara.
Program ielajah itu akan bermula pada 3 Januari iaitu di Johor meliputi Daerah Ledang dan Muar, pada 4 Januari pula Anwar akan berada di Bandar Tampin, Negeri Sembilan dan di Bukit Katil, Melaka.
Manakala pada 5 Januari beliau akan menemui pengundi di Pahang iaitu di Bentong, Balok dan juga Indera Mahkota setelah itu beliau juga turut ke Dungun dan Kuala Terengganu sebelum berada di Pasir Puteh dan Machang, Kelantan pada sebelah malam.
Untuk rangka program jelajah itu, Anwar dijadualkan akan berada di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan di Kelana Jaya, Selangor pada 6 Januari.
Beliau akan bertolak ke Pulau Pinang pada 7 Januari dan selepas itu ke Terengganu bagi mengikuti Program Sambutan 100 tahun penubuhan Kerajaan Islam Terengganu di Kuala Berang.
Kemuncak program jelajah tersebut berakhir di Kelab Sultan Sulaiman pada 8 Januari pada jam 11 malam, sebelum itu Anwar akan mengadakan sembahyang hajat di kediamannya.
Menurut perancangan, selepas sembahyang hajat di rumah – Anwar akan bergerak ke salah satu lokasi yang dicadangkan kepada Biro Politik. Kemudian daripada itu, Anwar akan hadir ke Kelab Sultan Sulaiman.

DEDAH LAGI ! Pemujaan Anwar Ibrahim Tahap Obsesif !!


Tindakan Badrul Amin yang membodek keterlaluan Anwar Ibrahim telah backfired dan mendapat kritikan hebat dari banyak pihak.

Sila baca beberapa komentar dalam you tube :





Dalam pada itu, Badrul Iman juga dikritik hebat oleh Dr Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis.

Baca di bawah :

Menurut Dr Asri, dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut.

"Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya," kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.

Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya "Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya.Harap dibetulkan," tulisnya sambil tweet url video tersebut - Agendaily.

video : badrol sewel



Baca komen-komen ini



Pembohongan Terbaru Anwar Ibrahim & Pembangkang Tidak Kesampaian !!


Inilah masalahnya bila ada 'mulut puaka' yang main nak tuduh saja tanpa tengok kiri kanan konon dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diseleweng untuk tanggong kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr Muhammad Yamin Ismail Rabu mengeluarkan kenyataan menafikan berlaku penyelewengan dana zakat seperti didakwa oleh pembangkang.

Katanya MAIWP menanggung kos guaman bagi tiga responden yang dinamakan dalam tuntutan qazaf Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Selain Jamil dua yang lain ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain adalah penjawat awam.

"Justeru, adalah menjadi kewajipan MAIWP, sebagai pihak berkuasa agama Islam, untuk menanggung kos pembelaan sebarang tindakan guaman terhadap mereka," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau menjelaskan MAIWP mempunyai peruntukan khas daripada geran kerajaan untuk membayar yuran guaman.

Sejak 1993 hingga 2011 jumlah yang diterima adalah RM11 juta termasuk RM700,000 pada 2010 dan RM500,000 pada 2011.

"Tindakan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh merupakan punca utama yang mengheret ketiga-tiga responden dalam pertikaian di Mahkamah Syariah, sedangkan tuntutan dan dakwaan Ahli Parlimen berkenaan adalah tidak berasas sama sekali sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

"Justeru itu, disimpulkan bahawa keghairahan sesetengah pihak untuk menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam akan mengakibatkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan kerenah mereka yang tidak berkesudahan.


"Tohmahan yang sedang dihadapi oleh responden ketika ini juga boleh membawa kepada pertikaian di mahkamah dan mengakibatkan penggunaan wang yang sepatutnya disalurkan untuk kepentingan umat Islam," katanya.-agendaily 28/12/2011

9 Januari : Anwar Ibrahim Kena Balun Lagi!!


Rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggerakkan pengikutnya bagi menjayakan Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara adalah satu tindakan kurang matang.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Penasihat PKR itu sebaliknya perlu menghormati apa jua keputusan mahkamah seperti keputusan membebaskannya pada 2004.


Katanya, jika Ketua Pembangkang itu boleh menerima keputusan mahkamah terhadapnya tujuh tahun lalu, Anwar juga perlu menerima keputusan mahkamah pada 9 Januari nanti sekiranya ia tidak memihak kepadanya.


