TRANSLATION

25 August 2020

Balas Dendam, 101 Kontrak, RM 6.6 Bilion & Pembohongan

Apakah benar parti DAP sedang bergolak ?


Perkara ini timbul kerana Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP memberi kenyataan yang tidak selari dengan kenyataan Chow Kon Yeow DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Guan Eng mendakwa kononnya kerajaan Persekutuan PN sedang melaksanakan politik balas dendam untuk menghukum Pulau Pinang kerana tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan PN.

Tetapi Chow Kon Yeow pula berkata kerajaan Pulau Pinang tidak akan mendesak kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) berikutan penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

Chow juga berkata sekarang jumlah penumpang di LTAPP telah menurun kepada kurang daripada 1,000 penumpang sehari.
"Saya rasa lapangan terbang yang sedia ada sudah memadai untuk menampung jumlah penumpang itu dan tidak perlu tergesa-gesa mahu mempercepatkan projek ini, sehinggalah COVID-19 berakhir," kata Chow Kon Yeow.
Jika itulah yang dinyatakan Kon Yeow, kenapa Lim Guan Eng begitu terdesak hingga mendakwa kerajaan PN ingin membalas dendam?

Apakah Guan Eng sedang berkonfrontasi dengan Chow Kon Yeow?

Bukan apa ..... sudah lama kita tidak dengar pemilihan kepimpinan CEC DAP yang baharu. Di bawah perlembagaan DAP, seseorang itu boleh menjawat setiausaha agung hanya selama 3 penggal.

Jika merujuk perlembagaan parti itu, Guan Eng akan tamat tempoh tidak lama lagi. Dilaporkan bahwa Guan Eng memegang jawatan itu sejak tahun 2004 lagi !

Isu 101 kontrak 'direct nego' bernilai RM6.6 bilion pula telah membuka pekung puak DAP. Dalam cubaan untuk menegak benang yang basah, puak DAP telah menggunakan akaun palsu Facebook.

Nampak sangat regim RBA memperalatkan nama-nama orang Melayu untuk memuji Guan Eng DAP ini sampai tahap melampau.







Tapi netizen tidak bodoh dan tidak mahu lagi diperbodohkan dengan sandiwara RBA DAP.

Dan isunya sangat mudah. Guan Eng DAP dan PH tidak perlu putar belit. Selama ini kerajaan PH mendabik dada dan menjual naratif kononnya mereka mengamalkan konsep 'tender terbuka'.

Sebagai contoh, isu kontraktor Bumiputera di negara ini di mana LGE menyatakan bahwa 'dasar tawaran tender secara terbuka untuk setiap projek persekutuan dan negeri yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan ...'

Lihat video ini pula tentang janji DAP-PH dalam tempoh 100 hari jika menjadi kerajaan :


Ternyata DAP-PH bohong belaka!

Dan amat memalukan apabila ada Menteri yang menafikan kononnya Guan Eng DAP dan Kementerian Kewangan di bawahnya telah mendapat persetujuan daripada kabinet. Jika benar, LGE telah meliwat prinsip beliau dan parti DAP dan LGE telah menjadi liabiliti besar kepada partinya sendiri dan PH ! Perkara liabiliti ini perlu difikirkan oleh ahli-ahli DAP.

Maksud mudah, begitu teruknya kerajaan PH dan syukur Alhamdulillah kerajaan itu jatuh.

Yang kelakarnya apabila LGE cuba spin dan minta didedahkan tender secara langsung oleh BN.

Come on ...... PH yang beria-ia dengan konsep 'tender terbuka', malah PH menjaja konsep itu ke seluruh negara dan menjadikannya sebahagian daripada manifesto pilihanraya PH. Ramai rakyat yang terpedaya dan mengundi PH. Mereka itu ditipu hidup-hidup oleh PH.

Walau bagaimana pun, isu ini belum selesai lagi. Rakyat menuntut agar kerajaan PN mendedahkan senarai 101 kontrak 'direct nego' yang berjumlah RM6.6 bilion itu dengan kadar segera.

Realitinya, RM6.6 bilion adalah wang rakyat dan kami berhak untuk tahu segalanya.





15 comments:

  1. JILAKE RBA DAPig !!

    ReplyDelete
  2. DAP memang rasis.

    ReplyDelete
  3. Gone end patut masok rancangan TV Repley's believe it or not.
    PASTI barua dia mengamok sakan.
    Penyamun TROWONG dan PEROMPAK MOF.

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya 101 Tender Direct Nego ni disenaraikan ikut KEMENTERIAN. Buat tuduhan tanpa bukti di Parlimen pulak tu, jadi tak adil. Tengku Zafrol juga patut senaraikan juga Tender 'direct Nego di bawah kerajaan PN sebagai perbandingan. Tanpa senarai petbandingan, tuduhan di anggap FITNAH.

