TRANSLATION

18 March 2022

PRU15 : Gaduh, Pecah Belah Dan Buka Pekung

DSU Mohamad Hasan telah menyebut peribahasa Inggeris yang sering digunapakai di dalam strategi mengalahkan pihak lawan iaitu 'strike while the iron is hot'.


Bagaimana cara 'strike while the iron is hot' yang benar-benar akan berhasil?

Lihat video di bawah:


1. Fokus penukul-penukul hanya kepada satu iaitu 'hot iron'. Bukannya strike juga tukul team sendiri, cuba bayangkan jika ianya berlaku di dalam video ini. Penukul-penukul bergaduh sesama sendiri dan iron kembali sejuk. Orang ramai akan tergelak dan mengumpat. 

2. Tidak pegang tukul saja. Penukul-penukul mesti ada persefahaman untuk strike tapi ianya juga mesti jelas dan menyakinkan orang ramai yang tengok video ini. Bukan di bibir saja. 

3. Mesti syncronised dan ochestrated sampai ke level kecil seperti bunyi tukul strike hot iron. Tukul-tukul mesti kuat, begitu juga penukul-penukulnya. Matematik ayunan tukul dan suhu hot iron mesti tepat untuk strike. Jika nombor² diabaikan dan ikut hati saja, kerja bakal jadi sia-sia. 

Kita kagum dengan team penukul² ini. Realitinya, ini yang kita tuntut berlaku dalam masa terdekat.

Dalam masa yang sama, rakyat tidak lagi percaya kepada parti-parti Pakatan Harapan dan juga Pejuang. 

PRN Johor adalah bukti bahwa parti lawan BN sedang mengalami krisis perpecahan sehinggakan mereka hampir mustahil untuk bersatu kembali. 22 bulan mentadbir negara juga ternyata telah membuka pekung mereka yang amat busuk. Seterusnya: Klik Sini.

Bagaimana pun, politik negara sangat volatile sehinggalah ke saat penamaan calon PRU15 nanti. Jangan caught offhanded sekali lagi serta perlu ada plan B jika berlaku perubahan dalam kerjasama sesama parti lawan BN atau keputusan PRU 15 tidak menyebelahi BN. Jangan lupa, divide et impera.

Baca fakta ini : Klik Sini !


8 comments:

  1. Macam ni la. Korang pastikan PH & PN pecah belah, itu aje.

    Tapi kalau tak boleh & depa bersatu balik, bye-bye la BN.

    ReplyDelete
  2. BN esksyen dah! Meluat pulak aku tengok!

    ReplyDelete
  3. AWAL 2025 ADALAH TAHUNNYA...!!

    Bismillahhirrahmannirrahim.

    Seperti yang telah dituliskan sebelum ini bahawa BN akan menang selesa di PRN Johor dan begitu juga kemenangan bergaya BN di PRN Melaka. Cuma jumlah kemenangan yang telah dituliskan adalah 42 kerusi DUN di Johor tetapi ketepatan sebenar adalah 40 Kerusi DUN.

    Namun kekalahan memalukan buat parti Mahathir atau Pejuang telah saya nyatakan. Hajat terlalu melangit. Bertanding 42 kerusi kesudahanya"wang deposit" pun hangus. PRN Johor adalah nokhtah kepada kerier politik Mahathir.

    Begitu juga dengan DAP, mereka kehilangan beberapa kerusi DUN di Johor dan ini juga telah saya tuliskan.

    PN,Amanah, PKR, Muda, Warisan serta PAS juga mengalami nasib yang sama.

    Cakap berdegar degar alih alih dapatlah kerusi saguhati iaitu PN atau Bersatu 3, PKR 1, Muda 1, PAS satu dan Amanah 1.

    Apa yang di 'perdict' kan dan dituliskan ternyata benar belaka.

    Seperti yang telah nyatakan dolu dolu bahawa perjalanan yang dilalui Malaysia bukanlah seperti yang tuan tuan mahukan.

    Perjalanan ini ada matlamatnya. Sesiapa yang nampak dan faham apa yang ditulis, alhamdullilah, dipanjatkan kehadrat Allah SWT.

    Itulah rentetan kejadian yang dituliskan.

    Watak Menteri Besar yang dicanang namun watak yang terlantik sebagai MB Johor adalah watak yang tidak bersebut.

    Silang kata dalam story board "perjalanan" Tanah Melayu, nampaknya semakin jelas walaupun ramai manusia yang tidak menjangkakan.

    Raja yang memerintah tidak bersalah malahan MB Baru pun tidak merasai keanehanya.

    Begitu juga dengan Bossku, dia juga tidak bersalah dalam 'percaturan" perjalanan ini. Beliau hanyalah 'asbab' bagi mereka yang mengetahui.

    Apa yang berlaku kini adalah rencah rencah untuk Tanah Melayu beralih keprasa yang lebih mencabar lagi terutama Institusi Beraja.

    Berlanjutan dari kemenangan BN di Johor, kini, akan tersingkap satu lagi lembaran atau prasa yang lebih mendebarkan. Kealpaan" yang disengaja kepada semua pihak adalah ketentuan yang tidak dapat dielakkan.

    Inilah susur galur 'perjalanan " yang perlu dilalui olih Tanah Melayu menuju ketahun 2025.

