TRANSLATION

09 April 2019

Menang Atau Kalah Di PRK Rantau.

110 orang pengundi awal termasuk 8 daripadanya mengundi secara pos telah menunaikan tanggungjawab mereka di PRK Rantau.


Persoalannya, bolehkah DS Mohamad Hasan menang selesa di DUN Rantau, Negeri Sembilan?

Kenapakah PRK Rantau berbeza dengan PRK Semenyih dan lain-lain?

Pada tahun 2004, Mohamad Hasan menang dengan majoriti 6,199 undi, tahun 2008 dengan majoriti 4,613 undi dan tahun 2013 dengan 3,783 undi.

Undi majoriti yang diterima semakin berkurangan. Jika ikut trend ini, Mohamad Hasan akan menang pada PRU14 tetapi undi majoritinya semakin berkurangan.


Bagaimana pula dengan PRK ini?

Perlu diingat bahwa hanya ada 2 calon sahaja yg bertanding di DUN Rantau sebelum ini. Tiada undi calon BN dicampur dengan undi calon PAS seperti di Semenyih.

Kita lihat pecahan pengundi mengikut kaum. Jumlah pengundi DUN Rantau ialah 20,926 orang.

Pecahan pengundi mengikut kaum:

. Melayu 53.43%

. India 27.01%

. Cina 18.81%

Majoriti kaum Cina akan mengundi calon PH. Begitu juga dengan kaum India. Akan wujud sedikit undi protes atau tidak keluar mengundi sebagai isyarat tidak puas hati terhadap kerajaan PH yang kuat menipu dan semakin menyusahkan rakyat.

Dan jika pengundi-pengundi kaum Cina lebih terbuka, mereka patut mengalih sokongan dan mengundi Mohamad Hassan kerana beliau boleh menjadi suara check & balance yg sangat efesien dalam mesyuarat dewan undangan negeri. Mereka mahukah?


Majoriti kaum Melayu DUN Rantau pula akan mengundi Mohamad Hasan. Mereka yang bercadang untuk undi protes menolak BN pada PRU14, akan kembali mengundi calon BN.

Antara yang turut membezakan keputusan akhir PRK Rantau ialah peratusan kaum Melayu yang akan keluar mengundi nanti. Daripada 10,960 orang (53.43%), berapakah yang akan menunaikan tanggungjawab mereka?

Kerana itu, jentera BN perlu pastikan semua pengundi-pengundi putih keluar mengundi pada harinya nanti.


Dari segi propaganda, Dr Mahathir dan PH telah gagal melaga-lagakan UMNO dan PAS di PRK Semenyih. Kerana itu PH di Rantau tidak lagi menggunapakai skrip 'UMNO-PAS' tetapi mengguna kembali formula mereka pada PRU14 iaitu character assasination dan menabur fitnah.

Maka keluarlah pelbagai tuduhan terhadap tok Mat seolah-olah beliau papa kedana sebelum ini dan tidak mampu untuk memiliki harta kediaman. Padahal sebelum ini, beliau sangat berjaya dalam dunia perbankan dan korporat. Beliau berjawatan tinggi dan bergaji besar dalam konglomerat besar.

Tetapi dengan kelebihan PH menguasai media perdana dan portal-portal pro-PH, maka isu sedemikian yang menjadi berita utama supaya rakyat terutamanya pengundi Rantau, akan meragui calon BN.

PH memerlukan propaganda ini juga sebagai diversion supaya rakyat tidak fokus kepada pembohongan manifesto, kerosakan ekonomi dan kesengsaraan rakyat dek ketidakmampuan PH mentadbir negara.

Kerana itu calon BN tidak perlu terjebak dengan skrip permainan PH dan media mereka.

Hanya kekalahan calon PH di Rantau sahaja yang akan menyebabkan kerajaan PH lebih prihatin kepada rakyat Malaysia.

11 comments:

  1. PH ni penipu & pemfitnah. Baik mampos aja!

    ReplyDelete
  2. Harap sangat2 anak2 Rantau yang tinggal di perantaun pulang untuk membuang undi memilih Tok Mat dan seterusnya mememangkan UMNO. Jasa anda memenangkan Tok Mat adalah seperti menyegarkan Islam dam Melayu di seluruh Malaysia

    ReplyDelete
  3. DAULAT TUANKU! BUBARKAN PARLIMEN!

    ReplyDelete
  4. Bukan apa. Apakebodo sangat. Saman je la kalau dah mempitnah. Nanti dah tinggal spendar senyap la penfitnah tu.

    ReplyDelete
  5. Kesian pula tengok puak UMNO yang sudah diperbodohkan oleh Najib ni. Dia dah sapu licin semuanya, tinggallah puak UMNO mencuci taiknya. Kalau ada yang dah insaf, okay juga. Tapi ramai puak UMNO ni masih dok tengok taik yang ditinggalkan Najib seperti emas yang bernilai.
    Jangan risau Rantau tetap milik UMNO sebab yang bertanding tu tok mat bukan Najib. Kalau tok mat yang memimpin UMNO, mungkin UMNO boleh kembali. Tapi, kalau biar kepada konco-konco bodoh Najib seperti Zahid, mungkin UMNO akan berkubur selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIDUP PENYATUAN UMMMAH!!!

      Delete
    2. Isyarat pengundi jelas, bukan UMNO yang ditolak. Pemimpin macam Tok Mat masih disanjung tapi pemimpin durjana macam Najib harus ditolak habis-habisan. Masih ada masa untuk berubah, tolak Najib celaka ni.

      Delete
    3. JANGAN LUPA JUGA..... TOLAK....NUAR AL JUBURI!!!...KUIH TALAM EMPAT MUKA....

      Delete
  6. AKU TAHU APA SEBAB MATDEY TAK NAK TURUN BERKEMPEN DI RANTAU....

    SEBAB....YG BERTANDING LAWAN TOK MAT DI RANTAU TU NUAR AL JUBURI.....ADA FAHAM....TAK FAHAM TAK APA....

    ReplyDelete
  7. Apakah benar situs ini memberikan Berkah, ketika kita sedang
    bermain poker online. https://gudangpokerbest.com/berkah-poker

    ReplyDelete

  8. para Member setia Fansbetting,
    untuk kalian para pecinta permainan casino online
    yang mungkin sedang mencari agen terpercaya dengan bonus rollingan yang besar
    kami menyarankan kepada kalian semua para member setia kami
    bahwa kami akan memberikan BONUS ROLLINGAN 0.70% untuk kalian semua
    dan langsung otomatis masuk ke dalam id kalian,
    jadi untuk kalian yang mau mencoba bonus ini dan ingin bermain di salah satu agen yang terpercaya
    kalian bisa bermain bersama kami . fansbetting.com
    * CLAIM NOW AND JOIN US *

    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di:
    WA : +855963156245^_^

    Ayo tunggu apalagi !!

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.