TRANSLATION

18 September 2026

DYMM Agong Perkenan Pengampunan Bersyarat Najib Razak

SIARAN MEDIA
BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG
JABATAN PERDANA MENTERI


MESYUARAT LEMBAGA PENGAMPUNAN BAGI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA KALI KE-64 PADA 18 SEPTEMBER 2026

PUTRAJAYA, 18 September 2026 – Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 telah diadakan pada 18 September 2026.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya beliau membayar denda Ringgit Malaysia Lima Puluh Juta sahaja (RM50,000,000.00).

Beliau hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara.

BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG
JABATAN PERDANA MENTERI
18 SEPTEMBER 2026

3 comments:

  1. Setakat ini kita belum boleh mengesahkan sama ada Najib :

    1. wajib berada di kediaman tertentu (contohnya Langgak Duta);
    2. dibenarkan keluar untuk rawatan hospital, mahkamah atau urusan tertentu;
    3. perlu memakai electronic monitoring device (EMD);
    4. mempunyai sekatan terhadap pelawat;
    5. boleh menerima pemimpin politik atau mengadakan mesyuarat;
    6. boleh menggunakan media sosial/internet;
    7. atau memerlukan kebenaran polis/Jabatan Penjara untuk meninggalkan rumah.

    Menariknya, kawalan keselamatan dilaporkan telah diperketatkan di sekitar kediaman Najib di Langgak Duta selepas keputusan diumumkan, tetapi itu sendiri belum membuktikan bahawa kediaman tersebut secara rasmi telah ditetapkan sebagai lokasi tahanan rumah.

    ReplyDelete
  2. Setakat nii, BHEUU masih belum mendedahkan syarat terperinci selain bayaran denda RM50 juta, tempoh sehingga 23 Ogos 2028, dan kewajipan mematuhi syarat yang ditetapkan.

    ReplyDelete