    Gegeran besar" politik negara bakal meletup selepas hari Raya , nantikan!!!

    Pejalanan Malaysia kedestinasi "yang dijanjikan' semakin menghampiri iaitu seawal 2025.

    ReplyDelete
  4. SEMUA MENGIKUT PERANCANGAN..!!

    Bismillahhirrahmannirrahim.

    Seawal Disember telah diperingatkan bahawa perjalanan negara bukan diatas kehendak 'khalifah' mahupun ulil amrinya walaupun mereka"berkehendak' tetapi adalah diatas kehendak 'tuan punya" tanah mahupun olih "pemegang Amanah" Nya.

    Telah disimpulkan bahawa kalimah " Wallahi, wabillahi wataullahi' yang dilafas Najib sudah 'diangkat" .

    Bukan kerana diri Najib itu warak mahupun "berkeromah" tetapi diangkat kerana waktu yang ada adalah teramat singkat untuk perubahan yang telah ditentukan dan Najib adalah "asbab"nya untuk beberapa kejadian terjadi.

    Tanda tanda yang jelas telah dipersadakan dikhalayak ramai dan rakyat menjadi saksi nyata.

    Tumbangnya Kerajaan PH 22 bulan, Tumbangnya Mahiaddin dalam masa 17 bulan dan berikutnya Kerajaan Ismail Sabri juga bakal mengikut langkah serupa.

    Inshaallah, Jangka masa yang ada buat Kerajaan Ismail Sabri kini kurang lebih kurang 12 bulan atau kurang.

    Susun atur untuk perubahan telah tersedia. Hanya alasan dan sebab sileh berganti terjadi bagi menjelmakan 'kejadian' sebenar.

    Seperti yang di tuliskan dalam beberapa post terdahulu terutama pada Disember 2021 tentang "bala" dan " balasan" terhadap "sumpah laknat'" Najib.

    Diulangi lagi bukan kerana Najib itu warak mahupun berkeromah tetapi "sumpah Najib" itu "bersaksi" dan "disambut doanya" olih watak watak terpilih. Alhamdullilah.

    Siapa yang terkena "palitan sumpah Najib" telah ternyata kini. Seperti yang dituliskan sebelum ini, "siapa bakal tumbang" adakah Najib?.

    Doa orang yang dianiya tiada hijab, tanda tanda doa orang yang dianiya satu persatu dijelmakan atas kehendak Nya.

    Watak watak hodoh juga sedang di tunjuk kan satu per satu bagi peringatan bagi orang yang berfikir.

    PRN Bangsa Johor terkini tanda nyata kesipuan dan kemaluan terbesar ditunjukkan pada watak watak hodoh itu dari banyak nya petanda sebelum ini dari orang yang teraniya.

    Juga telah ditunjukkan atas kehendak nya dinyatakan bahawa Mahathir tidak akan jadi Mahathir yang dulu. Watak sebenar disebalik kononya watak Islamik nya terungkai satu persatu. Petanda ini untuk orang orang yang mahu berfikir.

    Apa yang dilalui dan bakal ditempuhi Mahathir adalah "kekerapan" berulang ke IJN, seperti apa yang berlaku sekarang.

    Satu perkara lagi, inshallah, Ismail Sabri bakal PM terpendek dan laluan sesorang dari Selatan tanah air untuk ke persada jawatan President adalah pasti . Insyallah

    ReplyDelete
  5. Kroni Tun dan rakan niaga Mokhzani lingkup lagi....AMIN

    Sekarang tiba pula giliran Sapura Energy Rugi rm8.9 billion..AMIN

    shared holders majority PNB dan KWSP..AMIN

    Datang lagi musibah baru dalam niaga kroni anak cucu..AMIN

    Hidup acah acah power melayu Islamik AMIN

    Duit simpanan Rakyat golongan elite menjarah meratah merogol sesuka Hati..AMIN


    Rugi saja bailout company..AMIN

    Untung Company dibilangnya anak cucu pandai berniaga..AMIN

    Waktu mereka untung..apa rakyat dapat ? AMIN

    PRU 15 by hook or by crook Tun mesti memgganas lagi legasi anak cucu dan kroni rugi lagi...

    kah kah kah...

    KHALAS

    ReplyDelete
  6. CIA jangan nak menyibok lah pasal 1 MDB...Walaun semua pun tak payah terkinja kinja nak geli geli pasal CIA nih.. rakyat dah meluat

    Kat depan bijik mata ni pun pihak berkuasa di negara ini masih tak buat apa apa tindakan...

    Kalau susah nak tangkap Zety sebab dia ex Gabnor Bank Negara dengan pengaruh hebat disekeliling nya.

    Elok tangkap Taufik Ayman dan anak beranak Zety saja.... Bangkai gajah kalau ditutup lama lama akan busuk juga.

    Kes 1MDB ini elok tangkap saja beku dan rampas harta Taufik Ayman dan keluarga nya lagi di simpan lama lama lagi busuk bau kes 1 MDB ini..

    Suami Zeti itu si Taufiq Aiman anak anak nya bukan ada jasa pun pada negara..!!

    Ajomm buat lapuran polis beramai ramai..

    Lapuran CIA walaun tak payah nak gebang nak geli geli sangat lahh... rakyat dah meluat nengok nya...


    KHALAS

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.