Walau pun Nik Aziz Nik Mat dikritik hebat dek kesilapan beliau menerima tajaan menunaikan haji, kita juga dapat tahu bahawa manusia yang mengatur segalanya ini ialah menantu kesayangan Nik Aziz itu sendiri iaitu Ariffahmi Abdul Rahman.
"Tiada orang lain yang memecahkan berita pakej RM65,000 satu kepala ini melainkan Ariffahmi sendiri yang memberitahu “Ana pergi ke mekah tahun ni, gi dengan pakej VVIP” kepada setiap orang yang tidak tahu dia akan ke Mekah.
Apabila Tuan Guru menerima pujukan menantunya, berkembanglah cerita bahawa kepergian Tuan Guru dengan peruntukan PMBK tetapi lama kelamaan tersebar bahawa ianya ditaja menerusi seseorang yang mendapat projek-projek Kerajaan Negeri Kelantan.-kickdefella"
Malah, kewujudan Ariffahmi yang memegang potfolio yang sangat penting di dalam kumpulan PMBK, turut menimbulkan pelbagai isu yang tidak sedap didengar.
INFO PENTING BERKAITAN AB. ARIFFAHMI BIN ABDUL RAHMAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) KUMPULAN PMBK KERANA MEMPUNYAI KELEMAHAN, KECUAIAN, SALAH GUNA KUASA, MENYELEWENG DAN LAIN-LAIN
Mula bekerja di syarikat Air Kelantan anak syarikat PMBK. Semasa bertugas di sini beliau tidak mempunyai langsung pengalaman bekerja tetapi bersandar segulung sijil menyebabkan tugasan serta amanah yang diberikan sering kali gagal dan terus gagal. Banyak projek di bawahnya tertangguh dan tidak mencapai target syarikat.
....Semasa berkhidmat di PMBK, beberapa surat amaran dari CEO terdahulu telah dikeluarkan kerana prestasi kurang memuaskan dan perlanggaran peraturan pejabat. Sebaik sahaja dilantik sebagai COO fail peribadinya berada dalam simpanan sendiri bagi mengelakkan rahsia peribadinya terbongkar dan memo amaran atau tindakan disiplin telah dihilangkan begitu sahaja.
Pelantikan Ariffahmi Abdul Rahman (AAAR) sebelum ini sebagai Ketua Bahagian Hartanah. Dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang mana pelantikan ini telah dipertikaikan umum.
Sekarang ini pula telah dilantik dengan tiba-tiba sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. (PMBK) bagi mengambil alih jawatan agensi pelaburan dan pemangkin pembangunan Kelantan dalam tempoh singkat menjawat COO walaupun sebelum ini rekod prestasi kerja paling tidak memuaskan (seterusnya...)
Walaubagaimana pun, Nik Aziz masih dilihat sebagai mangsa keadaan dek kebodohan menantu beliau itu. Tetapi, itu tidak bermakna, reputasi Nik Aziz menjunam jatuh!
Malah, nama Nik Aziz diangkat menjadi calon terbaik Pengerusi Pakatan Rakyat. Persoalannya, Anwar Ibrahim sudah tidak bermakna lagikah?
Jika Nik Aziz merupakan calon yang terbaik, dimanakah Pakatan Rakyat mahu meletakkan Anwar Ibrhim?
Apakah Anwar Ibrahim hanya mendiamkan diri dengan kenyataan Zahid Ibrahim yang menjatuhkan imej beliau? Dimanakah mimpi-mimpi Anwar Ibrahim yang mengidamkan jawatan Perdana Menteri jika Nik Aziz merupakan pemimpin yang tertinggi?
Apakah legasi Nik Aziz yang berakhir atau Anwar Ibrahim itu sendiri?
Nampaknya, isu Nik Aziz tidak akan selesai setakat ini sahaja. Ada kemungkinan wujud konspirasi untuk menjatuhkan Nik Aziz yang tidak ada kena mengena dengan parti politik lawan tetapi dilakukan oleh rakan politik yang berasa dengki dan iri hati kepada Nik Aziz!