"Peranan mahkamah adalah membuat keputusan berdasarkan fakta yang telah dikemukakan. Sekiranya Anwar tidak bersetuju, beliau masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Chandra yang merupakan Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) berkata, langkah Anwar menggerakkan rakyat untuk berdemontrasi seharusnya tidak berlaku kerana keputusan mahkamah merupakan sebahagian daripada sistem demokrasi yang mengandungi mekanisme penyelesaian.


Oleh itu katanya, rakyat harus faham akan 'taktik' Anwar yang mahu mencetuskan keadaan tidak tenteram dengan berdemontrasi kerana ia telah menjadi sebahagian daripada 'adat resam politik beliau.'

"Demonstrasi tidak perlu kerana ia merupakan kes peribadi yang melibatkan seseorang individu, sebaliknya hormatilah keputusan mahkamah
seterusnya

Wednesday, December 28, 2011

Sebab Mahfuz Omar & Salahuddin Ayub Disisih Daripada Perjumpaan Sulit Hasan Ali Di Kelantan!


Sungguh pelik sekali!

Nik Aziz berkata pertemuan di antara beliau dan Dr Hasan Ali dianjurkan oleh PAS Pusat tetapi kepimpinan tertinggi PAS Pusat mengaku tidak tahu menahu tentang perjumpaan tersebut!

Kedua-dua Naib Presiden PAS tidak tahu begitu juga dengan Ketua Penerangan !

Atau apakah terdapat agenda tersembunyi yang sengaja tidak diberitahu kepada Naib Presiden dan Ketua Penerangan?

Jika perkara semudah 'perjumpaan' pun tidak seragam dan tiada kesefahaman, kepimpinan PAS ada angan-angan untuk mentadbir negara?

Sungguh memalukan!

Baca dibawah :

PETALING JAYA: Para pemimpin PAS mendakwa tidak tahu menahu mengenai adanya pertemuan di antara Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan dua pemimpin kontroversi – bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa.

Mereka termasuk dua Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub serta Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mahfuz yang dihubungi hari ini berkata beliau tidak tahu mengenai mesyuarat tersebut.

“Saya tak tau mengenai mesyuarat tersebut maka saya tak boleh komen,” kata ahli parlimen Pokok Sena itu. Organ PAS harakahdaily hari ini melapurkan Nik Aziz telah bertemu dengan Dr Hasan dan Nasharuddin di Kota Baru semalam. Hadir sama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. seterusnya

TOLONG SIASAT ! GAMBAR REMAJA TUNJUK TANGAN F*CK DEPAN TULISAN ALLAH!!

MiM berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat gambar di atas.

Gambar ini telah disebarkan di dalam FB. Bangsat ini bertindak kurang ajar di depan tulisan Allah!

Lagi Pendedahan Tentang Anwar Ibrahim Sebelum 9 Januari !!

Seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan alat ciptaan Agensi Perisikan Pusat (CIA) bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara berkenaan di Malaysia.

Anwar juga didakwa membiayai program temu bualnya dengan sebuah agensi berita terkemuka AS untuk meyakinkan bahawa beliau bukanlah anti Yahudi.

Dakwaan ini tidak dibuat oleh sembarangan orang kerana antara yang melontarkan pandangan serupa ialah rakan rapat Anwar sendiri iaitu bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolwofitz.

Sebuah penerbitan Internet AS pula lebih berani apabila menyiarkan arikel mengenai Anwar daripada penyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte.

Dalam tulisan bertajuk The Reversal of Anwar Ibrahim, Motte dengan berani mendakwa Anwar mempunyai sejarah menggigit Yahudi apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.


Jika di negara lain, dakwaan sebegini sudah cukup untuk membolehkan Anwar disiasat dengan teliti kerana ia membabitkan isu kedaulatan dan keselamatan negara.

Pendedahan media Barat ini sedikit sebanyak memberi gambaran wajah sebenar yang ditunjukkan oleh Anwar kepada masyarakat antarabangsa.


Dalam ISU Palestin misalnya, Anwar seolah-olah tidak ikhlas membela nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis apabila perlu meminta maaf atas kenyataannya yang berbaur anti-Yahudi.

Sedangkan Anwar adalah antara pemimpin pembangkang yang lantang mengutuk serangan tentera Israel ke atas konvoi kemanusiaan ke Genting Gaza di perairan antarabangsa baru-baru ini - UM.

Kaedah Anwar Ibrahim Peralatkan Yusuf Al-Qardawi!


