TRANSLATION

26 November 2019

Tender RM1.4 Bilion : Salah Salahuddin Menteri Atau Sallehuddin KSU?

Mohd Sallehhuddin Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Industri Asas Tani telah dipindahkan ke jabatan lain setelah terbongkarnya skandal tender RM1.4 bilion.


Ada pelbagai cerita tentang Menteri MOA, bekas KSUnya dan skandal RM1.4 bilion ini.

Media laporkan kenyataan Normah Yusof, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang juga pemimpin parti PAN. Beliau mendakwa:
“KSU bawak naik tender baja tanpa pengetahuan menteri, lepas tu bila dapat ke syarikat Cina, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) rayu kepada Menteri MOA dan MOF untuk dapatkan tender baja tu kerana jika tak dapat ianya memberi kesan besar kepada perjalanan Nafas sebagai induk pertubuhan peladang yang punya 900 ribu ahli.

“Menteri MOA pun tulis kepada PM mohon supaya tender diberi kepada NAFAS. Tapi sampai sekarang NAFAS tak dapat pun surat tawaran tender yang dikatakan 1.4 bilion tu.

“Yang bagi maklumat tu KSU la. KSU ni kerja dia sabotaj je. Patut dia membantu menteri bukan sabotaj,” tulis Normah.

https://malaysiagazette.com/2019/11/24/ksu-sabotaj-salahuddin/
Dakwaan di atas berlainan dengan laporan media mengenai kenyataan Dato' Mohd. Zaidi Mohd. Said yang mendakwa bekas Ketua Setiausaha itu menjadi mangsa kepada kesilapan seorang menteri.

Menurutnya, semasa menteri itu mahu menyenaraikan tender RM1.4 bilion secara terbuka, KSU terbabit sudah menasihatinya. Selepas ditender secara terbuka tapi NAFAS tidak terpilih.

Kemudiannya, KSU itu telah diarah buat surat kepada Perdana Menteri supaya tender terbuka itu dibatalkan dan diberi kembali kepada NAFAS. Tapi selepas jadi isu, KSU itu yang dipersalahkan.
https://malaysiagazette.com/2019/11/25/ksu-jadi-mangsa-kesalahan-menteri-mohd-zaidi/
Dalam masa yang sama, respons bersahaja Menteri mengenai perpindahan KSU kementeriannya sendiri turut mendatangkan persoalan.
1. Mana mungkin KSU dipindahkan begitu sahaja tanpa mendapat kata dua atau nasihat Menteri itu sendiri?

2. Mana mungkin tender bernilai RM1.6 bilion langsung tidak diketahui oleh Menteri atau pegawai-pegawainya kerana nilai tender yang sangat besar?
Moral of the story ialah konsep kerajaan BN yang memberi tender terus kepada NAFAS adalah satu lagi contoh keberkesanan kerajaan BN mentadbir negara dan membantu rakyat hingga ditiru oleh kerajaan PH-DAP.

Malah menteri PH ini terpaksa mengaku dengan keprihatinan kerajaan BN menjaga rakyat.
“Ini sudah jadi tradisi sejak zaman Tun Razak supaya Nafas diberi pembelaan, di situ letaknya perjuangan para petani kita yang masih miskin dan perlukan pembelaan." kata Salahuddin.
PH-DAP juga sekali lagi telah meliwat janji manifesto sendiri apabila melanggar 3 janji mereka. Sebelum PRU14, PH-DAP berjanji akan menghapuskan tender terus @ direct nego dan surat sokongan oleh Menteri.

Satu lagi ialah menolak perlantikan ahli politik ke dalam agensi-agensi kerajaan. Tapi ada juga ahli jemaah pengarah NAFAS itu sendiri terdiri daripada pemimpin parti PAN.

Satu soalan kepada bekas KSU Salehuddin iaitu sama ada beliau ada simpan voice recorder atau rakam sebarang perjumpaan yang boleh dijadikan bukti?

Mungkin boleh diiktiraf sebagai Hero jika berani dedahkan atau sekurang-kurangnya dapat bersihkan nama daripada tuduhan yang ditanggungnya.





12 comments:

  1. Baru 1 tahun lebih tapi dah teruk sangat dah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiyooo....atok Anwar ni menteri apa pulak??!!

