TRANSLATION

18 November 2019

Mahathir Dimalukan : Perpecahan Dalaman PH - DAP Tidak Dapat Disembunyikan Lagi.

Hari ini, Dr Wee Jeck Seng mengambil sumpah sebagai ahli parlimen. Tsunami rakyat menolak regim PH-DAP berlaku di Tajung Piai.


Lihat video :


Ketua Armada Terengganu salahkan Syed Saddiq yang juga merupakan ketua Pemuda PH kerana tidak menjalankan tugasnya sebagai pemimpin yang berkesan untuk memobilisasi jentera Pemuda yang “sangat lemah”.

Satu kenyataan yang dangkal dan terasa 'amat bodoh' ialah kenyataan Naib Presiden PKR. Di antaranya beliau dakwa Tanjung Piai di Johor itu adalah bangsa Johor, lain daripada yang lain dan tidak mencerminkan rakyat di seluruh negara
“Tanjung Piai bukan seluruh Malaysia. Tanjung Piai di Johor, itu bangsa Johor." kata beliau.
Sebelum ini kita persoalkan sikap Dr Mahathir yang diam membisu setelah kalah di parlimen itu.
https://novandri.blogspot.com/2019/11/mahathir-sakit-kenapa-diam-membisu.html
Akhirnya Dr Mahathir beri kenyataan tentang kekalahan yang sangat memalukan seluruh ahli PPBM dan PH-DAP : Tidak terkejut - Memang jangka kalah ; Terkejut - Kalah dengan majoriti yg sangat besar.

Realitinya, ramai pihak PH-DAP yang mengkritik keras kekalahan yang sangat memalukan ini. Ada yang kata ianya adalah referendum rakyat terhadap kerajaan pimpinan Mahathir, keputusannya paling jelas. bahwa rakyat kecewa dan mahu ajar PH, khususnya Dr Mahathir.

Penyelaras Khas Menteri Kewangan, Ng Wei Aik DAP pula menulis "masanya sudah tiba untuk Dr Mahathir berundur". ADUN DAP merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Ronnie Liu pula kongsi kenyataan Hew Kuan Yau supaya Mahathir berundur.


Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago, menulis bahwa masanya sudah tiba untuk pemimpin tertentu berundur.

Sungguh berani ahli-ahli politik DAP tapi mereka tahu pemimpin-pemimpin parti Mahathir dan macai-macainya tidak mampu buat apa-apa pun!

PPBM hanya mampu melihat saja dan lebih malunya apabila Syed Saddiq pun hanya kuat wayang saja apabila 'memberi amaran' dan tempoh 1 minggu kepada ahli politik DAP. Sebulan berlalu tapi DAP tidak peduli pun 'amaran' Saddiq!

Kita tidak dapat menafikan bahwa PH sedang menuju kehancuran dengan perbalahan semakin terbuka sesama mereka.

Ini diburukkan lagi dengan perpecahan semakin jelas di dalam parti PKR di antara Anwar Ibrahim dan kartel Azmin Ali.

Pro-Anwar juga sudah semakin lantang menuntut supaya Mahathir kotakan janji dan serahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim tidak lama lagi.

Lihat video:

Dengan konflik politik yang bertambah tragis dan rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan PH-DAP, kita menjangka akan wujud percaturan politik yang akan menukar kerajaan persekutuan dan susunan parti-parti politik.








14 comments:

  1. Bagus, biar depa bergaduh & berantakan. Rakyat bertepok tangan keriangan.. he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin2 sezaman dgn madey spt saddam husin muamar gaddafi mati dibunuh oleh rakyatnya sendiri,begitu juga dgn suharto dipenjara thaksin tak blh blk thailand hatta mugabe pun dibuang negara tp di msia madey diangkat jd PM semula oleh rakyat..hahaha

      Delete
  2. Ini semua kerana kebobrokan pm4,mangsa ya pee em7. Sedih sekali.

    ReplyDelete
  3. CEPAT2 LA PH HANCUR DARIPADA NEGARA YG HANCUR!!