Sudah diketahui umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan apa sahaja termasuk mempergunakan orang lain untuk membuktikan bahawa dirinya menjadi mangsa konspirasi pihak tertentu.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, SD johari Yassin menyifatkan pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dapat memperbetulkan kekeliruan masyarakat terhadap apa yang berlaku sebelum ini mengenai Anwar.

“Bukan mudah bagi seseorang itu untuk membuat pengakuan terhadap apa yang dilakukan itu, apa yang berlaku itu membabit seseorang yang mempunyai nama besar, malah menjadi rujukan apabila bercakap mengenai Islam.

“Siapa tidak kenal Syeikh Yusof Al Qardawi, tokoh Islam dunia, dalam perkara ini ulama itu membuat penjelasan mengenai Anwar berdasarkan apa yang diberitahu oleh Zul kepada nya, beliaulah orang bertanggungjawab sehingga ulama itu mengeluarkan kenyataan yang kononnya Anwar difitnah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan Zulkifli bahawa beliau berasa berdosa kerana tidak memberitahu perkara sebenar kepada Syeikh Yusuf Al Qardhawi mengenai Anwar Ibrahim.

Johari berkata, pengakuan Zulkifli dapat memberi kesedaran kepada rakyat negara ini mengenai apa yang berlaku sebenarnya sehingga menyebabkan ramai yang mempercayai bahawa Anwar menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.

“Saya suatu ketika dahulu antara penyokong setia Anwar dan mempercayai dia menjadi mangsa konspirasi politik, apabila Yusof Al Qardawi buat kenyataan bahawa Anwar difitnah maka bertambahlah simpati kami kepadanya.

“Saya tinggalkan dan tidak menyokong Anwar selepas menyedari bahawa apa yang berlaku semua itu adalah sandiwara Anwar untuk memenuhi cita-cita peribadinya menjadi pemimpin besar.

“Bukan Yusuf Al Qardawi sahaja yang menjadi mangsa kepada Anwar, malah ramai lagi termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nit Mat yang tetap akan membela Anwar walau apa tuduhan dan dakwaan dilemparkan kepada Anwar, ini semua kerana kepentingan politik,” katanya.

Beliau berharap pendedahan Zulkifli itu dapat membuka mata kepada semua pihak bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan diri tidak bersalah dan mendapat simpati termasuk mempergunakan tokoh agama.

PANAS !!! AHLI POLITIK DITANGKAP KHALWAT


KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat. Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun. Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan. “Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.

“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam. Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam. “Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.

“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya. Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.SH

PANAS ! TARIKH PRU 13 : Parlimen Dibubarkan 15 Februari (Rabu) Pengundian 11 Mac 2012 (Sabtu).


Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press telah meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012.

Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.

Lebih menarik lagi apabila akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).

Menurut akhbar tersebut, selain sumber dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri.

Tuesday, December 27, 2011

CRAZY ! Anwar Ibrahim Di Angkat Sebagai Imam Mahdi!!

Anda nilai sendiri video di bawah. Badrol Amin semakin sasau !



"kalu ini berlaku sedara, kalu ini berlaku sedara bermakna pembebasan al aqsa sudah hampir"

Video : badrol amin gila!

"kita hanya perlukan satu lg syarat untuk bebaskan al aqsa"

"apadia?? perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! paling tidak menyatukan dunia arab"

"sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan??"

"dimana agak agak??"

"apakah muamar gaddafi?tadak salah itu koboi tua sudah xboleh pakai."

"apakah apakah ahmadinejab di iran??lakh dia syiah xboleh jugak"

"apakah turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu??tdak, zaman turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi"

"sedara penah dgar tak hadis nabi saw tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana??"

"dari belah mana??timur.."

"timur itu dimana, bukan di timor leste!"

"timur itu our region, ini ini timur"

"tapi banyak negara di timur ini"

"apakah di indonesia??bukan"

"singapore??oo jauh"

"brunei??lambat sangat"

"aaa thailand, filipine atau kalau tanya sy?"

"sy kata dia ada di??di malaysia."

"sudah adakah pemimpim itu saudara??"

"tanya sy, sy kata dia sudah ada."

"pemimpin itu sedang disiapkan"

"dia sedang melalui series of trials ujian"

"dia sedang di uji"

"satu peringkat ke satu peringkat"

"y kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu lllame binasa"

"tetapi, dia seorg y kuat..makin di uji dia makin kuat!"

"dan sekarang ujianya peringkat akhir.."

"ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, sedara"

"insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat"

"dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan al aqsa..pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"

"leading arab countries bukan negara arab y miskin miskin"

"negara arab y kaya kaya saudi dubai emirates abu dhabi ya"

"dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"

"dia juga dihormati dibarat dan ditimur"

"dia boleh bercakap soal islam di pentas antarabangsa"

"org hormat pendirianya" "org hormat ketegasannya''

"dan org hormat prinsip agamanya"

"tidak lain tidak bukan"

"sedara anwar ibrahim"


Pendedahan ! Nik Aziz Jampi Botol Arak !!

MiM merujuk kepada artikel blog pro-pembangkang seperti di bawah :-


Percayakah anda jika gambar ini memang benar adalah botol arak?

Abu nawas rasa tak kira orang umno, Pas atau tak ada parti tak akan percaya jika gambar botol arak ada di depan Tok Guru sebab orang tak kira Islam atau tidak sudah pasti tak akan berbuat demikian ketika berhadapan dengan Tok Guru.

Abu Nawas teringat sewaktu PRK Arau tahun 98 dulu bilamana gambaq2 Tok Guru sedang menjampi botol arak di sebarkan ke rumah2 pengundi apada malam terakhir berkempen.

Sudah pasti gambar ini dari segi zahirnya orang akan kata umno yang buat tapi hakikatnya dalam ilmu perang saraf pembuatnya ada dari petugas Pas sendiri.

Tujuannya adalah untuk menaikan kemarahan kepada pengundi di saat terakhir.
Rupa-rupanya jentera parti PAS sudah buat kerja kotor sejak dulu lagi! Kurang ajar dan tidak bertanggungjawab langsung!

Menteri Besar Kedah Tentu Meroyan Bila Tahu Kajian Ini !!


MIM tertarik dengan satu rencana di dalam media perdana. Azizan Abu Razak PAS tentu meroyan kerana tidak popular dikalangan rakyat walau pun berstatus MB!

Di antara rencana tersebut:-

Difahamkan melalui satu kaji selidik yang dijalankan itu, Mukhriz dikatakan berada di kedudukan tertinggi dalam rating siapa yang paling layak menjadi Menteri Besar. Beliau dikatakan meninggalkan jauh Azizan dari segi populariti.

Mukhriz dilihat bukan sahaja disenangi oleh semua peringkat umur malahan masyarakat pelbagai kaum juga menyukai beliau.

Walaupun terdapat kebimbangan bahawa kehadiran Mukhriz mungkin tidak disenangi oleh sesetengah kelompok terutamanya orang lama dalam UMNO Kedah namun apa yang lebih penting ialah penerimaan rakyat.

''Penentangan terhadap Mukhriz tidak akan memberi banyak kesan kerana sebahagian besar pemimpin UMNO di Kedah sudah bertekad untuk tumbangkan Pas.

''Kalau ada pun yang tidak puas hati, mungkin mereka kelompok kecil sahaja, apa yang penting kehendak majoriti rakyat yang mahu melihat Mukhriz memimpin Kedah,'' kata sumber itu lagi.

Menurut sumber tersebut, pemilihan Mukhriz dikatakan akan mampu menghapuskan persepsi bahawa UMNO Kedah hanya bergantung kepada muka lama yang sebahagiannya sudah ditolak oleh rakyat.

''Apatah lagi Mukhriz dilihat mempunyai cara tersendiri mendekati rakyat dan sikap rendah diri serta latar belakang beliau sebagai anak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad juga dikatakan akan memberi kelebihan dalam membantu UMNO dan BN meraih sokongan rakyat Kedah,'' kata sumber itu - UM.

VIDEO ! Kunyit Saiful Minyak Pelincir Anwar Ibrahim!!




Video : Anwar Ibrahim kantoi!!

Monday, December 26, 2011

Pemuda PAS Pusat Kata Anwar Ibrahim Tak Boleh Di Harap!!




Persoalannya, jika Pemuda PAS Pusat mengatakan 'jangan berharap kepada Anwar Ibrahim' semasa Anwar memegang kuasa dan jawatan kabinet, sudah pasti Anwar is even ueseless sekarang!

GEMPAR !! Lagi Gay Melayu Kahwin, Terbaru Di Greece !!

Seorang lagi gay Melayu didakwa berkahwin dengan gay Mat Saleh, lebih dahulu sebelum seorang lelaki Melayu yang dilaporkan berkahwin sesama jantina di Dublin, baru-baru ini.

Kali ini, lelaki berkenaan dipercayai melangsungkan perkahwinan songsang dan terlarang itu di Greece.

Lebih ‘menarik’, lelaki terbabit juga mengenakan pakaian Melayu lengkap bersongkok dan bersamping (gambar) seperti gay Melayu yang berkahwin di Dublin – bertanjak dan bersamping.