Walau apa pun alasan Nik Aziz Nik Mat membatalkan hasrat beliau menunaikan fardu haji yang ditaja oleh pihak yang berkepentingan business di negeri Kelantan, tindakan Nik Aziz tersebut sebenarnya menunjukkan bahawa beliau juga telah mulai ragu-ragu dengan segala proses penajaan tersebut.
Beliau kononnya bosan dengan kerenah media tetapi jika perkara ini tidak didedahkan, lagi banyaklah syarikat-syarikat yang tiba-tiba 'ikhlas' untuk menaja Nik Aziz dan kroni-kroni beliau!
Yang mencuit hati ialah apabila terdapat pemimpin-pemimpin PAS yang masih mahu menegakkan benang yang basah yang mengganggap bahawa perkara penajaan menunaikan haji adalah perkara yang biasa di negeri Kelantan. Kita tidak mempersoalkan perkara ini jika pihak yang menaja tersebut tidak mempunyai sebarang kepentingan dan pemimpin yang ditaja itu tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan pemberian sebarang kontrak perniagaan di negeri Kelantan.
Penulis kecewa kerana rakyat Kelantan pula diseret di dalam penyalahgunaan kuasa di negeri Kelantan dan jika pemimpin-pemimpin Kelantan seperti Nik Aziz faham maksud yang tersirat, mereka sejak dari mula lagi tidak akan menerima sebarang ganjaran daripada syarikat-syarikat tersebut.
Malah, mereka akan menasihati syarikat-syarikat tersebut untuk melabur wang tersebut untuk kepentingan rakyat Kelantan dan bukannya hanya individu-individu yang sebenarnya mampu untuk menggunakan wang sendiri ke Mekah!
Penulis juga bersetuju dengan beberapa ahli bloggers yang mengkritik jawapan Nik Aziz seolah-olah beliau itu seorang Nabi yang dihalang oleh puak 'Quraisy' daripada memasuki kota Mekah.
Jawapan Nik Aziz itu berbentuk riak dan bongkak diri. Beliau begitu senang memandang rendah orang lain dan mengangkat diri beliau sebagai seorang Muslim yang paling tinggi.
Penulis berharap agar Nik Aziz sedar diri itu dan sebagai seorang pemimpin, sebarang tingkah laku dan tindakannya pasti akan diperhatikan oleh rakyat termasuk media dan ahli bloggers.
Dan jika beliau tidak mahu lagi kontroversi seperti tajaan haji ini, beliau boleh meletakkan jawatan.
Akan tetapi, jika beliau bukan lagi seorang Menteri Besar, tidak akan ada pula yang berebut-rebut untuk menaja beliau dan kroni-kroni beliau!
Penulis mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak percaya dengan laporan yang disiarkan di dalam MalaysiaKini hari ini :-
Penulis blog yang selama ini kritis terhadap kepimpinan PAS dan sering mendedahkan pergeseran dalamannya, kini dilihat 'tidak berminat' untuk berpolemik mengenai isu bai'ah talak tiga yang rancak didebatkan sekarang.
Semakan Malaysiakini mendapati, kebanyakan blog, termasuk yang diusahakan pemimpin kanan PAS - seperti naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mahfuz Omar - tidak menyentuh isu tersebut. (seterusnya...)
Penulis hairan kerana MalaysiaKini sanggup memandang remeh kononnya tiada yang berminat mengenai isu bai'ah talak tiga ini padahal isu ini sebenarnya telah hangat diperkatakan di dalam blog-blog sejak awal lagi isu ini didedahkan.
Dan isu ini masih lagi dibincangkan kerana ianya satu isu akidah dan memandang wanita sebagai satu objek murahan serta tidak mempunyai hak sebagai seorang isteri yang sah!
Malah, isu ini juga hangat diperbincangkan di dalam FaceBook!
Takkanlah MalaysiaKini sanggup merendahkan maruah portal tersebut hanya sekadar untuk mengaburi serta menolak kehangatan isu bai'ah talak tiga itu.
