TRANSLATION

19 June 2020

Tahniah Kepada Rakyat Malaysia Tapi ....

Apabila rakyat patuh dan kes Covid-19 menurun, maka sekarang kita dapat melaksanakan PKP Pemulihan.


Ini adalah kejayaan besar negara kita sejak bermulanya PKP pada 18 Mac sehingga PKPP hari ini.

Kesiapsiagaan termasuk kerjasama mantap di antara kementerian-kementerian, kemudahan di hospital, makmal ujian, tenaga manusia dan petugas kesihatan yang mencukupi juga amat penting untuk memastikan semua mendapat rawatan yang optimum.

Di bawah ialah wawancara Sinar Harian dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menjelang genap 100 hari Datuk Seri menjawat jawatan Menteri Kesihatan, apakah perasaan Datuk Seri?

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana dewasa ini kita telah pun dapat menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang sangat terkehadapan dalam mendepani wabak Covid-19.
Cabaran itu bukan sahaja dihadapi di peringkat negara tetapi kita juga berdepan gelombang jangkitan Covid-19 di serata dunia.

Covid-19 ini merupakan satu cabaran yang sangat hebat dan kita kena tempuhinya bersama. Saya bersyukur kerana rakyat Malaysia sangat fokus dan memberikan kerjasama baik terhadap apa juga langkah kerajaan.

Prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani Covid-19 yang dilaksanakan ketika ini membentuk satu disiplin baharu dalam kalangan rakyat. Sampai bilakah SOP ini akan berterusan?

SOP ini adalah antara langkah pencegahan dan pengawalan yang termaktub dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Kita perlu mengawal penularan jangkitan Covid-19 yang juga virus baharu.

Antara langkah bagi memastikan kita dapat mengekang penularan Covid-19 adalah dengan mewujudkan SOP, dengan kata lain, garis panduan.
Ini satu daripada elemen pencegahan yang dikawal sendiri oleh masyarakat dalam menghadapi dengan wabak tersebut.

Ia satu aspek kendiri yang dilakukan secara sukarela dan kini menjadi normal baharu dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Perkara itu akan berterusan sehinggalah ada vaksin ditemui dan ia sedang dibangunkan oleh beberapa syarikat di seluruh dunia.

Malaysia juga cuba membangunkan vaksin dengan kerjasama negara lain yang turut terdedah kepada Covid-19.

Antara SOP yang paling ketara ialah penjarakan sosial mengikut panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ini salah satu daripada empat protokol dalam menghadapi Covid-19. Protokol ini termasuklah kawalan sempadan dengan menyekat kemasukan warga asing ke dalam negara.

Rakyat kita yang mahu pulang dari luar negara pula perlu mengikut SOP yang ditetapkan.

Protokol lain ialah kawalan pergerakan yang kita laksanakan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan meminta rakyat duduk di rumah bagi menyekat penularan wabak dan meratakan lengkungan graf jangkitan.

Orang ramai juga diminta menjaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan. Semua SOP ini akan berlarutan sehinggalah kita menemui vaksin.

Sebab itu kita mahu masyarakat memainkan peranan melalui kendiri dengan mengelakkan tiga 3S iaitu kawasan sesak, sempit dan bersembang dalam jarak dekat.

Bagaimana penyelarasan dibuat dengan agensi lain bagi memantau kepatuhan rakyat terhadap SOP ini?

Ketika PKP dilaksanakan, Menteri Kesihatan mempunyai kuasa untuk memastikan penularan jangkitan dapat dikawal dan dicegah.

Kuasa itu boleh diturunkan kepada menteri, pegawai-pegawai dan anggota penguat kuasa kementerian serta agensi terlibat seperti Menteri Dalam Negeri, polis dan pihak berkuasa tempatan bagi menguatkuasakan peraturan di bawah akta berkenaan.
Baca Sini : Tanggungjawab Menteri Kesihatan
SOP yang diwartakan itu mudah dipatuhi. Pertama, dengan mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini. Hari ini di premis atau kedai, kita nampak majikan sudah meletakkan tanda jarak 1 meter untuk pelanggan beratur.

Kemudian mengambil suhu badan dan merekodkan nama supaya dapat mengesan individu berkenaan jika berlaku jangkitan di lokasi berkenaan.

Orang ramai boleh menggunakan aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan maklumat berkaitan Covid-19.

Covid-19 muncul kembali di China baru-baru ini selepas 55 hari negara itu menamatkan 'lockdown'. Apakah pengajaran yang boleh kita ambil?

Ini satu maklumat penting. Apabila pandemik berlaku, kita bukan sahaja membaca ataupun menilai kes-kes dalam negara. Kita juga meneliti kes yang berlaku di luar negara, contohnya China yang merekodkan jangkitan semula.

