TRANSLATION

24 October 2024

Terbaru : Bukti Najib Razak bukan dalang kepada penyelewengan 1MDB.


KENYATAAN DATO' SRI NAJIB RAZAK


1. Sepanjang saya menjalani hukuman penjara selama 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan terkini yang signifikan berkaitan dengan 1MDB, saya terpanggil untuk membuat kenyataan berikut:

2. Pertama sekali, setiap hari saya berasa amat terluka mengetahui bahawa segala kecurangan dalam 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasan saya sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

3. Perbicaraan mahkamah baru-baru ini dan sabitan kes terhadap eksekutif PetroSaudi di mahkamah Switzerland dan artikel terkini yang diterbitkan oleh The Edge yang berdasarkan kepada analisa mereka terhadap kes tersebut serta e-mel dalaman PetroSaudi, sekali lagi membuktikan bahawa saya bukanlah dalang dan tidak bersubahat dengan Jho Low untuk menyeleweng dana 1MDB.

4. Rumusan daripada artikel yang diterbitkan oleh The Edge telah menyatakan bahawa PetroSaudi dan Jho Low bersubahat untuk memperdayakan saya. Saya tidak sedar bahawa PetroSaudi telah mengalihkan dana 1MDB dan saya tidak langsung mengetahui bahawa saya telah menerima wang daripada dana yang telah dihantar oleh 1MDB kepada PetroSaudi.

5. Walaupun sukar bagi sesetengah pihak untuk memahami, saya telah dinasihati dan dengan jujur mempercayai pada masa itu bahawa dana yang saya terima adalah merupakan sumbangan politik daripada Kerajaan Arab Saudi. Sepertimana yang telah ditetapkan dalam prosiding mahkamah, memang terdapat dua sumbangan besar yang disahkan pada tahun 2010 diterima daripada Kerajaan Arab Saudi. Sumbangan tersebut tidak pernah menjadi subjek dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil.

6. Apabila berlakunya kebimbangan dan pelbagai pihak mula mempersoalkan apa yang berlaku di 1MDB, saya sepatutnya mengambil tindakan yang berbeza. Saya telah mengarahkan pelbagai siasatan dijalankan namun saya cenderung untuk mempercayai penjelasan oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan 1MDB. Apabila saya mula curiga tentang apa yang sebenarnya berlaku di 1MDB, kebimbangan utama saya adalah kepada usaha memulihkan kedudukan kewangannya dan risiko yang ditimbulkannya terhadap hubungan diplomatik dan dua hala di peringkat tertinggi.

7. Saya telah pun dihukum dari segi politik walaupun dengan jelas saya bukanlah dalang kepada segala penyelewengan dalaman 1MDB dan tidak pernah sekalipun bersubahat dengan Jho Low. Justeru, saya tidak sepatutnya menjadi mangsa dari segi undang-undang. Saya masih lagi terkejut dengan mendalam apabila mengetahui kini kepincangan, perbuatan yang tidak bermoral dan pelanggaran undang-undang yang telah berlaku di 1MDB.

8. Saya amat kesal dengan apa yang telah berlaku di SRC dan 1MDB. Namun dipertanggungjawabkan secara undang-undang untuk perkara yang saya tidak mulakan atau mengetahui secara sedar, adalah tidak adil kepada saya dan saya berharap serta berdoa agar proses keadilan akan memihak kepada saya dan membuktikan saya tidak bersalah.

11 comments:

  1. Doc,

    Semoga Najib mendapat pembelaan yg adil. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah permudahkan Semua Urusan DSN Dan Keluarganya..
    Aamin Ya robbal alamin

    ReplyDelete
  3. Sorry bossku, dah lama sokong bossku. Tp ni satu benda yg tak setuju.

    Bossku terlalu percaya sangat kat orang sampai mudah diperdaya. Sampai sekarang pun dok percaya orang keliling you. Tu yg depa dok tunggang. Cakap berdentum² nak bebaskan bossku, marhaen² kat 191 bahagian UMNO dikencing macam tu oleh pemimpin² mereka. SHAME!

    ReplyDelete
  4. hanya org bodoh jer percaya najib tak bersalah ...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Niat mereka kibar bendera China mudah dibaca Dan di fahami ...

    aku dah kata

    Ini perancanagan Dan provokasi Anwar Bin Ibrahim

    Lim Kit Sidang dah kata DAP akan jadikan Anwar Ibrahim PMx paling lama di Malaysia


    Ko bole baca tak...!? Mana suara Anwar Ibrahim bila Warga asing Dan type C kibar bendera China...