Beberapa jam lalu, beberapa blog tempatan dikesan menyiarkan artikel dan gambar gay Melayu itu, juga dikatakan pelajar, berkahwin di Greece.

Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.

Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.

Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.

“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.

Gambar berkenaan, menurutnya, diperolehi hasil carian di Google oleh pengendali blog yang menjadi sumber maklumat itu.

Sementara itu, seperti ditulis sozcyili.blogspot.com, Ar-rifke.com mencatatkan:

“Jika yang neh (ini) terbukti benar maka ternyata arif (gay pertama yang baru-baru ini dilaporkan berkahwin dengan lelaki Inggeris) adalah yang kedua, bukan yang pertama,” catat ar-rifke.com.

Ar-rifke.com memetik sumber berita berkenaan dari sozcyili.blogspot.com.

Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan belum bertindak berhubung perkara itu.

inimajalah.com.my

MALU ! 2 Wakil Rakyat KANTOI !!



MiM mudah. PRU13 semakin hampir. Jangan undi lagi wakil rakyat yang tidak perform di kawasan masing-masing!

Sila baca di bawah :

SHAH ALAM. -  Seramai 60 Penduduk Jalan Bukit Kemuning, Kampung Batu telah berhimpun tanda protes terhadap 2 wakil rakyat Pakatan Rakyat mewakili kawasan mereka.

Menurut salah seorang penduduk yang terlibat, demonstrasi ini tercetus akibat daripada rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmud dan ADUN Sri Muda yang tidak menunaikan janji untuk turun padang menyelesaikan beberapa masalah yang dibangkitkan penduduk setempat.

Beberapa masalah yang berlaku termasuklah isu masalah banjir dan infrustruktur termasuklah pembinaan jalan raya telah dijanjikan 2 wakil rakyat ini akan diselesaikan selepas kempen Pilihan Raya Umum yang lalu.

Akan tetapi sehingga hari ini masalah tersebut berlarutan tanpa sebarang maklum balas dari pihak 2 wakil rakyat tersebut.

Mereka turut mendakwa masalah banjir terutamanya telahpun dikenalpasti dan dibentangkan kepada wakil rakyat semasa PRU12 yang diantaranya berpunca daripada longkang yag sempit, tidak teratur menyebabkan saluran air hujan tidak dapat mengalir dengan lancar.

"Apa yang menyebabkan kami semakin berang adalah kesan permasalah yang berlaku menyebabkan berlakunya masalah yang mengundang bahaya kepada penduduk termasuklah serangan serangga berbisa dan ular," kata salah seorang penduduk tersebut.

Mereka juga menuntut janji ADUN Sri Muda yang akan melakukan penstrukturan semula beberapa kemudahan infrustruktur seperti pembangunan perumahan, perusahaan dan pengurusan sampah yang sekian lama tidak beroperasi dengan baik.

Laporan pihak polis turut dibuat atas dakwaan berlakunya penyelewengan tugas dari ADUN dan MP terbabit.

Demonstrasi ini turut menyebabkan berlakunya insiden perrgaduhan melibatkan kumpulan yang didakwa Penyokong Pakatan Rakyat dengan penduduk tersebut. 3 buah peronda polis telah dikerah untuk mengawal keadaan - KL Pos

Sunday, December 25, 2011

BONGKAR ! Anwar Ibrahim Hanya Ada 2 Kepakaran Sahaja!

Di sini MiM sertakan kenyataan Dr Chandra Muzaffar, bekas orang kuat Anwar Ibrahim.

MiM harapkan agar mereka yang terpedaya dengan pujuk rayu Anwar terutamanya siswa-siswi supaya benar-benar faham dengan kelicikan suspek liwat tersebut.

Chandra Muzaffar sendiri akhirnya menolak Anwar Ibrahim dek pembohongan dan penipuan Anwar Ibrahim.

Dan sekarang, penglibatan sekumpulan siswa yang bersekongkol dengan suspek liwat itu serta tercetusnya demonstrasi siswa telah menyetujui kenyataan Chandra Muzaffar tersebut.

Di antara kenyataan Chandra Muzaffar :



Saya pernah mengatakan secara terbuka bahawa Anwar pakar dalam dua bidang.

Pertama, demonstrasi. Dari dulu lagi, beliau memang pakar demonstrasi. Kedua, pakar pakar dalam demagogue (kuasa rayuan penuh perasaan, emosi dan prasangka), yang pandai berpidato.


