Thursday, November 07, 2019

PRK Tanjung Piai : Kesihan Dianiaya Kerajaan PH

Kita simpati dengan penganiayaan ke atas rakyat seperti para nelayan.


4/11/19 - 800 nelayan di parlimen Tanjung Piai kecewa apabila wang bantuan yang mereka terima sebelum ini masih belum diterima sehingga kini.

https://malaysiagazette.com/2019/11/04/nelayan-tanjung-piai-kecewa-wang-saguhati-tidak-diterima-sejak-zaman-ph/

Kerajaan PH telah berjanji beberapa kali!

Benar....beberapa kali dan nelayan sepatutnya terima wang itu pada awal Ramadan 2018!

Tapi seperti yang kita sedia maklum dengan Sindrom PHinocchio, janji itu palsu belaka. Para nelayan jadi mangsa penipuan, teraniaya dan dizalimi oleh PH.

Bukan berbohong saja tapi wang bantuan dan insentif lain juga telah dipotong oleh kerajaan PH tanpa belas kasihan. Sebelum ini para nelayan menerima RM2,000 daripada kerajaan BN negeri.

Kerajaan PH memang tidak berhati perut langsung!

Tiba-tiba ....

5/11/19 - Nelayan di kawasan Johor Selatan termasuk Tanjung Piai akan menerima bantuan khas sebanyak RM1,000 bermula minggu depan, kata Menteri Besar PH negeri.

5/11/19 - Tetiba Salahuddin Yahya dakwa MOA 'telah sediakan peruntukan tambahan".

Setelah insentif dipotong, lebih setahun lamanya menunggu serta dianiaya dan beberapa kali janji palsu oleh kerajaan PH, tiba-tiba Menteri Besar dan Menteri PH tunjuk 'prihatin'.

Itu pun sebab ada PRK Tanjung Piai dan 'tiba-tiba' ini nampak lebih untuk mengumpan undi.

Kita harap para nelayan dan pengundi-pengundi PRK Tanjung Piai tidak lagi termakan umpan PH.

Ambil apa juga peruntukan yang telah dan akan diberikan kerana itu duit rakyat. Tapi jangan undi calon PH-DAP.

Bagi signal dan ajar sikit PH ini supaya tunaikan janji dan jangan sesekali Touch and Go rakyat bila perlu saja. Tidak perlu bimbang kerana undi itu rahsia.

Satu lagi, Salahuddin PH buat walkabout pada 5/11/19 (Isnin) di hari kerja dan semasa parlimen bersidang. Bukankah itu melanggar peraturan SPR kerana SPR telah menetapkan ahli kabinet tidak boleh berkempen pada hari kerja?


Sebelum ini Salahuddin juga dikaitkan dengan beberapa isu yang dilihat telah melanggar peraturan pilihanraya. Apakah tindakan SPR?

Macam kita sudah tahu jawapannya!


Dan di manakah hilangnya puak BERSIH dan NGO lain yang sebelum ini begitu lantang kritik perjalanan pilihanraya?

Baca seterusnya : 2 kenyataan rasis dan perkauman.







13 comments:

  1. Memang jilake la PH ni! Nampak sangat munafik & hipokrit depa ni! ptuiiihhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senarai pertuduhan terhadap pemimpin PH yang digugurkan Tommy Thomas

      Pagi tadi mahkamah membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk menggugurkan dua pertuduhan terhadap ADUN DAP Seremban Jaya, P Gunasekaran berhubung kes LTTE.

      Ini bukan pertama kali pendakwaan terhadap pemimpin PH digugurkan semenjak Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara:

      1. Kes rasuah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo digugurkan pada 3 September 2018.

      2. Kes hasutan Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Karim. Tiga pertuduhan berhubung kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor telah digugurkan pada pada 26 Julai 2018. Beliau juga merupakan bekas Pengerusi PKR Johor.

      3. Kes perhimpunan haram Ahli Parlimen DAP Kampar, Thomas Su Keong Siong. Pertuduhan berhubung menganjur perhimpunan haram telah digugurkan pada 27 Julai 2018. Beliau juga merupakan Anggota Jawatankuasa DAP Pusat.

