Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash
Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts
Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

GEMPAR! MB KEDAH LETAK JAWATAN??


Menggemparkan! Sila baca :

Wednesday, December 28, 2011

Sebab Mahfuz Omar & Salahuddin Ayub Disisih Daripada Perjumpaan Sulit Hasan Ali Di Kelantan!


Sungguh pelik sekali!

Nik Aziz berkata pertemuan di antara beliau dan Dr Hasan Ali dianjurkan oleh PAS Pusat tetapi kepimpinan tertinggi PAS Pusat mengaku tidak tahu menahu tentang perjumpaan tersebut!

Kedua-dua Naib Presiden PAS tidak tahu begitu juga dengan Ketua Penerangan !

Atau apakah terdapat agenda tersembunyi yang sengaja tidak diberitahu kepada Naib Presiden dan Ketua Penerangan?

Jika perkara semudah 'perjumpaan' pun tidak seragam dan tiada kesefahaman, kepimpinan PAS ada angan-angan untuk mentadbir negara?

Sungguh memalukan!

Baca dibawah :

PETALING JAYA: Para pemimpin PAS mendakwa tidak tahu menahu mengenai adanya pertemuan di antara Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan dua pemimpin kontroversi – bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa.

Mereka termasuk dua Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub serta Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mahfuz yang dihubungi hari ini berkata beliau tidak tahu mengenai mesyuarat tersebut.

“Saya tak tau mengenai mesyuarat tersebut maka saya tak boleh komen,” kata ahli parlimen Pokok Sena itu. Organ PAS harakahdaily hari ini melapurkan Nik Aziz telah bertemu dengan Dr Hasan dan Nasharuddin di Kota Baru semalam. Hadir sama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. seterusnya

Wednesday, December 21, 2011

PERANG BESAR ! Hasan Ali Ponteng, Mustafa Ali Veteran Bongkak & Mahfuz Omar Bangkrap Fikiran !!!


Sebelum ini, MiM telah menulis,
Pertelagahan besar kepimpinan tertinggi PAS mencapai satu lagi peringkat. Kali ini ialah peringkat mengaibkan sesama mereka di dalam parti.

Gelanggang dibuka dan dimulakan dengan pendedahan Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang mendakwa Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa selalu ponteng tidak hadir ke mesyuarat! BACA SINI
Mustafa Ali juga mendakwa bahawa Dr Hasan Ali 'terperangkap dalam agenda UMNO'.

Dan benar seperti yang MiM nyatakan, giliran Hasan Ali pula untuk menyerang balas kenyataan Mustafa Ali!

Di antara yang dilaporkan:-
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Exco Kerajan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mahu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengemukakan bukti bahawa beliau telah terperangkap dalam agenda Umno mahu melemahkan parti Islam itu.

“Datuk Mustafa Ali merupakan antara pemimpin yang paling senior dalam struktur organisasi parti seolah-olah secara spontan terus memberi pandangan yang begitu negatif dan berniat jahat terhadap saya.

“Beliau mengatakan saya telah terperangkap dengan perangkap Umno dan kenyataan saya sebelum ini menurutnya mempunyai kaitan rapat dengan agenda Umno untuk melemahkan saya,” katanya.

Minggu lalu, Mustafa menganggap Hasan dan bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

Hasan menambah, Mustafa dengan bongkak dan sombong menggunakan autoriti dan jawatannya sebagai setiausaha agung parti melatah dan hilang arah sehingga sanggup meletakkan dirinya ke paras yang paling bawah dari sudut kewibawaan dan mengawal emosi.

“Saya mengharapkan Mustafa dapat memberitahu saya dalam masa terdekat fakta-fakta berkaitan perkara ini.

“Saya inginkan penjelasan mengenai perkara saya terperangkap dalam perangkap Umno dan juga saya terlingkung dalam agenda Umno untuk melemahkan parti beserta faktanya,” tegas Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Mengulas berkenaan kenyataan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar yang secara sinis mengatakan dirinya boleh menyertai Umno jika mahu, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat ini merasakan kenyataan itu sebagai “bankrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan terkini sesuatu isu.”

“Perkara tersebut sudah saya perjelaskan berulang kali dan saya rasa tidak perlu untuk saya mengulangi kenyataan yang sama berulang kali dan saya sendiri tidak berminat” tegasnya.

“Saya perlu nyatakan wakil pimpinan pusat parti ada datang menemui saya enam hari lalu dengan membawa mesej pimpinan tertinggi dengan penuh kebijaksanaan dan pertimbangan serta memaparkan nilai akhlak yang tinggi.