Di sini penulis sertakan satu lagi bukti yang mengatakan bahawa bai'ah talak tiga berlaku di dalam parti PAS!
Apakah Nik Aziz, Hadi Awang mahu menafikannya?
Penulis juga pasti ahli-ahli dan penyokong parti PAS sudah mulai meragui kejujuran kepimpinan tertinggi parti PAS kerana telah membohongi seluruh rakyat negara ini.
Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang berbohong lagi. Yang menjadi persoalannya ialah Guan Eng telah berbohong di dalam Dewan Undangan Negeri, satu tempat yang dianggap mulia dan segala yang diperkatakan di dalamnya mesti tepat dan betul.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada 1 November lalu melaporkan, ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mendakwa Guan Eng menipu apabila menyatakan tiada pertukaran syarat guna tanah berlaku di antara April tahun lalu hingga Jun tahun ini.
Bagaimanapun, difahamkan, pentadbiran beliau telah meluluskan permohonan PDC Heritage Hotel Sdn. Bhd. untuk menukar jenis pegangan tanah di Lot 408, Georgetown daripada pegangan pajakan kepada pegangan kekal pada 3 Jun lalu.
Akhbar itu pada Khamis lalu juga melaporkan syarikat tersebut dengan kerjasama YTL Corporation Bhd. akan membina kondominium mewah dan restoran makanan laut di atas tanah tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, Ketua Menteri atau mana-mana wakil rakyat sekali pun perlu bertanggungjawab terhadap jawapan yang diberikan di dalam DUN.(seterusnya..)
Cubalah kita fikirkan secara logik, jika Guan Eng boleh berbohong di dalam Dewan Undangan Negeri, berapa banyak lagikah pembohongan dan manipulasi kuasa yang telah beliau lakukan semenjak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Malah terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Lim Guan Eng akan menyalahgunakan kuasa beliau dan membazirkan wang rakyat dengan mewujudkan jawatan Penolong Pegawai Penerangan yang akan ditempatkan di pejabat-pejabat daerah yang mempunyai tugas mirip jawatan Penghulu yang sedia ada!
Tindakan tersebut kerana kononnya penghulu-penghulu tersebut pro-Barisan Nasional. Walaubagaimana pun, tindakan Guan Eng tesebut telah ditentang keras oleh Setiausaha Kerja Pulau Pinang, Dato' Zainal dengan alasan pertindihan tanggungjawab.
Malah, Lim Guan Eng pernah disindir hebat oleh News Straits Times dek kejahilan beliau tentang kemampuan negara Singapura. Di dalam artikel tersebut, Lim Guan Eng dengan bodohnya mencadangkan agar kerajaan Malaysia menyakinkan dan menarik minat talent Malaysia di Singapura untuk 'menjatuhkan' Singapura!
Lim Guan Eng dikritik hebat oleh sebagai seorang yang bongkak dan mempunyai 'antagonist Cold war mindset'.
Kini, Lim Guan Eng telah banyak melakukan kerosakan kepada negeri Pulau Pinang. Beliau bukan sahaja tidak mampu menjadi Ketua Menteri kepada semua kaum di Pulau Pinang tetapi beliau juga mempunyai agenda buruk yang licik dan bertopengkan pembangunan rakyat negeri ini.
Akan tetapi, agenda Lim Guan Eng itu perlu didedahkan dan disebarkan kepada rakyat Pulau Pinang. Yang menjadi isunya ialah tindakan beliau selama ini seperti memenangkan satu kaum sahaja dan kaum tersebut mempunyai kuasa undi yang paling besar di negeri ini.
Tindakan menjaga kepentingan kuasa undi terbesar tersebut sangat menyakitkan hati ini dan kaum tersebut secara logiknya, tidak akan melepaskan peluang ini walau dengan apa cara sekali pun. Bak kata peribahasa 'pucuk dicita ulam mendatang'.
