TRANSLATION

14 February 2020

Tarikh Mahathir Serahkan Jawatan PM Kepada Anwar Atau ........

Selepas berjumpa Dr Mahathir, Anwar buat kenyataan mendakwa 'PAS, sekumpulan dari UMNO dan sebilangan kecil dari PKR sendiri' sedang dapatkan tandatangan menyokong Mahathir sehingga akhir penggal'.


Anwar dakwa Mahathir tidak terlibat. (Bagaimana dengan proksi Mahathir seperti Daim dan lain-lain?)

Mahathir didakwa akan lepaskan jawatan seperti dijanjikan, kali ini selepas APEC bulan November ini. Anwar sekali lagi merujuk kepada 'perjanjian Muafakat PH yang dimeterai pada 7 Januari 2018'.

Tapi sehingga ke hari ini, Anwar gagal untuk membuktikan tempoh dan tarikh sebenar peralihan kuasa itu. Kenapa Anwar Ibrahim tidak tunjuk klausa dalam perjanjian itu?

Siapakah 'sebilangan kecil dari PKR itu'? Azmin? Zuraida?

Perkara ini sangat penting untuk dijawab kerana bagaimana Anwar mahu meneraju negara sedangkan Anwar tidak mendapat kepercayaan daripada partinya sendiri?

Kekalutan Anwar mengeluarkan kenyataan selepas berjumpa Mahathir ini terjawab apabila ada sumber yang mengatakan bahwa Mahathir Mohamad sudah menerima sokongan untuk beliau memegang jawatan PM hingga akhir penggal.

Lebih daripada 130 ahli parlimen dilaporkan telah menandatangani Statutory Declaration. Mereka terdiri daripada parlimen PKR, PPBM, BN, PAS, Warisan, UPKO dan parti politik Sarawak. (simple majority : 112)

Logik analisa laporan di atas dipersoalkan dan siapa lagi yang percaya dengan sebarang janji puak PH-DAP ini termasuk janji Mahathir?

Ada beberapa tarikh yang menarik dalam jigsaw puzzle politik negara ini :
21 Februari 2020 - Mesyuarat Majlis Presiden PH di mana Anwar kata 'perkara ini' akan dimuktamadkan. Apakah 'perkara ini'? Tarikh peralihan kuasa atau cuma gertak murahan sahaja?
9 Mac - 16 April 2020 - Sidang Dewan Rakyat. Kemungkinan besar, usul PAS untuk buat undi percaya tidak akan lepas pun pada sidang Dewan Rakyat ini.
Ada 2 lagi sidang Dewan Rakyat iaitu 20 Julai - 27 Ogos dan 28 September - 19 November. Undi percaya mungkin akan diusulkan semula pada sidang tersebut.
Kita jangka, tiada tarikh atau jangkamasa yang tepat akan diumumkan pada 21 Februari ini. Kalau ada pun cuma 'selepas APEC 2020 pada bulan November ini'.

Tetapi, jika Anwar Ibrahim sudah memberi ultimatum untuk hanya sanggup menunggu untuk tempoh 6 bulan sahaja (sehingga November), tarikh peralihannya selewat-lewatnya bulan Disember ini. Manakala tarikh peralihan itu perlu diketahui dan diumumkan selewat-lewatnya sekitar bulan Mei ke Ogos ini. Dan Mahathir sepatutnya sudah mula bercuti 1-2 bulan sebelum tarikh serah jawatan itu supaya peralihan berjalan dengan lancar.

Selain daripada bertambah kurang minat dan sokongan kepada Mahathir, peralihan kuasa (jika berlaku) juga akan menyebabkan polisi-polisi besar negara akan berubah.

Maka kehadiran Mahathir di APEC bulan November ini hanya sekadar tuan rumah sahaja dan tidak banyak bercakap tentang polisi negara. Ianya kerana Anwar yang akan menentukan nanti bukan Mahathir lagi, itu pun jika 'janji' Mahathir bukan seperti janji manifesto PH yang palsu.

Kebetulan pula, isu 'perubahan polisi' negara ini juga yang menyebabkan berlakunya ketegangan di antara Mahathir dan Anwar sebelum ini!

Pada Mei tahun 1997, Mahathir ambil keputusan untuk bercuti selama 2 bulan dan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri. Alasannya ialah 'sebagai satu peluang baik untuk Mahathir memerhati bagaimana Anwar menjalankan tugas kerana Mahathir bercadang untuk bersara pada tahun 1998'.