“Begitu juga pembantu presiden menyatakan keprihatinan (Mursyidul Am PAS Datuk) Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) terhadap apa yang berlaku.

“Pendekatan mereka jelas jauh berbeza dengan cara dan gaya Setiausaha Agung dan Naib Presiden,” jelas Hasan lagi.

Pada sidang media yang sama, Hasan menggesa pimpinan PAS Pusat menyiasat kenyataan yang dikeluarkan Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungip bahawa namanya digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13.

Hasan berkata beliau  mengharapkan pimpinan pusat  melakukan siasatan dan mengambil tindakan disiplin terhadap Shaari kerana membuat pengumuman mengenai pencalonan mendahului pemimpin tertinggi parti.

“Atas nasihat rakan-rakan, saya menggesa pimpinan parti melakukan siasatan ini bagi melenyapkan sebarang spekulasi yang timbul berkaitan pencalonan saya,” katanya lagi.

Sehubungan itu jelas Hasan, siasatan dan tindakan tersebut perlu bagi mengelakkan kekeliruan daripada terus berlaku dalam kalangan ahli dan penyokong PAS.

“Saya ingin menegaskan kepada ahli dan penyokong PAS, saya bukanlah pihak yang bertanggungjawab menimbulkan polemik ini - MI.

Monday, June 27, 2011

HANGAT ! Mahfuz Omar PAS Tambah Kesengsaraan Anwar Ibrahim!


MiM tidak menjangka Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS sanggup memperbodoh-bodohkan diri beliau semata-mata untuk mempertahankan Anwar Ibrahim.

Kenyataan dangkal dan kurang cerdik beliau tentu mengingatkan kita kepada dokumentari oleh Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani yang ternyata berbau pembohongan baca sini


Malah, kenyataan Mahfuz itu telah memalukan Anwar Ibrahim sendiri kerana pemerhatian beliau tidak tepat langsung dan tidak berdasarkan kepada ilmu yang dikurniakan oleh Allah swt.

Baca artikel yang sangat menarik di bawah :-

“Pas menyangkal kenyataan laporan pakar pengecaman wajah yang menyebut pelaku dalam video seks sebagaimana didedahkan, mirip 99.99 peratus Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, teknik mengubah wajah menyerupai individu tertentu telah dipraktikkan dalam industri penerbitan filem.

“Mereka hanya kata 99.99 peratus mirip, tidak semestinya bermaksud memang itu Anwar.

Watak Omar Mukhtar yang dilakonkan Anthony Quinn dalam filem Lion of The Desert juga menyerupai Omar Mukhtar sebenar. Jadi, apa nak dihairankan, semua teknik begini boleh digunakan untuk memerangkap seseorang,” katanya.

Beliau menegaskan, walaupun isu itu diberi liputan media di negara ini, ia tidak menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat malahan mampu melonjakkan nama ketua pembangkang itu.

“Ia akan melariskan lagi publisiti Anwar seperti pertambahan undi dalam program realiti televisyen, Maharaja Lawak.

“Bagi saya, ini adalah sebahagian daripada cerita lucu zaman moden,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebarang dokumen dikemukakan berhubung perkara itu malah ia sekadar kenyataan lisan daripada peguam.

“Ia tiada kaitan mengenai kerjasama Pas dalam PR, kerana perjanjian parti dengan PR, bukan dengan Anwar.

“Justeru, isu Pas keluar PR tidak timbul kerana Pas masih tetap bekerjasama dengan PR,” katanya.” – Sinar Harian
Saudara Mahfuz, watak Omar Mukthar dan juga watak Saidina Hamzah, kedua-duanya lakonan Anthony Quinn, langsung tidak menyerupai wajah kedua-dua tokoh sejarah itu.

Hakikat ini diakui sendiri di dalam pengarahnya, Allahyarham Moustapha Akkad di dalam beberapa tulisan dan temubualnya BACA SETERUSNYA

Sunday, March 20, 2011

PANAS ! Mahfuz Omar Buat Lawak Tentang JingGay !

Mahfuz Omar buat lawak lagi! Beliau berkata :
"Buku Jingga terus menjadi ketakutan BN sebab apa yang diperkatakan semuanya menjurus kepada 10 jaminan Pakatan Rakyat pada 100 hari pemerintahanya."
Nampaknya, Mahfuz Omar dan pemimin-pemimpin Pakatan Rakyat masih mahu cuba mempertahankan Buku Jingga atau Buku JingGay walau pun rakyat sudah tahu bahawa buku tersebut bakal membawa bencana kepada rakyat dan negara Malaysia jika dilaksanakan.

