TRANSLATION

02 December 2019

Gerila Komunis Diterima Sebagai Pejuang Kemerdekaan?

Ada pihak yang semakin menunjukkan their true colors sejak regim PH ambil alih kerajaan persekutuan.


16 Ogos 2019 - Nga Kor Ming DAP mendakwa datuknya dan datuk Hannah Yeoh DAP adalah 'bekas perajurit yang pertahankan kedaulatan tanah negara semasa Jepun menjajahinya'. Kononnya mereka itu wajib diberi penghargaan.


Yang tidak diberitahu ialah sama ada datuk kedua-dua DAP itu adalah gerila MPAJA yang kembali masuk hutan sebagai gerila komunis? Kemudiannya, komunis ini adalah pengkhianat negara apabila menentang negara yang pada masa itu merdeka dan berdaulat.

24 Ogos 2019 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyifatkan tindakan pemimpin tertentu yang mengiktiraf ahli MPAJA sebagai pejuang tanah air sebagai satu pengkhianatan kepada negara.

Menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, berkata tindakan mengiktiraf MPAJA adalah sesuatu perkara yang tidak pernah dipersetujui tentera Malaysia.

16 September 2019 - Abu mayat komunis Chin Peng diseludup masuk ke Malaysia.

17 Oktober 2019 - Isu tentang komik yang mengagung-agungkan regim komunis. Di dalamnya ialah karikatur militan komunis yang kononnya menjadi 'mangsa', 'menderita' dan 'terpaksa dipisahkan daripada keluarga'.


Komik itu akan disebar kepada sekolah-sekolah menengah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Puak DAP sebagai dalangnya.

Apakah kesudahan siasatan pihak polis? Baca seterusnya : Klik Sini

26 November 2019 - Selepas 2 bulan, media baru laporkan abu mayat Chin Peng telah dibawa pulang dari Thailand ke Malaysia dan ditabur ke laut dan gunung di Sitiawan, Perak.

28 November 2019 - Mahathir buat U-turn. Mahathir berkata Chin Peng sudah mati dan tiada masaalah kerana yang dibawa masuk ke Malaysia cuma abu mayatnya saja.

Mahathir lupa sebelum ini beliau setuju Chin Peng tidak dikebumikan di negara ini. Beliau juga setuju abu mayat Chin Peng tidak dibawa masuk ke Malaysia.


Baca seterusnya : Klik Sini

1 Disember 2019 - Program di Kajang diadakan yang kononnya sempena ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai (1989). Dianjurkan oleh sekumpulan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM). 300 orang hadir.

Kehadiran orang kuat DAP di majlis itu memberi persepsi bahwa regim DAP adalah dalang majlis itu.

Turut menimbulkan persoalan besar ialah mentaliti bekas komunis yang masih lagi anggap mereka benar!

Bekas komunis yang telah bermastautin di negara ini sejak 30 tahun dahulu (selepas Perjanjian Haatyai) masih lagi anggap kononnya 'PKM berjuang untuk kemerdekaan negara, demokrasi, kebebasan dan kedamaian'. Kononnya sejarah diputarbelitkan dan salah!

Dan jika bekas-bekas komunis ini masih lagi beranggapan sedemikian, bagaimana pula dengan anak beranak, cucu cicit dan keturunan mereka?

Apakah mereka secara senyap-senyap turut menyokong ideologi komunis bapa-bapa dan datok-datok mereka itu?

Kenyataan bekas komunis itu mesti disiasat oleh pihak keselamatan tanpa takut dan pilih kasih kerana kita tidak mahu masih ada lagi mengagung-agungkan sejarah komunis di negara ini.

Kita nampak motif dan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba terbalikkan sejarah dan masukkan komunis sebagai 'pejuang'. Slowly but surely, satu hati nanti ianya mungkin benar-benar berlaku jika tidak diambil serius. Mungkin bukan generasi-generasi hari ini tapi generasi seterusnya.

Sudah ada tanda-tandanya, sekarang ini pun sudah ada yang 'tidak kisah', 'its ok' atau anggap kezaliman dan penghianatan komunis menentang Malaya yang berdaulat ini 'cerita lama'.

Apa lagi selepas ini?

