Monday, November 11, 2019

Keputusan Kes SRC, Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di PRK Tanjung Piai

Kita sedia maklum bahwa Datuk Seri Najib Razak telah diarah membela diri atas 7 tuduhan tentang syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Keputusan itu tidak mengejutkan.

Yang mengejutkan ialah apabila kes banglo terlajak murah milik Lim Guan Eng DAP boleh berhenti di tengah jalan walau pun saksi-saksi telah dipanggil. Malah. SPRM sendiri pun terkejut kes dibatalkan.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 3, 4, 9 hingga 12 dan 16 hingga 19 Dis ini untuk perbicaraan kes SRC.

Keputusan terbaru ini seperti memberi nafas baharu kepada Pakatan Harapan yang kehabisan modal semasa berkempen di PRK Tanjung Piai.

Walau pun ia hanya di peringkat prima facie dan permulaan perbicaraan membela diri, kita bakal menyaksikan regim PH-DAP menggunakan keputusan itu to the fullest serta memutar belit keputusan mahkamah itu seolah-olah Najib Razak telah didapati bersalah.

Lebih banyak kenyataan akhbar daripada ahli-ahli politik terutamanya Lim Kit Siang DAP dan juga menteri-menteri PH yang fokusnya hanya tentang keputusan Mahkamah Tinggi itu. Malah, setiap ceramah di Tanjung Piai akan cakap mengenainya.
"Seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah,” kata Mahathir mengenai video semburit yang dikaitkan dengan Azmin Ali.
Begitu juga sepatutnya dengan Najib Razak yang akan membela diri tidak lama lagi. PH tidak boleh double standard dan hipokrit.

Tapi regim PH sangat memerlukan naratif politik ini untuk dijadikan diversion terhadap beberapa isu besar yang berlaku di PRK Tanjung Piai. Lebih-lebih lagi apabila DAP dilihat sengaja mahu menjatuhkan maruah calon parti Dr Mahathir di PRK Tanjung Piai.

Apakah calon parti Mahathir begitu low class dan dianggap tidak boleh menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama di Tanjung Piai?

Begitu hina dan tidak percayanya parti DAP terhadap calon PPBM hinggakan DAP mahu adakan set lain untuk jaga kaum Cina di parlimen itu. Timbalan Menteri DAP 'ikut pintu belakang' yang dilantik.
“Jika ada sebarang masalah, Liew mempunyai talian khusus terus kepada saya, menteri kewangan,” kata LGE DAP.
Ironi, apakah kabel menteri kewangan lebih baik daripada kabel perdana menteri kerana calon adalah dari parti Mahathir dan beliau sudah tentu ada kabel direct kepada Perdana Menteri?

Bila dituduh rasis, beliau marah. Kata bukan parti perkauman tapi kenapa LGE DAP hanya khusus kepada kaum Cina saja? Bagaimana dengan kaum India? Apakah undi kaum India tidak penting langsung di mata regim PH-DAP?

Realitinya, wakil rakyat mewakili semua kaum dan agama di dalam parlimen itu. Tiada 'extra kasih sayang' terhadap mana-mana kaum seperti yang cuba dimain-mainkan oleh puak DAP.

Pandailah wakil rakyat untuk mendekati pelbagai kaum di parlimennya dan melantik sendiri pembantu-pembantunya. Benar bahwa DAP telah memalukan calon parti Mahathir. Shame!

Akhirnya, kenapa DAP juga yang mainkan sentimen perkauman dan membeza-bezakan kaum?
https://novandri.blogspot.com/2019/11/terdesak-propaganda-jahat-dan-fitnah-di.html
Apa pun, maruah calon parti Mahathir tercalar dengan teruknya, bukan oleh parti lawan tapi parti dalam PH itu sendiri.

Dan dengan terdedahnya konflik pergeseran besar yang berlaku di antara PPBM dan puak-puak DAP seperti yang berlaku di Perak dan ketidakpuashatian ahli akar umbi DAP di Tanjung Piai, memang patut jika wakil rakyat Tanjung Piai bukan dari parti PH.

Wakil rakyat mesti yang mampu sebagai check and balance dan ada pengalaman luas bukannya yes man parti PH-DAP.

Ingat, undi itu rahsia.

Baca juga : https://novandri.blogspot.com/2019/11/terdesak-propaganda-jahat-dan-fitnah-di.html





15 comments:

  1. Tolak DAPig parti rasis melampau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ahli parti DAP berasa sedikit “tidak gembira” untuk berkempen - kata Kewayangan DAP.

      Nafi “rasa tidak gembira” di akar umbi DAP untuk turun berkempen - kata MB PH.

      Mana yg betul ni?

      Delete
    2. Khairy Jamaluddin membela bekas majikannya, Datuk Seri Najib Razak berhubung perintah bela diri membabitkan tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

      Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah masih memihak kepada Najib dan beliau hanya boleh dihukum selepas perbicaraan kepada semua pertuduhan itu selesai.

      “Walaupun dia diperintah untuk membela diri tidak bermaksud beliau didapati bersalah sehingga kes ini selesai,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

      Delete
  2. Saya diperlukan oleh Hakim untuk membela diri dalam kes SRC.