Persepsi tersebut tidak sihat dan tidak patut ditanam di dalam minda rakyat Pulau Pinang. Negeri ini mempunyai geopolitik yang tidak stabil dan penempatan rakyat yang tidak bersifat toleransi sesama kaum.
Dan isu ini telah berpanjangan, diburukkan lagi dengan sikap dan sifat Lim Guan Eng yang sebenarnya tidak membantu langsung meringankan isu-isu besar tersebut. Malah, ketidakefesienan parti-parti lain di dalam Barisan Nasional di negeri ini turut menambah luka yang telah bernanah!
KUALA TERENGGANU - PAS memulakan siasatan berhubung amalan bai'ah yang dibuat oleh sesetengah pemimpin parti itu kerana tidak pernah ada sebarang arahan rasmi daripada PAS pusat untuk menceraikan isteri dengan talak tiga jika mereka keluar parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
Terdapat juga laporan berita seperti dibawah :-
1. KUALA LUMPUR, Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan atau memberikan penjelasan lanjut mengenai isu bai'ah kerana menganggap isu itu telah selesai.
"Tak payah (siasatan), tidak ada (bai'ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis," jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di Lobi Parlimen.
2. KOTA BAHARU, 10 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa menafikan wujudnya apa yang dinamakan sumpah bai'ah yang membawa kepada perceraian isteri sehingga menjadi polimik baru dalam kepimpinan PAS sekarang.
Dalam masa yang sama, Nik Aziz tidak pernah menafikan terdapat bai'ah talak tiga di dalam PAS negeri-negeri yang lain. Kata beliau :- "Saya sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am tidak boleh komen masaalah Selangor kerana ia masaalah individu, saya tidak ambil tahu dan mereka ada jawatankuasa disiplin sendiri."
Jawapan yang Nik Aziz berikan tidak menyakinkan langsung dan jelas menunjukkan bahawa beliau hanyalah Mursyidul Am di negeri beliau sahaja dan bukannya Mursyidul Am bertaraf negara seperti yang diharapkan oleh ahli-ahli PAS.
Malah, beliau seolah-olah mahu 'membersihkan tangan beliau', menutup mata dan telinga beliau pada hal beliau yang berkedudukan tinggi sedemikian, sepatutnya menegur dan memberi nasihat kepada apa sahaja isu besar di dalam parti PAS.
Sementara itu, Khalid Samad, Ahli parlimen Shah Alam tidak mahu menarik balik pendedahan beliau tentang kewujudan amalan bai'ah talak tiga di kalangan wakil rakyat PAS. Maksudnya, amalan tersebut memang wujud dan bukan rekaan parti lawan.
Malah ketika Khalid Samad berang dengan kenyataan Zulkifli Noordin tentang isu bai'ah yang ditulis di dalam blog beliau, Khalid Samad tidak pernah menafikan kewujudan bai'ah talak tiga itu!
Khalid Samad berkata :-
"Dia bukan ahli PAS, jadi ia satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab untuk membuat ulasan berhubung amalan ahli PAS. Dia kena hormatlah.
Mungkin sebab itu kenapa dia tidak diterima dalam PAS dan kenapa dia tidak layak untuk menjadi Ahli Parlimen PAS."
Nampaknya, Khalid Samad kini seolah-olah cuba mengalih kesilapan beliau mendedahkan isu bai'ah kepada Zulkifli Noordin pula. Khalid Samad sudah terlanjur kata dan Zulkifli Noordin yang jadi mangsanya!
Penulis pula tidak hairan jika Zulkifli Noordin tidak sekali-kali menjadi Ahli Parlimen PAS kerana beliau pula yang dimestikan bersumpah bai'ah talak tiga! Syabas Zulkifli Noordin!
Nah! Apa lagi yang mahu disembunyikan oleh Hadi Awang, Nik Aziz dan Mustafa Ali?
Atau apakah Khalid Samad yang berbohong?
Dan jika Khalid Samad yang berbohong, penulis mencabar kepimpinan tertinggi PAS untuk memecat Khalid Samad kerana telah merosakkan nama baik parti PAS!