Kita perlu ingat bahawa kita tidak boleh leka menunaikan tanggungjawab mematuhi SOP. Kita perlu memastikan tiada kemasukan warga asing dan terus patuh pada PKP, penjarakan sosial dan melindungi diri dengan mengutamakan kebersihan.

Pelajaran yang kita dapat dari negara luar ini ialah kita masih perlu berhati-hati sehinggalah vaksin ditemui. Sekiranya vaksin sudah ditemui pun, kita masih perlu mengamalkan normal-normal baharu.

Apakah faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan Malaysia sehingga diiktiraf sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam menangani wabak Covid-19?

Alhamdulillah, kita sebenarnya dapat melihat dari mula kes dikesan pada Januari 2020 sehingga hari ini, kita berjaya meratakan lengkungan graf kes jangkitan sehingga satu digit.

Pada 14 Februari lalu, JP Morgan meramalkan kemungkinan besar Malaysia akan mencatatkan peningkatan kes kumulatif jangkitan hingga 6,000 kes (pada April). Tetapi alhamdulillah kita berjaya sekat Covid-19 di bawah 4,000 kes bagi tempoh tersebut.

Ini satu kejayaan besar hasil kepatuhan masyarakat terhadap SOP dengan duduk di rumah bagi mengehadkan pergerakan di samping dedikasi pasukan kesihatan serta petugas barisan hadapan.

Kita mulakan dengan PKP dan kita juga ada PKP Diperketatkan di kawasan tertentu. Kemudian PKP Bersyarat yang menyaksikan hampir separuh sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula.

Apabila rakyat patuh dan kes Covid-19 menurun, maka sekarang kita dapat melaksanakan PKP Pemulihan. Ini kejayaan besar negara kita sejak bermulanya PKP pada 18 Mac sehingga PKPP hari ini.

Kita sebenarnya berjaya menurunkan kes kerana dua perkara yang kita lakukan.

Pertama, kita pastikan setiap kes Covid-19 yang dijangkiti dimasukkan ke hospital untuk dirawat, sama ada mereka bergejala atau tidak. Kita menggazetkan tujuh hospital khas Covid-19 dan 40 hospital lain untuk saringan.

Kedua, kita juga kuarantin wajib 14 hari bagi individu kontak rapat (PUI) kes positif tadi. Dua perkara ini sangat dikagumi masyarakat dunia.

Ini semua hasil kerjasama antara semua pihak bukan sahaja daripada pengurusan tertinggi negara tetapi juga petugas barisan hadapan dan masyarakat.

Terima kasih juga kepada media dan barisan hadapan media sosial yang sentiasa memberikan maklumat terkini kepada masyarakat.
Selain itu, perkara besar yang dilakukan negara ialah menyediakan sebuah pusat rawatan dan kuarantin dengan cepat iaitu di MAEPS Serdang bagi menempatkan kes gejala rendah dan kurang berisiko.

Walaupun Covid-19 tiada rawatan khusus tetapi rawatan yang diberikan di hospital menyebabkan kadar kesembuhan kita meningkat melebihi 86 peratus.

Apakah cabaran besar bidang kesihatan dan perubatan di Malaysia sekarang?

Dari hari ke hari, penyakit yang baru muncul seperti Covid-19 merupakan salah satu cabaran baharu kesihatan awam.

Untuk membangunkan vaksin juga satu cabaran besar kepada negara dan dunia. Hendak bangunkan vaksin ini perlu melihat kesesuaian dan kesan sampingan.

Kedua, kita berdepan dengan berita-berita palsu terutama melibatkan maklumat yang mengelirukan. Ada berita palsu kononnya berlaku kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di sesuatu kawasan.

Kita juga selalu berhadapan dengan keadaan di mana mereka tidak dapat rawatan kerana kekurangan maklumat.

Sebab itu sehingga hari ini, kita menyarankan supaya masyarakat mendapatkan maklumat tepat daripada daripada media, aplikasi MySejahtera dan sebaran maklumat daripada Kementerian Kesihatan.

Di KKM, cabaran kita adalah untuk memastikan data-data dan ketulenan data tersebut dapat disiarkan.

Kita bertuah kerana Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa langkah menyelamatkan ekonomi negara ketika zaman Covid-19 iaitu Pakej Prihatin, Prihatin Tambahan dan Penjana.

Ketua Pengarah Kesihatan sendiri (Datuk Dr Noor Hisham Abdullah) setiap hari jam 5 petang menyalurkan maklumat kesihatan di samping Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan menjelaskan isu berkaitan keselamatan.

Saya sebagai Menteri Kesihatan, tugas yang paling penting saya ialah membuat kesiapsiagaan termasuk kemudahan di hospital, makmal ujian, tenaga manusia dan petugas kesihatan.
Bagaimana Datuk Seri melihat kecekapan petugas pasukan perubatan sejak tiga bulan lalu dalam berdepan Covid-19?

