TERBARU !

Wednesday, January 13, 2021

PRU 15 Secepat Mungkin Dan Darurat Covid-19

Sebenarnya, UMNO telah bagi satu kenyataan yang sangat jelas tentang tempoh PRU 15 dan di putar belit oleh sesetengah portal.


MKT UMNO minta PRU15 secepat yang mungkin TAPI 'tertakluk kepada keadaan Covid-19'. Maksudnya, tiada PRU 15 jika kes covid-19 masih tinggi, zon-zon merah masih banyak di seluruh negara dan lockdown.


Its crazy, suicidal and cannot be supported at all if anyone insist for PRU15 especially when covid-19 cases are surging. Meanwhile, hospitals and covid-19 centres are nearing its limit!

Yang kedengaran sekarang ialah seolah-olah UMNO tidak berhati perut dan tidak bertanggungjawab kerana 'paksa juga di adakan PRU15'. Berita ini yang sedang di spin oleh media pro-PH terutamanya M'Kini untuk membangkitkan rasa marah rakyat terhadap UMNO.

Kalau mereka yang hanya baca tajuk berita sahaja tentu akan melompat dan marah. Yang tidak mahu selidik sama ada berita itu benar atau salah pun akan melompat.

Jadi, keputusan UMNO pasal PRU15 itu 'tertakluk kepada keadaan covid-19'.

Dalam masa yang sama, sebagai seorang doktor perubatan dan terlibat secara langsung di dalam screening covid-19, penulis ingin tahu sama ada proklamasi darurat  yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini akan dapat menambah baik struktur kesihatan negara menangani wabak Covid-19 atau tidak.

Yang pasti, apa saja cara untuk memutuskan rantaian wabak covid-19 memang patut diusahakan. SOP mesti dipatuhi lebih-lebih lagi kenaikan kes covid-19 adalah senario global bukan di Malaysia sahaja.

Realitinya, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia sudah menghampiri kapasiti di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) dan hospital yang diwartakan untuk merawat pesakit pandemik ini. Terbaru, ketika ini kes aktif mencecah 22,089 manakala kapasiti untuk rawatan pesakit adalah 23,000.

Kita berdoa agar jumlah kes yang sembuh melebihi kes baharu setiap hari. Tetapi dengan kenaikan kes baharu covid-19 yang mencecah lebih 2,000 orang setiap hari, PKRC dan hospital kerajaan mungkin tidak mampu lagi untuk menguruskan pandemik covid-19 tanpa bantuan pihak perubatan swasta termasuk hospital2 swasta dan klinik2 swasta.

Sebab itu penulis setuju dengan ordinan yang boleh dimasyhurkan oleh DYMM Agong yang merangkumi tindakan berkaitan hal penggunaan aset hospital swasta serta pengambilalihan semula tanah dan harta alih hospital swasta, jika KKM perlukan bantuan.

Tetapi diharapkan agar pihak-pihak kesihatan swasta ini diberi ruang secukupnya untuk bersama-sama menyusun tindakan seterusnya jika ordinan itu mahu dimasyhurkan.

Penulis juga bersetuju dengan titah Seri Paduka Baginda yang berkenan terhadap cadangan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen, Kerajaan, Pembangkang, doktor-doktor perubatan dan pihak yang berkaitan

Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal. Dengan wujudnya jawatankuasa bebas ini, apa saja keputusan dan cadangan yang akan diberikan tidak dilihat sebagai berkepentingan politik dan rakyat boleh menerimanya.

Vaksin covid-19 akan sampai pada bulan Februari ini dan akan mengambil masa untuk 80% rakyat Malaysia menerima suntikan vaksin.

Sementara itu, sama-sama kita fokus untuk saling ingat mengingatkan dan patuhi SOP. Dalam masa yang sama, kerajaan mesti bantu rakyat dari segi perlaksanaan moratorium dan permudahkan pengeluaran KWSP.

Jangkaan yang akan berlaku pada PRU 15 : Klik Sini


15 comments:

  1. Apsal la kalut sangat Ahmad Maslan & yg lain2? Depa takut kes depa kot ? Ya la...mana la tau. Tak boleh bertanding lagi ka.

    ReplyDelete
  2. TU DIA !! LAMA DAH KO TAK MENULIS ?? KO PI MANA MIM?

    ReplyDelete
  3. Sarankan UMNO saman portal2 yg spin dan memfitnah UMNO. Jangan senyap2 mcm zaman DSN dulu hingga fitnah tu diterima bulat2 oleh penyokong2 PH (sekarang PN) yg lemah daya pemikiran.
    Tolong la minta org2 kuat UMNO....SAMAN la lakhanat2 semua tu!! Jgn ulang kesilapan silam yg membiarkan tipu dan fitnah menjadi bahan makanan harian rakyat! Akhirnya Melayu dan Islam juga yg rugi.