      4. Kes perhimpunan haram Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria. Pertuduhan berhubung menganjur perhimpunan haram telah digugurkan pada 27 Julai 2018.

      5. Kes hasutan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (PKR), R Sivarasa. Pertuduhan berhubung ucapan menghasut dalam himpunan Kita Lawan telah digugurkan pada 30 Jun 2018.

      6. Kes hasutan bekas Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran. Pertuduhan berhubung hasutan dalam kes liwat II Anwar Ibrahim digugurkan pada 27 Ogos 2018. Beliau juga merupakan bekas Naib Presiden PKR.

      Selain daripada pemimpin PH, kes yang melibatkan individu pro-PH turut digugurkan:

      1. Kes isyarat lucah Siti Kasim. Pertuduhan berhubung menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton di forum RUU355 digugurkan pada 11 Februari 2019. Siti Karim akrab dengan Tommy.

      2. Kes hasutan kartunis Zunar (Zulkiflee SM Anwar Ulhaque). Sembilan pertuduhan berhubung hasutan melalui laman twitter miliknya digugurkan pada 30 Jun 2018.

      3. Kes penghinaan anggota PKR, Ratu Naga (Syarul Ema Rena). Pertuduhan berhubung penghinaan terhadap Najib Razak-Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) digugurkan pada 25 Julai 2018. Beliau pernah bertanding calon MPP PKR tahun lepas.

      Ulasan kami:

      1. Kes LTTE, DAP menghentam pihak polis salah guna Sosma dan mahu tahanan dibicarakan. Apabila mahu dibicarakan, AG terus batalkan pertuduhan. NAMPAK GAME MEREKA ????

      2. Zaman Malaysia Baharu adalah zaman korupsi kuasa paling teruk. Lantikan-lantikan jawatan profesional utama adalah datang daripada kalangan ahli politik dan kroni politik.

      Delete
  2. ENTAH LAH. KALAU PHaprak NI BOLE MENANG KAT TANJUNG PIAI?? MEMANG PATUT KALAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikkk.....Beersih buat kenyataan aja. Apsal tak buat demo guling2 mcm dulu? Dah kenyang makan dedak ka?? kakakakakaka..


      Badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 kecewa dengan parti yang memerintah menyalahgunakan sumber kerajaan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang sedang berlangsung.

      Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan berkata perbuatan memancing undi dengan wang pembayar cukai bagi memenangi pilihan raya jelas tidak beretika.

      “Bersih 2.0 ingin lahirkan rasa kecewa kami dengan perlakuan kerajaan PH yang menyalahgunakan sumber kerajaan semasa PRK Tanjung Piai.

      “Percubaan memancing undi nelayan tidak bertentangan dengan undang-undang sedia ada tetapi ia jelas sekali tidak beretika untuk parti politik menggunakan duit pembayar cukai bagi memenangi pilihan raya,” katanya hari ini.

      Menurutnya, sebarang peruntukan atau bantuan perlu diberi selepas pilihan rata kecil tamat bagi memastikan kesemua parti bertanding secara adil.

      “Kami sedia maklum bahawa tugas kerajaan perlu terus berjalan semasa pilihan raya kecil, namun untuk kawasan yang sedang dipertandingkan, sebarang pengumuman atau pemberian dan peruntukan perlu dihentikan.

      “Sebaik sahaja kerusi tersebut diisytiharkan kosong hentikan peruntukan atau beri selepas berakhirnya PRK bagi memastikan padang permainan yang sama rata,” katanya.

      Kenyataan tersebut menyentuh beberapa pengumuman dibuat menteri dan menteri besar termasuk pengumuman bantuan khas kepada nelayan, semalam.

      “Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal umum bantuan khas kepada 1,513 nelayan di Johor termasuk 544 di Tanjung Piai sebanyak RM1,000 bermula minggu depan.