1. Apakah pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah akan diubah suai dan anggap Komunis sebagai 'pejuang tanah air'?

2. Apakah akan ada tugu untuk memperingati sesuatu yang berkaitan dengan komunis di negara ini?

3. Apakah laporan-laporan dalam internet mengenai komunis di Malaya seperti di Wikipedia dan lain-lain akan ditukar untuk mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda?

4. Apakah majlis tertutup seperti di Kajang baru-baru ini akan diraikan lebih besar, secara terbuka tanpa rasa bersalah pada tahun-tahun ke depan? Apakah akan ada drama pementasan mengenai komunis?

Apakah kita mahu biarkan sahaja atau 'tidak kisah'?







29 comments:

  1. Betul! kalau mcm ni keadaannya, satu hari nanti, masa perarakan kemerdekaan negara akan ada orang pakai uniform komunis berarak. Percayalah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya sehari sebelum re-union bekas komunis di New Era College milik Dong Zhong di Kajang, perhimpunan yang sama telah pun diadakan di Dewan Persatuan Bola Keranjang Kuala Langit, Banting.

      Lebih tepat lagi pada 30 November dari jam 10:00 pagi sehingga 10:15 malam. Penganjur perhimpunan yang berselindung di sebalik nama Konvensyen Kebangsaan Persahabatan Berpanjangan Kali Ke-12 itu adalah Persatuan Persahabatan Lao You Banting Selangor.

      Antara jam 2:00 petang sehingga 4:05 petang, lebih kurang 300 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Persahabatan Berpanjangan seluruh negara telah hadir untuk mengisi program Seminar Forum Pendidikan Hal Ehwal Semasa dan Terkini yang berlangsung waktu itu.

      Majoriti hadirin adalah dari kalangan veteran pengganas komunis yang berselindung di sebalik pelbagai nama persatuan persahabatan di seluruh negara.

      Delete
  2. DAH LAMA BAGI TAHU PARTI DAP NI PATUT DIHARAMKAN.

    ReplyDelete
  3. Makin parah negara kita kalau dibiarkan kera jaan PornHub terus memerintah. Ayuh, kita sama2 humbankan mereka pada PRU15 nanti. Sekarang pun mereka saling bercakaran sesama sendiri.. itu peluang keemasan yg harus direbut oleh rakyat yg cintakan kemakmuran & kedamaian..

    ReplyDelete
  4. Lima lagi individu telah memberi keterangan berhubung isu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini.

    Ketua Polis Perak, Razarudin Husain berkata, ini menjadikan kesemua tujuh individu telah memberi keterangan sejak Jumaat lepas dan siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan pihak Bukit Aman.

    “Tujuh individu telah dirakam percakapan dan pihak Bukit Aman telah melawat tempat yang ada (abu).

    “Mereka ini adalah saksi-saksi yang terlibat menerima abu mayat, meletakkan (abu mayat) di tempat-tempat di kaki Banjaran Titiwangsa,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Manjung di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini, hari ini.

    ReplyDelete
  5. kalau tunggu undi tak percaya pada Tun bila mau selesei laa.

    Tunggu peralihan kuasa 10.Mei.2020 pun lambat lagi memacam boleh berlaku la...

    Harap Bang Non setakat acah acsh power undi tak percaya bila mau selesei laaaa..!!!!


    minta MP mana mana pihak undi belah bahagi usul supaya kekalkan Tun sehingga habis penggal...rakyat menderita dah meluat dng pemimpin PH

    ReplyDelete
  6. Polis mana berani....menteri pun takut

    ReplyDelete
  7. Hantar abu Chin Peng ke China untuk disemadikan..


    Haram letak disini..

    Orang China shj yg bangga dgn Komunis tapi sangup bayar ratusan Ribu nak keluar dari China..

    Majority Rakyat Malaysia dan Dunia tolak komunis..

    ReplyDelete
  8. Sekarang ikan-ikan sekitar laut lumut telah menjadi komunis sebab makan abu ketua komunis.

