TRANSLATION

24 October 2019

KDN Haram Komik : Pengerusi DAP & Setiausaha Agung DAP Minta Maaf?

Akhirnya, Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan komik propaganda DAP pro-komunis “Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama”.


Mereka yang terlibat dan jika disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000.00 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Mereka itu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya.

Sebelum ini penulis telah membantah cubaan penerbit komik itu untuk tunjuk simpati kepada pengganas komunis:
https://novandri.blogspot.com/2019/10/mengejutkan-ubah-sejarah-malaysia-dan.html
Dan benar. KDN juga kata kandungan komik itu mengandungi fakta yang salah dan unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis.
“Kandungan penerbitan ini dlilihat tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama serta dibimbangi boleh memecah belahkan keharmonian dan perpaduan masyarakat,” kata KDN.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/23/kdn-kena-larangan-mutlak-terhadap-komik-jalur-dan-jalan/
Penulis sudah menulis kaitan komik itu dengan DAP :
https://novandri.blogspot.com/2019/10/komik-propaganda-pro-komunis-seperti.html
Persoalannya sekarang, apakah Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut bersalah?

Mereka berdua menulis prakata komik pro-komunis yang diharamkan itu. Malah, Hew Kuan Yau yakin mereka telah baca intipati komik itu sebelum setuju untuk turut serta menulis prakata komik itu.


JIKA benar telah baca, bagaimanakah seorang Menteri kanan PH dan Duta Khas Malaysia boleh tergamak menulis prakata komik yang mengandungi fakta salah, unsur sokongan serta simpati kepada komunis dan tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia?

Apa sudah jadi dengan kerajaan PH ini?

Sebagai pihak berjawatan tinggi dan demi mengubat hati rakyat dan keluarga wira-wira negara yang terkorban, bukankah lebih baik jika Tan Kok Wai DAP dan Lim Guan Eng DAP minta maaf secara terbuka dan menyatakan kekesalan yang amat sangat?

Baik dilakukan dengan kadar segera dan bukannya tutup mulut harapkan isu ini tenggelam lenyap begitu sahaja. Ambillah tanggungjawab bersama Hew Kuan Yau. Be gentleman!

Tapi salah tetap salah dan perlu dikenakan hukuman yang sewajarnya!

Baca juga artikel ini : https://novandri.blogspot.com/2019/10/mengejutkan-ubah-sejarah-malaysia-dan.html


16 comments:

  1. Mana apek2 ni mau mengaku. Takkan mengaku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. GEORGE TOWN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyerbu dan membuat pemeriksaan di Muzium Kebudayaan Komik di Komtar, di sini serta merampas 13 naskhah komik kontroversi ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ versi bahasa Cina.

      Difahamkan serbuan itu dilakukan oleh sepasukan lima anggota penguat kuasa KDN pada jam 11 pagi dan pemeriksaan dijalankan selama sejam sebelum menemukan 13 naskah komik itu dipamerkan di muzium berkenaan.

      Sumber berkata rampasan komik itu berikutan keputusan KDN semalam untuk mewartakan perintah larangan terhadap komik terbabit termasuk dalam versi bahasa Inggeris dan Cina kerana cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme selain menyebarkan fakta salah serta mengelirukan.

      Sementara itu, seorang pekerja wanita di muzium tersebut, yang enggan namanya didedahkan, berkata mereka tidak dimaklumkan oleh pihak pengurusan muzium berhubung larangan terhadap komik berkenaan.

      “Pihak pengurusan juga tidak memberikan sebarang arahan untuk tidak mempamerkan komik itu atau menutup operasi muzium, setakat ini kami beroperasi seperti biasa iaitu bermula jam 11 pagi hingga 7 malam,” katanya.

      Delete
  2. Gone End ni gentleman ka?? Wakakakaka...hipokrit pembohong sama seperti bapak dia.

    ReplyDelete
  3. Maaf maaf ni dah tak laku lagi. Minta KDN menyaman dan dakwa mereka2 yang terlibat kerana mempromosi ideologi KOMUNIS!

    Tahukah anda KDN, di Jerman mengangkat tangan ala2 NAZI Hitler sahaja boleh dijatuhkan hukuman penjara dan mereka sangat serius tentang perkara ini.

    Anda pula bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAH TETAP SALAH!

      Delete
    2. Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan merampas komik didakwa berunsur propaganda yang diedarkan ke sekolah.

      Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rampasan akan dilakukan susulan pihaknya telah mewartakan perintah larangan terhadap komik “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama” termasuk versi bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

      “Kalau masih dalam edaran di pasaran maka kita akan ambil tindakan untuk rampas sebab keputusan sudah dibuat. Perkara ini agak serius, sebab itu saya kena ambil tindakan secepat mungkin,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

      Beliau berkata demikian mengulas tindakan susulan yang akan dilakukan selepas pihaknya mewartakan perintah larangan terhadap komik tersebut semalam.