Dari sudut yang lain, dolak-dalih yang dipermainkan oleh kepimpinan tertinggi parti PAS jelas menunjukkan bahawa mereka hanyalah sekadar ahli politik yang mementingkan politik dan survival mereka. Mereka bukan ulama atau yang setaraf dengannya seperti yang diwar-warkan.
Prinsip flip-flop yang ditunjukkan oleh kepimpinan parti PAS itu amat mengecewakan sekali. Ianya lebih mengecewakan apabila mereka masih ego dan bongkak diri walau pun isu bai'iah talak tiga dilihat sebagai memesongkan akidah seseorang Islam.
Penafian yang berterusan oleh kepimpinan parti PAS itu pasti akan menimbulkan pelbagai keraguan dan tanda tanya terutamanya penyokong-penyokong parti PAS itu sendiri dan kaum wanita yang dilihat sebagai barang tebusan di dalam parti PAS!
Di sini penulis mensyorkan kepada pemimpin-pemimpin parti PAS supaya segera mengakui kesilapan mereka itu. Tidak ada salahnya mereka melakukan sedemikian jika mereka benar-benar berpegang kepada perjuangan Islam mereka. Dan jika mereka masih berdolak-dalih dan mengharapkan isu bai'iah talak tiga ini lenyap ditelan masa, sikap mereka itu jelas menunjukkan bahawa parti PAS bukanlah parti yang perlu dipertahankan oleh sesiapa orang Islam di negara ini!
Dan yang amat memalukan ialah Dewan Muslimat PAS turut menyokong bai'iah talak tiga tanpa berasa kaum hawa itu sebenarnya ditindas dengan begitu nyata!
Maka tidak hairanlah parti PAS sudah kehilangan sokongan!
Penulis tidak pasti sama ada Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am parti PAS, hanya berseloroh atau serius apabila beliau berkata :- "Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat."
Jika dari sudut pemikiran otak yang waras, kenyataan Nik Aziz di atas sungguh melampau seolah-olah beliau riak dan bangga terdapat manusia yang memuja beliau sedemikian rupa.
Sebagai seorang yang dianggap ulama, perumpamaan itu sepatutnya tidak dijadikan contoh kepada umum tetapi Nik Aziz terlepas cakap juga.
Apakah yang sebenarnya bermain di benak fikiran Nik Aziz apabila beliau mengatakan ayat tersebut?
Apakah beliau mahu menunjuk-nunjuk bahawa beliau begitu warak sehinggakan selipar beliau pun di anggap membawa berkat ?
Dan apakah beliau begitu naif untuk mempercayai alasan si pencuri tersebut?
Malah penulis terkelu apabila membaca kenyataan beliau yang mengakui ada pihak yang membiayai perbelanjaan beliau untuk menunaikan ibadah haji dan tidak beranggapan ianya tidak salah. "Rasuah macam mana, kalau hendak kata itu rasuah saya tolak. Manalah tahu (alasan pembiayaan itu) tanyalah dia. Tahun depan kalau ada lagi saya pergi lagi." kata beliau.
Nik Aziz pandai! Jika perkara itu menguntungkan diri beliau, beliau berbuat seolah-olah tidak arif dan bebal di dalam perkara itu!
Takkanlah beliau tidak berasa kesal atau bersalah sedikit pun di dalam hal ini.
Dan takkanlah Nik Aziz tidak boleh berfikir bahawa penajaan tersebut mempunyai tujuan-tujuan yang lain memandangkan status beliau sebagai Menteri Besar Kelantan!
Dari segi maruah, Nik Aziz tidak dibenarkan menerima sebarang ole-ole daripada sebarang syarikat.
Dan penulis percaya, tidak ada satu pun syarikat yang berlumba-lumba untuk menaja Nik Aziz jika beliau tidak menjawat jawatan tersebut!
