Tuesday, January 14, 2020

Isu ADUN Dengkil, Pegawai Khas Menteri, Parti Dadah & Judi : Suspek Digantung Jawatan

Terbaru, pihak Polis akan menyerahkan hasil siasatan kes 17 orang termasuk ADUN PPBM kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.


Sebelum ini, Adiff Syan, ADUN parti PPBM berbohong tentang serbuan private party yang turut melibatkan kes penyalahgunaan dadah, wanita dan aktiviti perjudian.

Pada awalnya, Adiff Syan menafikan beliau terlibat dan mendakwa bahawa beliau di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong.
"Saya elok saja di rumah. Masa, tarikh, lokasi, (dakwaan ditangkap) entah manalah mereka kutip,” katanya
"Saya tengah berehat….seminggu ini tak sihat,” katanya lagi.
Temberang ADUN PPBM itu terbongkar apabila media melaporkan kenyataan Pengerusi PPBM Selangor, Abdul Rashid Asari yang mengesahkan Adhif Syan Abdullah ditahan polis.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador pula mengesahkan seorang VVIP terbabit kes dadah dan judi itu.
“Polis sudah kenal pasti VVIP yang terbabit dalam kes membabitkan dadah. Saya rasa anda (media) tahu,” katanya
Ironinya, ADUN PPBM itu tukar cerita 'elok saja dirumah dan tidak sihat' kepada mengaku beliau memang berada di tempat tersebut. Menariknya ialah alasan yang beliau beri iaitu,
“Saya berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah,” kata Adhif. Beliau juga mendakwa hadir ke kondominium itu hanya untuk menghadiri sesi perbincangan sahaja.
Alasan ADUN Dengkil itu telah menjadi bahan kutukan di dalam media sosial seperti Facebook.

Media juga melaporkan alamat premis yang terlibat :
“Tangkapan dibuat oleh pihak IPD Brickfields di alamat GK Sport & Recreation Sdn Bhd, G-9 & 1-9 Tiara Mutiara 2, Jalan Puchong, Kuala Lumpur.
Jika merujuk Google.search, GK Sport & Recreation ini dimiliki oleh seorang lelaki bernama Kau Git Kaur. Beliau juga adalah Timbalan Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia.

Terbaru, Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) telah menggantung jawatan Kau Git Kaur selepas beliau dikaitkan sebagai salah seorang daripada 17 orang yang terlibat dalam parti narkotik dan perjudian itu.

Portal melaporkan jawatankuasa disiplin MGF telah memutuskan untuk menggantung jawatan Kau Git Kaur sehingga kesnya diselesaikan. Kita minta MGF mengesahkan laporan portal ini.

Seperkara lagi, kaitan di antara suspek-suspek yang ditangkap juga mendatangkan pelbagai persoalan lain. Lebih-lebih lagi apabila ada Menteri yang tidak mahu mengaku suspek sebagai pegawai khasnya.

Sebelum ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berbohong tentang seorang pegawai khasnya yang minat dan sokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Kononnya bukan pegawai khasnya tapi nama Numan Afifi, penyokong LGBT laknat itu terpapar di web rasmi KBS.


Apabila isu penangkapan ADUN parti Mahathir dan beberapa pegawai khas kabinet, Saddiq sekali lagi cuba cuci tangan seolah-olah tiada pegawai khasnya yang terlibat. Hanya pegawai KBS, dakwanya.

Tapi di antara suspek yang ditangkap dan disiarkan oleh media ialah Ahmad Redzuan Shafi. Beliau juga adalah pegawai khas Saddiq dan turut mengikuti rombongan FAM ke Jepun sebelum ini.


Kita juga persoalkan penafian Muhyiddin Yassin. Beliau dakwa Pizi Jihat bukan pegawai khasnya sedangkan sudah ada bukti sebaliknya.

Banner : Pizi Jihat pegawai khas Muhyiddin

Apakah kesudahan isu parti dadah judi ini?

Ianya bergantung kepada keputusan Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Berapa lama proses itu?

Kita tentu masih ingat kes anak Mat Sabu telah ditangkap polis dan positif dadah pada awal 2019. Selepas setahun lamanya dan hanya pada 13 Februari 2020 ini, barulah anak Mat Sabu diminta bela diri dalam mahkamah.

Kita harap kes ini tidak dlengah-lengahkan, manakala ADUN yang terlibat diminta 'berehat' atau letak jawatan.




35 comments:

  1. Kan dah kantoi. Padan muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah la kantoi menipu pulak tu mcm mn org mcm ni blh di pilih jd wakil rakyat..tolol mana yg undi dia ni..

