TRANSLATION

15 March 2022

Budi Bicara Sultan Johor Lantik Onn Hafiz Sebagai Menteri Besar

Datuk Onn Hafiz Ghazi adalah Menteri Besar Johor ke-19. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, kira-kira jam 3 petang tadi.


Onn Hafiz adalah cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Allahyarham Datuk Onn Jaafar. Beliau adalah Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam telah memenangi kerusi DUN Machap pada PRN Johor baru-baru ini (majoriti 6,543 undi).

Menteri Besar baharu ini berumur 43 tahun, lulusan jurusan perakaunan dari University of Hertfordshire. 

Untuk rekod, 
Fasal 7(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (Bahagian Kedua) bahawa kuasa untuk memilih seorang Menteri Besar adalah di bawah budi bicara Sultan Johor. 

Budi bicara adalah perogatif yang masih tersimpan pada Raja-Raja untuk bertindak tanpa terikat dengan nasihat. Dalam masa yang sama, Sultan Johor hendaklah melantik salah seorang Ahli DUN yang beragama Islam berketurunan orang Melayu pada timbangan baginda boleh mendapat sokongan majoriti ahlinya sebagai seorang Menteri Besar - BH
Banyak perkara yang berlegar di media sosial tentang perlantikan ini. Di antaranya ialah berita akuan berkanun (SD) 38 daripada 40 ADUN Johor yang menyokong pencalonan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar telah diserahkan kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Berita 38 akuan berkanun ini sebelum perlantikan Menteri Besar yang baharu. Apakah ada satu ketika di mana pendirian 38 ADUN itu berubah sebelum Sultan Johor membuat keputusan akhir baginda? Apakah yang sebenarnya berlaku dalam tempoh 24 jam yang lepas?

Saya akan ulas di artikel seterusnya. Anda boleh juga kongsi maklumat di ruang komen di bawah.

Seperkara lagi, kita tentu masih ingat tentang titah Sultan Ibrahim pada bulan April 2019. Isunya tentang perlantikan MB yang baharu juga.

Di antara titah baginda,
"Jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan,"  

"Saya mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara. 

"Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti" - Astro Awani



11 comments:

  1. Bagus jugak. Orang² muda ni belum ada kroni² lintah nak dijaga & banyak stamina utk buktikan dia mampu.

    Kalau tak mampu, letak jawatan. Itu je.

    ReplyDelete
  2. Jgn lupa ayat 'mendapat sokongan majoriti'...dah 38 SD Adun Johor sokong Hasni, majoriti MB kat mana tu?

    ReplyDelete
  3. Sejak bila SD boleh dijadikan penentu?

    Tak ada lerrr. Tak laku pun.

    Cara yg betul, cabar dalam mesyuarat DUN. Baru la sah!

    ReplyDelete
  4. Keputusan ditangan sultan. UMNO jangan derhaka.Pantang anak melayu derhaka kepada Sultan nya. Ayam menang laga ...tapi tangan UMNO berbau taik ayam candu kaw punya... hihihikikikihahahakahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lerr yg ko merepek ni? Ni mesti baru pekena candu kot.

      Delete
  5. Tahniah ismail sabri dan hishamudin & team.Nampak tak nampak je..tapi akhirnya anda gunakan kecerdasan politik utk gunakan kerisauan kluster mahkamah agar bertungkus lumus bekerja utk menang dlm prn..yg akhirnya menguntungkan team anda utk terus menerajui negara dan parti selepas ini.tahniah.

    ReplyDelete
  6. Dari blog jessy gay gay si barua Tun Mahathir. Barua ini dakwa Bossku tolak Zety jadi saksi.

    Persoalan kenapa sampai sekarang Zety tidak ditangkap lagi..!?

    Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya telah ditawarkan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Abdul Aziz sebagai saksi pembelaan ketika pendakwaan menutup kes mereka pada perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn. Bhd.

    Tawaran tersebut bukan sahaja tidak diterima oleh pasukan pembelaan Ahli Parlimen Pekan itu malah mereka juga tidak merebut peluang untuk menemuramah Gabenor Bank Negara wanita pertama negara itu.

    Jessy gay gay sendiri menulis dalam blog nya penglibatan suami penyamun Zety dan anak beranak... seperti yg ditulisnya ayat dibawah ini

    "Selain itu, ‘penglibatan’ suami bekas Gabenor Bank Negara itu, Datuk Dr. Tawfiq Ayman dan dua anak mereka, Alif Ayman dan Abdul Aziz yang dikatakan telah menerima wang daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang didakwa pihak pembelaan dalang utama penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak berkaitan dengan rayuan Najib"

    Persoalan nya kenapa sampai sekarang harta Zety tidak dibekukan dan Zety tidak ditangkap lagi...!?

    Jangan alih tiang gol... jangan alih kapal belayar di sungai ke lautan
    dalam...


    KHALAS

    ReplyDelete
  7. Apa yang rakyat boleh harapkan pada AG PDRM dan SPRM jika ada 'Rules Of Law' berpilih pilih dan memilih bulu untuk bertindak..!?

    Bila nak tangkap Zety dan keluarga penyamun ini. Bila nak beku dan rampas harta Zety

    Ini lah yang paling paling celaka sekali, terdedah kini keluarga bekas Gabenor BNM mengenali Jho Low selama bertahun-tahun dan telah menerima sekurang-kurangnya RM700 juta daripada Jho Low untuk disembunyikan dalam akaun mereka di luar negara!

    Zeti lah yang menasihati Najib untuk membuka akaun bank atas namanya sendiri. Zety juga lah yang diarahkan oleh Najib untuk memantau akaun bank Najib untuk sebarang transaksi yang mencurigakan berkaitan dengan penerimaan dana dari luar negara.