      “Beberapa menteri kerajaan persekutuan turut mengumumkan peruntukan wang tunai semasa lawatan mereka ke Tanjung Piai, sebelum dan semasa tempoh berkempen.

      Delete
  3. KERAjaan PANDIR adale.Buat statesman syok sendiri."saya ada pengalaman,masih
    Calun terbaik tadbir negara ini" nak lingkop negara masih terbaik konon.
    SATU lagi gila buat seminar Last2 duit zakat nak di rompak sakan.
    Seko lagi marah kerajaan sarawak nak bayor hutang ptptn. Yg janji nak ujudkan
    1 juta jawatan kosong siapa?
    Calun prk pula Suruh tanam sayur, semua ke longkang JAWABNYA.

    ReplyDelete
  4. SPR telah menetapkan ahli kabinet tidak boleh berkempen pada hari kerja!

    SPR sebagaimana SPRM dah jadi macam TAIK, BUSUK dan MEMBUSUKKAN!

    ReplyDelete
  5. Habislah anak2 Malaysia yang kini berada dibangku2 sekolah rendah dan menengah, mereka bakal jadi PENIPU2 besar dalam tahun2 mendatang kerana berMENTERIkan seorang kaki PENIPU!!! Idola mereka seorang KAKI PENIPU?

    Rakyat nak tanya bila menteri pendidikan nak hapus tol simpang renggam, dah nak masuk 2 tahun dah ni?

    Kesian tengok muka2 PENIPU BESAR ini!!! Mereka dibayar gaji ratusan ribu sebulan?


    ReplyDelete
  6. Kesian para penoreh getah dikala musim tengkujuh ni, dah seminggu tak gi noreh getah. Tak menoreh bermakna takde income, yiiiilekkk! Tiada lagi bantuan dan intiative!

    Dulu boleh juga makan nasi dengan ikan masin belanak atau sambal ikan bilis. La ni dah tak mampu lagi sebab bende2 tu semua dah mahai sangat!

    Ada menteri pun semua tak guna, kaki PENIPU, duduk opis goyang kaki, cukup bulan terima gaji elaun ratusan ribu ringgit. Tengok muka mereka2 ni sorang2 memang macam GAMPANG!

    ReplyDelete
  7. SPR, SPRM, AG dah jadi macam TOSAI BASI?

    Sudah busuk dan mambusukkan, sebusuk TAIK BABI!

    ReplyDelete
  8. Betul ke disebalik DAP ada komunis dan penganas2 LTTE?

    Patut la parti ini telah melahirkan ramai extrimist2 dan RASIS2 di Tanah Melayu?

    Tanya je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu pertanyaan yang tepat sekali.
      Semenjak bila agaknya ia mula berlaku
      Ada satu parti melayu membisu saja penyakit apa agaknya.

      Delete
  9. moh kita UP sket blogger bodoh Bersatu sofi wahab

    mutaligat.blogspot.com

    blogger bodoss renta jugak situ bole la nak berhujah panjang dan berpantontaton skli...

    KU SANGKA KAN TANJUNG PIAI PANAS MENCANAK
    PANAS LAGI RUPENYE YEOP OOII DI NEGERI PERAK.!
    TG PIAI BN GERENTI MENANG MOH KITE KE PERAK PULAK
    MOH MENGKOMER YEOP&YONG WAYANG SEMBURIT TGGU MASE KOYAK RABAK

    KIKIKIKI..

    MB PERAK BUKA GELANGGANG BERGOMOI
    PERANG SAUDARA TAK DAPAT NAK DIELAK
    HAAH TEPUK BIO PADU PADAT YEOP OOI.!
    SAPA MELINGKUP DOLU KITA PAKAT GELAK


    KIKIKIKIKI..

    #BMFOKEYY

    ReplyDelete
  10. Nasihat saya kepada pengundi melayu, jangan jadi
    seperti melayu PAP semasa dahulu. LIHAT apa yang
    mereka dapat, ini satu kenyataan yang nyata bukan
    bermaksud untuk menghasut. TIADAnya untung tapi ruginya
    berganda2. Fikir2 lah.

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini juga tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.