Thursday, February 20, 2020

The Truth ! Tabung Haji Disabotaj?

Mujahid Yusof Rawa, Menteri Agama PH telah membuat satu tuduhan melulu apabila mendakwa isu Tabung Haji menjadi bahan murahan kelompok tertentu dan kononnya kelompok ini miss out banyak perkara.


Realitinya, beliau dan pegawai socmed TH yang carca marba dan miss out perkara asas tentang Tabung Haji! Contoh mudah ialah infografik TH ini.

Sebelum dipersoalkan
TH padam dan tukar

Infografik yang diubah suai ini adalah di antara persoalan besar yang hangat diperkatakan di dalam media sosial hari ini.

Pada awalnya, apabila isu Tabung Haji dan 4 hotel TH hangat diperkatakan, tiada kenyataan rasmi oleh Menteri Agama. Sebaliknya, beliau hanya rujuk blog cikai tidak bernama! Tapi setelah dikritik hebat, Menteri Agama padam entri FB itu. Blog cikai itu pun ubah suai artikelnya.


Terbaru, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) mendakwa jumlah "aset Tabung Haji menunjukkan penambahan dengan melebihi liabiliti pada jumlah RM2.3 bilion".
Persoalannya, bagaimana 'aset menunjukkan penambahan" padahal 29 aset hartanah dan satu aset tidak tersenarai milik TH telah dibagi kepada anak syarikat Kementerian Kewangan?
Apakah Tabung Haji ada lagi membeli aset sejak PH-DAP menjadi kerajaan?
Menteri Agama dan kerajaan PH-DAP pula semakin teruk dikecam apabila alasan 'aset PH rugi maka perlu dijual @ tukar milik' telah dibuktikan tidak benar! Blog yang dirujuk oleh Menteri Agama mendakwa hotel-hotel ini rugi selama 5 tahun adalah fake news belaka!

Sila baca:
1. Semakan dari rekod SSM mendapati semua hotel-hotel itu merekodkan keuntungan pada masa BN.


Cuma untuk tahun 2018 selepas PH ambil alih, syarikat utama TH Hotel & Residence Sdn Bhd mengalami kerugian RM5 juta akibat Hotel TH Kuching telah siap dan sepatutnya dibuka tahun 2018 tetapi masih belum bermula operasi untuk menjana pendapatan bagi Tabung Haji. Ini jelas satu pembaziran duit Tabung Haji.
2. Hotel TH Alor Setar (untung selepas cukai RM148,265)
3. Semakan ke atas prestasi TH Hotel & Convention Centre Terengganu di Kuala Nerus dan mendapati bahawa ia telah mencatatkan keuntungan (selepas cukai) pada tiap-tiap tahun. Rekodnya seperti berikut : 
2014 379.1 ribu
2015 706.9 ribu
2016 738.9 ribu
2017 1.716 juta
2018 1.025 juta
4. Untung bersih TH :

2017 - RM3,412 juta
2016 - RM2,486 juta
2015 - RM3,536 juta
2014 - RM2,979 juta


Jelas bahwa PH-DAP telah membohongi rakyat terutamanya umat Islam di negara ini dan bercanggah dengan tujuan pemulihan!

