TRANSLATION

28 October 2022

Kronologi Kes Dan Syed Saddiq Mohon Maaf Kepada Mahkamah

Berikut adalah kronologi kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman


22 Julai 2021 

Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan iaitu bersubahat untuk melakukan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

5 Ogos 2021 

Syed Saddiq didakwa lagi atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan hakim membenarkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama. 

23 Ogos 2021 

Syed Saddiq memohon empat pertuduhan yang dihadapinya itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

 25 November 2021 

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan itu. 

 19 Januari 2022 

Hakim Mohamed Zaini menasihati Syed Saddiq supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung kesnya. 

 24 Mac 2022 

Pendakwaan kemuka dua pertuduhan pindaan berhubung kes pecah amanah dan menyalahgunakan wang milik Armada yang dihadapi Syed Saddiq dan beliau mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan itu. 

21 Jun 2022 

Ibu bapa Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz, 62 serta Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff, 69, memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid. 

 4 Julai 2022

 Azhar mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes itu. 

7 Julai 2022 

Pihak pembelaan memohon mencabar kredibiliti saksi pendakwaan ke-13 (SP-13), bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia Rafiq Hakim Razali, berikutan percanggahan dalam pernyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah. 

 8 Julai 2022 

Syed Saddiq memohon maaf kepada mahkamah kerana berkongsi semula satu hantaran di laman media sosialnya berhubung perbicaraan kesnya itu. 

18 Julai 2022 

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Syed Saddiq untuk mencabar kredibiliti Rafiq Hakim. 

 21 Julai 2022 

Mahkamah mengingatkan orang awam supaya tidak melampaui batas dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial berhubung kes itu. 

 22 Julai 2022 

Syed Saddiq sekali lagi memohon untuk mencabar kredibiliti saksi (Rafiq Hakim) susulan terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan yang direkod oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keterangan lisannya di mahkamah. 

 25 Julai 2022 

Azhar mengarahkan pendakwaan menyerahkan salinan percakapan Rafiq Hakim yang dirakam SPRM kepada mahkamah untuk penelitian. 

22 Ogos 2022 

Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak pembelaan bagi mencabar kredibiliti saksi itu. 

 23 Ogos 2022 

Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan salinan rakaman percakapan Rafiq Hakim. 

27 September 2022 

Pihak pendakwaan menutup kes itu selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan. 

6 Oktober 2022 

Pihak pendakwaan dan pembelaan berhujah berhubung empat pertuduhan yang dihadapi Syed Saddiq.

28 Oktober 2022

Mahkamah Tinggi memerintahkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membela diri terhadap semua empat pertuduhan. 

 "Saya sudah meneliti hujah dikemukakan pihak pendakwaan selepas memberi pertimbangan maksimum seperti ditetapkan undang-undang dan berpuas hati semua pertuduhan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh." dibaca oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Syed Saddiq membela diri bermula 22 - 24 Februari serta 13 -14 Mac dan 10 - 14 April 2023.




2 comments:

  1. Muda lagi tapi ...

    ReplyDelete
  2. Teruknya budak² ni. Jangan ada yg follow yg tak baik.

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.