TRANSLATION

28 November 2019

Sebab Bekas Ketua Polis Negara Pertahankan Abu Mayat Chin Peng

Kita tentu terkejut dengan kenyataan bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor yang mempertahankan tindakan pihak yang membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia.


Kenyataan beliau itu dilaporkan oleh portal pro-PH, Malaysiakini.

Abdul Rahim adalah ketua polis Cawangan Khas pada masa Perjanjian Damai Haadyai dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989. Katanya, syarat-syarat perjanjian itu membolehkan semua pemimpin PKM untuk kembali ke tanah air, termasuk Chin Peng.

Tapi egonya Chin Peng ini apabila beliau enggan balik.

Benar ada perjanjian tersebut tapi kenyataan Abdul Rahim itu mengelirukan dan Malaysiakini gagal menjelaskan beberapa perkara penting yang berlaku sebelum dan selepas 1989.

Jika kita google.search, kita akan tahu jawapannya. Di antaranya:
1. Chin Peng masterminded the attacks during the Emergency from 1948 to 1960, which resulted in about 10,500 deaths. The CPM mounted another insurgency in 1968, that claimed more than 300 lives.

2. Ada laporan yang mengatakan Chin Peng tidak pernah menyatakan kesesalannya membunuh rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya.

3. Chin Peng dilaporkan pernah minta maaf tapi jawapannya tidak menunjukkan beliau benar-benar kesal. Beliau masih mahu lagi pertahankan kekejaman komunis.
‘’I take full responsibility for my comrades’ actions. (But) in war, we cannot differentiate the innocent from the non-innocent,’’ Chin Peng said (November 2009).
4. "Setiap generasi membina impiannya. ... Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. ... Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil." kata Chin Peng di dalam buku My Side Of Story (2003).

5. Chin Peng juga telah melalui proses undang-undang dan Mahkamah untuk cuba masuk balik ke Malaysia tapi gagal. Di antaranya:

i. Pada 4 Mac, 2005, Chin Peng mengemukakan saman pemula bagi mendapat pengisytiharan untuk dibenarkan memasuki dan menetap di Malaysia.

ii. Pada 20 Jun 2008, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Chin Peng perlu kemukakan sijil kelahiran atau kewarganegaraan bagi membuktikan dia adalah rakyat Malaysia sebelum meneruskan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.

iii. Pada 30 April 2009, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan tidak membenarkan Chin Peng masuk ke Malaysia.
iv. Tommy Thomas adalah peguam bela Chin Peng ketika itu.
Apakah kesudahan polemik isu abu ini?

Isu ini akan tenggelam hilang begitu saja ditelan masa dan isu-isu baharu seperti isu-isu lain yang menjatuhkan imej dan maruah regim PH.

Tapi jika ada dan selesai siasatan nanti, apakah kes ini akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk tindakan selanjutnya?

Apakah ada individu yang akan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman? Anda mungkin sudah tahu jawapannya.

Dan bagaimana abu Chin Peng diseludup masuk ke Malaysia? Baca Seterusnya..





12 comments:

  1. Jilake! Bila dah komunis tu tetap komunis sampai mati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polis akan memanggil kumpulan yang terlibat dalam pengurusan membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, kata Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor.

      Beliau berkata, pihak polis kini dalam proses untuk mengambil tindakan bagi memanggil pihak yang berkenaan.

      "Siasatan sedang dijalankan. Kami masih menyiasat kerana perkara ini dah lama jadi ia akan mengambil masa untuk kita kenalpasti (mereka yang terlibat)," katanya pada sidang media mengenai Operasi Bersepadu Khazanah di Dengkil, hari ini.

      Delete
    2. “Sehubungan itu, saya minta semua pihak bersabar dan menggunakan kewarasan dalam isu ini. Polis akan menyiasat dan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

      Delete
  2. Cerita ni hilang senyap macam tu je. Law of Jungle PH!

    ReplyDelete
  3. Anda tak putus kaki, buta mata, putus tangan atau MATI, meninggalkan anak2 kecil dalam kesusahan hidup, anda boleh berkata APA2 yang anda suka!

    Terpulanglah kepada keluarga mangsa atau individu samada ada kekuatan untuk memaafkan atau menyimpan dendam seumur hidup, sama seperti MANGSA YANG LEBAM MATANYA!

