TRANSLATION

15 November 2019

Memalukan! TLDM Jawab Fitnah Regim Pakatan Harapan

Mungkin sudah terlewat kerana pihak yang bertanggungjawab menabur fitnah dan mencalar nama baik TLDM sebelum ini ialah mereka yang menjadi kerajaan hari ini dan penyokong-penyokong mereka.


Kelmarin, cawangan Komunikasi Strategik Markas TLDM telah membidas pihak-pihak yang sebelum ini tabur fitnah kapal selam TLDM tidak boleh menyelam.

"Sehingga hari ini, kru kapal selam sudah mencatatkan rekod lebih 11,600 jam menyelam bersama kapal selam.


"Jadi, bagaimana ada pihak mengatakan kapal selam negara tidak boleh menyelam. Seharusnya, masyarakat Malaysia perlu memberi sokongan kepada anggota TLDM yang sentiasa berkorban apa sahaja demi mengawasi perairan negara,” kata laporan berita TLDM itu.


Walau pun tidak diperincikan, rakyat tahu 'pihak' itu ialah regim PH-DAP dan penyokong-penyokongnya. 'Pihak' ini yang mengapi-apikan kebencian, merekacipta fitnah dan memburuk-burukkan nama baik TLDM. Regim PH-DAP yang 'tidak memberi sokongan kepada anggota TLDM'.

Malangnya, PH-DAP penabur fitnah itu telah menjadi kerajaan hasil daripada pelbagai janji palsu dan fitnah termasuk yang dinyatakan oleh TLDM ini.

Memang agak terlewat tapi anggaplah ini sebagai satu pengajaran yang pahit dan membuka mata setiap anggota TLDM dan rakyat untuk tidak percaya lagi regim PH-DAP.

PH-DAP akan cuba 'membeli' undi dengan menabur insentif dan gula-gula mereka kelak tapi jangan terpedaya untuk kali kedua.

Buktinya sudah ada. Kita lihat bagaimana regim PH-DAP terang-terangan menabur pelbagai gula-gula pilihanraya di PRK Tanjung Piai. Alasan PH-DAP ialah 'kebetulan', seolah-olah rakyat akan terima alasan itu dan begitu bodoh di mata PH-DAP.

Pihak SPR pun tidak boleh buat apa-apa. Begitu juga puak NGO seperti Bersih yang begitu lantang sebelum ini tapi kini hilang telurnya.

Sungguh memalukan.

Kerana itu rakyat terutamanya di parlimen Tanjung Piai, mesti tunjuk signal jelas dan tegas dengan tidak mengundi calon PH-DAP di PRK Tanjung Piai.

Hanya dengan cara ini saja regim PH-DAP akan tersentak, sedar diri dan benar-benar buat kerja untuk rakyat. Jika tidak, PH-DAP akan terus dengan cakap kosong, janji palsu, tabur lebih banyak fitnah, mengapi-apikan lagi sentimen perkauman dan agama.





7 comments:

  1. BUAT MALU AJA! PH NI MMG KAKI PENIPU ! BUAT DOSA & DAPAT GAJI DARI TABUR FITNAH ! GILA !

    ReplyDelete
  2. GADUH ! GADUH ! PKR GADUH !

    Ketua Pemuda (AMK) PKR, Akmal Nasir menafikan wujudnya tangan ghaib mendorong sayap itu membatalkan jemputan Timbalan Presidennya, Azmin Ali sebagai perasmi pada Kongres Nasional Pemuda PKR bulan depan.

    Sebaliknya Akmal mendakwa sikap Azmin tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik selama setahun serta sering mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan parti sebagai “tangan ghaib” yang merosakkan PKR.

    “Walaupun saya cuba sebaiknya menguruskan isu ini dengan mengekalkan perbincangan secara dalaman dan tidak mengheret media, ternyata beliau (Azmin) tidak lagi ada rasa hormat kepada parti dan perjuangan.

    “Kegagalan beliau untuk hadir ke mesyuarat parti MPP atau Biro Politik selama setahun dan seringkali mengeluarkan kenyataan dilihat bercanggah dengan disiplin parti dan semangat Pakatan Harapan (PH) merupakan tangan ghaib sebenar yang merosakkan PKR.

    “Jika beliau menganggap kekuatan seseorang pemimpin itu wujud dengan memulaukan mesyuarat parti dan tidak mempunyai disiplin organisasi, pemimpin tersebut tidak lagi memiliki ciri-ciri seorang pemimpin PKR,” katanya dalam satu kenyataan.

    ReplyDelete
  3. Mereka2 yang MEMFITNAH TLDM dahulu sebenarnya hanya mahukan sistem pertahanan dan keselamatan kita LEMAH TERKEBELAKANG dan mudah diperangi oleh negara2 jiran jika berlaku peperangan.

    Mereka ini sekarang telah mengetahui/menguasai segala rahsia kekuatan dan kelemahan pertahanan negara dan ianya AMAT terdedah kepada musuh2 negara!

    Mereka2 ini adalah TALIBARUT KOMUNIS yang sebenarnya!

    ReplyDelete
  4. Apa kesudahan cerita Mat Sabu yang kerjanya TAK SUDAH2 MENYIASAT kementerian pertahanan? Penyiasatan yang bergitu lama ini hanya memakan kos perbelanjaan yang tinggi dan hanya membazirkan wang rakyat.

    Bila Mat Sabu nak mulakan proses pendakwaan? Rakyat tertunggu2!

    ReplyDelete
  5. Yang paling tak malu mad sabu, dulu fitnah kapal selam gagal menyelam. Terpaksa telan kahak HIJAU di parliman
    baru2 ni.Itu pun masih muka toya mengaku
    kapalselam sebenarnya mampu. KONONYA
    SETELAH DIUBAHSUAI.Masa berguling dijalanraya kuat menipu dlm dewan yg mulia lagi kuat menipu. SESIA je dibayar gaji utk menipu.Ada bukti videonya.

    ReplyDelete
  6. WALAWEI TG PIAI JAM 2 KILOMETER YEAHH
    PENANGAN PENYATUAN UMAH PUNYA KIRJA
    GIGIL LAGI ATOK PUNYA PALO LUTUIT LAH
    KIKIKK NAK MATI PUN RASA TAK SELESA..

    BOLE MATI SELESA KE SLLU BUAT KERJA FITNAH.?

    MESIA 2 THAILAND SATU YA BEDA BEDUU..!!
    PRK BN DAH 3 KALI JARINGAN HATRIK
    NAMPAKNYA TG PIAI NI NO FIGHT YAHOO..!!
    KE PERAK MENGKOMER HATRIK LAGI SMPI ATOK PANIK..
    TG PIAI BOLE IBARAT GERMANY VS MALDIVES TUU..!!

    #FORMULATURUNREGE=BMF

    ReplyDelete
  7. Talibarut2 KOMUNIS yang ada dinegara ini sememangnya mahukan sistem pertahanan negara terus terkebelakang, mundur supaya mudah dijajahi oleh negara proxi mereka, percayalah!

    Kepada jabatan strategik berhati2lah, ramai percaya banyak rahsia2 pertahan negara sudahpun bocor ketangan musuh!

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.