PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, January 02, 2011

PAS Pulau Pinang Lebih 'Terer' Daripada PAS Tenang ?

Penulis tersenyum sinis apabila membaca laporan berita di dalam HarakahDaily yang mengatakan bahawa Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Saleh Man berkata, jentera PAS negeri akan ke Tenang untuk membantu jentera PAS di sana.

Di dalam beliau beria-ia hendak membantu, beliau juga telah memperkecil-kecilkan jentera PAS di Tenang, Johor. Laporan itu seterusnya mengatakan :-

Beliau yakin kedatangan jentera PAS Pulau Pinang akan memeriahkan keadaan sekaligus membantu jentera PAS di Tenang yang barangkali kekurangan pengalaman berbanding jentera yang dihantar oleh negeri.
Penulis tidak faham 'pengalaman' apa yang dimaksudkan oleh Salleh Man?

Mungkin kerana beliau menang di ADUN Permatang Pasir menyebabkan beliau beranggapan bahawa beliau dan PAS Pulau Pinang adalah lebih berpengalaman. Padahal, ketika itu, PAS Pulau Pinang sendiri terpaksa menerima bantuan daripada jentera-jentera PAS dari negeri lain untuk berkempen.

Dan satu perkara yang telah menjatuhkan kredibiliti Salleh Man sebagai Pesuruhjaya PAS negeri ialah beliau dan penduduk Permatang Pasir telah ditipu bulat-bulat untuk mempercayai bahawa beliau akan dilantik sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)

Jika di Pulau Pinang ini sendiri Salleh Man sudah tiada kredibiliti dan ditipu, apakah yang mahu di bawa oleh beliau di Tenang kelak? Apakah beliau berani berdepan dengan pengundi-pengundi di Tenang walhal beliau sendiri tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa?


Nasihat penulis ialah agar Salleh Man tunjuk kemampuan beliau dahulu di Pulau Pinang ini dengan membantu penduduk Kampung Asam seperti yang dijanjikan oleh Mujahid Yusof Rawa sebelum ini.

PANAS ! Siapakah VIP Yang Melindungi Kumpulan & Kelab GAY ?

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Pusat aktiviti kumpulan pengamal seks songsang atau kelab gay di negara ini dikesan bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan malah dipercayai 'dilindungi' golongan orang kenamaan (VIP).


Seperti 'tidak boleh disentuh', agensi penguat kuasa turut berhadapan cabaran menjalankan operasi di lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti menjalankan aktiviti seks songsang.

Selain berselindung di sebalik premis urut, pusat hiburan, kelab gay telah lama wujud tetapi menggunakan nama persatuan atau pertubuhan yang sah.

Difahamkan, kebanyakan golongan gay terbabit terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi, profesional, tokoh korporat dan selebriti.


Video serbuan ke pusat gay !

Jika dilihat blog-blog dan laman sosial popular Facebook turut mendedahkan 'keberanian' golongan gay itu berkongsi pengalaman peribadi dan kehidupan mereka sebagai pengamal seks songsang.

Menurut sumber, VIP terbabit dikatakan pernah menghubungi dan memberi amaran keras kepada pihak penguat kuasa sekiranya premis-premis kelab gay terbabit diserbu.

"Maklumat peribadi seperti nombor telefon penguat kuasa dengan mudah dia perolehi, sedangkan kita pula gagal menghubungi kembali talian digunakannya," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Video serbuan ke Pusat Gay !

Sementara itu, Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, polis mengenal pasti empat kelab gay yang berselindung di sebalik pusat urut di sekitar ibu negara.

Katanya, ia berdasarkan penemuan gambar-gambar lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju diletakkan dalam premis selain penemuan kondom-kondom telah digunakan.

Tambahnya, selain itu, terdapat juga iklan urutan batin B2B (badan ke badan) yang menawarkan khidmat seks songsang.

"Siasatan mendapati terdapat lelaki warga asing juga bekerja sebagai 'tukang urut' di premis berkenaan.

"Polis berjaya menahan 28 lelaki warga asing dari Pakistan, Iran dan Myanmar daripada 100 lelaki yang diperiksa di premis-premis tersebut tahun ini," katanya.