MiM telah menulis mengenai kemusnahan dan kebangkrapan yang bakal ditanggung oleh kita semua. Rujuk di bawah :-

Hutang kerajaan PR dianggarkan melonjak kepada RM617.1 billion atau 85.4% dari KDNK. Ini senario tahun pertama PR menjadi kerajaan persekutuan.

Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.

Dengan defisit sebesar itu, kerajaan PR akan berhutang untuk menampung defisit bajet tersebut.

Untuk tahun kedua, oleh kerana beberapa perbelanjaan seperti pengambilalihan lebuhraya dan pembinaan prasarana Wi-Fi adalah merupakan perbelanjaan sekali sahaja (one-off), defisit bajet kerajaan PR untuk tahun kedua dijangka turun kepada RM139.3 billion (18% dari KDNK).

Oleh kerana tahun kedua bajet masih lagi defisit, sekali lagi kerajaan PR terpaksa menambah hutang mereka kepada RM783.5 billion (101.3% dari KDNK) untuk menampung defisit bajet untuk tahun kedua.

Maka untuk tahun kedua pemerintahan PR, defisit bajet negara akan melebihi 10% dari KDNK dan hutang kerajaan PR akan melampui 100% dari KDNK.


Dengan itu Malaysia akan secara rasminya diistiharkan BANKRAP kerana hutangnya melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)! SETERUSNYA

Thursday, February 17, 2011

'Fatwa' Mahfuz Layak Dibuang Dalam Sampah..

Mahfuz Omar kata Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Merlimau, 6 Mac ini sebagai medan latihan? Biar betul! 'Fatwa' apa pula ni?

Apakah Mahfuz fikir pilihanraya ini main-main ke? Apakah beliau fikir derma penyokong-penyokong PAS yang dijadikan wang pilihanraya itu, sekadar membuang duit mereka ke?


MiM sejak dulu lagi perhatikan yang Mahfuz Omar merupakan salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang kurang cerdik dan mengeluarkan kenyataan yang membengongkan diri beliau sendiri! Rujuk artikel-artikel MiM sebelum ini tentang Mahfuz.

Malah, rasa-rasanya ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sendiri pun sudah tak tahan dengan kedangkalan Mahfuz. Sungguh mengecewakan kerana sebagai pemimpin rakyat, Mahfuz Omar gagal bertindak sedemikian!


Lim Guan Eng DAP cauvinis awal-awal lagi telah kibar bendera putih. Lebih logik jika Mahfuz Omar menasihatkan parti PAS supaya tarik diri sahaja dari bertanding di Merlimau.

Dan duit yang dibazirkan untuk menggerakkan jentera pilihanraya Merlimau boleh digunakan untuk membaikpulih tandas-tandas di masjid dan surau di negeri Kelantan.
Lagi berfaedah !

Thursday, December 30, 2010

Letak Jawatan :- Mahfuz Omar PAS Frust Tak Dapat Habuan ?

Ramai yang tertanya-tanya dengan perletakan jawatan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn Bhd, syarikat GLC kerajaan PAS Kedah. Penulis pun musykil terutamanya apabila Mahfuz Omar tidak menerangkan dengan terperinci tindakan drastik beliau itu dan membiarkan kita tercari-cari jawapannya!


Khabaran yang kita dengar ialah Mahfuz tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan. Persoalannya, kenapakah Mahfuz Omar sebagai Pengerusi syarikat tersebut tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk menidakkan penganugerahan tersebut?

Jawapan yang hampir kepada persoalan di atas ialah terdapat pihak lain yang lebih berkuasa serta dapat over ride kuasa eksekutif Mahfuz Omar. Siapakah mereka?

Mereka adalah pihak-pihak tertinggi di dalam syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB), syarikat induk yang mempunyai beberapa anak syarikat termasuk syarikat Kedah Sato S/B yang dipengerusikan oleh Mahfuz Omar!

Penulis tidak menuduh tetapi mahukan kepastian kerana artikel di bawah ini menghubungkaitkan kontroversi Mahfuz Omar dengan syarikat BDB. Rujuk di bawah :-
Diberitakan suhu panas yang memuncak disebabkan berlakunya pertembungan diantara Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Jahubar Sathik dengan Pengerusi Kedah Sato, YB Dato’ Haji Mahfuz Omar berhubung isu pelantikan IJM sebagai ‘Total Sub-Contractor’ kepada Kedah Sato untuk kerja-kerja membina dan menyiapkan kampus baru KUIN di Kuala Ketil.