Dalam bahasa Inggeris, saya kata, ‘Two D’..’Dua D’, D..demonstrasi, D.. Demagogue. Beliau pakar demonstrasi dan demagogue. Dua ini sahaja, kepakarannya.

Selain daripada itu, kalau kita tengok beliau sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri, yang dulunya dalam kerajaan selamanya 16 tahun, apa pencapaiannya ?

Semasa jadi Menteri Pertanian, apa ideanya memajukan bidang pertanian di negara ini ? Sebagai Menteri Kewangan, beliau merosakkan ekonomi negara.

Pencapaiannya hanya dua perkara itu.. Dua D - AIDC.

Anda Pilih ! MATA Atau FACK Anwar Ibrahim?


Sebelum baca artikel di bawah, sila baca artikel ini FACK Anwar Ibrahim

Setelah anda faham dengan artikel tersebut, yang mana satu pilihan anda?

1. Malaysia Aman Tanpa Anwar (MATA)



Atau :

2. Free Anwar Campaign Ke-2 (FACK)


Apa pun 901 FACK Anwar sudah pasti mecabul meliwat kedaulatan undang-undang negara tercinta ini.

Dalam masa yang sama, ramai rakyat yang harapkan agar kes liwat ini selesai. Ramai yang sudah bosan dengan Anwar Ibrahim.

Jika bersalah, Anwar Ibrahim memang patut dipenjarakan. Tatkala itu, aman Malaysia ini.

Saturday, December 24, 2011

Salah Orang ! Pemimpin Tertinggi PAS Yang Kerap Sekongkol Dengan UMNO !

Fotoshop Hasan Ali yang dicipta oleh bloggers pembangkang.


Malu ! Perang di antara Hasan Ali dan Mustafa Ali bertambah teruk!

Sebelum ini Mustafa Ali menuduh Hasan Ali sebagai yang kerap ponteng mesyuarat.

Hasan Ali pula mengatakan Mustafa Ali sebagai veteran bongkak dan Mahfuz Omar sebagai bangkrap fikiran.

Mustafa Ali PAS juga menuduh Hassan Ali 'terperangkap dengan mainan UMNO' dan mengadakan pertemuan dengan pihak UMNO'.

Hasan Ali menjawab balas dan kali ini pasti memalukan Mustafa Ali!

Rupa-rupanya, kenyataan Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS terhadap Hasan Ali adalah palsu dan fitnah belaka!

Inilah pemimpin tertinggi parti PAS yang sanggup menabur fitnah terhadap kawan dalam parti sendiri!

Dan jika kawan sendiri pun boleh difitnah oleh pemimpin PAS tanpa rasa berdosa, bagaimana pula dengan lawan politik Mustafa Ali?

Dan kenyataan Hasan Ali yang di anggap 'killer' menjatuhkan imej Mustafa Ali ialah yang sebenarnya kerap berjumpa dengan pihak UMNO dan bukannya Hasan Ali!!

Malunya si Mustafa Ali!

Sila baca artikel di bawah :
Datuk Dr Hasan Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa beliau ada mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak yang dikaitkan dengan Umno.

Menurut Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan fitnah dan palsu.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana dakwaan itu dibuat oleh setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka (Umno) sama ada pimpinan Umno peringkat bawahan, pertengahan atau atasan seperti yang dinyatakan (Mustafa).

“Sekali lagi Mustafa Ali terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim. Sebagai setiausaha agung sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang setiausaha agung yang berwibawa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Mustafa sebelum ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda Umno.

Mustafa berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.

Dalam sidang media itu, Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mendedahkan individu yang kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno adalah Mustafa.

“Malah terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Umno yang sehingga kini setakat saya maklum belum dapat diadakan,” katanya.

Enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan itu, Hasan berkata kepimpinan tertinggi PAS sepatutnya menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

“Saya hendak berhenti setakat itu seperti mana Datuk Mustafa a Ali berhenti dari menuduh saya bertemu dengan pemimpin Umno di Hotel Meridien dan ‘stop-short’ di situ.

“Kalau misalnya, nak tanya lebih lanjut, saya pulangkan kepada pimpinan (PAS) untuk buat siasatan lanjut. Kalau nak siasat pertemuan saya, siasatan sama juga harus dilakukan kepada pertemuan setiausaha agung dan pemimpin Umno,” katanya - MI

PANAS ! Gambar Lucah Terbaru Anwar Tersebar Di UiTM & Internet !!


Blogger Media Permatang Pauh menyiarkan satu artikel kontroversi disertakan dengan kalilkatur kurang sopan.