    ReplyDelete
  4. Anwar nak jadi PM? "selamat malam" aje le, jangan mimpi disiang hari. Untuk keselamatan Mahathir dan keluarga beliau takakan serahkan jawatan itu kepada musuhnya. Dendam musuhnya masih membara, maruah beliau dan keluarga mesti dibersihkan. Fitnah dan penjara mesti dibalas dengan "lebih" sewajar

    ReplyDelete
  5. Bersedialah seluruh warga Muslim Malaysia untuk menerima seorang pesalah MORAL yang bergitu JIJIK yang rekodnya masih PANAS dimahkamah untuk menjadi pengganti kepada Kutty sebagai PM ke8.

    Pemimpin salahlaku moral ini sangat2 disokongi oleh kaum kafir baik didalam mahupun diluar negara. Ianya akan memudahkan lagi agenda2 mereka untuk meliberalkan ideologi warga Mauslim, mengembangkan agenda gay, LBGT dan segala suatu bentuk kekufuran yang lain.

    Anda pilih anda telah mendapatkannya!

    ReplyDelete
  6. Sudah pun ada nama calon2 yang difikirkan layak menjadi PM selepas Kutty.

    Mereka adalah MB Trengganu sekarang dan Bekas MB Perak Dr Zambry. Mereka ini bukan saja BERSIH tetapi dilihat BERSIH secara fizikalnya. Diwajah mereka ada NUR bukan wajah2 suram, dull, berwajah hodoh komunis yang penuh dengan kebencian sepertimana yang ada sekarang?

    ReplyDelete
  7. Benarkah akan ada prk baru dlm waktu
    terdekat ni? khabarnya ap temerloh yang
    kena stroke baru2 ni hilang upaya berfikir. Wakil dari parti periuk pula
    Jika benar sediakan mikrofon berwayar
    agar susah mad syabu membalingnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hok Sepang meriah sket... ramai yang menunggu?

      Delete
  8. Menyerahkan kerusi PM kepada Non dan kuasa kepada DAP umpama cubaan Kutty MEMBUNUH DIRI? Bukan sahaja diri sendiri, seluruh keluarga akan menerima musibah! 20 tahun kedua2 mereka MENYIMPAN DENDAM... he..he.. itu adalah realiti dan hakikat!

    Walau apa2 pun terjadi, kepada Muafakat Nasional tak usahkan masuk campur dalam hal2 pakatan yang dah NAK KARAM tu!

    Lebih baik buat engagement dengan rakyat untuk menerangkan tentang KEMERUNDUMAN ekonomi negara, pelabur semua terus2an CABUT LARI, peningkatan hutang berlipat kali ganda, peningkatan pengangguran berkali2 ganda, kenaikan harga barang2 TANPA KAWALAN (terimakasih kepada kempen #BMF), meningkatnya kematian akibat dilanggar pemandu2 mabuk, TIDAK TERBELANYA KES KEMATIAN ADIB etc etc etc... terlalu banyak isu yang boleh diketengahkan dan dibela untuk keseluruhan rakyat marhaen...

    ReplyDelete
  9. sedang memcari sebab2 mengapa dap sangat beria-ia anuar menjadi
    pm8. tentu ada sebabnya.
    cuma saya ingatkan supaya jangan jadi seperti melayu pap semasa
    dahulu. apa yang mereka dapat. terpaksalah tanggu sepanjang hayat

    ReplyDelete
  10. Kutty dilihat sedang menghitung hari2 terakhir sebagai seorang PM.

    Jom semua sama2 kita MERATAP SAMBIL MAKAN POPCORN...

    ReplyDelete
  11. Bergasak sakan berebut jawatan.Perasan
    kononya yakin mengatasi kemelut sekarang
    Bukanya dicari penyelesaian demi rakyat.
    Berpolitik masa membangang dulu, kini
    dan selamanya.Patutnya dicampak ke longkang bila ada prk/pru KELAK.
    Dah tahu tak boleh menang prk baru2 ni,
    masih juga nak bertanding. ALASAN TAIK.

    ReplyDelete
  12. bang non, assmin & semua pemimpin pornhab tak layak utk jadi pm.. hanya dgn mengadakan pru je jalan yg sesuai utk cari pengganti atok tua.. rakyat dah marah & mula hilang sabar.. ekonomi makin merudum.. hidup makin perit.. dunia sedang gelakkan kita.. kah kah kah

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.