TRANSLATION

29 October 2019

PRK Tanjung Piai : Anwar Dan DAP Tidak Bantu Calon Mahathir?

Kalau dibaca 5 perkara utama yang perlu ditumpukan oleh calon PPBM di PRK Tanjung Piai, pengundi-pengundi kawasan parlimen itu sebenarnya tidak susah untuk memilih ahli parlimen mereka yang baharu.


Tidak kira siapa calon BN, warga Tanjung Piai tidak perlukan seorang lagi ahli parlimen yang sekapal dengan kerajaan PH persekutuan hari ini.

Mereka dan rakyat keseluruhannya sangat memerlukan wakil yang mampu sebagai check and balance, suara mendesak dan bukannya yes man kepada kerajaan persekutuan PH.

Dan kerana terlalu ramai yes man dalam PH sekarang, mereka gagal untuk bersuara dan tidak berani pertikai kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan PH, jualan besar-besaran aset negara, ekonomi yang merudum, nilai ringgit yang jatuh, hutang negara yang semakin meningkat dan tidak terkawal.

Lebih jelek lagi ialah 5 perkara utama itu telah gagal dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan PH. Antaranya ialah kos sara hidup yang terbukti meningkat dan harga barang bakal meningkat apabila harga petrol dan air akan naik tidak lama lagi.

Peluang pekerjaan terutama untuk golongan muda juga gagal dilaksanakan dan hanya janji kosong budak-budak PPBM dan PH.


Kerajaan PH juga bukannya perbanyakan rumah mampu milik tapi mesra pemaju dengan membenarkan warga asing beli rumah yang lebih murah bernilai RM600,000 bukannya RM 1 juta.

Kesemua kegagalan kerajaan PH persekutuan ini amat memerlukan ahli parlimen yang tiada kepentingan dengan PH supaya boleh bersuara dengan bebas.

Dan dengan konflik besar yang berlaku di antara Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir, puak DAP dan Dr Mahathir, kita tidak akan terkejut jika ada sabotaj atau jentera PKR dan DAP tidak serius dan ala kadar sahaja membantu calon parti Mahathir ini.

Apa tidaknya, jika PPBM kalah, maka bertambah kurang lagi ahli parlimen yang sokong Mahathir! Free bonus untuk mereka dalam PH yang mahu Mahathir letak jawatan beberapa bulan lagi.

Penyokong-penyokong DAP dan PKR juga akan buat undi protes.

Azmin Ali akan hadir. Dan selepas keluarnya artikel ini, Lim Kit Siang DAP atau Lim Guan Eng DAP terpaksa hadir untuk tunjuk 'keseriusan' parti DAP.

Begitulah wayang puak Pakatan Harapan.

Kita tidak lupa sindiran pedas Anwar kepada Hishammuddin Hussein: KLIK SINI






7 comments:

  1. kahkahkahkah! Betoi jugak. Buat apa Anuar & DAPig susah2 kat Tg Piai. Kalah lagi bagus. Madey kurang kuat sikit.

    ReplyDelete
  2. Kalau aku jadi Nuar atau Kit Siang...aku suruh pengundi PKR dan Dap boikot je PRK Tg. Pai ni...biar Kuty tu kesipuan!!!

    Ini lah masanya Nuar nak tunjuk Hero...jangan asyik nak "MENARI" je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU! MADEY NI DAH KERAS KEPALA DAH!

      Delete
  3. pi mai,pi mai

    tang tu jugak

    bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Madey peduli apa semua tu.Yg penting
    TEMBOLOK famili dan kroni dijaga.Lagi pun terdapat banyak barua2@katak akan bantu dia.Melayu tak serik2 ditipu berulang kali.

    ReplyDelete
  5. Parti Gerakan akan letak Calon...maka akan berpecahlah undi kaum cina yg banyak menyokong PH pada PRU ke 14...

    ..Ahli PKR akan buat undi protes atas parti Madey..untuk tolong Nuar
    ..Undi kaum cina yg tak suka Madey akan beraleh pada parti Gerakan...
    ...Undi kaum India akan protes..sebab isu LTTE..

    Maka dengan kemungkinan2 ini parti PPBM Madey akan mengalami kekalalan lagi...kalau tak caya ....TUNGGUUUUUU!!!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus pecahkan undi cina bagi mudahkan Umno Pas untuk menang PRK Tanjung Pilai. Jom pastikan komunis DAP kalah teruk PRK kali ini.

      Delete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.