      Delete
    2. KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Shan Abdullah, digantung serta merta daripada jawatannya sebagai Ketua ARMADA Selangor.

      Tindakan sama turut diambil oleh Majlis Ketua ARMADA Nasional ke atas Penolong Setiausaha badan itu, Ahmad Redzuan Mohamad Shafi.

      Ketua ARMADA Nasional, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata keputusan penggantungan kedua-dua pemimpin muda terbabit dibuat dalam mesyuarat Majlis Ketua ARMADA Nasional.

      Beliau berkata, penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kes yang dihadapi kedua-duanya.

      “Susulan penggantungan Ahmad Redzuan, jawatan itu kini dipangku oleh Danial Syahiran Ho Imran Ho yang juga Exco ARMADA Nasional.

      “Timbalan Ketua ARMADA Selangor, Anad Akashah Nazri, kini dilantik memangku jawatan Ketua ARMADA Selangor, serta merta,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

      Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata ARMADA merakamkan penghargaan dan berterima kasih di atas khidmat dan bakti kedua-duanya sepanjang memegang jawatan terbabit.

      Katanya, mereka turut mendoakan agar siasatan yang dihadapi kedua-duanya dapat dijalankan dengan lancar serta adil mengikut undang-undang negara.

      Adhif Shan dipalit kontroversi selepas ditahan polis, bersama 16 yang lain dalam serbuan terhadap sebuah unit kondominium dekat Jalan Puchong awal minggu ini, yang disyaki menjadi tempat penyalahgunaan dadah dan judi.

      Hasil saringan awal terhadap 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan itu, 16 daripada mereka dikesan positif dadah.

      Kesemua mereka kecuali seorang wanita warga asing sudah dibebaskan dengan jaminan polis, sementara siasatan masih dijalankan termasuk menunggu keputusan saringan kedua yang dijalankan.

      Delete
  2. Katanya ke kondo hanya buat sesi
    perbincangan je...
    oiiiiitttt... sesi bersama penduduk dan
    pengundi nak kena tunggu dekat pru 15.
    Bukan je virus selsema BABI berjangkit,
    malahan virus dadah pun sama.
    oiiiiitttt.... puaka cikminah mana?
    Terjangkit virus kambing hitam ke?

    ReplyDelete
  3. pakatan babi setan semburit LAKNATULLAH
    semoga Tuhan Yg Esa HANCURKAN MUSNAHKAN DAN BALAKAN Parti Syaitan PH yg diketuai oleh Mahathir Mohamed Kutty Paria Pundek Lahanat!


    Mereka2 yng sengaja mengundi ph semuga Tuhan Yg Esa tunjuk pembalasan didunia lagi.mereka tak senang dan dilanda pelbagai balasan dunia!

    Amiin ya Rabb

    HANCUR PAKATAN BABI!

    ReplyDelete
  4. Kuat menipu rupanya ADUN Dengkil ni, perangi PENIPU tu sebijik mengikut ketua mereka Kutty dan Bekas Menteri kasut hitam!

    Legasi MENIPU dengan BERSATU berpisah tiada!!!

    ReplyDelete
  5. hadoiii...dok cari kes ni kot ada di cnn..aljazeraka..doj ka...jenuh perati...yelekkkk...tak gempaq sedonia mcm kes altantunya...kes 1 mdb...buat lenguh jari nak komen....bagi budak2 tadika je yg komen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bayar jadi balachi..gaji kena kerja
      tak ada duit mcm mana nak beli dadah & buat gang bang parti..

      bodoh semua pembantu menteri & adun,,
      Elok buang shj sampah masyarakat..

      Delete
    2. Cai 8.28...

      Ko punya cakap...Ada keluar bunga bunga..
      #P.H ni ok kaaaa...
      +TERUKKKKK...

      Delete
    3. Kuat kerja org2 PH ni, bincang pun tak kira tempat ..hihi

      Delete
    4. Sat lagi dedak BABI RM30 masuk akaun?

      Delete
    5. Tak sabaq nak tunggu rule of the jungles berjalan! macam kes semburit!

      Delete
  6. mmg patut pun puak mahacai hanya dgr berita dari cnn, al jazeera & doj. rupa2 nya pengikut yahudi. mungkin overdose dadah sbb tu masih dlm khayalan. nnti jam 4 pagi boleh jemput ramai kwn saudara mahacai yea.. nak meeting jam 4 pagi nanti. ini bukan meeting kat hotel sandakan tau.. nanti tak pasal2 kena semburit ramai2.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 nafi, lepas tu masa n tempat yg salah..PH dan hanceng kpd rakyat tanpa berpisah, dadah!

