TRANSLATION

26 November 2019

Abu Mayat Chin Peng Diseludup Masuk Ke Malaysia?

Rupa-rupanya, abu mayat Chin Peng telah dibawa pulang dari Thailand ke Malaysia 2 bulan lalu dan ditabur ke laut dan gunung di Sitiawan, Perak!


Dan tarikhnya pula pada 16 September iaitu Hari Malaysia. Kebetulan?

Persoalannya, siapakah dalang yang bertanggungjawab membawa pulang abu mayat komunis ini? Apakah akan ada tugu pula selepas ini?

Kenapa hanya sekarang baru media laporkan?

Kementerian PH yang mana satu telah membenarkan abu Chin Peng di bawa masuk ke Malaysia atau pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menyeludup masuk abu itu?

Setahu kita, di antara pihak yang mahu sangat perkara ini ialah puak DAP.

Pada 17 September 2013, Lim Kit Siang DAP pernah bersetuju agar abu Chin Peng dibenarkan masuk ke Malaysia.

Seorang lagi ialah Ramasamy DAP, Timbalan Menteri Pulau Pinang yang ungkit perkara ini pada 1 Disember 2014.

Ramasamy DAP yang mendakwa Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan seperti Sukarno dan Ho Chi Min. Pada hal, Chin Peng dan komunis masih lagi menentang negara Malaya yang sudah merdeka dan berdaulat.

Tambahan pula, Mahkamah Persekutuan pada 30 April 2009 telah menetapkan bahawa Chin Peng tidak boleh pulang ke Malaysia!

Malangnya, ada juga netizen yang pandang ringan isu ini dan anggap ianya 'abu sahaja'.

Memalukan! Mereka mungkin tidak kehilangan ahli keluarga yang terkorban kerana pertahankan kedaulatan negara daripada ancaman pihak komunis dan Chin Peng.

Sekurang-kurangnya, hormatilah jasa perajurit-perajurit negara kita dan keluarga-keluarga mereka.





16 comments:

  1. Bangsa DAPig mmg komunis pun.

    ReplyDelete
  2. Atok mana.. atok diam mcm setan bisu... atok topdog atau tokong top dog sebenarnya....!!?


    atok telo dia masih diclamping top dog...


    kikikiki... barua mahacai mana skg ni jon doe,, budak bodoh suman singapork mahacai cakap atok kibar panji hitam atau atok kibar telo clamping top dog...!?

    ReplyDelete
  3. Ari ari citer bila mau tukar PM ,,, ari ari citer mau undi tak caya..

    Apa kata Ahli Parlimen mana mana puak usul pada speaker buat undian sapa mau atok kekal 1 abis penggal pulak...


    Amacam semua...!!??


    Ok tak cadangan ako ni...!!!

    mohon blogger main kan usul ni .. amacam 0ok tak...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bn/pas setuju atok pegan pm sampai pru 15..tu maksudnya..sehingga atuk bubar parliment..kalau saya la..harap atok bertanding pru15 dgn 2 cara.
      Cara 1.bertanding lah atas tiket ph.
      Cara 2.bertanding lah atas tikit bersatu semata2..
      Tidak ph..tidak bn..
      Baru la buleh kata peperang mengatasi kebatilan bani mim.

      Delete
  4. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman dilaporkan Harian Metro mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini selepas kerajaan menetapkan keputusan mengenai larangannya sebelum ini.

    Beliau dipetik berkata KDN bertegas dengan larangan kerajaan sebelum ini untuk tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia.

    Jelasnya, kerajaan kekal dengan dasar melarang abu mayat Chin Peng dibawa masuk sebagaimana diputuskan sebelum ini dan akan menyiasat kesahihannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tk usah la percaya..tu menganjing je tu..dalam takar tu abu menatang berok jew

      Delete
  5. Tegas apa benda ya, tak leh ikut pintu
    depan kan ada pintu belakang.
    Dah tahu takde siapa yg akan ambil tindakan. KERAjaan pintu belakang@semburit bagai.

