Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, February 27, 2014

SEJAK BILA ANWAR DI BAWAH SKIRT PEGAWAI KANANNYA?? #KAJANG

Di bawah adalah video kenyataan Zaid Ibrahim. Zaid menyekolahkan Rafizi Ramli, orang kanan Anwar Ibrahim. Sangat pedas !



Lihat video di bawah :


Video : Pendedahan Zaid Ibrahim 
Di bawah pula adalah kenyataan media Zaid seperti yang dilaporkan oleh portal Agenda Daily. Di antara kenyataan tersebut :

"Rafizi seorang yang busuk hati dan cuba mereka-reka cerita kononnya saya cuba mempengaruhi kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi."

"Rafizi menjadi budak jahat yang mengamalkan politik fitnah dan kotor. Jangan menjadi anak didik reformasi yang kononnya mendewa-dewakan perubahan, lantas membuat fitnah melulu."

"Saya ingin ingatkan Anwar. Tidak usahlah berselindung di bawah skirt Rafizi." 

KENYATAAN MEDIA
Saya merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli semalam, yang mendedahkan kepada umum, dua e-mel saya kepada beliau pada tahun 2010, yang mana di dalam e-mel tersebut, saya meminta beliau memajukan kepada Menteri Besar Selangor agar dapat mempertimbangkan permohonan syarikat tersebut.

Salah sebuah syarikat mempunyai masalah kelulusan untuk memajukan tanah mereka seluas 26 ekar kerana Kerajaan Negeri Selangor memberikan Sebuah lagi syarikat mahu membuat Joint Venture dengan anak syarikat PKNS untuk terbabit dalam sektor pembinaan perumahan.

Sukacita untuk saya maklumkan hari ini bahawa kedua-dua syarikat ini tidak ada kena-mengena dengan saya atau keluarga saya. Malah mereka juga bukan kawan. Mereka adalah orang business yang datang meminta pertolongan kerana mereka fikir saya boleh menolong.

Amalan orang business meminta pertolongan atau sokongan daripada ahli politik adalah amalan biasa dalam sistem kita dan iadiamalkan oleh UMNO, PAS, DAP dan lebih-lebih lagi PKR.

Mungkin Rafizi berfikir dia seorang yang bersih, tetapi dia lupa fakta di mana ada kalangan pegawai tertinggi dalam pejabat Menteri Besar (ahli PKR) sendiri yang terbabit sehingga tersingkir daripada jawatan. 
Saya tidak mahu mengulas panjang kerana kes ini sedang dibicarakan di mahkamah.

Jika saya memajukan dua e-mel kepada Rafizi, ia bukan bererti saya melobi.

Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh terus berjumpa dengan MB atau Exco, bukan dengan budak pejabat Anwar.

Sebagai orang politik, bagi saya, meminta pertimbangan kerajaan bagi pihak orang ramai atau ahli perniagaan yang tidak saya kenali, tidak menjejaskan integriti saya. 
Saya hanya meminta pertimbangan, bukan memaksa kerajaan mengikut kehendak saya. Adakah itu pun Rafizi tidak tahu membezakannya?

Suka saya tegaskan bahawa saya langsung tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam kedua-dua kes itu. Jelas, Rafizi seorang yang busuk hati dan cuba mereka-reka cerita kononnya saya cuba mempengaruhi kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi.

Kalaulah Rafizi hendak memusnahkan integriti saya sekalipun, mengapa tidak membuat sidang akhbar bersama Menteri Besar, Exco atau PegawaiTinggi Kerajaan dan kemukakan bukti yang saya terbabit atau ada kepentingan tertentu di dalam urus niaga berkenaan?

Apakah Rafizi tidak sedar bahawa Pejabat Penasihat Ekonomi dan Rafizi sendiri bukan tempat `yang kondusif’ untuk melobi? 
Apakah Rafizi tidak sedar bahawa di Selangor ini, beliau, sebagai Penasihat Ekonomi Anwar,tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang projek atau JV?

Kalaulah Anwar sendiri akur bahawa beliau, selaku Penasihat Ekonomi Selangor, tidak punya kuasa, lantas membawa kepada PRK Kajang, apatah lagi budak pejabat seperti Rafizi!

Sebagai bekas Menteri dan pengamal undang-undang, saya tahu peraturan.

Saya tahu semuanya itu adalah di dalam bidang kuasa MB dan Exco.

Yang harus Rafizi jawab: mengapa beliau lari atau meletak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sama ada kerana saya melobi untuk mendapatkan projek atau kerana Anwar dan Rafizi 'dibakulsampahkan' oleh Pejabat Menteri Besar?

Oleh kerana saya tiada berkepentingan di dalam urus niaga berkenaan,sampai hari ini saya tidak mengetahui status permohonan syarikat yang didakwa saya melobi untuk mereka.

Saya ingin nasihatkan Rafizi, lain kali rujuklah kepada MB atau Exco sebelum membuat tohmahan melulu. Semak dulu betul atau tidak yang saya melobi.

Maka saya harap, janganlah kerana hendak mempertahankan Anwar secara membabi buta, Rafizi menjadi budak jahat yang mengamalkan politik fitnah dan kotor. Jangan menjadi anak didik reformasi yang kononnya mendewa-dewakan perubahan, lantas membuat fitnah melulu.

Sebagai budak yang baru bertatih dalam politik, Rafizi jangan ingat berbohong boleh menjadi satu cara yang dapat memajukan karier politik beliau. Hanya kerana dia dapat menyentap Shahrizat Jalil dalam kes NFC tidak bermakna dia akan berjaya menabur fitnah terhadap saya.

Saya merasakan tujuan Anwar membuat tuduhan terhadap saya, melalui Rafizi, yang kononnya saya melobi Kerajaan Negeri untuk kawan-kawan saya, hanya hendak menggambarkan saya ini baik dengan MB Selangor.

Saya ingin tegaskan, sejak Khalid menjadi MB, saya tidak pernah membuat sebarang permohonan, sama ada tanah atau projek untuk saya dan keluarga. Saya tidak pernah mendapat apa-apa projek daripada Khalid.

Semasa dalam PKR, saya membela Khalid kerana menentang kerakusan Anwar dan konco-konconya.

Oleh itu saya ingin ingatkan Anwar. Tidak usahlah berselindung di bawah skirt Rafizi. Saya mahu debat dengan beliau mengenai isu integriti dan kredibiliti

Saya mahu bercakap, semasa jadi menteri apa Anwar buat dan apa saya buat. Siapa yang banyak salah guna kuasa dan siapa yang menggunakan pengaruh untuk bagi projek kepada kawan-kawan.

Dan saya juga meminta Anwar supaya ingat, bahawa beliau masih belum memberikan jawapan dengan jelas mengapa beliau mahu jadi MB? 
Mengapa PRK DUN Kajang perlu diadakan? Tidak usahlah cuba mereka-cipta isu yang tidak wujud semata-mata mahu memburuk-burukkan saya di mata rakyat.

Bagi saya, Anwar bimbang dengan cabaran sebenar di Kajang, yang bukannya MCA atau BN. Kalau sungguh tidak wujud kebimbangan besar yang beliau mungkin tewas, masakan fitnah sanggup dilemparkan terhadap saya.

Akhir kata, saya juga hairan mengapa Anwar sering membuat kenyataan bahawa beliau tidak dirujuk oleh Khalid dalam soal air di Selangor.

Apakah  niat sebenar Anwar hendak menjadi MB itu yang diragukan.

Apakah beliau menjadi MB supaya penswastaan air boleh berada di bawah kawalannya supaya akhirnya kekayaan Selangor boleh diagihkan kepada PKR dan konco-konconya seperti yang dilakukan dalam UMNO dahulu?

Bagi pihak rakyat, saya pohon penjelasan dan ketelusan daripada beliau. sumber

5 comments:

  1. FIZIE PONDAN MAA!!!

    ReplyDelete
  2. pttuuiii lu Fizi !!!

    ReplyDelete
  3. Bagaimana rupenya kalau MP Pondan ni pakai skirt eh?? Tak sabar Al-Juburi bawa masuk dalam bilik nanti.. gebu oooo...

    ReplyDelete
  4. INI PONDAN SAMA DIA PUNYA BOSS PUN SAMA. KAKI TEMBERANG...KAKI FITNAH...

    ReplyDelete
  5. Antara budak jahat dengan budak nakal siapa diantara mereka yang boleh dipercayai ? Cer komen.....

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.