      Menurut Muhyiddin, langkah itu diambil selepas pihaknya meneliti dan mendapati kandungan komik itu yang antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme.

      “Memang ada asas kukuh, bukan kerana apa-apa sentimen atau tindakan terhadap mana-mana pihak. Ia berdasarkan ‘content’ (kandungan), apa lagi ia telah diedarkan dalam negara di sekolah-sekolah,” tegasnya.

      Ditanya sekiranya komik itu masih diedarkan di sekolah, Muhyiddin menyerahkan kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk bertindak merampas komik itu.

      “Saya difahamkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik akan ambil tindakan. Terserah kepada kebijaksanaan pihak sekolah,” kata Muhyiddin.

      Pada masa sama, beliau menasihatkan agar rakyat negara ini tidak membaca komik berkenaan yang menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan tentang komunis selain mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan serta simpati terhadap perjuangan fahaman itu.

      Delete
  4. Tindakan diambil sekadar melepaskan batuk ditangga.Hanya nak tunjuk kuasa
    dan mengugut sesama sendiri.Bukan ikhlas pun.Semua demi servival TEMBOLOK masing2

    ReplyDelete
  5. Menyebarkan ideologi komunis disebuah negara demokrasi dan menanam benci dikalangan anak2 kecil adalah suatu perkara yang amat serius!!!

    Beranikah KDN bertindak? Atau macam biasa double standard?

    Jom semarakkan kempen #BMF, ISTIQAMAH!!!

    ReplyDelete
  6. KDN perlu tegas dalam mengheret penulis, penaung, pencetak dan pemilik buku komik ideologi KOMUNIS ini kemahkamah. Ideologi KOMUNIS kini disebarkan secara terbuka dan meluas di Malaysia!

    Iannya amat serius.

    Atau mereka perlu ditahan dibawah SOSMA kerana mempromosi ideologi KOMUNIS, sama seperti layanan diberikan kepada penyokong penganas2 LTTE dan ISIS di Malaysia.

    Ianya sangat jelas. Tolong jangan ada lagi DOUBLE STANDARD di Malaysia!!!!

    ReplyDelete
  7. KDN akan rampas komik propaganda: Muhyiddin!

    Rampas sahaja TIDAK MEMADAI!

    Heret kesemua yang terlibat penulis, penaung, pencetak dan pemilik buku komik ideologi KOMUNIS ini kemahkamah dengan segera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amat setuju Rampas sahaja TIDAK MEMADAI!

      Heret kesemua yang terlibat penulis, penaung, pencetak dan pemilik buku komik ideologi KOMUNIS ini kemahkamah dengan segera
      dan kumpulkan semua komik2 di stadium bukit jalil dan bakar depan mereka.
      orang biadap mesti di ajar cara biadap

      Delete
  8. Mana2 pihak yang nak sebarkan ideologi KOMUNIS disarankan pohon untuk jadi warganegara China. Balik negeri asal!

    Ideologi ini TIDAK sesuai di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak!

    #BMF!

    ReplyDelete
  9. Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa melakukan siasatan terhadap DAP berhubung penerbitan dan penyebaran Buku Komik “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama”.

    Gesaan itu dilontarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana parti itu dilihat seolah-olah cuba menghalalkan perjuangan komunis di negara ini.

    “Pembangkang gesa KDN siasat semua pemimpin DAP dan sesiapa sahaja yang terbabit dalam penerbitan komik yang bertentangan.

    “DAP di bawah ROS (Pendaftar Pertubuhan), adalah salah terbabit dengan perkara menyalahi undang-undang,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

    Hadir sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

    Jelas Ismail Sabri lagi, ROS juga perlu menyiasat DAP kerana nama parti itu tertera dalam komik berkenaan.

    “Kami desak ROS kaji penubuhan DAP dan desak jika didapati salah, (DAP) perlu diharamkan. Kita melihat pembabitan DAP dalam kegiatan keganasan apabila ada beberapa pemimpinnya terbabit LTTE,” desak Ahli Parlimen Bera itu lagi.

    Dalam pada itu, barisan pembangkang hari ini menyambut baik pengharaman terhadap pengedaran dan penerbitan komik Hew Kuan Yau yang menjadi kontroversi selepas diedarkan di sekolah tertentu di Pulau Pinang.

    Perintah Larangan itu turut terpakai bagi versi bahasa Inggeris “Belt & Road Initiative For Win-Winism” dan versi Bahasa Cina “互利共赢的 一带一路 ” melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 288/2019.

    Awal hari ini Menteri KDN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan merampas buku komik terbabit jika ia masih berada dalam pasaran.

    ReplyDelete
  10. Ada Tun M berani bersuara.. Tun M mmg penakut.. tapi kalau bab nak menyalahkan kerajaan dulu, dia paling awal. Org tak tanya pun dia jawab. Hidup kata pergi, mati kata mari..