Kita baca juga penjelasan ini :
a) Bail-out bermaksud memberi bantuan kewangan kepada syarikat yang mengalami masalah. Jadi adakah Tabung Haji (TH) menerima sebarang bantuan kewangan dari kerajaan?
Jawapannya TIDAK.
(b) Kenapa tidak? Bukankah TH diberikan Sukuk (dokumen hutang) untuk mengimbangkan catatan akaunnya?
Sukuk yang diberikan adalah sukuk bertempoh matang 7 tahun dan sukuk 10 tahun.
Secara mudahnya, TH pindahkan aset (jual aset berasaskan prinsip ‘true sale’) yang kononnya dikatakan tidak berdaya maju kepada SPV (Urus Harta Sdn Bhd-UJSB), dengannya TH terima sukuk (kertas/dokumen hutang).
(c) Bila Tabung haji akan terima pembayarannya?
Selepas 7 tahun dan 10 tahun dan itu pun TIADA JAMINAN yang TH boleh terima pembayarannya atas sebab Sukuk itu TIDAK DIJAMIN KERAJAAN (Non-Guarantee Sukuk) .
Amalan biasa dalam audit, jika Sukuk/Bond dikeluarkan oleh SPV tanpa dijamin oleh Syarikat Induk, maka nilai Sukuk tersebut sukar dipastikan nilainya dan jika nilainya sukar untuk dipastikan, pembayaran baliknya juga sukar untuk kita pastikan!
(d) Berkenaan jumlah kerugian ekuiti bernilai RM4.2bilion itu, jika ada pihak yang hendak dipersalahkan, Kerajaan PH sekaranglah harus dipertanggungjawabkan!
Kejatuhan nilai ekuiti banyak disebabkan dasar kerajaan PH sekarang ini. Sebagai contoh selepas PRU14 :
(i) Harga saham IJM jatuh hampir 40%.
(ii) Harga saham Pintaras Jaya jatuh hampir 35%
(e) Tentang masalah yang dibangkitkan oleh auditor bahawa TH mengubah nilai ambang:
Satu perkara yang kita kena tahu , mengikut standard perakaunan catatan rosot nilai (impairment value) perlu dilaksanakan. Walaubagaimanapun bagaimana dilaksanakan tidak ditetapkan secara objektif.
Pengurusan lama mungkin mempunyai sebab tersendiri dan mungkin juga dilakukan untuk melindungi kepentingan pendeposit dan pelabur. (Isu ini boleh diperbahaskan baik buruknya, namun tidak sampai menjadi satu kesalahan jenayah) - sumber
Tabung Haji di bawah kerajaan PH-DAP batal projek kediaman yang sepatutnya dimajukan oleh TH Properties sebab jual tanah TRX itu. Peluang Tabung Haji untuk mengaut keuntungan tinggi terlepas begitu sahaja sedangkan syarikat swasta WCT (di sebelah tanah milik TH) akan mengaut keuntungan besar dari projek RM1.1 bilion mereka!

Tabung Haji rugi teruk apabila pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia semasa kerajaan PH-DAP.

Sila baca penjelasan ini:
14 Disember 2018, media bisness melaporkan bahawa para pelabur telah sebar satu senarai dengan saham-saham yang dimilik TH supaya mereka senang untuk menjual secara lambak.

Oleh itu, semua pelabur pun jual saham-saham tersebut dan menyebabkan harga saham dan nilai aset TH terus jatuh sebelum TH ada peluang untuk jual.

Sampai masa TH jual, nilai saham mereka sudah jatuh teruk kerana semua pelabur-pelabur lain sudah jual sebelum TH jual.

TH mengalami kejatuhan nilai paling teruk untuk bulan Disember 2018 sehingga defisit TH melonjak menjadi RM10.9 bilion pada akhir tahun 2018 dan terus turun lagi pada suku pertama tahun 2019 dalam keadaan pasaran saham kita yang menjadi paling corot dalam dunia.

Oleh itu, defisit RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017 yang PH tuduh kerajaan BN terlebih bayar dividen menjadi defisit yang memerlukan kerajaan PH memerlukan RM17.8 bilion untuk 'bail-out'.

Bukan itu sahaja, pencarum TH juga menarik diri akibat propaganda PH apabila jumlah nilai caruman jatuh RM500 juta dari RM76 bilion kepada RM75.5 bilion pada suku ke-4 TH.

Ini memaksa TH untuk menjual lagi saham bago menebus caruman yang ditarik keluar walaupun dalam pasaran saham paling corot dalam dunia dan nilai saham TH sudah menjunam.

Semuanya itu disebabkan oleh propaganda PH pada suku ke-4 tahun 2018 untuk menyerang BN telah memakan diri dan akhirnya membawa kemusnahan kepada TH.

Tetapi PH akan salahkan BN juga untuk 'bail-out' RM17.8 bilion ini walaupun ianya jelas adalah angkara dan propaganda tidak cerdik mereka.
Bukankah itu sabotaj namanya?

Semasa kerajaan BN :
a. Hibah dan Bonus TH pada kadar purata 6.97% sepanjang tempoh 2010 hingga 2017.

b. Menaikkan aset Tabung Haji dalam tempoh DS Najib Razak menjadi PM dari RM20.8 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM75 bilion pada akhir tahun 2017

c. Tidak pernah menaikkan kos Haji atau tarik subsidi Haji sepanjang masa Najib jadi PM.

d. Menaikkan kuota Haji tahunan dengan kuota tambahan 10,000.secara konsisten (tidak lagi diberi kepada kerajaan PH)

e. Meningkatkan jumlah keluasan ladang milik TH Plantations dari 18,000 hektar pada akhir 2006 ke 102,000 hektar pada 2017 (PH menjual 76.2%.).

f. Menubuhkan dan membina hotel-hotel TH di area strategik pada tahun 2013.

g. Membina kompleks canggih dan modern Tabung Haji KLIA yang luasnya 6.4 hektar yang telah bermula operasi pada awal tahun 2018.
TH di bawah kerajaan PH semakin teruk.Lihat di bawah :
a. Hibah 1.25% iaitu paling rendah dalam sejarah.

b. Naikkan defisit Tabung Haji dari kononnya RM4.1b kepada RM17.8b setelah pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia.

c. Jual ladang-ladang dan hotel-hotel milik TH.

d. Pindahkan aset bernilai RM19.9 bilion Tabung Haji kepada Kementerian Kewangan.

e. Merancang untuk tarik subsidi Haji.
PH-DAP juga menabur fitnah kononnya BN melakukan pelbagai penyelewengan atau rompakan wang Tabung Haji tapi tidak ada seorang ahli politik BN pun pernah didakwa atas kesalahan berkait Tabung Haji dalam tempoh 21 bulan sejak PRU14.

Dengan segala tuduhan salah-laku, skandal ataupun penyelewengan yang didakwa oleh PH-DAP selama ini, mereka tidak mahu pula menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI).

Kita sudah nampak plot jahat ini dan PH-DAP tidak boleh dibiarkan merosakkan Tabung Haji dan ekonomi negara begitu sahaja. Bila mahu tarik subsidi menunaikan Haji?




28 comments:

  1. Hak rakyat' pendeposit tabung haji ditipu Menteri Agama

    ! FAKTA...!! TH Hotel T’ganu Untung, Apa Sepatutnya Menteri Agama Buat..Mujahit sila jawab..!?

    TH Hotel T’ganu untung, wajib kekal bawah TH


    Semakan ke atas prestasi TH Hotel & Convention Centre Terengganu di Kuala Nerus dan mendapati bahawa ia telah mencatatkan keuntungan (selepas cukai) pada tiap-tiap tahun. Rekodnya seperti berikut:

    2014 RM379.1 ribu
    2015 RM706.9 ribu
    2016 RM738.9 ribu
    2017 RM1.716 juta
    2018 RM1.025 juta

    Sehubungan itu, soalan yang perlu segera dijawab oleh pihak pengurusan Tabung Haji (TH) ialah mengapa sebuah hotel yang telah mencatatkan keuntungan perlu diserahkan kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV).


    Tidakkah ini bercanggah dengan tujuan pemulihan?

    ReplyDelete
  2. Menarik! Semoga rakyat sedar dgn pembohongan puak ph.

    ReplyDelete
  3. Dulu sebelum PRU14 menteri2 hancing bacin kuat MENIPU dan MEMFITNAH, mereka kelihatan sangat hebat, setelah diberi peluang selama ratusan hari mereka gagal sama sekali mentadbir!

    Sebuah RCI perlu segera ditubuhkan untuk menyiasat dengan teliti apa yang sebenarnya berlaku! Tiada siapa yang rugi! Kalau buat audit2 by Prime rumah cooper ke, Estern & Tua ke atau apa2 ke, hasil audit tak laku dalam mahkamah? Eloklah ditubuhkan RCI dengan segera SEBELUM KEADAAN MENJADI BERTAMBAH PARAH!!!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Uuikkk.....gila ka apa nak tubuh RCI!!

      Habis terbongkar fitnah & penipuan puak PH DAP ni.

      Delete
  4. Sebab tu la menteri2 hancing bacin ni kena bijak, jangan nanti rakyat kata ROTI JOHN la, Mr Bean la, bengap la, sengal la, mangkuk ayun la, menteri ikan kembong la, hanya mampu jadi KHADAM DAP? Sangat memalukan!

    ReplyDelete
  5. oitttt ...nak tunggu pengumuman dividen dulu...dividen th tau...bukan dividen ala2 pak man teloooooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa la pulak...duluuuuu...musang2 jibon penuh di lembaga pengarah TH..lubuk duit....paling lelucu tahap gaban...musang ajih tu siap tulih dlm web TH..pemegang masters....kah kah kah....

      Delete
  6. Dah parah Malaysia ni, jelas-jelas anggota kerajaan sekarang menjarah dan melapah kewangan dan aset negara, dicuri dan dibahagikan kepada entah siapa. Belum lagi dengan mereka sengaja menambahkan hutang negara, membebankan rakyat dengan cukai yang ditambah, menarik kemudahan dan kebajikan rakyat satu demi satu.

    Penyamun dan perompak dah jelas-jelas mencuri satu Malaysia, rakyat tak boleh nak buat apa. Polis dan kehakiman cuma jadi orang suruhan kerajaan sekarang. Menteri menipu dengan muka tak malu jadi perkara biasa, rakyat menyoal di media sosial terus ditangkap dan dibicara.

    Ni memang bala dah, tak sampai 1 penggal, tak sampai PRU15, rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu hancur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa merompak atau menyamun(kununnya)....boleh lawan zaman najib songlap duit rakyat ka...

      Delete
    2. Barua penjilat pakatan macam kau boleh mampos, benda yang kau tuduh orang, benda tu yang kerajaan pakatan lakukan berkali ganda!

      Benda yang korang claim dan janji, benda tu yang korang tak buat dan mungkiri!

      Rakyat tak bodoh macam kau lah!

      Delete
  7. Buat2 lupa kot dulu alergi ngan istilah
    BUMIPUTERA habis dimusnahkan. La ni phobia pula sama ISLAM nak HANCURKAN juga. Almaklumlah tugas yang belum selesai. Nanti MAMPUIH mata pasti TERBELIAK. Suatu permainan saikoloji nak
    pula besok ada kah takdak sinar mentari.

    ReplyDelete
  8. Tipah Koyak kena hold benda ni.. Siasat kenapa harga jualan tanah sawit murah dan dinilai lain macam..

    Juga hotel, kalu UNTUNG kenapa nak Jual??? ada unsur pentyelewengan.. Tangkap jika ada bukti.. tak kira Menteri pegawai atau siapa sahaja ..Batal urus niaga..tengok atok pun dah merapu dah..

    Ada berani??

    Benda mcm ni NUAR-NAJIB-MADEY kena bersatu ketepikan politik dan dendam peribadi, DAP-MCA-MIC bersatu untuk sekolah perkauman.. kenapa Islam tak bersatu ?

    ReplyDelete
  9. Menteri yang menjaga TH patut kena ada sedikit ilmu berkenaan ekonomi, perniagaan dan good governance practice, barulah ada umppp!

    Otak tu kena la berpusing LIGAT sedikit? kena precise, kena ada in-depth analysis attitude, tolak campur congak2 semua dalam kepala, baru sesuai dengan nama menteri!

    Kalau setakat satu standard dengan ROTI JOHN siapa2 pun boleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://photos.app.goo.gl/63ej8ne5chmAqkDM6

      Delete
  10. AGONG KAN ADA?

    Agak2nya apa sudah jadi dengan walaaun penyokong pakatan hancing bacin yang dahulu pernah menulis # diatas?


    ReplyDelete
  11. Gempar news terkini pagi ini menjelang malam nanti untuk Mesyuarat Majlis Presiden

    40 DARI 50 MP PKR SOKONG ANWAR

    Berita diterima, 40 dari 50 MP Keadilan telah menandatangani SD menyokong DSAI. Manakala, seorang MP belum menandatangi menyokong mana-mana pihak . Ertinya, kartel hanya mendapat sokongan 9 MP sahaja.

    BERITA DARI MALAYSIAKINI

    Ketua whip PKR di parlimen, Johari Abdul, berkata beliau memulakan inisiatif bagi akuan berkanun (SD) berbunyi: "(Saya) menyokong Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh dan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelapan."

    ReplyDelete
  12. sementara ada waktu lagiiii..

    satu untuk kau satu untuk aku..
    dua untuk parti kau dua untuk parti aku...
    tiga untuk anak kau tiga untuk anak aku..
    empat untuk cucu kau empat untuk cucu aku
    GLC untuk aku Menteri jadi barua aku..
    Ladang TH untuk aku menteri jadi barua aku..
    Hotel untuk aku.. kau jadi barua aku...
    Babi untuk kau babi untuk barua aku...

    Sementara ada waktu kini..

    Sedang bertiup kencang bahawa perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bakal menerima tekanan ala halalintar supaya melepaskan jawatannya dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang akan diadakan pada *Khamis atau Jumaat* depan.

    Sementara ada waktu ini...

    Sumber dari PH sendiri memberitahu sebuah akhbar bahasa Inggeris utama di Malaysia bahawa "suatu yang sangat besar akan berlaku tak lama lagi".

    sementara ada waktu otai reformis beri kata dua pada Tun

    KALAU JANJI ATOK DNG BAKAL PM KE 8 DI CAPATI
    OTAI REFORMIS SIAP SEDIA BUKA BAJU GULING2 NANTI
    20 TAUN OTAI SEDIA GULING2 DI JALAN LAGI SKLI
    BIAR TELOR DAH KECUT, DAH LABUH OTAI TETAP GULING GILA BABI..!!

    sementara ada waktu hari ini...!!

    Lepas ni banyak lah telor telor kecut dan telo labuh dan telo kendur dari otai reformasi (maklum lah dah 20 tahun berlalu mau tak labuh telo menunggu nok jadi PM..) acara guling guling jalanraya

    sementara ada waktu saat ini...

    Rakyat jelata yang lokos dikencing hancing siang malam boleh lah sediakan pop corn tambah sambil tepok tangan..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tulisan ni, tahniah!

      Hapir 2 tahun barisan PENIPU2 memfaraidkan khazanah negara kepada kaum kerabat dan kroni. Rasa2nya suadah amat memadai!

      Toyol2 pula sedang bekerja keras siang dan malam merompak aset2 TH dan segalanya!

      Harap penyokong pakatan hancing bacin sudah mula sedar dengan apa yang berlaku! Tak usah seronok sangat lah dengan pemberian RM30 dedak basi pemberian sang PENIPU!

      Delete
  13. Jangan terlalu ghairah nak peragakan
    SELUAR dalam (SD) yg pelbagai corak dan
    warna nanti termalu sendiri tertera
    PERKATAAN"HAK MILIK KERAJAAN" malu
    weeii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadoiim.hebat mat det....semua pemimpin PH serah pada dia nak letak jawatan bila...mat det pastikan jibon..mem..merwput dlm penjara dulu sebelum letak jawatan...keh keh keh

      Delete
    2. kih... kih... kih ternyata pencabar pun
      HANYALAH kotak kosong, takdak teloq
      berani berkokok kat luar. REFOBASI jadi
      Tak berguling-guling?
      Ada kuasa boleh lah belagak dah tergolek dalam lubang kubur baru tau...
      oiiittt...