Kita memiliki pasukan kesihatan terbaik di hospital dan kemudahan kesihatan awam itu sendiri. Tahap kesiapsiagaan menyebabkan kita dapat menangani wabak ini dengan baik.

Di peringkat hospital, kita ada pakar penyakit berjangkit dalam merawat kes-Covid-19 di samping pakar yang mengendalikan ventilator di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Rawatan itu terbukti berkesan apabila kadar kesembuhan mencapai 86 peratus.

Hari ini, selain daripada jumlah kes yang menurun sehingga satu digit, kita juga melihat kadar pesakit discaj meningkat.

Pasukan di peringkat kesihatan awam terdiri daripada doktor, jururawat dan penolong pegawai perubatan yang pergi ke lapangan apabila terdapat kes positif melibatkan sesuatu kluster.

Mereka ini membuat saringan dan ujian swab bagi menentukan tahap rawatan yang diperlukan pesakit, langkah kuarantin selain memberi arahan sama ada individu berisiko perlukan ujian semula dalam tempoh inkubasi wabak berkenaan.

Pasukan perubatan dan barisan hadapan telah membuat yang terbaik dan perkara ini diakui oleh pasukan perubatan dari China yang datang ke negara kita pada akhir April lalu.

Mereka mengakui dan kagum dengan cara kita memberi tumpuan dalam menyekat penularan Covid-19 dan merawat pesakit.

Mengenai wabak denggi di negara ini, sejauh manakah ia mengancam kehidupan rakyat?

Selain Covid-19, kita hampir terlupa dengan kes demam denggi yang masih melanda masyarakat negara ini disebabkan oleh nyamuk aedes.

Untuk makluman, sejak 1 Januari hingga 13 Jun 2020, sebanyak 50,511 kes telah direkodkan dengan 88 kematian berbanding 56,819 kes dan 88 kematian tahun lalu.

Jika kita lihat kadar kematian adalah sama tetapi jumlah kes demam denggi pada tahun ini menunjukkan penurunan.

Pelaksanaan PKP sedikit sebanyak membantu kita duduk di rumah dan menjaga kebersihan persekitaran kediaman masing-masing. Bagaimanapun, kita tidak boleh alpa atau leka dengan wabak demam denggi ini.

Sekiranya ada gejala demam denggi di satu-satu kawasan, kita tahu sumbernya adalah nyamuk aedes yang membiak di dalam takungan air bersih. Jadi kita perlu pastikan tempat pembiakan nyamuk aedes ini dapat dihapuskan.

Pasukan vektor mencegah demam denggi akan melakukan fogging di sekitar radius 200 meter dari kawasan wabak itu dikenal pasti. Perkara ini amat penting kerana kita memerlukan kerjasama rapat daripada masyarakat setempat.

Setakat ini, kita mempunyai pasukan yang bersama-sama mencegah wabak denggi ini melalui pasukan COMBI (Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku) yang diperkenalkan untuk menangani masalah denggi di Malaysia.

Buat masa ini, kita ada 2,954 pasukan COMBI di seluruh negara dengan penglibatan 25,531 sukarelawan. Mereka memainkan peranan dan bekerjasama dengan KKM bagi mengekang wabak denggi. Untuk itu, pelbagai aktiviti dilakukan termasuk melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasan rumah dan memastikan kawasan persekitaran rumah tiada air bertakung yang membolehkan jentik-jentik membiak.

Tahun lalu KKM bercadang meminda undang-undang sedia ada bagi mewajibkan suntikan vaksin untuk kanak-kanak terutamanya vaksin difteria dan vaksin MMR. Apakah perkembangannya sekarang?

Vaksin atau imunisasi adalah salah satu cara yang berkesan untuk melindungi kanak-kanak dan penduduk negara ini daripada jangkitan penyakit.

Imunisasi ini diberi secara percuma kepada kanak-kanak di semua klinik kesihatan KKM terutamanya vaksin BCG-TB (batuk kering) seawal bayi itu dilahirkan. Justeru, ibu bapa juga perlu tahu jadual-jadual pengambilan vaksin sejak hari pertama kelahiran bayi mereka.

Selain itu, kanak-kanak turut diberikan imunisasi bagi penyakit Hepatitis B, difteria (sakit kerongkong), pertusis (batuk kokol), tetanus (sawan dalam kalangan bayi baru lahir), HiB (jangkitan paru-paru atau jangkitan selaput otak), polio dan juga MMR (demam campak, beguk dan rubela).