    Pilihan saya untuk membela diri ialah dengan memberi keterangan secara bersumpah di mana saya boleh disoal balas oleh pendakwaraya.

    Saya dan peguam-peguam saya juga diberikan peluang untuk memanggil saksi-saksi pembelaan buat kali pertama dalam kes SRC ini.

    Sehingga kini, hanya saksi-saksi pendakwa raya telah dipanggil dan kali ini saksi-saksi pembelaan akan diberi peluang untuk memberi gambaran sebenar dan membuktikan saya tidak bersalah.

    InsyaAllah.

    Inilah peluang untuk membersihkan nama saya tidak lama lagi di dalam mahkamah - Najib Razak

    ReplyDelete
  3. Umum tahu Najib sangat menyukai angka/nombor 11.

    Punyalah BENCInya puak2 ini kepada Najib sehingga nak umumkan Najib perlu membela diri pun mereka memilih nombor/tarikh yang disukai Najib 11 haribulan 11!

    Lebih memeningkan apabila MAIN ACTOR dalam kes ini Jolo masih belum lagi dibawa pulang oleh kerajaan DAP/PH! Bull shit!!! Sehingga kini mereka masih beretorik sahaja, dengan mengatakan Jolo sudah menjadi beruang, ayam, seladang, BABI dan sebagainya!

    ReplyDelete
  4. Ini kata Guan Eng

    "Sekiranya terdapat isu-isu yang dibangkitkan oleh mana-mana parti itu kerana kita mempunyai calon Melayu, terdapat pengundi Cina yang tua mengalami kesulitan dalam berkomunikasi dengannya (calon Melayu itu).

    “Jadi kami menawarkan bantuan untuk menghantar Ketua DAP Johor Liew Chin Tong," kata Guan Eng.

    Ayoyo apek DAP oii! Takkan itu kerja Timbalan Menteri! Mangkuk betul la Gone End!

    Pandai la calon cari pembantu2 dia yg boleh cakap Cina. Memang bangang Dapig ni!

    ReplyDelete
  5. High Court judge Justice Mohd Nazlan Mohd Ghazali (pic) will be presiding over the criminal cases of former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Najib’s name was seen on a cause list under criminal High Court 3 on the judiciary website, which is Justice Mohd Nazlan’s court.

    Justice Mohd Nazlan was recently transferred to the criminal court from the commercial division, taking over from previous judge Justice Datuk Mohd Sofian Abd Razak.

    This puts an end to speculation on who will be presiding over Najib’s case.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sekiranya pasukan penguambela minta untuk tukar hakim!

      Delete
    2. Eloklah kiranya hakim yang punyai rekod dan pengalaman menghakimi kes2 jenayah untuk mendengar kes ini?

      Delete
  6. Apa peranan anak cina Jolo dalam kes ini?

    Adakah dia agen DAP/PH dalam memerangkap Najib?

    ReplyDelete
  7. Akhir sekali jadilah KERAjaan Kartun dlm
    dongeng kanak2 masa depan.Idi Amin, Pol
    Pot versi sini DIKTATOR BAIK.Penjenayah
    mampu menukar wajah beruang, seladang
    boleh pula bersembunyi dlm lubang cacing
    Fasa pertama Badut2 sudah ketinggalan
    zaman terus menjadi watak2 Kartun.

    ReplyDelete
  8. Eloklah pihak peguambela minta tukar hakim untuk dapatkan hasil yang berlainan dalam fasa bela diri nanti?

    11 haribulan 11 suatu tarikh yang nombornya disukai Najib. Mereka yang bencikan Najib tahu berkenan perkara itu?

    ReplyDelete
  9. orang-orang melayu jangan jadi macam melayu pap masa zaman dahulu.
    untungnya sedikit tapi ruginya berganda-ganda.
    Hasil seperti PRU14

    ReplyDelete
  10. sejarah menunjukan madey kutty takkan pernah membiarkan musuhnya lepas bebas tanpa campur tangan yang memuaskan hati beliau
    kena pulak musuhnya ini (DS Najib Razak) adalah musuh yang sama disepakati dibenci tertinggi oleh CINA dapig/ cinamahababi

    Jadi tuan2 semua takkanlah nak pelik sangat dengan keputusan hakim pro madey ini?
    Kalau kes Anwar dulu mahkamah turut sama menjadi pot wayang usung tilam dan tanpa rasa malu dan keji madey boleh angkut jilat semula Anwar konon sebagai rakan kongsinya untuk tumbangkan DS Najib dan BN pula

    Itulah perangai 'hebat' madey si anak kutty.
    Sejarah sebagai pembelajaran dan pengajaran malangnya org Melayu dan Najib sendiri tak mahu belajar dengan sejarah. Madey bukan sebarang mamak.

    Wallahulam

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'hebat' madey a/l kutty gunakan UGUTAN dan paksaan setelah mendiang I.S.A
      dikuburkan BN.Balas DENDAM dgn dipedajai
      musuh2nya.Kita tengok berapa lama dia
      boleh bertahan.

      Delete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini juga tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.