Kelmarin, penulis bersama AJK Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Pulau Pinang, telah mengadakan pertemuan 'hati ke hati' dengan Dato' Mukhriz Tun Mahathir. 
Beliau berada di Pulau Pinang sebagai tetamu terhormat di 2 majlis perkahwinan di sini.
Pelbagai topik semasa yang menarik telah dibincangkan. Di antaranya ialah kenyataan akhbar terbaru beliau mengenai wujudnya amalan politik yang tidak sihat berlaku. (klik di sini)Kami juga berbincang mengenai isu-isu yang 'panas' seperti pilihanraya di Permatang Pauh, Anwar Ibrahim, laporan@nota kesihatan Saiful oleh Hospital Pusrawi, kerajaan negeri Terengganu dan beberapa lagi.
Penulis akan menerangkannya dengan lebih panjang lebar di artikel seterusnya.
Terima kasih.