Di antara arikel MPP :
Gempar beb!! Ada pihak-pihak yang tak bertanggung jawab menyebarkan gambar lucah Anwar dan Saifuddin didalam bentuk risalah di UITM.

Gua syak, perkara jijik ni dilakukan oleh puak-puak pro-Pakatan yang cuba nak mengapi-apikan mahasiswa supaya membenci kerajaan. seterusnya



MiM setuju dengan blogger otai Penang. Biasanya yang buat kerja kotor ini ialah dari pro-pembangkang seperti isu fitnah anak DS Najib Razak dan sebagainya

Pathetic!

Friday, December 23, 2011

HEBAT ! Penceramah Pro-Pembangkang KANTOI Semasa Berceramah!!!


Di sini MiM sertakan satu artikel tentang penceramah aspirasi pembangkang yang kantoi berbohong semasa berceramah!

Isunya ialah tentang Projek Lynas yang diputarbelitkan oleh parti pembangkang :
Saya ingin berkongsi pengalaman ketika hadir pada majlis makan malam anjuran bersama Persatuan Saintis Kanan Malaysia dan Kelab Rotari pada Jumaat, 16 Disember lepas bertempat di Kelab Diraja Selangor (RSC), Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Saya ingin memuji pihak penganjur kerana menjemput seorang penceramah ke majlis makan malam tersebut, untuk bercakap mengenai projek Lynas - projek pemprosesan logam tanah jarang bernilai RM2.3 bilion - yang mendapat bantahan daripada segelintir penduduk Kuantan, Pahang.

Bagi diri saya sendiri, saya membuat keputusan untuk hadir pada majlis tersebut semata-mata untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu berkenaan, dengan cuba mendapat maklumat secara langsung daripada pakar-pakar.

Pada majlis makan malam itu, penceramah jemputan berkenaan yang didakwa sebagai pakar mewakili puak anti-Lynas, telah bercakap tentang berbahayanya kilang tersebut - Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan. Menurutnya, ia bakal menyebabkan pendedahan radiasi di sana.

Dengan menggunakan klip video yang memaparkan kesan buruk daripada peristiwa kebocoran reaktor nuklear Chernobyl di Rusia, penceramah berkenaan telah menyatakan dengan yakin betapa radiasi pada tahap mana sekalipun masih berbahaya. Menurutnya, radiasi akan menyebabkan barah. Justeru katanya, projek Lynas adalah memudaratkan.

Penceramah itu juga mendakwa bahawa Lynas telahpun diberikan lesen pra-operasi dan betapa projek seumpama itu tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada negara. Beliau juga mendakwa, projek itu hanya memfokuskan kepada keuntungan tanpa mengambil peduli tentang keselamatan dan kesejahteraan penduduk yang terlibat.

Kepada dakwaan-dakwaan tersebut, hati saya berkata-kata betapa penceramah itu cuba menimbulkan kebimbangan dan kerisauan dalam kalangan mereka yang hadir, dengan mengemukakan maklumat yang tidak menyeluruh dan tidak benar. Tetapi, saya bukanlah pakar untuk membantah atau menyanggahnya.

Namun, pada sesi soal-jawab kemudian, seorang profesor yang memperkenalkan dirinya sebagai Penasihat Keselamatan Radiologi di Lynas Malaysia Sdn. Bhd., telah membetulkan dakwaan-dakwaan liar tersebut.

Profesor ini telah menerangkan bahawa Lynas Malaysia Sdn. Bhd. setakat ini, belum lagi menerima lesen pra-operasi daripada Kerajaan Persekutuan sepertimana dakwaan penceramah itu .

Profesor ini juga menjelaskan, apa yang dipaparkan dalam klip video tentang peristiwa Chernobyl itu adalah tidak lengkap dan pula dilapor luar daripada perspektif yang sebenar. Tambahan pula katanya, peristiwa di Chernobyl (sebuah reaktor nuklear) tiada kaitan langsung dengan projek Lynas (sebuah kilang pemprosesan logam tanah jarang).

Alangkah terkejutnya saya kerana setelah mendengar penjelasan professor tersebut, penceramah tadi memohon maaf kepada yang hadir kerana telah mengelirukan mereka dengan kenyataan yang tidak benar dalam persembahannya tadi.

Sebaliknya, ramai dalam kalangan yang hadir telah terpesona dengan fakta-fakta dan penerangan yang telah diberikan oleh profesor berkenaan.