      Delete
  7. Harap badottt tak cover PHoookimak ni cam kes semburit azmin

    ReplyDelete
  8. Kalau dh kaki jilat..tahi kt jubur pun dia jilat

    ReplyDelete
  9. Macam2 lah pemimpin2 PH ni...biasalah nak buat kerja tak pandai , hanya pandai semburit , dadah , LTTE dan yg lain2 itu saja yg pandai. Tapi percaya lah misti tak sangkut punya , mereka2 ini kebal.

    ReplyDelete
  10. Hasil siasatan....tiada pendakwaan terhadap ADUN kaki goyang... Kata Ketua Peguam,...kikiki

    ReplyDelete
  11. Datang untuk berbincang aja....tapi positif dadah.......isssh...isssh...isssh.....kaki kencing yb ni.

    ReplyDelete
  12. Kes anak mat syabu pun makan masa berbulan bulan. Ini lagilah babitkan adun ph. Mau makan masa bertahun tahun. Kalau bn atau rakyat biasa. Dah lama kedalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. oitttt...kalau zamam umno dulu...sunyi sapa pun tak tau...polis yg tangkap atau siasat pun kena tukaq...baguih ph..telus dan adil...

      Delete
    2. x lama lagi keluar kenyataan..TANGKAPAN ITU ADA LAH TULIN..TAPI INDIVIDU TERBABIT X DAPAT DISAH KAN...

      Delete
    3. Kes rogol amah indonisia oleh adun dap senyap je.. inikan kes kecil je.. tommy ag kan ado..

      Delete
    4. Last2..hasil siasatan....salah faham.mmmm

      Delete
    5. Apa sudah jadi kes bunuh amah Indonesia tempohari? dah selesai ke belum atau dah buang kes?

      Delete
    6. Dijangkakan penyiasatan, pendakwaan, proses rayuan etc etc akan mengambil masa kira2 4 tahun dan akan berakhir seperti kes Piji lepas bebas!

      Delete
  13. PENGUMUMAN PENTING BUAT RAKYAT!

    Sat lagi DEDAK JENAMA BABI bernilai RM30 akan masuk akaun masing2?

    Boleh beli drypers pakai buang untuk anak2, ibu bapa atau pakai sendiri...



    ReplyDelete
  14. Party ada jantan ada betina... semua dalam keadaan STIM?

    Skop penyiasatan polis hendaklah lebih meluas lagi, takut2 ada kes yang lebih besar lagi seperti kongsi gelap, perjudian, pemerdaganan manusia, pelacuran, atau jenayah2 lain...

    Cuma buat siasatan saja...

    ReplyDelete
  15. Disarankan dewan DUN Selangor membuat saringan air kencing sebelum membenarkan ahli2 DUN masuk kedalam dewan!

    Ia dapat mencegah kaki dadah, kaki ganja, kaki botol dan kaki todi Pakatan Hancing dari memasuki dewan!

    ReplyDelete
  16. Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa ‘Rule of Law’ kini bertukar menjadi ‘Rule of the Jungle’.

    Katanya, selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran kerajaan, rakyat tertunggu-tunggu reformasi sistem perundangan di Malaysia seperti yang dijanjikan di dalam manifesto dan kempen Pakatan Harapan (PH), malah rakyat mengharapkan yang lebih baik kerana kerajaan PH sebelum ini sentiasa menyalahkan kerajaan lama di dalam mempertahankan ‘Rule of Law’.

    “Namun harapan rakyat meleset malah mereka lebih teruk apabila mencabuli undang-undang secara terbuka.

    “Sebagai contoh, tindakan Peguam Negara menggugurkan kes-kes pemimpin PH seperti kes Lim Guan Eng yang digugurkan daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo, juga kes LTTE iaitu menggugurkan pertuduhan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dap Seremban Jaya iaitu P. Gunasekaran,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

    Bidasnya, Peguam Negara juga bertindak campur tangan dalam kes kematian Muhammad Adib yang sedang dalam inkues sehinggakan pihak mahkamah memutuskan bahawa Peguam Negara telah menghina mahkamah, malah kes Adib masih tergantung tiada kesudahan.

    “Manakala dalam kes kapal Equinimity, Peguam Negara melantik peguam luar atas ketidakupayaannya mengendalikan kes tersebut dengan bayaran upah guaman sebanyak RM2 Juta yang ditanggung oleh kerajaan.”

