SIARAN MEDIA
BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG
JABATAN PERDANA MENTERI
MESYUARAT LEMBAGA PENGAMPUNAN BAGI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA KALI KE-64 PADA 18 SEPTEMBER 2026
PUTRAJAYA, 18 September 2026 – Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 telah diadakan pada 18 September 2026.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya beliau membayar denda Ringgit Malaysia Lima Puluh Juta sahaja (RM50,000,000.00).
Beliau hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara.
BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG
JABATAN PERDANA MENTERI
18 SEPTEMBER 2026
Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia,
Susulan perkembangan terkini, Ibu Pejabat UMNO memulakan langkah melaksanakan inisiatif YAB Presiden untuk melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan.
Inisiatif YAB Presiden ini dizahirkan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti seluruh keluarga UMNO serta rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama memberikan sokongan kepada Dato’ Sri Najib Razak yang banyak jasanya pada Negara.
Justeru, kepimpinan, ahli UMNO serta seluruh masyarakat dijemput untuk menyumbang secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing melalui saluran rasmi berikut.
Sumbangan boleh disalurkan melalui nombor akaun di bawah yang diseliakan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia:
Nama Akaun :
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)
Nombor Akaun : 8604886094
Bank: CIMB ISLAMIC
Terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan keikhlasan seluruh rakyat yang bersama dalam inisiatif ini.
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
SETIAUSAHA AGONG UMNO

Alhamdulillah
ReplyDeleteSetakat ini kita belum boleh mengesahkan sama ada Najib :
ReplyDelete1. wajib berada di kediaman tertentu (contohnya Langgak Duta);
2. dibenarkan keluar untuk rawatan hospital, mahkamah atau urusan tertentu;
3. perlu memakai electronic monitoring device (EMD);
4. mempunyai sekatan terhadap pelawat;
5. boleh menerima pemimpin politik atau mengadakan mesyuarat;
6. boleh menggunakan media sosial/internet;
7. atau memerlukan kebenaran polis/Jabatan Penjara untuk meninggalkan rumah.
Menariknya, kawalan keselamatan dilaporkan telah diperketatkan di sekitar kediaman Najib di Langgak Duta selepas keputusan diumumkan, tetapi itu sendiri belum membuktikan bahawa kediaman tersebut secara rasmi telah ditetapkan sebagai lokasi tahanan rumah.
Setakat nii, BHEUU masih belum mendedahkan syarat terperinci selain bayaran denda RM50 juta, tempoh sehingga 23 Ogos 2028, dan kewajipan mematuhi syarat yang ditetapkan.
ReplyDeleteKenyataan Media
ReplyDeletePresiden UMNO
1. Dengan penuh takzim, saya bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli UMNO merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
2. UMNO menjunjung tinggi kebijaksanaan dan budi bicara Tuanku serta menzahirkan setulus-tulus penghargaan atas limpah ihsan baginda.
3. UMNO menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan yang membolehkan Dato’ Sri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.
4. Perkembangan ini amat bermakna buat beliau dan keluarga, serta seluruh keluarga UMNO yang selama ini tidak putus menaruh harapan dan menitipkan doa.
5. Pendirian UMNO sejak awal adalah untuk membawa permohonan ini dengan penuh tertib dan rendah hati, melalui saluran yang ditetapkan. Penghormatan kepada institusi Raja, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang akan terus menjadi pegangan kita.
6. Dengan segala kerendahan hati, UMNO menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas perkembangan ini. Limpah ihsan Tuanku membawa kelegaan yang amat besar buat Dato’ Sri Najib dan keluarga serta akan sentiasa dikenang dengan penuh penghargaan oleh seluruh keluarga UMNO.
7. Saya menyeru seluruh ahli UMNO agar menyambut perkembangan ini dengan rasa syukur, menjaga adab dalam setiap ungkapan dan menghormati segala proses yang ditetapkan.
8. UMNO juga dengan ini mengambil inisiatif untuk melancarkan kutipan Tabung Sumbangan bagi membantu meringankan beban Dato’ Sri Mohd Najib dalam melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan.