Vaksin-vaksin ini diberikan mengikut dos yang ditetapkan pada tempoh masa tertentu. Vaksin adalah bentuk imunisasi yang boleh mencegah penyakit daripada berjangkit dan kita melihat keperluan akta untuk vaksinasi ini.

Begitupun sehingga kini, ada juga kumpulan tertentu yang tidak mahu memberi imunisasi kepada anak-anak mereka. Oleh itu, kita perlu meminda akta agar vaksinasi ini dapat kita berikan kepada semua kanak-kanak pada waktu yang diperlukan.

Adakah KKM akan menambah jumlah pengambilan pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia untuk kursus kejururawatan, kesihatan, kedoktoran dan sebagainya bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan pada masa akan datang?

Perkhidmatan kesihatan adalah satu daripada bidang penting yang disediakan oleh kerajaan dan ia sentiasa berkembang dari masa ke masa. KKM kini mempunyai 254,000 kakitangan di seluruh negara yang bertugas di barisan hadapan, klinik dan hospital, makmal, institut penyelidikan serta di kementerian sendiri.

Melihat kepada jumlah kakitangan warga KKM pada hari ini, ia boleh dikatakan sesuai dan mencukupi untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Dengan jumlah kakitangan sebanyak itu, kita berjaya menangani penularan wabak Covid-19, namun begitu, pengambilan pekerja baharu masih perlu dilakukan untuk mengisi kekosongan berdasarkan unjuran tahunan.

Untuk itu, lepasan SPM yang layak boleh memohon untuk memasuki institusi latihan kesihatan yang ada menawarkan program berkaitan sekali gus berpeluang menjadi salah seorang warga KKM pada masa akan datang.

https://www.sinarharian.com.my/article/88467/LAPORAN-KHAS/Covid-19-Kejayaan-besar-hasil-kepatuhan-masyarakat





36 comments:

  1. Terimakasih Kerajaan PN!

    ReplyDelete
  2. Bravo!
    Teruskan kerja dgn cemerlang. Jgn hiraukan beruk2 yg memekik dari sebelah sana. Depa dlm satu kandang pun asyik dok bergasak & bergaduh sesama sendiri.. kikiki
    PN pasti menang
    PH pasti tumbang

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Syukur....mimpi ngeri 22 bulan berakhir.

    Terimakasih Tun kerana LETAK JAWATAN tepat pada masanya!

    ReplyDelete
  4. Jika Dr M mungkir janji, kami akan ‘paksakan’ pilihan raya, kata Anthony Loke dari Parti DAP berkait janji baru PH plus (PH+).

    Saya ulanggg..!!

    "If Dr M breaks promise, we’ll force elections, says DAP on new deal" said Anthony. Who's a big brother in PH+..!?

    Janji manipesto yg dolu sudah lokos kena kencing kini buat janji baru pula.

    Yang tambah pelik DAP yang 'paksakan' tun undur atau buat pilihanraya jika janji itu dicapati.

    Pada walaun unta sekelian dalam PH+ yang beri arahan adalah DAP yang terima arahan puak Atok, puak PKR Bang Non dan puak PAN Mat Sabun.

    Nampak tak siapa yang mencatur, memberi arahan dan mengarah itu ini dalam PH+..!? Pemimpin Melayu dalam PH+ hanya lah Melayu bacul seperti lembu dicucuk hidung.

    Perjanjian baru dalam Pakatan Harapan (PH+) untuk mencalonkan semula Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri bakal menyaksikan kerajaan gabungan itu tumbang sekali lagi jika pemimpin veteran itu enggan berundur dalam tempoh 6 bulan yang ditetapkan, dedah seorang pemimpin DAP.

    Pada walaun unta sekelian dalam PH+ yang menang ialah Cina DAP.

    Sesungguhnya aku dah beri pesan dan aku sudah menjalankan tugas aku memberi peringatan.

    Aku dah jalankan amanah aku sesuai dengan kuderat yang ada, seperti kisah Nabi Ibrahim dibakar api.

    Ada seekor burung pipit mundar mandir cari air lalu mencurahkan air ke dalam api yg besar dam marak itu. Lalu gagak memperolok olok burung pipit 'buat apa kau buat kerja sia sia ini..!?

    Lalu burung pipit membalas perolokan gagak itu 'aku sudah buat kerja mengikut kuderat dan anugerah yang Allah beri sesuai dengan usaha yang termampu.

    Supaya aku tak disoal diakhirat depan tuhan ku nanti walau pun aku tahu api itu tidak akan padam dengan air yang ada di paruh aku yang kecil ini..!"

    Selebihnya lu fikir lah sendiri Melayu dan Islam Sunnah Wal Jamaah atau Cina DAP Avanglista COMANGO Pluralisma Murtad Syiah Liberalis yang untung..!?

    Selebihnya lu fikir lah sendiri Islam dan Melayu atau DAP yang untung..!?