    ReplyDelete
  9. Selepas tamat perang dunia ke 2, komunis keluar hutan dan membunuh orang melayu terutama yang berharta. Keluarga aku seramai 7 orang dibunuh dan rumah dibakar oleh komunis di Batu Pahat. Sisa rumah yang dibakar itu masih ada hingga sekarang. Mangsa yang terselamat menceritakan perkara tersebut, malah masih ingat rupa cina komunis yang menikam byonet keatas ibubapa dia. Orang yang tidak mengalami kekejaman komunis memang tak ambil kisah, tetapi keluarga kami masih ingat dan tahu dimana bekas cina komunis dan keluarga dia tinggal. Sekarang roh komunis duduk dalam ahli DAP.

    ReplyDelete
  10. Mana anjing komunis tak menyalak ke lama senyap sejak kalah di tg piai..

    ReplyDelete
  11. Tg Piai aku target majority 10K rupe rupenya 15K di Kimanis majority BN insyallah lebih 5K.... majority Cina yg swing pada BN, Melayu dah mula berubah dan faktor sabotaj sesama kawan dalam PH .... tungguuuu..!!

    Isu MP makan gaji buta dan klaim elaun sebagai MP tak tahan sejuk, keletihan pembangkang suka buat kecoh dah cukup untuk menang majority lebih dari 5K...

    Blom lagi skandal rasuah Menteri Pertanian 1.4 billion EXPO Tatoo dll ... awwwwuuuww bole kau tim majority 5K

    #bmf

    ReplyDelete
  12. Melayu Pagan aje yg terbuai dengan nostalgia..sedangkan wakil Umno sendiri menghadiri dan meraikan Parti Komunis Kerajaan China...Melayu Celik aje tidak akan termakan propaganda picisan untuk memperbodohkan Bani Melayu...sedangkan di TG Piai menyerlahkan sifat hipokrit yg mengaku sebagai pejuang Bangsa...Piiirah.
    PAKU DULANG PAKU SERPIH...Hihihikikikihahahakahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah PPBM kerana menang besar di Tg. Piai!!!


      Saya yang menjalankan amanah,
      HERMAN ADNAN

      Delete
    2. Bestnya situasi PH sekarang...elok hancur terus.

      Delete
    3. Orang yang lupa sejarah sahaja yang hidup penuh pura-pura. Orang yang tak pernah terantuk kepala akan sombong untuk mendongak.

      Delete
  13. Nama Parti UMNO pun menggunakan bahasa Inggeris...dasar Anjing Penjajah. Hihihikikikihahahakahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH=Parti Haprak

      Delete
    2. PKR=Parti Kongkek Rakyat

      Delete
    3. PPBM=Parti Pecah Belah Bangsa Melayu

      Delete
    4. Tak guna sesen pun kalau parti yg kononnya guna nama Bahasa Melayu tapi sanggup jilat punggung DAPigs! kikikiki kah kah kah kah koh koh koh koh!!

      Delete
  14. Tali Barut Inggeris...Hihihikikikihahahakahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tali parut Inggeris tak apa...jangan tali barut Dapigs macam Atok ko tu!!!

      Delete
    2. PornHub itu talibarua kominis!!! kikikikikurkurkurkurkur

      Delete
    3. Inggeris, mereka habis edah balik negeri masing2, tapi pendatang komunis tak mau balik2 ke tiongkok... muka tak malu!

      Delete
  15. CUKAI JALAN WAK JAHIT 35K SEMUA
    SATU BUGATI VEYRON DAH 31K GILEE..!!
    KAPAL LAYAR ANAK CUCU AGAK BRAPE..!?
    INCOME TAX RATUSAN COMPANY ANAK DAH BERES KE..!?


    ...ITU JER ISU YANG ADE...!!??

    #BMF

    ReplyDelete
  16. Ideologi komunis kini berkembng pesat dibawah kerajaan komunis DAP?

    Apa yang menteri2 tolol di kementerian dalam negeri dan pertahanan buat?

    ReplyDelete
  17. komenis ni dok tunggu peluang je nak singkir melayu & nak ambik alih negara kita.. tu pun ramai mahachai pornhub dok sokong lagi.. mangkuk ayon betui!!!

    ReplyDelete
  18. Kes yang sebegini kompleks sepatutnya diberikan masa beberapa bulan, tetapi mereka hanya diberi 11 hari sahaja termasuk Sabtu Ahad.

    Kesian! Rasa2 dah boleh agak pengakhiran cerita?

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.