      Delete
  14. Peralihan Kuasa Terpulang Pada Mahathir - Jangan Meroyan Geng Bang Non.. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oitttt...check mate...atuq lain buah catur...tukaq pemain lain la..mat sabu ka..wan jijah ka..guan engka...kih kih kih

      Delete
  15. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete
  16. SAYA MENGHARGAI ANDA SEMUA DI HALAMAN INI
    INI ADALAH CERITAKU

    Saya MURNI SANTI, wanita Aa, ibu, saudara perempuan dan teman dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang MANAJER ESTATE NYATA dan saya telah mengalami banyak tekanan keuangan baru-baru ini, tidak ada yang mau meminjam uang kepada kami untuk menyelesaikan proyek komersial kami yang telah dalam konstruksi beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa perusahaan pinjaman palsu yang mengklaim sejumlah besar uang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.

    Saya merasa frustrasi, suami saya mencoba yang terbaik dan membantu, saya akan bunuh diri karena rasa sakit, itu terlalu berat untuk ditanggung dan saya kehilangan semua harapan, sampai saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN HUTAN GLOBAL sebuah perusahaan pinjaman yang disponsori oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman dan menghubungi perusahaan, petugas pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan mengatakan kepada saya tidak khawatir bahwa perusahaan akan meminjamkan uang kepada saya, bahkan ketika jumlah yang saya butuhkan sangat besar, dan semua yang saya bisa berikan kepada mereka persyaratan yang merupakan informasi pribadi, yang saya lakukan.

    Saya telah melalui semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan uang yang saya minta setelah mengkonfirmasi saya memenuhi syarat untuk pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman dimasukkan ke dalam akun saya dan saya mengkonfirmasinya .. Kami perusahaan kembali secara finansial dan keluarga saya baik-baik saja, ini membuat hidup saya lebih baik, saya berterima kasih kepada Allah dan kepada SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI KU
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Saya MENJADI ANDA SEMUA PADA HALAMAN INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, Aa wanita, ibu, saudara perempuan dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGELUARAN ESTATE REAL dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tiada siapa yang mahu meminjam wang untuk melengkapkan projek komersial kami telah dalam pembinaan beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang mendakwa sejumlah besar wang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik-baiknya dan membantu, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak untuk menanggung dan saya kehilangan semua harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA GANTI PELANGGAN GLOBAL syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang sebenarnya memberi saya harapan dan memberitahu saya tidak bimbang bahawa syarikat itu akan meminjamkan saya wang, walaupun jumlah yang saya perlukan adalah besar, dan saya dapat memberi mereka keperluan yang ada beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya pergi melalui semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan wang yang saya minta selepas telah mengesahkan saya layak untuk pinjaman, saya diminta menunggu, untuk mengejutkan saya yang paling besar pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya melakukannya dengan baik, ini menjadikan kehidupan saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada SEMUA JUTA PELAYAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI AKU
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete
  18. Saya MENJADI ANDA SEMUA PADA HALAMAN INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, Aa wanita, ibu, saudara perempuan dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGELUARAN ESTATE REAL dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tiada siapa yang mahu meminjam wang untuk melengkapkan projek komersial kami telah dalam pembinaan beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang mendakwa sejumlah besar wang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik-baiknya dan membantu, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak untuk menanggung dan saya kehilangan semua harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA GANTI PELANGGAN GLOBAL syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang sebenarnya memberi saya harapan dan memberitahu saya tidak bimbang bahawa syarikat itu akan meminjamkan saya wang, walaupun jumlah yang saya perlukan adalah besar, dan saya dapat memberi mereka keperluan yang ada beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya pergi melalui semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan wang yang saya minta selepas telah mengesahkan saya layak untuk pinjaman, saya diminta menunggu, untuk mengejutkan saya yang paling besar pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya melakukannya dengan baik, ini menjadikan kehidupan saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada SEMUA JUTA PELAYAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI AKU
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete
  19. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini juga tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.