    Kalau tak selama ni dia lah yg terpaling Melayu terpaling islamik Dan terpaling lantang mengecam bila bendera Malaysia dipijak ....

    Awas ini provokasi Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim tak boleh memerentah kalau Malaysia aman.

    Sbb dia bodoh Ekonomi, bodoh perancanagan Ekonomi sebab tu semua cukai cukai diperkenalkan. Hutang negara tak mampu diurus dengan baik. Cukai dividen pun dah dikenakan tak bangang nama nya tu.

    Jangan gebang Bab janji Anwar Ibrahim minyak turun, harga kereta turun, harga barang turun, PTPTN hapus itu barua barua roformasi bole jawabkan. Tak perlu rakyat jelaskan... Yang jelas semua barua barua terkinja kinja janji Anwar Ibrahim suma kena kencing hancing...!!

    Kau bayangkan dividen EPF ko lebih 100 ribu kena cukai nnti... Tak ke Bangang nama nya tu


    Haah barua barua DAP@LeeKwanYew semua...

    Ko tggu apa yg aku tulis jadi fakta satu Ari nnti..




    Haah tepokkkk...!!

    ReplyDelete
  7. Melayu sudah mulai menguasai perniagaan.

    Khairul Ameng sampai bawak staf bercoti luar negara. Bawak gi umrah. Ramai dah berjaya di bidang masing masing hingga PM New Zealand pun berkunjung hanya sebotol sambal.

    Lihat di taman taman perumahan. Lihat di deret kedai kedai taman perumahan ada nampak tak Klinik Kesihatan Lim, Klinik Muthu jarang malah lansung tak ada klinik nama Cina. Kalau ada ubh nama Klinik Keluarga dan sebagainya.

    Klinik nama Melayu bersepah di taman perumahan. Kalau ada klinik nama Tan Muthu memang melingkup lah klinik tersebut.

    Klinik haiwan veterinary semua dikuasai orang Melayu... Pergi tgk klu ada Klinik Vet nama Cina memang sah melingkup.

    Yang belum Melayu kuasai pasaraya, mini Pasaraya dan kedai kedai runcit sederhana besar.
    GISB Baru nak masuk maka barua barua ini spt IGP terus melingkupkan GISB sebab kekuatan GISB pada perniagaan peruncitan, super market Farmasi hospital dll...!!

    Tahun depan akan ada klon GISB lebih beekualiti dari segi pensijilan, documentation lesen, pay man sistem gaji pekerja akan tumbuh melingkupkan perniagaan 7e, Speed Mart KK Mart dll...

    Bistro Mamak pun dah mulai melingkup bila Melayu sudah mula buka restoran makanan.

    Kita tunggu kebangkitan rangkaian perniagaan orang Melayu tidak lama lagi...

    #BersatuMelayuLingkupBaruaTypeC

    ReplyDelete
  8. Luahan anak Lee Kwan Yew - Singapura negara rasuah dan diktator..!! Kenapa barua DAP@ LeeKwanYew di Malaysia terkinja kinja mahu ikut PAP Singapura..!?

    Luaran mewah Singapura selindungkan pengongkongan dan rasuah, kata anak lelaki kepada pengasas Singapura' (Singapore’s affluent veneer hides repression and corruption, says son of its modern-day founder) - ia juga menukil Encik Lee Hsien Yang sebagai berkata bahawa isu rasuah bertambah buruk dalam sedekad

    Encik Lee Hsien Yang juga menukil contoh dakwaan berlaku rasuah melibatkan kes pengubahan wang haram berbilion dolar dan skandal rasuah 1MDB.

    Encik Lee Hsien Yang menjadikan 'dendam kesumatnya' satu kempen antarabangsa untuk mencemarkan nama baik 'bapanya, keluarganya dan negaranya', kata Pemerintah Singapura pada Khamis (31 Okt).

    Pemerintah menyatakan demikian selepas anak lelaki kepada perdana menteri pengasas Singapura memberikan satu lagi wawancara media - iaitu yang kedua dalam tempoh seminggu - untuk mengkritiknya.

    Pemerintah Singapura menyatakan Encik Lee Hsien Yang merupakan 'penerima manfaat utama sistem Singapura'.

    Namun setelah dia didapati mengelirukan bapanya oleh mahkamah dan Tribunal Disiplin, Encik Lee Hsien Yang 'memutuskan untuk menjadikan dendam kesumatnya satu kempen antarabangsa untuk mencemar nama bapanya, keluarganya dan negaranya

    Encik Lee Hsien Yang membuat beberapa tuduhan termasuk mengatakan Singapura telah menjadi semakin mengongkong.

