Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, January 12, 2017

Tunjuk Bukti Atau Parti Mahathir-Muhyiddin Tutup Kedai

Apakah parti PPBM dapat menunjukkan bukti atau mereka berbohong sahaja?


Sebelum ini, MiM telah menulis artikel bertajuk 200 Keluar Parti : Parti Bungaraya PPBM Bohong. Ianya tentang parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri Pulau Pinang yang mendakwa 200 ahli UMNO dari Kampung Tok Sani parlimen Bagan telah melompat masuk parti PPBM.

Bagaimana pun, ianya pembohongan belaka seperti yang didedahkan oleh Dato' Dr Ir Shaik Hussein ketua UMNO Bahagian Bagan. Penafian beliau ini telah menyebabkan ramai ahli PPBM negeri yang melenting kepanasan di dalam media sosial. Mereka juga marah kepada MiM.

Shaik Hussein juga telah menawarkan parti PPBM sebanyak RM200,000, jika mereka mampu menyenaraikan 200 nama berserta salinan kad pengenalan ahli UMNO Kampung Tok Sani yang kononnya masuk parti bungaraya itu. Malangnya, parti PPBM Pulau Pinang masih belum mendedahkan butiran ahli sehingga ke hari ini.
“Malah, gimik dilakukan penyelaras PPBM Bagan Shaharudin Saad, yang berkata beliau juga boleh menunjukkan borang dan rumah bekas ahli Umno Tok Sani, tidak sedar, membuktikan beliau hanya cuba memesongkan perhatian daripada ketidakupayaan berbuat demikian.
"Jika tidak boleh, saya hanya meminta mereka menderma RM200 kepada sebuah masjid di Bagan.” tambah Shaik Hussein lagi.
Semasa program parti Mahathir-Muhyiddin di parlimen Bagan itu, Shaik Hussein telah menghantar pemerhati untuk memantau perjalanan program itu dan kebanyakan yang hadir bukan orang tempatan. Percubaan untuk PPBM Pulau Pinang berbohong itu hanya cuba menipu orang ramai serta pengerusi parti Tun Dr Mahathir Mohamad, tambah Shaik Hussein lagi.
“Mereka perlu meyakinkan Dr Mahathir yang mereka bekerja keras. Ini adalah modus operandi mereka sejak mereka berada dalam UMNO, yang sudah tentu, membawa kepada penggantungan dan pemecatan mereka.
Tidak mengejutkan apabila individu-individu yang melenting kepanasan ini kebanyakannya merupakan bekas ahli UMNO negeri Pulau Pinang yang kecewa kalah, bermasaalah, digantung keahlian dan ada yang dipecat. Tapi buat masa ini, tidak perlulah MiM senaraikan nama-nama, salah laku dan dedahkan surat-surat pemecatan mereka.

Sebenarnya, Shaik Hussein telah mencabar puak PPBM sejak 3 hari lepas tetapi beliau bagi 'peluang' dan beri tempoh 7 hari mulai kelmarin (11 Januari 2017) untuk PPBM negeri Pulau Pinang menunjukkan bukti-buktinya.

Persoalannya sekarang,
1. Apakah PPBM negeri Pulau Pinang mampu untuk menyahut cabaran mengemukakan bukti nama berserta salinan kad pengenalan 200 ahli UMNO Kampung Tok Sani parlimen Bagan yang didakwa telah mengisi borang keahlian parti PPBM?

2. Atau mereka akan berdolak dalih merekacipta alasan lain untuk menutup malu mereka yang berbohong kepada rakyat dan Dr Mahathir Mohamad?
MiM mudah sahaja. Pihak PPBM negeri Pulau Pinang perlu tunjuk segala buktinya dalam masa seminggu ini. Jika gagal, seperti kata Shaik Hussein, mereka patut tutup kedai iaitu tutup sahaja parti PPBM Pulau Pinang dan beritahu Dr Mahathir bahawa orang ramai tidak bodoh untuk terpedaya dengan helah mereka.