9. UMNO menyeru seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong parti serta mereka yang ingin bersama-sama memberikan sokongan agar menyumbang secara sukarela melalui satu inisiatif yang akan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.
10. Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan kepada Tuanku serta memelihara keamanan dan keharmonian negara.
Daulat Tuanku.
Bekas Presiden Majlis Peguam, Nizam Bashir menjelaskan bahawa tahanan rumah masih merupakan hukuman penjara, bukan pembebasan. Menurut beliau, ahli keluarga terdekat yang tinggal di kediaman boleh berada bersama tahanan, manakala pelawat luar, sekutu politik dan media lazimnya memerlukan kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Penjara atau pihak berkuasa yang menyelia.
ReplyDeleteAkhirnya...
ReplyDeleteadmin, mohon pautkan blog
bankami.blogspot.com
KENYATAAN BAGI PIHAK DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
ReplyDelete1. Kenyataan ini dikeluarkan bagi pihak anak guam kami, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Terlebih dahulu, anak guam kami menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, atas perkenan Seri Paduka Baginda melaksanakan kuasa prerogatif pengampunan diraja untuk beliau, dengan memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.
2. Anak guam kami menerima keputusan Seri Paduka Baginda dengan penuh kesyukuran dan kerendahan hati.
3. Anak guam kami turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan atas pertimbangan yang diberikan terhadap permohonan beliau.
4. Pengampunan yang diperkenankan adalah pengampunan bersyarat. Sepertimana yang dinyatakan dengan jelas dalam pengumuman tersebut, pelaksanaan tahanan rumah bagi anak guam kami bergantung kepada pematuhan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sementara itu, dan sehingga denda tersebut dibayar kepada mahkamah, anak guam kami kekal berada di dalam Penjara Kajang. Anak guam kami serta pasukan peguamnya kini sedang meneliti syarat-syarat tersebut serta implikasi praktikalnya.
5. Berhubung syarat pembayaran denda sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh Juta (RM50,000,000.00), buat masa ini sebahagian besar aset, akaun bank dan hartanah anak guam kami masih tertakluk kepada perintah pembekuan dan tindakan penguatkuasaan oleh pihak kerajaan, dan pelupusannya tidak berada sepenuhnya dalam kawalan beliau pada masa ini. Keupayaan beliau untuk memenuhi syarat tersebut oleh itu bergantung, sebahagiannya, kepada perkaraperkara yang berada di luar kawalan beliau.
6. Dalam keadaan sedemikian, anak guam kami kini sedang mendapatkan nasihat dan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada bagi menentukan cara terbaik untuk memenuhi syarat tersebut.
7. Anak guam kami amat tersentuh dengan limpahan sokongan yang diterima sejak pengumuman tersebut dikeluarkan. Beliau merakamkan penghargaan khusus kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, kepada ahli- ahli Majlis Tertinggi UMNO, serta kepimpinan dan ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional di semua peringkat, yang sentiasa berdiri teguh bersama beliau.
8. Anak guam kami turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah tampil untuk menawarkan bantuan bagi memenuhi syarat yang ditetapkan. Beliau merasa amat bersyukur dan terharu bahawa begitu ramai yang ingin memberi sokongan dan berdiri bersama beliau.
9. Walaupun anak guam kami amat terharu dengan ungkapan solidariti ini, beliau tidak mahu sesiapapun, tidak kiralah Parti, ahli-ahli dan penyokongnya, mahupun orang ramai, berasa terbeban atau terikat dengan sebarang kewajipan atas nama beliau. Beliau tetap amat berterima kasih kepada mereka yang, atas kerelaan sendiri dan mengikut kemampuan masing-masing, telah memilih untuk menghulurkan sokongan dan bantuan. Keikhlasan mereka merupakan sumber kekuatan yang amat besar kepada beliau sejak dari dahulu sehingga hari ini.
10. Anak guam kami sesungguhnya dan seikhlas hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat handai serta semua yang sentiasa mendoakan beliau, dan beliau memohon agar privasi keluarga beliau dihormati.
11. Pihak kami tidak akan mengulas lanjut buat masa ini.
Tetuan Shafee & Co. Peguambela dan Peguamcara bagi Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak