TRANSLATION

14 August 2025

Untung 1MDB Rakyat Perlu Tahu

Jawapan Parlimen (13/8/25) beri gambaran paling jelas tentang untung rugi 1MDB setakat ini.



Kerajaan sudah berjaya mendapatkan semula RM29.7 bilion dana 1MDB. 

Daripada jumlah itu, RM26.73 bilion telah digunakan dan ditambah dengan pinjaman kerajaan sebanyak RM15.44 bilion untuk membayar hutang pokok dan faedah berjumlah RM42.17 bilion setakat 31 Julai 2025..

Kini, baki hutang 1MDB tinggal RM5 bilion manakala baki dana yang belum digunakan daripada pulangan ialah RM3 bilion. Ini bermaksud, walaupun tiada lagi dana dipulangkan selepas ini (sedangkan berbilion lagi masih dalam proses pemulangan), kerajaan hanya perlu menambah (top up) RM2 bilion lagi bagi menyelesaikan baki hutang RM5 bilion yang matang pada 2039.

Maka, impak maksimum kepada dana kerajaan ialah RM17.44 bilion. 

Namun, selepas kerajaan menjual projek Bandar Malaysia (GDV RM140 bilion) kepada Petronas pada harga RM12 bilion tahun lepas, impak maksimum itu turun kepada RM5.44 bilion.

Daripada pinjaman RM5.44 bilion ini, kerajaan masih mempunyai baki aset bernilai tinggi 1MDB seperti :

1. 8 pangkalan pertahanan baharu atau dinaik taraf, termasuk pangkalan TUDM terbesar di Sendayan.

2. Projek TRX bernilai RM40 bilion yang kini berjaya.

3. Tanah di Pulau Pinang bernilai RM2 bilion.

4. Tanah di Pulau Indah bernilai RM500 juta.

5. Sistem terowong bawah tanah sepanjang 5km bernilai RM3 bilion yang berupaya mengurangkan kesesakan trafik di Kuala Lumpur sehingga 30%.

Jadi, soalnya sekarang, dengan kiraan ini - kerajaan untung atau rugi dengan 1MDB?

Jawapannya ialah sudah tentu untung besar.

Kalau nak bina Kota Madani pun perlukan kos RM4 bilion. 

Jadi, bayangkan impak maksimum RM5.44 bilion yang boleh menghasilkan kepada aset-aset di atas itu.

Sejak PRU14, hutang langsung kerajaan melonjak sekitar RM620 bilion, termasuk kira-kira RM240 bilion yang ditambah hanya dalam tempoh pentadbiran Madani. 

Jadi, naratif JKOM kononnya lonjakan hutang negara disebabkan oleh 1MDB hanyalah satu fitnah besar.

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.