SHARE ARTICLE :





27 comments:

  1. Doc.

    Kalau depa bising lagi, dedahkan aja nama-nama, salah laku dan surat-surat pemecatan depa tu! Jangan bagi can & kasi londeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamak hasut melayu suruh ambik tindakan pada melayu. Sebijik zaman melaka dulu. Si kitol dan geng mandeliar.

      Delete
    2. Warna umno patut tukar kaler & letak 786 kat logo..dah jadi parti mamak. Ptuihhh..

      Delete
    3. SETUJU 100% !!!

      Kalau depa bising lagi, dedahkan aja nama-nama, salah laku dan surat-surat pemecatan depa tu! Jangan bagi can & kasi londeh!

      Delete
  2. MANA MANGKOK2 PPBM PENANG ??!! TIDOQ LAGI KA ???

    ReplyDelete
  3. Manusia yg berjuang utk nuar brehim jd PM... xda lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuar brehim + din pagoh sedang berjuang mati-matian utk boboi jd PM, kit siang jd TPM....

      Delete
    2. Nuar brehim xblh jd PM sbb betina, din pagoh xblh jd PM sbb betina... tp jgn isau boboi kata tmpoh PM 2 penggal shj... lps tu mgkin nuar brehim + din pagoh jd PM...

      Delete
    3. Nuar brehim buat parti sendiri, din pagoh pun sama... Niat nak jadi PM tp boboi yg bakal jd PM... Pkr tggal keluarga nuar yg memimpin...

      Delete
  4. Mana puak proTUN Madey ??? Sengap aja ?? Mana armada PPBM Penang ??? Dah mampos ka atau mmg dah mengaku kalah ??? hahahahaha ... padan muka!

    ReplyDelete
  5. Sapa shaik hussein tu?? Arab ke? Dari padang pasir mana? Muka macam orang minyak. Tar jalan lagi cerah. Kicap lagi jernih. Semuanya mengaku keturunan sheikh. India 100% tapi nama mengaku arab, bangsa mengaku melayu arab, parti mengaku umno. Fuhhh....hebat2. Melayu umno penang jugak yg kena tipu.
    * mana pergi mamak yg baring depan kereta guan eng dulu? Dah mampus ke? Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamak tu baring ja. Tak macam pakcik reformasi dulu, yang buat2 berlakon mati. Lepas tu kata pengsan. HAHAHAHAHHA! Bodoh2 semua pembangkang ni. Takda masalah BN nak menang. Teruskan jadi bodoh. Pengundi2 yang bijak sedang menilai.

      Delete
  6. RM200,00. Banyak tu. Mana dapat duit. Dia tu mamak baik. Kalau bukan org UMNO mamak tak baik, mamak kerala le. Macam2 puak2 UMNO ni gelar org. Tu tak campur dengan mamak2 UMNO lain lg. Rezal Merican dll. Tp yang pasti mamak2 dalam UMNO adalah mamak suci. Tak de gelaran buruk2..

    ReplyDelete
  7. Hasil kajian Ilham Centre ini juga menunjukkan bahawa Umno Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu “berketurunan mamak.”

    “Oleh itu, pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini

    ReplyDelete
  8. Apa masalah dengan Boboi? Dia tak curi duit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg dia tak curi sbbdia guna duit curi bapak dia dah banyak

      Delete
  9. Aku sokong mamak Penang sbb mereka Muslim. Tapi ada juga Melayu kominih yg sokong cina komunih Penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha .... pedih pedas & tepat sekali kena kat cacai Madey proTUN !!!

      Delete
    2. Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Mamak diutamakan, melayu penang terpinggir. Suruh mamak masuk kimma, bukan umno.

      Delete
    3. Novandri dan blogger umno pencacai najib panggil cina racist, chauvinis, tapi dalam masa yang sama najib pilih jho low jadi proksi pegang harta songlap 1mdb. Hipokrit..penipu

      Delete
    4. 9.18

      Yg rasis cauvinis tu puak cina DAPig lerr !!