    ReplyDelete
  4. Sekiranya pihak polis menyiapkan lapuran kes dan menyerahkan kepada AG, rakyat sudah tahu jawapannya, SEMEMANGNYA tiada apa2 yang akan dilakukan oleh AG.

    Walaubagaimana pun diharap pihak polis dapat archive lapuran2 tersebut untuk dijadikan kes sekiranya pentadbiran kerajaan bertukar tangan dalam PRU15 nanti.

    Sama2 ISTIQAMAH, minta MUAFAKAT NASIONAL lebih engage dengan masyarakat orang kampung, felda2 serta dapat menerangkan segala kemusnahan dan kepincangan yang berlaku dalam kera jaan hancing sekarang!

    Hakikatnya ekonomi semakin hari semakin merundum! Jom sama2 berjimat cermat, boikot kedai2 dan produk2 DAP!

    ReplyDelete
  5. Sebab tu la bila nak runding, buat perjanjian dengan KAFIR LATNATULLAH ni, kena hantar mereka2 yang bijak2, pegawai yang pandai2, dapat melihat masa depan anak bangsa.

    Sebab nanti akan mudah kena TIPU, sama seperti perjanjian air dengan Singapura, kena TIPU BULAT2, sama dengan isu pulau Batu Puteh yang diTIPU BULAT2!

    Banyak perjanjian dahulu yang tidak menguntungkan orang2 Melayu, anak bangsa cucu cicit masa hadapan, contohnya perjanjian JUS SOLI yang lansung TIDAK MENGUNTUNGKAN orang2 Melayu! Malah mereka kini sedang GIAT meruntuhkan perlembagaan itu sendiri!

    Walaubagaimana pun Cing Peng bukanlah rakyat Malaysia kerana pada 20 Jun 2008, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Chin Peng perlu kemukakan sijil kelahiran atau kewarganegaraan bagi membuktikan dia adalah rakyat Malaysia. Beliau gagal dalam mengemukakan sijil kelahiran tersebut?


    ReplyDelete
  6. Pukimak komunis ni spatutnya abu dia buang dlm logi taik je kt thailand tu..

    ReplyDelete
  7. Buat buang masa, tenaga, mengabihkan bogheh jo polis lakukan siasatan. Sedangkan madeyy cakap pun tak dipedulikan komunis yahudi dap, inikan pula muhyiddin atau timb. Kpn. Semua yg berlaku sekarang ini adalah perancangan halus yahudi komunis dap. Sebab madeyy awal lagi telah jual roh agama dan bangsanya kepada syaitan kafir harbi yahudi dap demi sesuap ketamakan utk hidup yg tak berapa lama ini. Cakap lebih sikit, dah yahudi keluarkan sedikit cerita mukris dapat tanah balak di sarawak. Hanya perpaduan melayu dan Islam yg dapat menghalang perancangan komunis, yahudi dap.

    ReplyDelete
  8. Banyak Cina anggap Chin Peng tu simbol perjuangan Merampas Tanah Melayu..yg belum selesai dan dijadikan peringatan ke anak cucu cicit..

    Fahami budaya China dulu..
    Banyak Melayu buta ilmu pengetahuan..

    Cina mengamalkan pemujaan nenek moyang..

    Di China bila Dynasty bertukar semua kubur, abu Dynasty sebelumnya dimusnahkan..

    Lihat sejarah Ming waris terakhir menyorok di Burma dihapuskan oleh Perisik Dynasty baru..

    Jgn bodo.. abu itu bakal jadi pusat pemujaan.. itu budaya mereka

    Yg bagi tau bemda ni Cina Islam sendiri..

    ReplyDelete
  9. Cara nak ajar mereka yang menghina bendera kebangsaan adalah dengan mendakwa, dan penjara, itu saja!, lihat isu2 menghina agama yang sudah nampak sedikit progress.

    Kepada peguam2 Pas, Umno atau mana2 NGO harap dapat membawa isu2 ini kemahkamah, janganlah semua bende nak mengharapkan Khairul sahaja, peguam yang membawa isu sekolah vernacular yang tidak berpelembagaan kemahkamah!

    Kalau tidak anda siapa lagi? Jangan haraplah AG atau peguam talibarut DAP atau peguam simbol FCUK nak bawa isu penghinaan ini kemahkamah?

    ReplyDelete
  10. Pihak polis kena tangkap mereka2 yang membawa abu penganas yang bukan warganegara Malaysia secepat mungkin. Dakwa dan penjarakan mereka kerana menyeludup abu pengganas asing!

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.