    ReplyDelete
  11. Adakah benar wakil2 DAP kini menjadi talibarut negara China dalam menyebarkan propaganda KOMUNIS dinegara ini?

    Kalau benar ianya sesuatu yang AMAT mengejutkan. Diharap pihak polis dapat membuat IN-DEPTH analysis dan siasatan terperinci berkenaan perkara ini!

    IANYA AMAT SERIUS!

    #BMF, katakan tidak kepada kedai2 dan produk2 DAP...

    ReplyDelete
  12. Kuan Yau ‘Super Stupid Superman’ – Syed Saddiq dan Ronie Liu atok Paper of Tiger, Formula Turun Harga = BMF

    Maka jalan terbaik sekiranya masih ada maruah Tun harus kekal hingga akhir penggal

    Ada sedikit kepelikan berkenaan orang orang bersatu ini.

    Dengan umno Atok dorang gaduh, dengan pkr atok dorang gaduh, dengan dap atok dorang gaduh, dengan pas atok dorang lagi lah gaduh dan yang paling hebat ialah sesama sendiri pun dorang gaduh.....kikikiki.. bodoss..!!

    Satu kenyataan Ronnie Liu DAP Tun 'The Tiger Paper' yang TIDAK dilaporkan oleh mana-mana media ialah :

    "Sementara pemimpin-pemimpin lain di Harapan menyeru dasar tindakan affirmative berasaskan keperluan yang akan membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama, Mahathir adalah untuk meneruskan dasar bumiputera. Ia sebaliknya dengan harapan Harapan." (Terjemahan)

    Maksudnya, Ronnie Liu DAP kata Pakatan Harapan perjuangkan kesamarataan dan tidak akan teruskan dasar bumiputera!

    MANA PERGI ADUN EXCOO AWAK YB ATAU AKO YB
    PEMUDA BERSATU MELAKA DAH BAKAR BENDERA DAP
    WALAYEY INI KALI BETUL2 ATAU SAJA NAK GELI2
    APA2 PUN POPCORN TAMBAH TEPUK KASI PADU KALI INI

    kikkkikikiki...!!

    KAH KAH WOII APO NI GADOH GADOH
    SESAMO SINDRI PUN NAK GADUH KER.!
    HAAHH APA LAGI SILA LA GADOH BODOH.!
    POP CORN TAMBAH TEPUK PADU KASI ROBOH YER..!!

    KIKIKIKI...

    Tindakan Kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia, Hew Kuan Yau menghasilkan buku komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” dan melabelkan penyokong Melayu menyokong komuniti Uighurs sebagai radikal dibidas Menteri Belia dan Sukan.

    Sambil menyatakan kekesalan dengan kenyataan penyokong DAP yang lebih dikenali sebagai Superman itu, Menteri Belia dan Sukan menyifatkan Kuan Yau sebenar Super Stupid Superman dalam ciapan Twitter beliau hari ini.

    [12:39 PM, 10/20/2019] Khairul Shamlie: “Saya akan ulang pendirian saya pada tahun 2016. Dia memang “Super Stupid Superman”.Dahulu (2016), kata South China Sea milik China, sekarang melabel penyokong Melayu yang menyokong komuniti Uighurs sebagai “radikal”.

    “If this is not racism, i don’t know what is ((jika ini bukan rasis, saya tak tahu apa yang lagi)..menjijikkan,” kata Syed Saddiq meluahkan kekecewaannya.

    MAZLE INI POJAAN RETIS DINA SHIELA CT
    DIAM BILA KOMIK TAROK SESAMA SINDRI
    HAH POPCORNTAMBAH TEPUK KUAT ATI
    HAAH APA LAGI SILE HANTAM KUAT LAGI

    KIKIKIKI..

    Beliau turut memuat naik beberapa keratan buku komik yang dihasilkan Superman dan artikel portal berita tempatan memetik kenyataan aktivis iaitu ‘DAP harus mendisiplinkan Super Stupid Superman’.

    Begitu juga Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berkata, pendirian Asmuni jelas bercanggah dengan Mufti Perak yang menyokong penuh BMF dengan hujah serta dalil yang kuat.

    “Jauh sekali jika dibandingkan dengan ‘alasan’ yang diberikan oleh YB Asmuni ini. Pendirian beliau yang 'bacul' sebegini, jelas beliau tidak layak menjadi Exco Agama dan kelemahan beliau ini dilihat seolah-olah sedang dipergunakan oleh pihak tertentu sahaja.

    FORMULA MUDAH TURUN HARGA YEKK.!
    BUY MUSLIM PRODUCT ITULAH JAWAPAN
    ADA EXCO BACUL BANGANG BERTINGKEK
    INI BARUA PATUT DIHUMBAN LAM JAMBAN

    #formulaturunhargabarangBMFokey..!!

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.