TRANSLATION

21 April 2020

Penularan Virus Covid-19 : Salah Siapa Sebenarnya ?

Memang pahit bila kita terpaksa menerima hakikat kronologi penularan Covid-19. Tapi masih ada lagi pihak yang menafikannya sehingga ke saat ini.


Harap penjelasan di bawah akan menjawab persoalan tersebut.

Pada 30 Januari 2020, WHO mengumumkan wabak novel coronavirus itu sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC). Selain daripada negara China, ketika itu sudah terdapat kes di 18 negara dan trasmisi manusia ke manusia di 3 negara di luar China.

Pada masa itu, WHO sudah menasihatkan semua negara supaya mulai membendung novel coronavirus itu, termasuk pengesanan awal, isolasi, pengurusan kes dan pencegahan penularan. Setiap negara harus memberi penekanan khusus untuk mengurangkan jangkitan manusia, pencegahan transmisi manusia ke manusia dan penyebaran ke negara-negara lain. (1)

Pada 12 Februari 2020, Dr Takeshi Kasai, Pengarah WHO bagi Rantau Asia Pasifik Barat, termasuk Malaysia pula telah memberi amaran bahwa wabak ini berada "di persimpangan yang kritikal" kerana sudah ada kes positif virus yang tiada kaitan dengan negara China dan wabak ini boleh menular dengan lebih luas.(2)

Beliau juga telah menyarankan langkah-langkah pencegahan seperti penjarakan sosial, basuh tangan dan menangguhkan perhimpunan orang ramai, jika perlu, untuk mengurangkan peluang penyebaran virus itu.

Jika ketika itu ketua negara dan ketua kesihatan negara ambil serius dan akur dengan saranan WHO dan Dr Takeshi Kasai, mereka akan segera mengenakan langkah-kangkah pencegahan yang paling asas seperti penjarakan sosial, kebersihan diri dan mensasarkan negara yang perlu dijauhi.

Malangnya, ada kerajaan negara yang gagal mengikut saranan awal WHO ini. Mereka menganggap wabak Covid-19 itu adalah perkara kecil, terkawal dan tidak akan menyusahkan negara mereka.

Maka berlaku penularan wabak itu disebabkan oleh transmisi manusia ke manusia atau ketika perhimpunan yang melibatkan ramai orang.

Lebih malang lagi apabila pihak yang menilai saranan WHO dari segi kesihatan dan menasihatkan kerajaan ketika itu, enggan mengaku kesilapan mereka. Sebaliknya, mereka menuding jari kepada pihak lain serta memberi alasan yang membuka pekung mereka sendiri.

Dr Michael Joseph Ryan, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO yang mengetuai pasukan yang bertanggungjawab untuk pengekangan dan rawatan antarabangsa COVID-19 pernah menjelaskan satu perkara yang sangat penting iaitu the greatest error is not to move dan have to react quickly.


Memang malang apabila ada yang tidak bertindak lebih awal tapi segalanya sudah terjadi. Mengaku sajalah kesilapan itu!

Sekarang kita harapkan segala langkah-langkah pencegahan dan ubat -ubatan akan memberi kesan yang positif. Sama-samalah kita berdoa meminta perlindungan serta mendapat pertolongan daripada Allah SWT.


Rujukan :

(1) https://www.who.int/news-room/detail/30-01-2020-statement-on-the-second-meeting-of-the-international-health-regulations-(2005)-emergency-committee-regarding-the-outbreak-of-novel-coronavirus-(2019-ncov)

(2) https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/02/12/covid-19-in-malaysia-be-prepared-for-wider-spread-warns-who




7 comments:

  1. Pedas ni! Faham2 aja lah ye ! Hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Ada pehak buat2 tak faham. Faham2 la pehak mana.

    ReplyDelete
  3. semuanya salah mentri2 bodoh PHancing.. itu pasti!!

    ReplyDelete
  4. Ingatkan sibuk bekerja 16 jam sehari,
    rupanya berselambam sama bang non menahan pee em ikat tepi dari mencari
    jawatanya.Bukankah pee em dan tpm tuh
    kedua-duanya pernah menjadi doctor.
    Hayat karier lebih penting dari nyawa
    rakyat rupanya.

    ReplyDelete
  5. PERBEZAAN ISU COVIT 19 DI URUS PEMIMPIN BERPENGALAMAN DENGAN BEKAS KAKI DEMO GULING2 ATAS JALAN RAYA.

    Krisis COVID-19 di negara diurus oleh kaki demo dengan di urus bukan kaki demo atas jalan raya.

    Satu kerajaan yang dibarisi orang berpengalaman. Satu lagi pula kerajaan yang dibarisi bekas kaki demo jalan raya.

    Pada waktu itu negara kita dibawah pentadbiran PH. Masa itu Wan Azizah diberi peranan untuk mengetuai krisis berkenaan.

    Sejak wabak COVID melanda negara kita sering mengikuti rapat perkembangan kes. Rakyat melihat bagaimana nasib rakan-rakan yang berniaga ketika wabak SARS melanda dunia 2003

    Dibawah pemerintahan PH, rakyat perhatikan ketika itu, hanya Wan Azizah dan Menteri Kesihatan yang sepenuhnya mengendalikan kes itu. Dari umumkan jumlah pesakit hinggalah umum pesakit yang sembuh.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham tidak diberi kebebasan pun untuk bercakap kepada media. Maklumlah kan PM dan TPM masa tu taraf doktor semuanya.!!