    Tegas beliau yangbjuga Naib Presiden UMNO, kes video Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali pula Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mendakwa mana-mana pihak dalam kes video seks sejenis walaupun video-video tersebut tulen, malah terdapat pengakuan dari Haziq bahawa beliaulah pelaku bersama Datuk Seri Azmin Ali, namun alasannya pengecaman wajah tidak dapat dipastikan.

    “Selain Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga dilihat mengamalkan ‘Rule of the Jungle’. Ini kerana tiada tindakan dikenakan ke atas kesalahan pilihan raya melibatkan PH di bawah akta kesalahan pilihan raya walaupun berpuluh-puluh laporan kesalahan pilihan raya dilakukan.

    “SPR juga cuba perkenalkan peraturan yang bertentangan dengan akta kesalahan pilihanraya seperti mengenakan permit untuk kempen ziarah kasih dan rumah ke rumah walaupun akhirnya ditarik balik hasil campur tangan Peguam Negara.”

    Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga tidak adil dan melakukan pendakwaan berpilih.

    “Mereka yang masih di dalam UMNO mendapat notis untuk penyitaan harta namun yang telah ‘melompat keluar’ dari UMNO walaupun pada mulanya terdapat dalam senarai, telah digugurkan oleh SPRM. Manakala audio rakaman kononnya suara Datuk Seri Najib Razak dengan pegawai tinggi kerajaan dan pemimpin luar negara didedahkan dalam sidang media terbuka walaupun kes sedang berjalan.

    “Tindakan Ketua Pengarah SPRM dikritik oleh hampir semua pengamal undang-undang termasuk dari majlis peguam. Tindakan ini boleh dianggap sebagai ‘sub judice’.

    “Ketua Pengarah SPRM sepatutnya tahu bahawa jika SPRM mahu mengemukakan keterangan baru, maka pihak pendakwa perlu mendapatkan kebenaran mahkamah dan rakyat sudah tidak yakin dengan kemampuan undang-undang negara mengawal hak kerahsiaan peribadi.”

    Malah katanya, intipan perbualan telefon antara pemimpin negara kita dengan negara luar merupakan tindakan yang sangat tidak beretika dan boleh mengeruhkan hubungan diplomatik antara kedua negara.

    “Terbaru, tangkapan ADUN Dengkil yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral iaitu berjudi dan positif dadah. Rakyat tidak yakin dia akan dihadapkan ke mahkamah. Mungkin Peguam Negara akan umum bahawa pihak Peguam Negara tidak akan mendakwa ADUN tersebut kerana ‘laporan polis tidak jelas dan terlalu kabur’.

    “Rakyat sebenarnya tidak yakin kepada sistem perundangan di Malaysia ketika ini.

    BERITAHU SEMUA ORANG KAMPUNG DAN KAKITANGAN KERAJAAN PROSES RULES OF THE JUNGLE SEDANG BERJALAN!

    Hati2!!! Anda dan keluarga mungkin akan menjadi mangsa seterusnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadoiii..bila kata akai tak dak ...marah...dah nama pun ketua bangkang...kerja bangkang saja la...putih kata hitam..bila hitam..kata putih pula...mat ni pernah bersuara ka bila ketua sprm ditukar..ag fitukar masa najib dulu..lawak2..ludah kelangit...last sekali jatuh kemuka sendiri...kerja org tak dak akai..

      Delete
  17. Anwar mahu peralihan kuasa PM berlaku aman!

    Minta pihak pengurusan Sungei Buloh-Inn untuk upgrade dan menambahbaik sel2 mereka. Dijangka pihak anda akan menerima ramai tetamu2 orang2 kenamaan terdiri dari bekas PM dan keluarga serta kroni2 dan tetamu kehormat dari parti BERSATU yang lain!

    Kerja2 penambaikan ini perlu disiapkan sebelum May 2020!

    Kualiti makanan juga perlu dipertingkatkan!

    Harap maklom!

    ReplyDelete
  18. Kes kontroversi tender padi 1.4 billion apa citer? Tukar KSU kira settle problem?

    #ruleofthejungle #phmaksum

    ReplyDelete
  19. Apa susah? Sapu & sorok bawah karpet je lah jawabnya.. hadoiii. Makin teruk kera jaan PornHub ni. Hari2 ade je berita negatif, satu donia dah tau. Malunya kita jadi rakyat Malaysia.. hadoiii.. malangnya!

    ReplyDelete
  20. Laa... aku ingat Kau Git Kaur tu perempuan Benggali... kikikiki

    *emoji tepuk dahi

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini juga tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.