      Anwar Ibrahim says the government’s RM1.4 billion padi tender which generated controversy recently was not supposed to be an open tender project, adding to the possibility of sabotage in the agriculture ministry.

      Delete
    2. Sabotaj konon.Tak layak boleh buat surat
      ikut pintu belakang bagi juga kat kroni
      Mana dia slogan Cat? MERIT? SOCIAL JUSTICE? CAKAP,TINDAKAN ALA2 TAIK NAK
      MENUTUPI KETAIKAN.

      Delete
  2. Macam ni la.... dua2 mangkuk ni Menteri & KSU bersalah haprak dapat gaji buta. Benda besar RM1.4 bilion macam ni pun tak boleh nak jaga. Ptuiiii....

    ReplyDelete
  3. Kena ikut SOP kalau duit sendiri lantakle.Ada juga mcm nak balas DENDAM.
    Penjawat awam kurang mesra ngan KERAjaan
    (kata din paguh) dapigs lama dh dok benci, itu minta dikurangkan sais.

    ReplyDelete
  4. Parti Amanah yang TAK AMANAH? Elok tukar nama jadi PARTI TERNAKAN DAPigs...

    ReplyDelete
  5. KUALA LUMPUR – Pihak yang menghina lambang negara akan menjadikan permohonan maaf mereka sebagai tiket untuk terus mengulangi perkara sama pada masa akan datang.

    Ini sering berlaku walaupun kejadian itu tidak dilakukan pihak yang sama, tetapi modus operasi mereka ialah berterusan menghina negara.

    Sehubungan itu, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mahu kerajaan bertindak tegas dengan melucutkan taraf kewarganegaraan mereka yang melakukan penghinaan terhadap lambang negara.

    Kata beliau, taraf kewarganegaraan yang diberikan kepada kaum pendatang menurut Perkara 17 Perlembagaan adalah pemberian bersyarat iaitu hendaklah melucutkan kesetiaan mereka terhadap negara asal dan menumpahkan taat setia kepada negara baru yang menerimanya sebagai warganegara.

    “Saya merujuk kepada Perkara 25(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk melucutkan taraf kewarganegaraan mana-mana rakyat Malaysia yang melalui perbuatan atau percakapannya menunjukkan tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan.

    "Kata beliau, taraf kewarganegaraan yang diberikan kepada kaum pendatang menurut Perkara 17 Perlembagaan adalah pemberian bersyarat" - PEMBERIAN BERSYARAT rupanya! Terimakasih peguam, Khairul Azam, ianya suatu ILMU yang sangat berguna!

    ReplyDelete
  6. Bagus peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ni, berani membawa isu sekolah vernacular yang tidak berpelembagaan kemahkamah untuk didengar, barulah namanya peguam yang berkhidmat untuk rakyat! orang Melayu perlu lebih ramai peguam2 yang berani bersuara sebergini bukan peguam talibarut DAP atau peguam simbol FCUK yang tak berguna tu!...hu..hu...

    ReplyDelete
  7. Exco Melaka yang famous dengan BABI tak mau ke pergi ke Cheras tembak BABI2 yang berkeliaran ditempat awam?

    ReplyDelete
  8. kikikiki makin teruk PornHub ni.. tipu kiri tipu kanan.. kihkihkihkih tipu atas tipu bawah.. harharharhar

    ReplyDelete
  9. Hakim yang sama untuk pendakwaan2 politik terhadap pemimpin2 UMNO, itu ramai yang musykil dan menarik untuk diperhatikan?

    Ada tangan2 ghaib ke apa?

    ReplyDelete
  10. Pasal tu la tg.piai kena 15k..isue2 seperti gran 30j dikurangkan..tander 1.4b yg dapat pada kaum cina dibatalkan..
    Dalam kempen dap mmg tkder sebut benda2 ni..taoi gerakan bawah tanah kaum dap diketuai eguana eng telah menyebarkan..apa2 arahan berkenaan kewangan negara adalah dari atok..semua tau tu..
    Jadi adalah lebih baik atok bubar parliment..adakan pru15..dgn alasan..ada nk menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang..nk kata mukir janji..manipestol pun dh di mungkiri..lepas tu atok boleh berihat dah..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.