    ReplyDelete
  6. inilah kononnya Malaysia Baru.. segalanya boleh belaka.. depan belakang, atas bawah.. kera jaan dah tak ada kuasa, dapigs yg tentukan semuanya..

    ReplyDelete
  7. Satu tindakan yg membelakangkan undg2 negara. Menteri dlm negeri diminta siasat & ambik tindakan SEGERA!!!

    ReplyDelete
  8. Masalah kebencian dan semangat ingin membalas dendam komunis tempatan terhadap tentera Jepun disebabkan Jepun telah membunuh berjuta2 tentera dan orang awam China semasa perang Jepun-China sebenarnya bukanlah masalah penduduk asal orang2 Melayu diTanah Melayu.

    Jadi tak usahlah nak mengheret orang2 Melayu di Tanah Melayu dalam masalah dalaman Jepun-China. Itu masalah anda dan bukan masalah kami!

    ReplyDelete
  9. Sepatutnya abu tersebut ditaburkan disepanjang tembok besar China, tempat bermulanya kisah komunis membalas dendam terhadap tentera Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana dalam perang Jepun-China, tentera Jepun telah membunuh sebergitu ramai tentera China, malah dikatakan berjuta2 orang awam China juga telah dibunuh kejam oleh tentera Jepun.

    Misi membalas dendam inilah yang terbawa2 sampai ke Tanah Melayu, ianya tiada kena mengena dengan orang Melayu.

    Komunis2 di Tanah Melayu sebenarnya tidak pernah menang dalam berperang dengan tentera Jepun sehinggalah Amerika sekutu kuat British mengebom Hiroshima dan Nagasaki sehingga mereka mengangkat senjata. Pihak British dengan pantas bersekutu dengan askar Melayu untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan askar Jepun.

    Akhirnya pihak British-Askar Melayu berjaya membasmi komunis2 tersebut sehinggalah kehari ini. Ramai askar2 Melayu yang terkorban!

    Komunis2 tersebut telah ditewaskan tetapi ideologi2 komunis mereka kekal berselindung disebalik sebuah parti politik diatas nama demokrasi dinegara ini.

    ReplyDelete
  10. "Kalau dilihat pada sejarah ketika era Perang Dunia Kedua, kebanyakan kaum Cina di Tanah Melayu mendiami pinggir hutan bagi melarikan diri daripada pemerintahan Jepun yang kejam terhadap mereka".

    - Masalah komunis vs tentera Jepun bukanlah masalah orang Melayu, ianya legasi kebencian mendalam China-Jepun vise versa yang terbawa2 sehingga ke Tanah Melayu! Sehingga kini kedua2 negara ini secara teknikalnya masih kekal bermusuh-musuhan.

    Jadi tak usahlah lagi nak libatkan kami orang2 Melayu dengan masalah anda dengan Jepun... Orang Melayu OK je dengan orang Jepun yang masih punyai nilai2 dan adab berbanding anda!

    ReplyDelete
  11. kepada puak2 dap dan amanah yang sudah punah, kabar saja lah kami semua mempunyai masalah mental disorder, kami tengah tunggu jawaban

    ReplyDelete
  12. Masalah Komunis diTanah Melayu bukanlah masalah orang2 Melayu ditanah air mereka sebaliknya masalah kebencian orang cina terhadap tentera Jepun yang terbawa2 hingga kesini.

    Ianya sama dengan masalah kebencian penyokong LTTE di Sri Langka sehingga terbawa2 ke Tanah Melayu. Kalaulah kerjaan membiarkan LTTE berkembang biak disini, keadaan yang sama juga akan berlaku yakni mereka LTTE akhirnya akan memerangi kerajaan Malaysia.
    Mereka dikatan mempunyai AGENDA yang lebih besar sekiranya dibiarkan berkembang sepertimana Komunis dahulu!

    Kepada pihak polis dan tentera sentiasalah bersiap siaga!!!

    ReplyDelete
  13. Menteri dlm negeri mahyuddin dan menteri pertahanan mat sabu tiada masalah semua ok saja. Kit siang dgn anak dia senang hati kami lagilah relax2 saja.

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.