(nota: Kerajaan Negeri Kedah telah melantik Kedah Sato Sdn. Bhd. secara terus melalui konsep ‘Design n Build’, Kerajaan Negeri turut mengenalpasti dan menjamin pembiayaan kewangan dari institusi-institusi kewangan.)


Dato’ Jahubar Sathik berkeras untuk terus melantik IJM tanpa melalui proses tender atau sebut harga. YB Dato’ Mahfuz dikatakan tidak bersetuju sekiranya pelantikan IJM tidak melalui proses tersebut.

Beliau juga mahu diletakkan syarat agar kontraktor tempatan turut diberi peluang untuk terlibat dengan kerja-kerja pembinaan yang bersesuaian oleh ’Total Sub-Contractor’ yang bakal dilantik.

Perkembangan terbaru ini amat memeritkan untuk ditelan oleh Dato’ Jahubar Sathik n The Gang ( Din KoKo dan YB Din Anak Bukit ), manakan tidak perancangan yang telah disusun-atur berbulan-bulan lamanya dan sudah terlalu banyak yang dibelanjakan, tiba-tiba menghadapi halangan dan tentangan keras di saat akhir.

Banyak kepentingan akan tergadai. ” Bangkai yang cuba disembunyikan, terhidu jua akhirnya.”

Langkah terakhir yang mampu dilakukan ialah dengan memukul canang yang menyatakan bahawa YB Dato’ Mahfuz Omar menentang pelantikan IJM kerana didalangi oleh beberapa kontraktor Cina di belakangnya.

SMS sedang berlegar-legar dari inbox ke inbox. Din KoKo perlu berkeras mematahkan tentangan dan halangan demi membuktikan kesetiaan dan menyelamatkan kepentingan yang bakal tergadai. -
Helang Kedah
p/s :- So, YB Mahfuz Omar. Betulkah YB frust dan letak jawatan kerana tak dapat habuan dari kontraktor-kontraktor Cina di Kedah?

Monday, November 08, 2010

Mahfuz Omar PAS - Berapa Kali Mahu Kantoi ??

Oleh TSUNAMI

Mr Pinky... auuwww...

Sejak dua tiga hari ini, Mahfuz Omar PAS telah menyerlahkan tahap pemikiran beliau yang sebenarnya iaitu cetek dan dangkal. Beberapa kali beliau membuat kenyataan yang sesuka hati tanpa usul periksa sehingga menyebabkan kita tertanya-tanya, di manakah tahap pengetahuan Mahfuz yang sebenarnya?

Berikut adalah beberapa artikel yang jelas menunjukkan Mahfuz Omar sebenarnya bukan seorang pemimpin yang boleh berfikir dengan logik dan masuk akal.

1. PANAS ! Mahfuz Omar Kantoi Lagi Berbaju Pink ala-ala Puteri UMNO!!

2. MAHFUZ OMAR KANTOI LAGI, MB KEDAH TIDUR ?

3. PANAS ! Mahfuz Omar PAS Ajar Geografi Di Sabah !

Difahamkan bahawa perkembangan semasa Mahfuz Omar sedang diteliti oleh ramai ahli-ahli PAS. Ianya kerana kebanyakan tindakan dan kenyataan Mahfuz telah memalukan mereka. Mereka merasa Mahfuz Omar sebenarnya tidak layak lagi selepas ini.


Mereka juga mengharapkan agar pengganti Mahfuz itu lebih berpelajaran dan mampu mengeluarkan pandangan-pandangan yang lebih bernas dan mencerminkan parti PAS yang sebenarnya.

Sunday, November 07, 2010

TERBARU ! DS Najib Razak Bertambah Sakit ?

Tajuk di atas tentu akan menyebabkan segala pencacai PAS dan Pakatan Rakyat melenting dalam kesyahwatan dan keseronokan kerana doa Nik Aziz tercapai jua.

Tapi sorry la ya. DS Najib Razak sudah sihat dan dibenarkan keluar HKL hari ini. Syukur Alhamdulillah.

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dibenarkan keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dimasukkan ke hopital itu sejak Khamis lepas.

Terima kasih para doktor HKL.

“Beliau respon baik terhadap rawatan yang diberikan dan kini boleh mengikuti diet biasa,” kata Ketua pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan di sini hari ini.

Najib pada mulanya dirawat kerana cacar tetapi pada Khamis lepas beliau dimasukkan ke hospital itu ekoran rasa tidak selesa dalam perut disebabkan ulser dan gastritis ringan.