    PS : Judi jugak suatu keutamaan utk dihapuskan. Pluralisma murtad ancaman paling serius dan lagi diutamakan utk dihapuskan

    ReplyDelete
  5. Pasca pemulihan dri covid-19 lebih
    mencabar.
    Semua NIH gara2 "REFORM" KERAjaan
    PHancing kpd PH ++ dua Kali lebih hancing.

    ReplyDelete
  6. Majlis Presiden Pakatan Hancing Plus (PH+ @salib) pilih sape?

    Non atau Atok? Sape dapat majoriti? Dah decide ke belum?

    Rame nak tau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai cikminah mabuk todi pun tersentap dan bertambah mabuk ...kurang jelas halatuju dan arahan daPIGS!

      RBA nak menghasut dan memfitnah pun kena hold sekejap.

      Delete
    2. Dua-dua tengah gaduh tu!!!!

      Dua-dua tak sedau diri...

      Delete
  7. Dua2 tak sedar diri...potpetpotpetpotpet...aku PM, aku PM, aku PM...nombor nombor nombor.

    PRU nanti rakyat pulak yg akan bersuara....bagi sedar sikit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Tolak Anwar Dan Anwar Tolak Tun...

      Tan Tin Tun....Melantun lantun masuk gaung la jawab nye...

      Delete
    2. Madey membebel pulok kata pH tak berminat kalahkan TSMY. Heheehe..merajok lagi ko? Asyik2 dia lah juara. Tuan rumah@rakyat pun dah rimas.

      Delete
  8. DAP punyai KUASA VETO!

    Sedap DAP menunggang Tan Tin Tun sampai melantun masuk gaung...

    Sama2 DOAkan supaya Pakatan Hancing Plus PH+ @salib segera masuk gaung Genting Hinghland!

    ReplyDelete
  9. Seko SAH Ada 91 sokongan.
    Seko lgi terkial-kial mengira sokongan.
    Dua-dua hampeh taik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP dan Amanah beria ia benau nak madey sebagai calon PM pHpus kerana teringin sgt nak kbali duduk kerusi menteri. Hoiii.
      terus lah berangan. Majoriti Melayu x hingin madey sebagai PM. Madey dah tak bersinar lagi, maklumlah kuda tua.

      Delete
  10. CALON TASIK CHINI : BOSSKU SEKOLAHKAN ANAK TUN BOBOI, ANAK BROTHER NURUL DAN JIJAH DAN ANAK TOKONG LIM GUAN ENG DAN MENANTU.

    Bekas Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata bahawa beliau bukan seperti bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan veteran DAP Lim Kit Siang.

    Walaupun celah jari kaki jer bossku sekiranya hendakkan anak nya jadi calon ternyata bossku bijak menyekolahkan Tun, Brother dan Tokong dengan menyindir sinis Boboi, Nurul dan Lim Guan Eng, menantu dan pemimpin seperti anak Kapal Sink dan lain lain.

    Najib berkata demikian selepas anaknya Mohd Nizar tidak dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Chini.

    Katanya, walaupun anaknya Nizar sebagai ketua pemuda Umno Pekan memang layak dari segi jawatan parti, kepimpinan, pengalaman serta pendidikan, amat janggal jika Nizar menjadi Adun Chini yang terletak di bawah kerusi parlimen Pekan.

    Kata Najib, hal itu memandangkan beliau sendiri sudah menjadi anggota parlimen Pekan.

    "Nama saya bukan Anwar atau Mahathir mahupun Kit Siang dan Umno bukan parti milik keluarga sesiapa.

    "Lagipun, adalah amat janggal jika Nizar menang dan anak saya menjadi Adun di sebuah parlimen di mana saya adalah ahli parlimennya," katanya dalam satu hantaran Facebook pagi tadi.

    Ternyata saham bossku bertambah laku dengan strategi mengugurkan nama anaknya sebagai calon di Tasik Chini walaupun Parlimen Chini dibawah kuasa parlimen Bossku...!!

    Syabas bossku bijak berstrategi... makin mengelupor atok, brother dan tokong.

    ReplyDelete
  11. OTAI REFORMASI HANTAM KAW KAW ATOK HARI HARI
    TAPI MASA SAMA OPEN DISCUSSION SALING MEMERLUKAN
    HARI HARI DEPA KATA WE HAVE THE NUMBERS ALREADY
    SAMPAI ARI NI HARAMJADAH SUMA MCM SIAL GAMPANG



    Deyyyy tambeyyy berapaaa punya terukk la kena gameeee...!!


    kikikiki






    HAAHHH TOPUKKK...!!