    Najib yg sah dijatuhkan penjara 12 tahun dan denda rm212 juta, kamu semua boleh anggap dia difitnah. Apa tah lagi benda yg melibatkan tender ketajaan. Mestilah tunjuk bukti, baru orang percaya. Contohny: Kementetian Dalam Negeri di bawah Muhyiddin. Elok senaraikan berapa banyak tender direct nego sudah diluluskan semasa dia jadi menterinya di bawah PH. Nak tahu, kementerian apa yg paling banyak mohon tender direct nego.

    Korang semua tak nak tahu ke...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. blah blah blah blah blah....contoh RBA dapigs! Entah2 cina atau india kapir yg mengguna nama pompuan Melayu.

      Dulu aku dah termakan fitnah puak2 rba kapir ni....sekarang aku was2 bila baca komen2 mengguna nama Melayu utk membela kapir dapigs

      Dah mcm ulang tayang cikminah oi..

      Delete
    2. Apa pun, DAP-PH makan balik taik mereka. Konon nak hapus kontrak direct nego dlm masa 100 hari jadi kerajaan. Ptuiii...

      Delete
    3. Kahkahkah....ini cara walonta berdebat. Tahi sepanjang jalan. Otak kamu penuh tahi rupanya. Siang malam ingat tahi. Kamu makan tahi ke, ngok....???????

      Delete
    4. cehhh .... RBA DAPig cikminah nak pertahankan apek Gone End. hahahaha..+

      Delete
    5. Show the proof lah. Semua orang bolih tapi tak bagi bukti apa guna. Kita semua nak tahu. Cakap kedai kopi bolih lah. Bukti apa yng salah.

      Delete
    6. Dalam parlimen disebut 101 direct nego gomen projects. Surat khabar pun laporkan. TV news pun siarkan. Ingat org suka2 dpt figure 101 just to fitnah the " squeaky clean" @ suci nobita?? Nanti jgn sorok belakang skirt bini pulok!

      Delete
    7. ALAMAK!!!!!!! CikMinah RBA

      Delete
  5. Dolo ada walaun onta buat tuduhan wang
    GST 19.5b telah dirompak.
    Terbukti tuduhan palsu,sampai kini belum
    minta maaf.
    Bila kena diri sendiri mengelupur mcm
    kena sawan babi.
    Kena tidur lokap SPRM tiada tilam
    empuk dan selimut lagi sekali.

    ReplyDelete
  6. Setiap kali tahi babi jatuh atas batang hidung, nobita akan alih tumpuan kpd BN. Dah kau kata direct negotiations itu SALAH, yg kau buat juga kenapa ?

    ReplyDelete
  7. HANYA 22 BULAN, 101 PROJEK BERNILAI RM6.61 BILION DIANUGERAH GUAN ENG KALAU 22 TAHUN... FUYOO KAYOO..!!

    Pendedahan di Parlimen mengenai penganugerahan 101 projek yang bernilai RM6.61 bilion, bukanlah satu jumlah yang kecil yang boleh dipandang remeh oleh kerajaan. Sedikit hari lagi pasti akan terdedah nama-nama syarikat terbabit dan jangan terkejut jika ada antaranya yang berkaitan dengan kroni bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Pakatan Harapan.

    DAP tentu akan memberi alasan ini bukan amalan kronisme tetapi syarikat tersebut sememangnya layak, hujah yang menjerat diri mereka tidak lama lagi apabila dihadapkan ke mahkamah kelak. Ini kerana alasan dangkal sebegini hanya akan membuktikan mereka sememangnya pengamal kronisme.

    Satu Pun Tak Pernah Bincang Dalam Mesyuarat Kabinet, Kata Zuraida. Azmin pun setuju kenyataan Zuraida. Kabiner dapur atok buat apa selama ini...!? Makan gaji buto..!!

    Masa BN direct nego banyak di lakukan masa 22 taun Atok jadi PM, bukan direct nego ajer, bailout beratus billion lagi tu... hang pa bayangkan yang kedai roti pun depa bailout...

    Kalau 22 tahun tanpa atok, Malaysia dah maju boleh jejak kaki ke bulan lagi..!! Nasib Celaka menimpa Malaysia selama ini disebabkan Tun Mahathir dan anakcucu.

    22 bolan = 101 direct nego , klu 22 tahun (264 bolan) haaah soalan matematik ni walaun unta cer kira ..!? Jawapanjya 26,664 direct nego.. fuyooooo atok kayo kayooo

    ReplyDelete
  8. Penyokong lge terutamanya yg Melayu memang suka kalau ditipu dan dibodohkan oleh lge sebab dia " master". Bangga ek? Selama ni lge tak ckp kosong, cuma titik perpuluhan sahaja yg keliru. Hahahaha..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.