Makanya, sebagai seorang pemimpin yang dipandang tinggi oleh ahli-ahli PAS, pendedahan ini pasti akan mengecewakan lagi hati mereka semua. Penulis juga mensyorkan kepada SPRM supaya menyiasat syarikat-syarikat yang menaja Nik Aziz dengan segera.
Dan siasatannya mungkin mudah kerana jika syarikat-syarikat tersebut terbukti mempunyai kepentingan di dalam Kelantan dan pernah berurusan dengan potfolio Menteri Besar untuk mendapat sebarang kelulusan, maka Nik Aziz boleh didakwa.
Ketika itu, selipar Nik Aziz pun tidak akan membawa sebarang makna!
Info terbaru yg penulis terima :-
Setelah pas menang besar di kelantan tahun 1990 maka Nik Aziz telah dilantik sebagai menteri besar. arahan pertama nik aziz ialah jangan bagi sebarang hadiah kepadanya semasa beliau merasmikan apa-apa majlis, kerana wang hadiah itu adalah wang rakyat.
Sekarang sudah hampir 20 tahun nik aziz memerintah kelantan dan menerima habuan sebanyak RM350,000 untuk menunaikan haji tahun ini.
Habuan itu di beri oleh sebuah syarikat yg mendapat kontrek balak dan kontrak billbaord seluruh kelantan.
Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim telah mendedahkan bahawa 20 Februari 2008, bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, beliau melafazkan bai’ah atau sumpah tersebut dihadapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawa saya Azman bin Ibrahim setelah dipilih oleh parti untuk bertanding bagi kawasan N05 Jabi dengan ini bersumpah dengan nama Allah bahawa samada saya menang atau kalah, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangannya, sekiranya saya mengkhianati parti dan perjuangannya, maka saya akan dilaknat oleh Allah, para malaikat dan sekelian yang melaknat. Sekian."ujarnya mengulang apa yang diucapkannya hampir setahun lalu.
”Demi Allah yang menjadi saksi kepada setiap apa yang kita ucapkan dan setiap apa yang kita lakukan, tidak ada sama sekali lafaz untuk menceraikan isteri,”tegas Dr.Azman.
Kemusykilan penulis senang sahaja iaitu jika kepimpinan parti PAS beria-ia dengan lafaz bai'ah 'wallahi wabillahi watallahi', alangkah murninya jika mereka menasihati dan mengajar Anwar Ibrahim supaya bersumpah muhabalah untuk membersihkan nama beliau!
Dan jika Dr Azman mahukan kita percaya dengan cerita beliau di atas, buktikan dahulu dengan menyarankan Anwar Ibrahim supaya bersumpah muhabalah.
Ironinya, kes Anwar Ibrahim yang lepas sebenarnya telah menyetujui bahawa Anwar Ibrahim memang peliwat :-
"Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah ke atasnya"
Siapakah yang mahu meminta maaf kerana membuta tuli menuduh parti UMNO sebagai dalang di dalam demonstrasi mengarak kepala lembu di Selangor pada Ogos lepas?
Ketika isu itu hangat diperkatakan, kita telah mendengar banyak pihak dari parti pembangkang yang tanpa segan silunya menghentam parti UMNO kononnya sebagai parti rasis dan merosakkan perhubungan sesama kaum di negara ini.
Dan kini, pemimpin parti pembangkang itu sendiri yang menafikan penglibatan parti UMNO, cuma penglibatan individu yang berdemonstrasi di atas kapasiti mereka sebagai penduduk di Seksyen 23.
Nah! Siapa yang buruk perangai sebenarnya?
Jawapannya mudah iaitu parti Pakatan Rakyat. Makanya, kita semua perlu berhati-hati apabila mendapat berita daripada parti tersebut kerana kebanyakan berunsurkan penipuan dan fitnah yang nyata!
SHAH ALAM, 9 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Isnin berkata walaupun terdapat anggota Umno terlibat dalam satu demonstrasi mengarak kepala lembu di sini pada Ogos lepas, mereka ini bertindak lebih secara individu.