    ReplyDelete
  12. Dulu kena sound PEKAK
    Dibahas balik,dinasur tua ingat tukar
    sejadah.
    Jgn dok nak berebut donia.
    Dengar Tu cikminah@puakarimba

    ReplyDelete
  13. Cikminah aka puaka rimba sonyap je?
    Mana kau?
    Takkan dedak kena potong kot?
    Ker tengah meroyan sebab Atok & Al Jubury saling bercakaran?
    Macam mana nak rampas kerajaan kalau dua ganyut tu tak sebulu?
    Cer komen... cer komen! Tapi komen biar kena dgn tajuk le.. jgn nak membebel pasal Najib, Rosmah, 1MDB, Reza Aziz...
    kikikikiki ♫ ♪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar...cikminah@puaka rimba masih tgh mabok todi. Mabok todi campur conpius halatuju Phancing.

      Apa2 pun....teruskan Muafakat Nasional. Kapir2 mmg menggelupor bila Melayu Islam brmuafakat.

      Delete
  14. Ada yg tak peduli psl gabungan pH pun, janji atok depa jadi PM semula. Why? Jgn ckp psl atok penyelamat ok. Beri point baru pula.

    ReplyDelete
  15. Dalam dunia ni, belum lagi aku tgk org yg makin tua makin busuk hati, makin kuat memfitnah, menipu dan makin kemaruk kuasa.

    Kita bernasib baik kerana sebelum "pergi" sebagai sorg "negarawan", Allah menghidangkan kita dulu dgn siapa sebenarnya Mahathir Mohamed.


    ReplyDelete
  16. Madey dan nuar osom 3 x je lah nak tentukan bakal PM pH +++. Saper yg kalah, redo dan dok ontok2. Hahaha..

    ReplyDelete
  17. Tanjung Malim milik UMNO bukan MCA lagi.

    New normal perlu diketengahkam dan pertikaian antara UMNO dan MCA berkaitan kedudukan calon di Parlimen Tanjung Malim yang menjadi perhatian umum sejak kebelakangan ini.

    Peratus pengundi adalah Melayu. MCA perlu bertanding di majority Cina tunjukkan kekuatan dikawasan kaum Cina jika menang MCA berhak tuntut lrbih banyak jawatan Menteri.

    MCA sial ni perlu diajar pengundi Melayu untuk pemimpin melayu. Pengundi Cina kau MCA berembat sesama pemgundi Cina.

    New Normal Kawasan Majority Melayu untuk Parti Melayu...

    MCA nak jadi jaguh dan dihormati pengundi bsngsa lain MCA perlu mrnang di kawasan Pengundi Cini.

    Enough is enough

    Noktah.

    ReplyDelete
  18. Semoga akan ada Ketua Menteri Pulau Pinang Melayu! Sudah cukup pulau tu dikerumuni oleh pekerja2 asing, skrg penuh dgn "investor" singapura, hongkong, taiwan dll. Bertambah tambah cina jadinya!

    ReplyDelete
  19. sebab p.pinang jadi lagu tu sebab kita ber PM kan dari Utara semua PM dari utara dan pemimpin Melayu utara bangang... haprak.. jual nrgara.. jual pulau strategik... jual akidah dng pluralisma murtad syiah dan COMANGO.. jadi gay lgbt pun teraju utama dari Kedah Lama

    nak fakta ka...!?

    ReplyDelete
  20. Kita jgn buat2 Bodos faktanya gone end
    jdi km dri tahun 2008.Fakta sahih dia
    pun jdi menteri kewangan selama 22 bulan
    Fakta TIDAK boleh dipertikai gone end
    dilahirkan disatu negeri diselatan tanahair.SEMAK FAKTA.

    ReplyDelete
  21. aku ckp pemimpin melayu..... gone eng tu cina cibai bodo

    ReplyDelete
  22. Percepatkan PRU15....jom tgk mandat rakyat.

    Kalau nak tendang DAP dari kawasan cina/India tu, mungkin sukar(tak mustahil) tapi di kawasan2 Melayu memang kena tendang kaw2 la barua2 DAP seperti pan dan pkr.

    Kemudian sama2 kita tgk mandat baru rakyat. prk2 je dah 6-0!

    Atok better wear your geriatrics adult diapers ...tercirit nanti tgk mandat rakyat PRU15.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madey akan cari jalan lain utk jadi PM semula. Dulu mengata nuar gila nak jadi PM, skg dia pun sama. Takkan kita nak org2 gila ni jadi PM?

      Delete
  23. Kes Riza diputuskan mahkamah harap semua hormati keputusan mahkamah.

    Hanya dengan nafas yang masih tersisa dendam kesumat dan fitnah masih jadi pilihanya. Masa bertaubat hampir tamat sudah sudah lah tu..