    Pada masa itu Malaysia dipimpin oleh PM dan TPM berkelulusan Doktor. Beliau hanya berdiri sebelah menteri tanpa apa apa peranan. Kedua dua Doktor ini rupa-rupanya tak boleh pakai dan tak boleh diharap langsung akhirnya.

    Sebaik sahaja kerajaan bertukar dan menteri-menteri kabinet mula bertugas, kita dapat lihat bagaimana perbezaan yang berlaku.

    Susunannya kelihatan begitu kemas. KP Kesihatan, diberi kuasa mutlak untuk mengendalikan kes dan hal2 berkaitan kesihatan. Kalau dulu semua pemimpin PH nak bersuara nak glamer..!!

    Kalau dulu Menteri Kesihatan bukan cakap pasal Covit19 saja cakap pasal pelancong dari China lagi dan dialu alu utk datang ke Malaysia padahal itu menteri pelancongan punya tugas..!!

    Manakala Menteri Kesihatan PN pula hanya menjalankan tugasnya yg berkaitan soal bajet, soal kemudahan hospital, soal elaun petugas, dll.

    Kalau dulu PM ke 7 , Lim Guan Eng, Tony Pua, Kula Paria semua ke depan bersuara nak jadi champion konon nak selamatkan kewangan negara dengan potong elaun kecemasan doktor dan penjawat awam lagi.

    Menteri Pertahanan PN pula diberi tugas hal2 berkaitan keselamatan sahaja. Menteri Kewangan PN hanya jaga hal2 kewangan sahaja sepanjang krisis. Menteri Luar PN pula, buat urusan dgn dunia luar sahaja dan uruskan rakyat luar negara pulang. Manakala rakyat tugasnya mudah sahaja. Duduk rumah diam2.

    Kalau dulu k'jaan PH Menteri Pelancongan, Tony Pua, Kulasegaran, Ramasamy, Syed Saddik suma nak menyampuk tunjuk pandai bersuara bagi jawapan walaupun itu bukan bidang tugas kementerian yang diselia.

    Perlu di ingat kerajaan PN yang ditadbir oleh pemimpin yang bukan kaki demo guling guling guling atas jalanraya. PN ini baru saja berusia 2 bulan bukan 22 bulan...!!

    Pernahkah kita lihat Menteri Kesihatan PN ambil tugas KP Pengarah Kesihatan untuk mengumumkan berapa banyak kes positif setiap hari, berapa ramai sembuh dan berapa ramai meninggal dunia ?

    Dibawah pentadbiran kerajaan baru PN ini, pernahkah kita melihat KP Kesihatan berdiri di sebelah menteri dalam sidang media untuk melaporkan perkembangan kes ?

    KP Kesihatan diberi kuasa penuh. Diberi ruang siaran langsung setiap hari di media-media. Tidak ada sekatan. Kalau PH dulu PM ke 7 memandai mandai kata Covit19 tak serius, TPM kata Malaysia ada pengalaman tangani krisis wabak penyakit.. bla.. bla.. bole blah blaahh..bla... bla lahh kauu.!!

    Malah PM pun mengambil nasihat KP Kesihatan untuk membuat satu2 keputusan. DS Ismail Sabri yg berdepan media setiap hari, apabila ditanya hal2 berkaitan kesihatan, beliau tidak akan jawab dan serahkan kepada KKM. Kalau dulu semua pemimpin PH berlumba lumba tunjuk pandai depan TV..!!

    Kalau dibawah pemimpin kaki demo menteri pelancongan pun nak komen pasal Covit19 jangan di diskriminasi pelancong China, pakai mask untuk pelancong sudah memadai dll.

    Kalau kau bukan pakar kesihatan jangan menyibuk jadi nasik tambah.

    Inilah akibat bila kaki demo guling2 atas jalan raya di pilih jadi kerajaan PH dulu.. semua jadi haru biru...!!

    Kalau rasa seronok kena bodoh 2 kali dan suka kena kencing lagi sokong lah PH..!!

    ReplyDelete
  6. Saya telah melihat dan mencuba pelbagai strategi dan kaedah, sehingga saya kehilangan banyak wang ketika mencuba. Sehingga saya mengemukakan strategi baru ini yang saya jalankan semula dan berjaya mendapatkan kembali wang saya yang hilang dan masih membuat pertumbuhan yang konsisten di seluruh perdagangan saya. Carlos Ellison adalah profesional yang luar biasa, dengan pengalaman yang luas dan pengetahuan mendalam mengenai perundingan pertanian, Dia membantu saya untuk mengambil penalti kewangan.

    Melabur US $ 500 dan dapatkan AS $ 6000 seminggu (7 hari),

    Melabur $ 1000 dan dapatkan $ 12000 seminggu (7 hari)
    ,
    Melabur $ 2500 dan dapatkan $ 30,000 seminggu (7 hari).

    Semua dalam keuntungan mingguan dan dijamin 100%. (Bayaran dijamin). Bebas untuk dihubungi - jika anda berminat melalui e-mel: carlose78910@gmail.com

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.