Dr Mohd Ismail berkata cacar air pulih dengan baik dan para doktor menasihati beliau agar berehat di kediaman. Perdana Menteri dijadual mengikuti pemeriksaan perubatan dalam masa beberapa hari, kata beliau.

Beliau juga berkata Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perubatan HKL dan doktor peribadinya kerana dedikasinya dalam tidak terhingga dalam menjaga kesihatan beliau. — Bernama

Berita di atas menamatkan desas-desus dan khabar angin yang mengatakan Najib Razak sakit teruk. Begitu juga dengan cakap-cakap jahat yang mengatakan Najib Razak sakit disebabkan oleh sembahyang hajat dan munajat parti PAS.

p/s : Mahfuz Omar nak kata apa sekarang? HarakahDaily?

MAHFUZ OMAR KANTOI LAGI, MB KEDAH TIDUR ?

Oleh MIM TEAM

Marah betul si Mahfuz Omar 'Rumah Atas Pokok' pada Shahrizat Jalil sampai terpaksa bercakap orang putih untuk tunjuk kekecewaan dia tu. Tapi seperti kenyataan beliau yang lain, kenyataan kali ini pun dangkal dan hentam suka hati saja.

Di bawah adalah di antara kenyataan beliau :-

“Saya kesal dengan kenyataan Datuk Shahrizat, yang blame (mempersalahkan) kerajaan negeri (Kedah) tidak membuat apa-apa dan kerajaan negeri lembap – itu satu kenyataan yang sangat melampau,” ujar Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.

“Saya nak sebut bahawa beliau tak boleh blame (salahkan) kerajaan negeri, kerajaan negeri bukan memiliki kenderaan-kenderaan berat dan kenderaan yang sangat terhad yang nak digunakan untuk pengangkutan-pengangkutan yang lain.
Mahfuz 'Rumah Atas Pokok' Omar berhujah kerajaan PAS negeri kurang kelengkapan dan sebagainya. Tapi yang hairannya, kenapa Nazri Aziz boleh pula mengarah agensi kerajaan negeri Kedah untuk membantu dan dapat bot smart?
"Kalau di kawasan saya, Datuk Seri Nazri datang, saya sebut masalah di sini ialah satu tempat kita tak dapat pergi kerana putus, kita tak boleh hantar bekalan makanan walaupun mereka ada penempatan banjir sebab arus air deras, dan bot-bot yang mereka hantar pula bot yang kecil, bomba sendiri pun tak berani pergi dengan bot yang kecil.

"Jadi, saya mintalah bot yang besar, bot tentera dan bot smart barulah beliau membantu mengarahkan perkhidmatan keselamatan negeri ini untuk menghantar bot smart,” katanya.
Persoalannya,

Tidur la wahai Azizan Abduk Razak PAS..

1. Kenapakah sejak awal lagi Mahfuz Omar tidak meminta pertolongan Azizan Abu Razak, MB Kedah supaya mengarahkan agensi kerajaan beliau sendiri untuk membekalkan bot smart? Tidur ke?

2. Kenapa Nazri Aziz yang boleh mengarah perkhidmatan keselamatan negeri untuk membantu, dimanakah kelibat MB Kedah itu sendiri kerana agensi itu adalah di atas kuasa dan jurisduksi beliau?

3. Kenapa Mahfuz Omar tidak mempersoalkan Menteri Besar itu sendiri?

4. Apakah Mahfuz beranggapan bahawa MB Kedah itu tidak kompeten dan tak boleh diharapkan untuk membantu?

Jika kita mengikuti laporan berita HaprakDaily itu, persepsi yang kita nampak ialah Azizan Abu Razak, MB Kedah tidak berupaya untuk mengkoordinasikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kedah.

Mahfuz Omar pula telah mendedahkan bahawa Azizan Abu Razak seperti tidak boleh diharap untuk membantu dan mengarah agensi kerajaan negeri sendiri. Pendedahan ini seolah-olah berlaku suatu konflik sesama sendiri di dalam kerajaan PAS negeri Kedah.

Mahfuz sudah kantoi apabila cuba menyalahkan Sahahrizat Jalil tetapi terpalik balik ke muka rakan beliau, Azizan Abu Razak. Dan tak usahlah cuba memburuk-burukkan pihak lain sedangkan diri sendiri dan kerajaan PAS Kedah memang tidak boleh diharapkan.

ARTIKEL TOP MINGGU INI.