    ReplyDelete
  9. Pemilihan Presiden USA jika Trump menang maka dollar dijangka menguat dan harga emas akan jatuh merudum. Minggu ini emas mencapai 2790 pasa hari Isnin tetapi merudum jatuh 2730 pada hari Jumaat. Kejatuhan nilai emas minggu ini dipengaruhi pilihan Presiden USA minggu ini..

    Trump mengulas langkah anggota BRICS nyah dollar US semua nagara berdagang dengan USA akan dikenakan 100% tariff cukai import.

    Ringgit menguat walaun terkinja kinja...

    Fed Reserve baru saja mengumumkan menurukan kadar faedah (rates) 0.5 mata pada 19.9.2024 jam 2 pagi waktu Malaysia. Semenjak lockdown Covit 19 4 tahun lalu dari 5.50% turun pada 0.5 BSP ( Basic Points) oleh Fed Chairman Collin Powell.

    Kejatuhan Fed Reserve rates sebanyak 0.5 Kadar faedah ini menyebabkan harga Emas melonjak 2600 USD. Ini lah yang menyebabkan Ringgit Dan matawang dunia mengukuh. Ringgit naik RM4.10 Dari RM4.20 bukan disebabkan pelabur luar masuk tapi disebabkan Federal Reserve turunkan Kadar faedah sebanyak 0.5 % .

    Ekonomi USA akan jatuh disebabkan nilai matawang USD merosot mengakibatkan import jadi mahal dan inflation di USA meningkat. Rakyat USA sudah lama terkesan kenaikan inflasi di negara Uncle Sam.

    Ringgit semakin kukuh kerana faktor luaran terutamanya penurunan mendadak dalam kadar pulangan bon Amerika Syarikat (AS).

    Kerajaan Madani bahawa kekuatan ringgit adalah hasil daripada dasar mereka adalah sangat mengelirukan.

    "Pada tahun 2008, nilai AS$1 mencecah RM3.50. Pakatan (Pakatan Harapan) pada masa itu berteriak katakan negara akan bankrap tetapi hari ini melangkaui RM4.50. Anehnya Pakatan kini memekik ringgit terkuat di Asia pula.

    kestabilan dan kekuatan sebenar ekonomi Malaysia perlu dinilai berdasarkan indikator ekonomi domestik seperti pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kadar pengangguran dan kestabilan harga pengguna.

    punca nilai mata wang kukuh adalah disebabkan pergolakan besar berlaku di pasaran bon AS yang menyebabkan kadar pulangan bon itu menjunam.

    kejatuhan menjunam saham berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia kerana ada beberapa peristiwa yang berlaku termasuk unjuran daripada Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan kadar pengangguran meninggi sikit dan menyebabkan tahap keyakinan telah menurun.

    Kerajaan Madani perlu bersikap lebih bertanggungjawab dalam menangani isu ekonomi negara dan tidak mengalihkan perhatian daripada keperluan reformasi asas dengan menyandarkan perkembangan kepada faktor luaran yang tidak berkekalan.

    ReplyDelete
  10. Wooiii Anwar Ibrahim ini Trump yang kata "Promise made promises keep...!!" Lu apa lancau janji..!! Sudah tunai janji ka blom..!?

    Wooi Anwar Ibrahim day one Trump jadi president USA dia sudah tunai janji kasi tax cut tapi day one ko jadi PMx kau cipta beratus cukai pada rakyat..!! Apa lancau..!!

    Odds of 7 Trump promises the No ( 2 ) is key indicator price of gold will up up and awayyy...!!

    Trump vowed he would "govern by a simple motto: Promises made, promises kept. We're going to keep our promises". Anwar Ibrahim hado..!?

    2) Moves on economy, tax and tariffs
    Exit poll data has suggested the economy was a key issue for voters. Trump has promised to "end inflation" - which rose to high levels under President Joe Biden before falling again. But a president's power to directly influence prices is limited.

    He has also promised sweeping tax cuts, extending his overhaul from 2017. He has proposed making tips tax-free, abolishing tax on social security payments and shaving corporation tax.

    He has proposed new tariffs of at least 10% on most foreign goods, to cut the trade deficit. Imports from China could bear an additional 60% tariff, he has said. Some economists have warned that such moves could push up prices for ordinary people.

    Saya ulangggg..!!

    Wooi Anwar Ibrahim Trump janji tax cut tapi kau cipta beratus cukai pada rakyat..!! Trump victory speech, Trump vowed he would "govern by a simple motto: Promises made, promises kept. We're going to keep our promises". Wooii..!! Anwar Ibrahim Trump kata janji made promises keep...!! Mano janji kau..!!?

    #PapaJanjiWalaunTerkinjaRiang

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.