    ReplyDelete
  4. pemimpin2 UMNO jgn leka dan tidur bila fitnah dilemparkan....kami ahli2 bawahan pulak yg risau dgn ketidak perihatinan anda semua...

    ReplyDelete
  5. Pucuk dicinta ulam me datang.
    Dulu tamak duit sepet TONGSAN bencana
    melanda negara.
    Sekarang ingin terus berkuasa rakyat
    harus menderita.

    ReplyDelete
  6. Menyebut isu pru15 di masa pendemik ini pun dah menunjukkan kebodohan Umno !! Jangan cuba nak salahkan orang ramai dan cuba buat damage control. Semua nampak betapa terdesaknya pemimpin2 umno kluster mahkamah cuba menggunakan pilihanraya untuk melepaskan tengkuk mereka. Adakah tak terfikr di benak pemimpin2 ini tindak tanduk mereka menambahkan kebencian rakyat?

    ReplyDelete
  7. Rakyat tak benci UMNO...rakyat sayangkan UMNO. Cuma segelintir keyboard warriors upahan PN dan PH yg ulang2 menghina dan menuduh UMNO siang malam....modus operandi tak ubah mcm pra PRU14.

    Sedihnya UMNO tak belajar dari kesilapan dulu. Masih berdiam. Masih nak berlembut!!! So barua2 upahan mcm XUMNO ni siang malam merata2 tempat menghasut rakyat utk membenci UMNO.

    XUMNO tu yg bodoh! Tak baca text terus menuduh dan memfitnah! UMNO kata PRU perlu diadakan APABILA SITUASI COVID19 telah reda dan mengizinkan!

    XUMNO barua upahan PN/PH mcm "otai" akan menipu dan spin cerita utk terus makan upah (peruntukan besar dari kerajaan Abahkau)

    ReplyDelete
  8. Ada lagi ke org Melayu dan makan fitnah2 utk menjatuhkan UMNO? Tak serik2 dgn bala yg menimpa negara semenjak 2018?

    ReplyDelete
  9. Interesting....ASB yg sepenuhnya utk Bumiputera diturunkan dividen hingga ke taraf yg merugikan pemimjam2 ASB....tetapi baru2 ini KWSP menjangkakan dividen utk KWSP akan setaraf atau lebi baik dari tahun lepas...maklum la...KWSP tu bukannya khas utk Bumiputera. Macamana dlm keadaan ekonomi yg sama, dgn pasaran saham yg sama, pemilikan GLC yg lebih kurang sama, dividen begitu berbeza? Yg KHAS utk Bumiputera semakin menguncup tetapi utk rakyat yg termasuk BUKAN Bumiputera...pulangan masih steady.

    Melayu dan Bumiputera masih tak sedar...Go Zeti!

    P/S: Bila zeti tu nak belajar cakap Bahasa Melayu? Kalau degil tak nak cakap Melayu, tak payah la menjaga hal2 kepentingan org Melayu mcm ASNB!

    ReplyDelete
  10. Hospital swasta kini membuat persiapan sekiranya mereka diarah menerima pesakit Covid-19 berikutan peningkatan besar kes sejak kebelakangan ini yang semakin membebankan hospital awam.

    Surat kepada ahli Persatuan Hospital Swasta Malaysia yang dilihat oleh FMT menyebut, persatuan kini mengira stok katil di wad am dan wad rawatan rapi yang boleh digunakan untuk rawatan pesakit Covid-19.

    Minimum 10% kapasiti katil dijangka disediakan untuk kes Covid-19, kata surat itu.

    Respons kepada survey itu dijangka diperolehi hari ini.

    ReplyDelete
  11. PKP pun mcm takde PKP....kedai semua buka. SOP mcm biasa...loggar. Pasar pagi, pasar malam, pasar apa2 je semua buka mcm biasa. Shopping mall buka mcm biasa.

    Tapi bab nak adakan PRU dgn SOP KETAT....kecuttttt telur muka lebam kelabu biru! Jemaah menteri senyap seribu bahasa...nak enjoy jawatan selagi boleh.

    Jangan bullshit la kononnya darurat sebab Covid jika skrg pun menangani covid mcm takde hala tuju.

    AbahCOW bukan Abahku!

    ReplyDelete
  12. CELAH MANA WANG 1MDB HILANG DICURI

    Pemulangan wang 1MDB bukti dakwaan Tun tidak benar, kata Najib

    Perkembangan ini jelas menyangkalkan tuduhan Tun sebelum ini bahawa DoJ tidak akan teruskan kerjasaman dengan kerajaan PN ataupun kerajaan PN tidak akan teruskan usaha untuk mendapat semula semua dana yang dikatakan hilang,” kata Najib.

    Najib mengulas laporan bahawa DoJ memulangan AS$300 juta yang didakwa diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

    Mei tahun lalu, AS mula memulangkan dana yang berjaya ditemui semula, membabitkan bayaran pertama hampir AS$200 juta (RM836 juta)

    DoJ dalam kenyataannya, berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan wang 1MDB yang dipulangkan adalah sebanyak RM2.6 bilion (AS$600 juta).