Menurut Razali, selain rumah urut, pihaknya turut mendapat maklumat pusat kecergasan diri sering dikunjungi golongan gay kerana mereka menjaga penampilan diri selain teliti dalam aspek kebersihan.

"Golongan gay tidak segan silu mempamerkan kemesraan mereka di khalayak ramai malah pernah menggoda pegawai-pegawai polis ketika serbuan dibuat.

"Sifat tidak malu itu juga jelas dilihat ketika mereka menari bersama-sama dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dibuat di premis urut berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai bagi menyalurkan maklumat dan bersama membendung budaya gay daripada terus menular dalam masyarakat - Utusan Malaysia.

p/s : Siapakah VIP tersebut? Tangkap mereka semua !! Jangan diberi peluang langsung!! Isu di atas mesti diselesaikan dengan segera sebelum melarat !!

MARAH ! Apabila Aktivis Bukan Islam Berlagak Pandai Tentang Islam !

Penulis terkejut apabila membaca laporan berita MalaysiaKini yang mengenengahkan 2 kenyataan daripada badan NGO tentang Teo Nie Ching.

Terkejut kerana salah satu daripada kenyataan tersebut tidak sepatutnya keluar daripada seorang Muslim yang bernama Maria Chin Abdullah yang sepatutnya lebih arif tentang adab berada di dalam masjid.

Saranan kepada Maria : Anda Mesti ingat...Islam first Gender second !

Maria Chin Abdullah, pengarah eksekutif Empower, mungkin seorang Mualaf tetapi ianya tidak bermakna beliau menjadi dengkel di dalam penilaian beliau sebagai seorang Muslim terutamanya isu-isu seperti adab berada di dalam masjid.

Tetapi kenyataan beliau yang mengatakan bahawa isu Teo Nie Ching sebagai bukti diskriminasi gender terhadap wakil rakyat wanita, adalah merupakan tuduhan melulu, tidak cerdik dan tidak bertanggungjawab. Ianya juga menunjukkan seorang aktivitis wanita yang takut pada bayang-bayang gender beliau sendiri.


Sungguh memalukan apabila di zaman maju ini, masih ada aktivis wanita bernama Maria Chin Abdullah yang masih berfikiran was-was dan curiga serta tidak mahu mendalami isu seperti Teo Nie Ching. Dan ianya tidak ada kena mengena dengan isu gender tetapi isu menghormati agama Islam, agama Maria Chin Abdullah itu sendiri.

Kecualilah jika Maria Chin Abdullah tidak kisah jika agama beliau diperkotak-katikkan secara terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin DAP seperti Teo Nie Ching dan Teresa Kok!

Penulis juga ingin menegur keras seorang aktivis wanita bukan Islam yang memandai-mandai mengeluarkan kenyataan yang melulu dan membodohkan diri beliau sendiri. Rujuk di bawah :-

Saranan kepada Meera : Lain kali anda tanya dulu....jangan membodohkan diri sendiri

Presiden Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Meera Samanther bersetuju dengan Chin, dan bertanya mengapa Teo (di bawah) sering menjadi sasaran komen seperti itu.

"Kenapa sasar beliau? Adakah kerana beliau seorang wanita, lantang dan ada kuasa?

"Kami kecewa dengan kenyataan seperti itu tapi saya mahu beritahu Teo bahawa memang ramai orang yang tidak puas hati seperti itu, dan beliau jangan pedulikan mereka dan teruskan jalan tugasnya," kata Samanther.
Kenyataan Meera Samanther itu jelas tidak faham tentang isu Teo Nie Ching. Tidak ada sesiapa pun yang mempersoalkan tugas beliau sebagai wakil rakyat.

Tetapi isunya ialah agar Teo Nie Ching lebih prihatin terhadap sensitiviti dan menghormati agama Islam termasuk adab berada di dalam masjid. Itu sahaja!

Sungguh menghairankan apabila seorang yang berjawatan Presiden di dalam pertubuhan NGO yang berfikiran cetek.
Apakah yang beliau tahu tentang adab berada di dalam rumah Allah swt?

Dan sebagai seorang bukan Islam, Meera Samanther sepatutnya merujuk serta memahami dahulu isu adab di dalam masjid dan bukannya membuat kenyataan yang sehina dan kurang cerdik sedemikian rupa!


Shame on both you !

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.