Kerajaan negeri tidak perlu menyusahkan mereka ini kerana ada antara mereka yang telah didakwa dan biarlah mereka menyatakan pendirian mereka di mahkamah, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri ketika menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mahu Abdul Khalid menjelaskan siapa yang terlibat dalam demonstrasi itu yang disusuli dengan insiden memijak kelapa lembu.
Demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos itu melibatkan 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.
Abdul Khalid tidak bersetuju kenyataan Ng yang mendakwa Umno sebagai sebuah parti perkauman kerana menjadi dalang bagi demonstrasi itu dan perlu dibubarkan.
Beliau berkata apa yang perlu pakatan pembangkang tunjukkan ialah kekuatan parti itu yang mewakili berbilang bangsa dan menunjukkan mereka boleh mentadbir dengan lebih baik dan telus.
Penulis mendapatkan video ini daripada blog RBF dan penulis berpendapat bahawa video ini patut dikongsi dengan anda sekalian.
Begitulah gelagat Anwar Ibrahim apabila beliau cuba mencipta isu kononnya Tun Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang zalim.
Tetapi di dalam kekalutan beliau menuduh Dr Mahathir, Anwar Ibrahim tidak sedar bahawa beliau sebenarnya telah memuji dan menaikkan nama Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin Islam yang berani membantu puak Muhajidin di Afghanistan semasa peperangan menentang pencerobohan tentera Soviet Union!
Dr Mahathir tidak pula memuji-muji diri beliau kerana tindakan berani beliau itu tetapi si pengkhianat bangsa itu dengan tanpa segan silunya memuji diri beliau kerana terlibat di dalam proses membantu puak Muhajidin.
Ianya seperti masuk bakul dan angkat sendiri!
Malu rasanya diri ini bila memuji diri sendiri tetapi Anwar Ibrahim begitu selamba sahaja.
Di bawah ini pula merupakan satu lagi pembohongan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim kepada rakyat di Kampung Pala!Shame on you Anwar Ibrahim!
Di sini penulis sertakan salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah pada 16hb Oktober 2008.
Secara peribadi, kenyataan tersebut amat perlu untuk memperbetulkan kembali persepsi rakyat Malaysia terhadap hala tuju dan pegangan asas yang mesti diikuti di dalam negara majmuk ini.
Tindakan sesetengah oportunis yang memperalatkan serta memperbesar-besarkan sentimen perkauman merupakan satu usaha yang tidak patut disokong sama sekali.
Yang dipertuan Agung dan Raja-raja Melayu telah bertitah dan sepatutnya selepas ini, sudah tidak ada suara-suara sumbang kedengaran lagi.
Ikutilah :-
“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.
“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.
“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.
“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.
“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini."
"Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."
“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.
“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain."
"Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.
"Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.
“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka."
"Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga.
Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku."
“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."
"Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."
“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”
PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN
1. Pejabat Urusetia & Pertanyaan- Tel :03-2142 4947 Fax:03-2142 2080
2. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja- Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah- Pejabat:03-2148 1418 Fax:03-2148 5330
3. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja- Sabtu Awab Dato- Pejabat:03-2148 5325
Hormati Penduduk Asal Nusantara
Utusan Malaysia
SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.
Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orang Melayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayah kebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)
Oleh hal demikian, kenyataan 'buta' sejarah hanya mengguris hati dan perasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsep Dunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologi antropologi oleh sarjana antarabangsa.
Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitik seperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki oleh orang Melayu secara total.
Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago) yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segi asal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya.
Ini semua berbeza benar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China dan India hari ini.
Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagi orang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dari Kerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalah ke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.
Pemerintahan
Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.
Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.
Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri.
Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.
Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudut yang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantara ini.
Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjana terdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India.
Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlu lebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka dan menghormati sensitiviti orang Melayu.
Mereka perlu 'belajar' untuk tidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orang Melayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.
Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagai perkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidak pula dianggap begitu? (klik di sini)
Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?
Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata.
Paling penting, mereka juga harus memahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asal dan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesuka hati.