TRANSLATION

01 November 2019

Azmin Puji Formula Najib Razak Dan Kerajaan BN Tentang Konsensi Lebuhraya.

Kenyataan Azmin Ali ini secara tidak langsung telah setuju dengan sumbangan besar Najib Razak dan kerajaan BN sebelum ini.


Pada asalnya, perjanjian yang ditandatangani di era Dr Mahathir pada 1999 telah membenarkan PLUS menaikkan kadar tol 10% setiap 3 tahun. Jika tidak naik, kerajaan terpaksa bayar pampasan.

Walaubagaimana pun, Khazanah Nasional Bhd dan KWSP (EPF) telah beli konsesi lebuh raya milik PLUS pada 2011 semasa Najib menjadi PM.

Dan kadar tol tidak pernah dinaikkan pada tempoh 9 tahun sejak Najib jadi PM kerana konsesi lebuh raya telah dibeli oleh sayap pelaburan negara. Malah, pampasan sebanyak RM6.5 bilion tidak lagi dibayar kepada pihak swasta itu.

Now, dari setiap ringgit tol yang dikutip, Khazanah Nasional akan dapat 51 sen dan KWSP dapat 49 sen. Hasil dapat balik kepada kerajaan dan rakyat. Tiada lagi swasta atau taikun.

Jelas bahwa formula Najib dan kerajaan BN ini berjaya. Kerajaan dan rakyat adalah kroni untuk konsesi lebuh raya.

Malah, Azmin sendiri mengaku Khazanah melalui EPF sedang memberi khidmat kepada pengguna jalanraya @ rakyat. Lihat video :


Dan tidak mungkin ada pihak swasta yang boleh janji hapuskan tol jika mahu beli konsensi itu. Seperti kata Azmin, "Good luck to you".

Kita juga harap pengundi-pengundi PRK Tanjung Piai bangkit menyedarkan puak PH supaya tidak menipu lagi dan tunaikan janji-janji mereka. Hanya dengan menolak calon PPBM saja barulah puak PH akan sedar diri.

Lagi pun, kita tidak akan terkejut jika ada penyokong dan pihak dalaman PH yang setuju jika calon parti Mahathir kalah.

Sebabnya : KLIK SINI








7 comments:

  1. BILA KES VIDEO SEMBURIT NAK SELESAI?? JANGAN SAPU BAWAH KARPET AJA LA!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah. Kita pun dah ragu2 dgn kerajaan PH ni salahguna kuasa. Buat malu aja & PH patut dikalahkan

      Delete
  2. Kini terbukti di mahkamah, MO1 ialah Casey Tang, bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, yang membuat pelbagai keputusan bagi pihak 1MDB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAMAINYA YG DOSA BESAR FITNAH NAJIB!

      Delete
  3. Buatpe ikut stail Najib.Kena bagi kroni
    taikun geng sendiri untung.Rakyat kena tanggung kenaikan tol.Madey dok buat mcm tu berpuluh tahun.Bailout kroni taikon
    berbilion ringgit.Tak Tolong taikon nnti rugi KERA-jaan pun tak dak hasil
    kata madey.Soklan cepu taik berapa banyak cukai dibayar taikon dan berapa banyak pula cukai dilarikan ikut SST. BERAPA PULA PEKERJA DIGAJI TAIKON ADA SEJUTA ORANG.Nak auta pun agak2lah

    ReplyDelete
  4. Bercakap kepada FMT, sumber yang enggan dikenali berkata, kerajaan tidak berminat dengan bidaan yang dikemukakan oleh beberapa ahli perniagaan kerana ia terlalu rendah dan kerajaan pula masih perlu menjamin liabiliti PLUS.

    Setakat ini, bekas bos Renong Halim Saad, ahli perniagaan terkenal Wong Gian Kui, Maju Holdings Sdn Bhd dan firma ekuiti berpangkalan di Hong Kong RRJ Capital telah mengemukakan bidaan masing-masing untuk mengambil alih PLUS.

    “Baru-baru ini, sebuah kementerian mengemukakan satu cadangan untuk menggunakan sebuah SPV kerajaan persekutuan untuk mengambil alih PLUS.

    “Sejauh kefahaman saya, ia tidak diluluskan oleh lembaga pengarah Khazanah Nasional (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    PLUS dimiliki oleh Khazanah (51 peratus) dan KWSP (49 peratus).

    “Menurut cadangan itu, PLUS, yang kini dimiliki oleh kerajaan, akan dilanjutkan tempoh konsesinya selama 20 tahun dari 2038 ke 2058. Timbal balasnya ialah pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun sebanyak 18 peratus.

    Sumber berkata, kadar tol juga tidak akan dinaikkan dan kerajaan juga tidak perlu membayar pampasan berjumlah berbilion ringgit.

    “Bagaimanapun cadangan ini tidak masuk akal. Kerajaan kini telah sedia banyak hutang, RM35 bilion itu boleh digunakan untuk membina sekolah, hospital, jalan dan jambatan. Kenapa tambah lagi hutang?”

    Sumber juga berkata, tidak jelas sekiranya diskaun 18 peratus itu ditetapkan sepanjang hari atau hanya terpakai pada masa bukan puncak seperti pengambilalihan empat tol dalam bandar oleh Gamuda Bhd.

    “Lebih buruk ialah tempoh kutipan tol akan dilanjutkan selama 20 tahun lagi, bukannya menamatkannya pada 2038.”

    Katanya, cadangan itu akan menjadi langkah bunuh diri politik kepada Pakatan Harapan (PH) kerana tidak ada sebab munasabah bagi kerajaan untuk terus mengutip tol setelah berjanji untuk menghapuskannya.

    Beliau berkata, adalah lebih baik jika kerajaan PH berdepan realiti pahit menghapuskan kutipan tol dan membiarkan konsesinya tamat setelah berjanji untuk berbuat demikian sebelum ini.

    Sumber juga berkata, dengan dasar kerajaan yang menggalakkan pengangkutan awam dan pembinaan laluan keretapi, langkah mengambil alih lebuhraya bertol dan menambah hutang kerajaan lebih RM30 bilion adalah tidak masuk akal.

    “Bagi saya, pihak yang mendapat manfaat daripada cadangan pengambilalihan itu, termasuk ambil alih empat tol dalam bandar sebelum ini hanyalah pemegang konsesi, bukannya rakyat.”

    ReplyDelete
  5. Jom istiqamah dan semarakkan kempen boikot produk2 dan kedai2 DAP.

    Ayuh semua!

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.