Ditambah pula dengan beberapa soalan dalam kalangan yang hadir yang tidak dapat dijawab oleh penceramah tersebut, makan malam itu telah menyedarkan mereka yang hadir betapa selama ini mereka tidak mendapat fakta-fakta betul dan gambaran menyeluruh dan sebenar mengenai projek Lynas ini. Saya ialah seorang daripadanya!

Saya simpulkan bahawa memang terdapat banyak dakwaan yang dihasilkan daripada maklumat-maklumat tidak lengkap dan diselewengkan. Dakwaan-dakwaan ini kemudian digunakan untuk mempengaruhi pihak-pihak yang tidak mempunyai pengetahuan secukupnya tentang Lynas, bagi membolehkan mereka membuat pandangan seimbang mengenainya.

Saya sekali lagi menyatakan penghargaan kepada Persatuan Saintis Kanan Malaysia dan Kelab Rotari, yang telah melakukan tugas yang baik dengan penganjuran makan malam ini. Sesungguhnya, orang awam tidak boleh dikelirukan oleh pihak-pihak yang sengaja hendak menanam perasaan takut dan tidak selesa terhadap projek Lynas ini - Pemerhati, UM.

PANAS ! Adam Adli Di Desak Lagi!!


JOHOR BAHRU - Pergerakan Pemuda UMNO Tebrau mendesak penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli, 22, yang didakwa biadab menurun dan menggantikan tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi supaya memohon maaf secara terbuka dengan segera.

Ketuanya, Syahrin Md. Jamaludin berkata tindakan berkenaan merupakan sesuatu yang sangat biadab dan mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan itu.

"Perbuatan itu bukan sahaja biadap malah mencerminkan dirinya sebagai seorang individu yang tidak mempunyai tahap intelektual tinggi.

"Apa rasionalnya dia menurunkan bendera itu sedangkan tujuan utamanya untuk menyerahkan memorandum dan ia disambut baik oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah?," katanya seterusnya

PANAS ! Dek Hassan Ali, Hadi Awang PERLI Mustafa Ali!

Fotoshop Hassan Ali yang tersebar di blog pembangkang!


Hadi Awang, Presiden PAS sekali lagi menyerlahkan double standrd beliau dengan kenyataan di bawah.

Beliau sengaja lupa dengan Amanat sesat beliau mengkafirkan UMNO kerana 'bersekongkol' dengan bukan Islam.

Tetapi hari ini, dengan tanpa malunya, Hadi Awang menyatakan bahawa 'PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman disepanjang perjuangannya bersefahaman dengan kalangan bukan Islam'!

Kenyataan pathetic Presiden PAS itu jelas melacuri aspirasi awal beliau dan parti PAS.

Anda baca dulu artikel di bawah :
Seluruh anggota Pas diingatkan supaya mengikut haluan dan hala tuju parti serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan fahaman sahaja.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesiapa yang berlagak pandai dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas pasti tersungkur serta menjadi mangsa serigala politik musuh.


Menurutnya, setiap ahli seharusnya menyedari bahawa tindakan bersendirian dengan membelakangkan parti pasti akan gagal namun Pas tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa.

“Seluruh ahli Pas wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera parti dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam.

“Pas telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam atau kalangan bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam - MPP
Kenyataan Hadi Awang di atas secara tidak langsung telah menempelak Mustafa Ali kerana 'berlagak pandai' apabila berdepan dengan isu Hassan Ali.

Kaedah 'curah minyak ke api' mungkin di anggap 'paling bijak' oleh Mustafa Ali.

Malangnya, Mustafa Ali tersilap kaedah dek berlagak pandai dan menganggap diri beliau lebih bijak daripada Hasan Ali.

Hari ini parti PAS dilihat sebagai satu parti yang gagal dan jika perkara dalaman pun gagal diselesaikan, siapa yang mahu mempercayai bahawa parti itu mampu mentadbir negara!

Dalam isu ini, MiM sarankan kepada pemimpin PAS supaya belajar daripada parti DAP! Parti cauvinis itu pandai menutup mulut atau zip mulut masing-masing bila berdepan masalah dalaman.

Dan mereka juga pandai melencongkan kekusutan tersebut dengan mencipta isu lain walau sebodoh mana pun!

Jangan ikut stail Anwar Ibrahim yang hanya tahu meredah dan menghentam!

Tapi tidak dapat dinafikan seperti kata Hadi Awang, 'sebijak mana pun akan tersungkur juga', parti DAP pun tidak dapat mengekang bau hangit pekung parti tersebut!

Yang busuk akan terbau jua!

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.