    “Namun US$620 juta hanya sebahagian kecil daripada US$4.5 bilion yang sepatutnya dikembalikan kepada 1MDB sebelum 30 Disember 2020 jika perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi diteruskan.

    “Namun kerajaan Tun@PH dahulu telah membatalkan perjanjian penyelesaian asal yang ditandatangan pada masa BN. Kerajaan PH juga menolak tawaran IPIC yang disyorkan oleh DOJ sekali lagi pada tahun lepas seperti didedahkan minggu lepas,” kata Najib.

    Najib berkata, kerajaan sepatututnya meneruskan perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) jika mahu mengambil balik semua wang 1MDB yang didakwa hilang secara sekaligus.

    Zeti lantikan Tun Mahathir. Najib Bebas tanpa lepas. Bank Negara tahu tapi buat senyap bodoh

    Jika dibuktikan bahawa keluarga Tan Sri Zeti telah menerima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low termasuk dana yang berasal 1MDB yang disimpan dalam bank di Singapura, terdapat ' conflict of interest' Zeti mempunyai impak kepada kes SRC bossku sebab Zeti yang cadang bossku gunakan akaun bank atas namanya (dan bukan atas nama parti) untuk menerima derma asing.

    Dan asas bagi kes-kes mahkamah SRC dan 1MDB bossku ialah dana asing yang dikatakan berasal dari SRC dan 1MDB pernah masuk ke dalam akaun bank atas namanya.

    Link 'conflict of interest' Zeti kes 1MDB.. koh koh koh

    https://ttkm.com.my/2020/12/31/anwar-minta-zeti-jelaskan-dakwaan-akaun-keluarganya-kait-kes-1mdb/amp/

    “Niat kerajaan PH berlainan. Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa. Itu bercanggah dengan propaganda Tun.

    Pulis lantikan Tun Anak Si Bedul kata Jho Lo dah bertukar jadi beruang tapi Aljezera cari Jho Lo sambil gentel telo buat sidang media bersama Jho Lo.

    Dah curi duit boleh pulak dipulangkan duit yang dicuri. Tak cukup dengan pulangkan duit curi (fitnah curi) si pencuri boleh buat sumpah laknat lagi....

    Baik sungguh pencuri itu kann..!!

    ReplyDelete
  13. UMNO - Melayu sayang, Cina/kapir/LGBT benci
    DAP - Cina/kapir sayang, Melayu benci
    PKR - LGBT/"urban" sayang Ulama/Org kampung benci
    PAS - Org kampung,Ulama sayang Cina/kapir, LGBT benci

    BERSATU - Semua org BENCI kecuali yg kemaruk jawatan!

    ReplyDelete
  14. Blogger KD akhirnya tutup ruang komen kikikikiookkk...!!

    Walaupun komen dlm blog barua Tun dia yg pilih pilih untuk siar ari ari kasi taji dengan fakta dan bukti akhirnya kepanasan bontot kena hantam


    kikikiki... jangan salahkan kami salahkan Tun Mahathir , dia yang mulakan serangan fitnah jijik .... tugas kami lawan fitnah dengan fakta


    kikikiki... mengelupas kulit badan miang2 kena hantam yerrr


    kikikiki

    ReplyDelete
  15. sesajer kopi pes dari laman reformasi

    ADAKAH BENAR MAHATHIR CURI DUIT ?

    AZRUL AMIRUDIN

    Adakah rakyat malaysia bersetuju

    Harta dan kekayaan yang mahathir rompak dan curi sepanjang dia jadi perdana menteri...di kembalikan kepada rakyat malaysia...saya percaya sekiranya harta ini di kembalikan ekonomi negara akan kembali pulih dan rakyat pasti dapat manfaat

    Terlalu banyak perbuatan jahat yang di lakukan mahathir bukan saja jahat kepada sesama manusia malah negara kita telah di hancurkan nya..

    perbuatan hina yang di lakukan mahathir sangat tidak bolih di maafkan..sekiranya DSAI jadi perdana menteri malaysia...saya minta beliau sumbat orng tua gila ni ke penjara dan rampas semua harta rakyat malaysia yang dia curi dan rompak.

    p/s : Duit bailout beratus billion guna dana KWSP, Petronas, Dana Pencen TH adalah duit rakyat dan anak anak Tun Mahathir wajib bayar balik masa guna wang rakyat untuk selamatkan syarikat anak anak Tun. Bayar 50% pun kira ok. Bila syarikat syarikat anaknya melingkup dihina orang Melayu malas, tak tahu berniaga dll.

    Niaga kedai roti pun lingkup mintak bailout tokey Cina dapat 300 juta Bandar Malaysia.
    Rakyat fikir lah siapa orang tua ni sebenarnya pengkhianat atau PejWang... !?

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.