    Tak habis habis Tun memainkan sentimen Riza yg dibebas tanpa dilepas. Tun yang tak habis habis menghasut menfitnah dengan sentimen dendam kesumat makin menjadi jadi. Rekayasa bodoh ini sesuai tahun 80'an. Rekayasa bodoh ini sudah ketinggalan zaman dan terlalu out dated.

    Sedangkan kesemua kes Riza adalah keputusan mahkamah dengan fakta kes yang dibentang dan berhujah dengan fakta dan bukti mahkamah.

    Ternyata Tun ini tidak menghormati keputusan mahkamah hanya keputusan mahkamah tidak mengikut cita rasanya yang dimahukanya.

    Masa bertaubat hampir tamat sudah sudah lah tu.. dendam dan fitnah masih jadi pilihan.

    Jangan nanti sesudah nafas taubat sudah tiada lagi maka fikirkan dari sekarang legasi tak guna ini pula akan jadi galang gantinya atas dendam fitnah tak berkesudahan..!! Fikirkan..!!! fikirkan...!!

    Kes Riza menurut Najib selama lima tahun Riza menghadapi pelbagai kesukaran ekoran kes yang melibatkan dirinya sehingga tidak boleh melakukan sebarang perniagaan baru.

    Betapa zalim nya kerajaan PH di bawah Tun Mahathir dari hari pertama hingga di bebaskan kes 'bebas tanpa lepas' lansung tidak dibicarakan di mahkamah.

    Ternyata kerajaan PH hanya 'buy time' untuk membuli Riza anak tiri sambil membelasah Najib dan mensensasikan kes 1 MDB supaya rakyat hadam rekayasa jijik Tun Mahathir. Inj niat jijik Tin Mahathir menghancurkan orang yang di benci yang boleh mengancam legasi tak guna ini

    "Jadi, kalau meneruskan tindakan mahkamah, Riza mungkin akan memakan masa 4 tahun lagi. Jadi (semuanya) 10 tahun, satu dekad dalam hidupnya, dia tak boleh buat apa-apa.

    "Jadi dia kata, tak apalah, saya serah balik semua aset ni dalam penyelesaian ni. Saya nak kehidupan saya semula and my freedom (kebebasan saya), kebebasan untuk saya memulakan hidup semula.

    Menurut Najib, filem-filem yang diterbitkan Riza "agak berjaya".

    Ternyata filem Riza mencecah angka billion dan ratusan juta. Ini bukan 'kaleng kaleng' filem di hollywood.

    "Filem pertama Wolf of Wall Street (2013) jana penjualan tiket AS$392 juta (RM1.7 bilion) berbanding kos AS$100 juta (RM430 juta).

    Filem Dumb and Dumber To (2014) jana penjualan tiket AS$169.8 juta (RM730 juta) dengan kos pengeluaran AS$50 juta (RM215 juta).

    Filem Daddy's Home (2015) jana penjualan tiket AS$242.8 juta (RM1.04 bilion) dengan kos AS$69 juta (RM297 juta)," menurutnya.

    Bagi seorang ahli perniagaan berjaya di hollywood, apa lah nilai ratus juta dibayar sekiranya kebebasan dibelenggu oleh penguasa zalim.

    Anak cucu Tun pun ada terbit filem masa Tun jadi PM ke 7. Low class filem maker and low quality production.

    Ini bukan kes bail-out duit berbillion billion ringgit wang Petronas , KWSP, Dana Pencen dan Tabung Haji utk syarikat perkapalan dll

    Riza Aziz bayar AS$40 juta lebih daripada AS$248 juta, kata Shafee..krrajaan tuntut semula duit bailout beratus billion dan juga perlu dibayar semula pada kerajaan.

    Kalau Riza sanggup pulangkan dan bayar balik duit beratus juta ringgit, wang bailout anak anak Tun Mahathir beratus billuon ringgit juga perlu dibayar semula pada Petronas , KWSP, Dana Pencen LTAT dan TH

    Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan untuk melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz daripada 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta

    Elok dirampas harta dan hartanah kekayaan anak cucu Tun Mahathir untuk bayar semula wang bailout yang digunakan untuk menyelamatkan kerugian perniagaan anak Tun dahulu.

    Rekayasa bodoh ini sesuai tahun 80'an. Rekayasa bodoh ini sudah ketinggalan zaman dan terlalu out dated.

    Rakyat sudah menyampah bosan dan meluat dengan sentimen fitnah dan rekayasa bodoh ini. Rakyat makin bijak menilai cuma pemimpin makin memperbodohkan diri dengan sentimen rekayasa bodoh ciptaan nya

    Enough is enough

    ReplyDelete
  24. Ezam Kotak ape citer?
    Kata nak hidupkan Refobasi 2 kat Tg. Rambutan?
    Dah tunda ke atau dah melingkop?