      Delete
  10. Malangnya SELANGOR terutamanya TANAH2 KPG2 MELAYU kita di tepi LAUT SELAT MELAKA di KUALA SELANGOR, yg. makin diIDAMkan si PENYAMUN DAPenjajah PARASIT - mahu juga diHALAU bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu mcm. kat P. Pinang dgn. menggunakan MO agama, apalagi KUALA SELANGOR amat PENTING juga utk. industri PELANCONGAN sungai paya (mangrove) dan laut SELAT MELAKA; yg. mana SELAT MELAKA ini sebenaqnya mahu diKUASAI tuan DAParasit ni, IS-rael/MOSSAD-CIA/NAT*! Mana pemimpin2 UMNO/PAS TULEN kita?!!!!!!

    Lihat di - http://www.propertyguru.com.my/property-news/2017/1/144405/proposed-chinese-cemetery-irks-residents:

    Proposed Chinese Cemetery Irks Residents

    January 12, 2017

    Proposed Chinese Cemetery Irks Residents


    The proposal to build a Chinese cemetery at the centre of five villages in Kuala Selangor earned the ire of residents, who are mostly Malays.

    The five villages were Kampung Bukit Kapar Tambahan, Kampung Felda Bukit Cherakah, Kampung Bukit Kerayong, Bandar Puncak Alam and Kampung Bukit Hijau.

    With this, around 300 residents from such villages held a protest against the proposed cemetery at Kampung Bukit Cerakah, saying that the location is not suitable as it is near residential areas, reported Bernama.

    Melan Ismail, a representative of the residents, revealed that the residents were not informed by the local authorities and the developer regarding the project.

    “The proposal for a graveyard on the hill located in the centre of the five villages, resided by mostly Malays, is not suitable,” he said.

    “It is even more disappointing that we were not informed of the project by the parties concerned…We only came to know about it when several excavators were seen entering the village area to carry out a road project to the site last Wednesday,” added Melan, who called on the local authorities to review the said proposal.

    Should the project proceed, the same may affect the economic interest of the residents as well as the development of Puncak Alam, said Bandar Puncak Alam Resident Delegation Committee chairman Mohd Razib Mohd Talib.

    “The presence of a Chinese cemetery in the area will drive away Malays from living in the area or from buying properties here,” he said.

    “We hope the state government will interfere and resolve the issue quickly.”

    Tok Landak.

    [BANGSA Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Orang Asli/Indigenous/Native/Aborigines-Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah (SATU) ’Bangsa’ Malaysia, sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar SATU ‘bangsa' Malayan bersatu dgn. MENGHAPUSkan identiti & hak BANGSA Bumiputera yg. PELBAGAI - pelansungan dari agenda-British/ZIONIS-Malayan Union-JAHANAM].

    ReplyDelete
  11. Tunjuk bukti PRU nanti ye min.. xbanyak pun.. 5% lg undi swing kelongkang ler umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa UMNO perlu takut sangat dengan Parti Bunga Raya yang tak sampai setahun jagung ni. Yang join parti ni pun cuma bekas-bekas ahli UMNO yang dah hilang kepercayaan kepada Najib. Jadi, dari mereka menjadi duri dalam daging dan terus-terusan menuduh Najib presiden yang paling korup, biarlah depa hidup dengan parti Bunga Raya tu. Bukankah UMNO lebih baik tumpu kepada kekuatan parti dan membersihkan nama presiden parti yang bukan sahaja tercalar teruk di dalam parti, malah di peringkat negara dan antarabangsa. Kalau kita sentiasa hidup dalam penafian tanpa mempunyai sebarang fakta untuk membela presiden kesayang kita, bukan setakat swing ke longkang 5%, malah mungkin 50%. Jadi, sebelum terlambat, eloklah blogger seperti Novandri ni terlalu sibuk dengan parti lain dan membiarkan UMNO tanpa terbela.

      Delete
  12. UMNO dah jadi United Mamak & Najib Organisation..kahkahkah

    ReplyDelete
  13. Takut betul umno dgn parti bunga raya...

    ReplyDelete

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.