Perhimpunan Agong UMNO 2022 sangat meriah tetapi ada beberapa perkara kontroversi yang telah menjadi perbualan rakyat.
Kita dapat agak ada sesetengah pihak seperti mahu memperkecil-kecilkan ketokohan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO. Mereka tidak mahu jawatan Presiden UMNO dipertandingkan.
Ironinya, jika pihak ini yakin dengan ketokohan dan kebolehan Datuk Seri menerajui parti UMNO, mereka ini yang sepatutnya paling lantang mahu proses demokrasi berjalan secara normal dalam parti UMNO. Mereka sepatutnya yakin Datuk Seri akan menang.
Malah, Presiden UMNO sudah berulang kali menyatakan kesediaan dan keyakinan beliau akan menang pada pemilihan parti kelak.
Oleh itu, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden mesti dipertandingkan seperti jawatan-jawatan lain dalam UMNO.
Kita yakin 160,000 perwakilan yang mewakili cawangan UMNO sudah cukup matang untuk menilai dan menentukan pemimpin-pemimpin UMNO.
Sebenarnya, bagus juga diadakan pemilihan kerana calon-calon akan turun ke padang sehingga ke cawangan untuk mendapatkan sokongan. Dalam masa yang sama, ianya dapat dijadikan platform untuk ahli-ahli parti biasa dan marhaen memberi input dan cadangan mereka directly kepada pemimpin-pemimpin UMNO.
Menang kalah adalah adat pertandingan. Calon yang kalah mesti terima kekalahan dan tidak pula hilang terus masuk gua. Mereka mesti turut bantu kuatkan parti.
Calon yang menang pula perlu berlapang dada dan berhati besar. Rapatkan semula barisan kepimpinan parti. Tiada yang disisihkan, malah semua bergabung kembali. Inilah namanya politik matang.
Yang terbaru dan agak pelik ialah wakil UMNO Negeri Sembilan yang turut mencadangkan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Wakil UMNO Negeri Sembilan itu adalah daripada UMNO Bahagian Rembau di mana Datuk Seri Utama Mohammad Hassan adalah Ketua Bahagian Rembau dan juga Timbalan Presiden UMNO! Tidak appropriate dan tidak sesuai.
Apa pun, UMNO perlu buat pemilihan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden.
Kita tunggu dan lihat keputusan akhir parti. Jika sudah diputuskan dan ianya tidak meragukan serta berlandaskan Perlembagaan UMNO, ahli-ahli parti mesti terima keputusannya.
OMG ! UMNO ni tak matang² lagi ka?!? What a shame!
ReplyDeleteCalon² Presiden, Timbalan Presiden & lain² mesti turun padang menghadap ahli² marhaen kat bawah ni. Lama sangat dah orang² kat atas tak turun ke bawah. Time ini sesuai.
ReplyDeleteKorang semua bangang. Buat apa ada pertandingan, biar la Zahid & tok mat pegang jawatan tu sampai lingkup parti umno.
ReplyDeleteapa risau pilihanraya negeri kan ada nanti, pintu memang sentiasa terbuka
ReplyDeleteBila pilihanraya negeri nanti, umno akan kalah teruk & ditolak oleh ahli² sendiri.
Delete