    Tanye jer.. kikikikiki ♫ ♪

    ReplyDelete
  25. Ezam tengah cari kotak baru. Kalau tak ada kotak, ezam tak yakin.

    ReplyDelete
  26. Terimakasih Tun M.

    Sangat terang dan jelas Tun tunjuk hati busuk Tun kpd semua.

    Yg pura2 tak nampak hanya la keluarga Tun, Kroni2 Tun dan DAPigs. Semuanya ada benefit utk terus menyokong Tun. Masing2 nak jaga periuk nasi (yg dah sangat2 melimpah kekayaannya) kecuali DAPigs yg mempunyai agenda anti Melayu dan anti Islam tersendiri.

    Setiap hari saya mengharap tak ada fitnah2 dan putar alam dari luahan Tun...tetapi,so far, tiap2 hari ada je benda busuk yg Tun luahkan.

    You're a sad old man. A VERY RICH and POWERFUL old man but still very sad to look at you. Hitam dan busuk hati.



    ReplyDelete
  27. Hari ni Tun kata dia hendak jadi PM semula dan bukan Senior Minister, kerana 3 org PM selepas dia tak mau dengar nasihat dia. So after 6 months, and god willing , he lives on for many more years, bro nuar has to listen ( WAJIB) to his advice? Bukan ke itu campur tangan yg TIDAK diperlukan? Kalau gitu baik lah jadi PM sampai Izrail menjemput. Just let go ...boleh tak?

    ReplyDelete
  28. Singapura akan adakan pilihan raya umum di tengah gelombang Covid-19

    Ayohh rakyat Singapura jatuhkan kerajaan Lee Kwan Yew super nepotisma, super kroni dan rasis. Rakyat Singapura jadi hamba pada keluarga Lee Kwan Yew dan saudara mara Lee Kwan Yew dan kroni.

    Pada umat Melayu Islam di Singapura sokong pembangkang tolak lambang PAP.

    Presiden Singapura, Halimah Yacob semalam membubarkan Parlimen negara itu, sekali gus membuka jalan pilihan raya umum diadakan biarpun negara itu masih berhadapan dengan pandemik Covid-19.

    Melalui watikah perisytiharannya beliau berkata, menurut perlembagaan negara itu, pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pembubaran parlimen.

    Pada kaum Cina dan India Singapura tolak lambang Parti PAP. Kaum Cina di Singapura perlukan young brave heart Amos Yee.

    Hancurkan Kerajaam Super Kroni Lee Kwan Yew..

    Singapore for Singaporean not for Lee Kwan Yew Family Tree.

    ReplyDelete
  29. Hai semua

    Nama saya Ahamad Faudzi Abd dari MALAYSIA. Saya mengalami trauma kewangan kerana saya ditipu dan ditipu oleh banyak syarikat pinjaman dalam talian dan saya fikir bahawa tidak ada yang baik yang dapat keluar dari transaksi dalam talian tetapi semua keraguan saya segera ditenangkan dan hilang ketika rakan saya mula-mula memperkenalkan saya kepada syarikat ALL GLOBAL PEMBERIAN PINJAMAN, saya fikir ia masih akan menjadi permainan penipu yang sama, tetapi rakan saya meyakinkan saya, dan saya juga melihat kesaksian orang lain, saya terpaksa memaksa diri untuk mengikuti semua proses, yang paling mengejutkan setelah memenuhi semua syarat, saya mendapat pinjaman RM 5.000.000 di akaun bank MUAMALAT saya Semasa saya dimaklumkan di telefon saya, saya tidak pernah mempercayainya, nampaknya saya bergegas ke bank untuk memastikan bahawa ia benar dan nyata, dan pinjaman itu ada di sana akaun, saya menariknya tanpa komplikasi dan melaburkannya dalam perniagaan saya Venture.

    Sekiranya anda mahukan pinjaman hari ini untuk perniagaan dan memulakan hidup, syarikat, dan kontrak besar, sila hubungi SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN PEMBERIAN GLOBAL di e-mel mereka di bawah.
    E-mel ............. allglobalgrantloan@gmail.com

    Dan jika anda mahukan maklumat yang tepat dari saya, maka anda boleh menghubungi saya melalui e-mel peribadi saya (aahamadfaudziabdlatif5@gmail.com)

    Saya adalah PEMANDU Lori biasa, tetapi sekarang saya memiliki Lori dan saya menjadi penyokong besar, saya memberi jaminan kepada anda semua bahawa anda akan mendapat pinjaman anda dari SYARIKAT yang baik ini.

    SYARIKAT: SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN PEMBERIAN GLOBAL
    E-mel: allglobalgrantloan@gmail.com
    Tel ............. +1(304)997-4034
    e_mail .......... [aahamadfaudziabdlatif5@gmail.com]

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.