    Agensi di bawah Zeti juga lah yang akan bertanggungjawab untuk meluluskan pemindahan dana oleh 1MDB ke akaun luar negara. Kemudiannya kita dapati telah salah diluluskan untuk dipindahkan ke akaun luar pesisir palsu dalam masa yang singkat dan dana tersebut lesap.

    Kita juga kemudian mendapat tahu bahawa suaminya adalah rakan kongsi perniagaan dan bersama-sama memiliki sebuah syarikat dengan Samuel Goh yang telah mengaku di mahkamah Singapura bahawa dia telah dibayar AS$4 juta untuk menyediakan semua akaun luar pesisir palsu untuk 1MDB memindahkan dana ke dalamnya.

    Jika bekas gabenor ini menjalankan tugasnya dengan bersih cekap dan amanah, tiada transaksi yang mencurigakan akan memasuki akaun Najib.

    Malah, Najib tidak akan pernah membuka akaun bank secara khusus untuk menerima dana asing itu. Zeti juga yang telah menasihatkan beliau berbuat demikian.

    Jika bekas gabenor ini menjalankan tugasnya dengan berintegriti, tiada wang 1MDB yang hilang kerana agensi itu akan menyekat semua pemindahan asing ke akaun palsu oleh 1MDB.

    Tetapi yang paling pelik di sini ialah PDRM dan SPRM agensi yang diharapkan menjalankan tugas dengan cekap dan tuntas tewas disebabkan oleh sesuatu yang tak masuk akal gagal bertindak pantas. Ada sesuatu yang menghalang, siapa yang menghalang apa yang terhalang rakyat masih jadi tandatanya..!!

    Kalau rakyat marhaen SPRM dan PDRM begitu cepat beku dan rampas harta tetuduh.. kalau Zety dan keluarga mencuri jadi sebaliknya.. Apa special nya Zety dan keluarga di mata PDRM dan SPRM..!?

    Walaupun Zeti memainkan peranan utama dan bekas Peguam Negara Tommy Thomas mengisytiharkan bahawa "adalah merupakan pengetahuan umum bahawa Zeti dan suaminya telah membantu Jho Low dalam skandal 1MDB"

    Siasatan ke atas Zeti dan keluarganya nampaknya berjalan pada kadar yang sangat perlahan mengalahkan siput babi.

    Malah, isu ini disembunyikan dari pengetahuan umum selama bertahun-tahun sehingga ia mula dibangkitkan secara terbuka pada penghujung tahun 2020.

    Ini lah 'Nationan Embarrasment' Malaysia di mata dunia. Agensi ini tidak lagi dipandang tinggi di mata rakyat. Semua jadi hampa dan kecewa. Apa yang rakyat boleh harapkan pada PDRM dan SPRM jika kalau ada Rules Of Law berpilih dan memilih bulu untuk bertindak..!?

    KHALAS

    ReplyDelete
  8. Apa special Zety di mata SPRM Malaysia Sdn Bhd AG (M) Sdn Bhd dan Pulis Malaysia Sdn Bhd..!?

    Pelik kann


    KHALAS

    ReplyDelete
  9. Kes 1MDB ini elok tangkap dan rampas serta bekukan harta Taufik Ayman dan keluarga nya lagi di simpan lama lama lagi busuk bau kes 1 MDB ini..

    Dolu DoJ , Wall Straight Journal, CNN NST sekarang ni naik pulak nama FBI... depan bijik mata keluarga penyamun buat buat tak nampak...!

    Puiii..!!

    Apa pula istimewa Taufik Ayman suami pada Zety di mata agensi kerajaan Malaysia. Susah nak tangkap Zety elok kerajaan tangkap Taufik Ayman dan anak Zety.

    Siapa Gabenor BNM ketika itu? Kenapa Jho Low jadikan Tawfik Ayman iaitu suami Zeti rakan kongsinya?

    “Sebab itu mesti ada RCI untuk bongkar misteri ini"

    Soalnya kenapa Bank Negara lulus transaksi dana 1MDB ke luar negara tanpa di semak ketulenan akaun tersebut. Transaksi ke luar negara mesti ada kebenaran Bank Negara.

    Rakyat bertanya Rules Of Law apa yang digunapakai untuk Zety dan keluarga penyamun ini..!?

    The Edge juga mendakwa Tawfiq dipercayai antara rakan kongsi dalang 1MDB, Low Taek Jho dalam Abu Dhabi Malaysia Kuwait Investment Corporation (ADKMIC) ketika ia ditubuhkan pada 2007.

    Apa yang rakyat boleh harapkan jika ada 'Rules Of Law' berpilih pilih dan memilih bulu untuk bertindak..!? What is so special about Zety berbanding orang lain..?

    Kalau Zety bekas Gabnor semasa Tun berkuasa dan di lantik pula jadi Pengerusi PNB dengan gaji sangat lumayan.

    Nampaknya Zety sangat sangat istimewa di mata agensi kerajaan seperti SPRM PDRM dan AG.

    Elok lah tangkap suami Zety si Taufik dan anak beranak Zety hubung kait mereka dalam kes 1 MDB ini.

    Taufik dan anaknya bukan ada jawatan besar dan berpengaruh dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Takkan Taufik Ayman juga dapat layanan istimewa seperti Zety.

    Kalau susah nak tangkap Zety sebab dia ex Gabnor Bank Negara dengan pengaruh hebat disekeliling nya.

    Elok tangkap Taufik Ayman dan anak beranak Zety saja.... Bangkai gajah kalau ditutup lama lama akan busuk juga.

    Kes 1MDB ini elok tangkap saja beku dan rampas harta Taufik Ayman dan keluarga nya lagi di simpan lama lama lagi busuk bau kes 1 MDB ini..

    KHALAS

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.