Berlakulah Krisis Kewangan 1997 - 1998 dan ekonomi negara menjadi gawat. Mahathir pula tidak senang dengan polisi Anwar yang pro-IMF and the rest is history. Anwar dipecat, didedahkan segala aktiviti songsangnya oleh Mahathir dan disumbat ke dalam penjara.

Ironi, hari ini negara juga sedang berhadapan dengan satu lagi krisis ekonomi! Pertumbuhan ekonomi Malaysia paling rendah sejak 10 tahun lalu dan bertambah teruk dengan barisan kabinet PH-DAP yang tidak efesien langsung dan kaki belit.

Selepas APEC bulan November dan jika panjang umur lagi, Mahathir boleh sahaja guna alasan yang sama iaitu beliau 'terpaksa' sambung memegang jawatan PM hingga akhir penggal kerana 'situasi krisis ekonomi' yang tidak mengizinkan.

Dan Anwar terus gigit jari lagi setelah 21 tahun teringin jadi PM, lebih-lebih lagi jika parlimen dibubarkan.





19 comments:

  1. oitttt...nak harap umno...penuh dgn perasuah dari najib hingga jkkk..nak harap pas...penuh dgn puak bergaya dgn merc baru walaupun rakyat dan negeri kelantan penuh dgn cerita kemiskinan...nak harap pkr penuh dgn video2 songsang...rasanya pada pru 15 nanti...kalau ada lembu atau tunggoi kayu jadi calon...baik pakat2 pangkah lembu atau tunggui kayu...kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak. Dengan mat sabu kata Madey kepala perompak & Dap kata Madey hantu nombor 1 negara.

      Delete
    2. Aku tak hairan kalau Matdey Kutty tu panjang umur...Mamak dan Lim Kit Sial ni akan bercakaran satu hari nanti...tak caye tengok le!!!...munge2 dulian dah mula nampak...

      Delete
    3. Siapa yang tak bercakaran. Pak Sheikh dengan Lobai Hadi pun sama.

      Delete
    4. Najib songlap berbillion dari 1MDB, Umno dah out lah. Najib masukkan RM90 juta ke akun bank pemimpin2 PAS, PAS juga dah out.

      Tinggal PKR dan Bersatu. Aku pilih Bersatu.

      Delete
    5. anon 2.13 ehh MAHAPEROMPAK NEGARA ko nk buang mana? itu gelaran madey punya! ko punye kuat membarua mempromosikan pakatan anjing nasional amatlah ketara.. bersato yg dah nakmampos.. pgayr utk peminat dna pencinta semburit..ko komen la ko geng itu..
      yg pasti UMNO NAJIB MN makin kuat. buktinya siri PRK dan hubungan DSN dgn rakyat. Madey? oleekk... menang pun sbb MENIPU.. kah kah kah..

      barua terus membarua.. sorg2.. jilat kuat lg bro.. kpi msh jauh!

      Delete
    6. oitttt...rasanya berjuta najib bagi kat hang...rosmah pun tentu bagi beg dan jam beratus ribu...baru padan dok jilat najib...berbaloiii...anak bini senang nanti....

      Delete
    7. antara najib dan rosmah...sapa akan mereput dlm penjara dulu..kah kah kah

      Delete
    8. Sebelum dia mereput ...ko dah padam dulu!!!...mana tahu....

      Delete
    9. mat det tu...kalau betui dia maha perompak..curi duit rakyat mcm najib..ada bukti dan fakta..dah lama mat det kena masuk penjara..lama dah masuk dalammmm....yelekkkkk...belemoih ayaq lioq hangpa dok tuduh dia...bukti..ayaq lioq hangpa ja...

      Delete
  2. jho lo yg untung..REMBAT duit die pon hilangggFebruary 14, 2020 at 5:53 PM

    ADOIiii laaaa

    ANUAR akn d knang sbgai MANUSIA yg "paling lame" kene KENCING d atas mukabumi niii..

    hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau watak peribadinya ok, tak kena kencing sangat.

      Delete
  3. Kutty bukanya xingat nak bersuara AWAL,
    nak bagi nek jah pangku, maklonglah blur nya masih belum surut2. Ppsmi dah beres
    Hasilnya terciptalah KAMBING HITAM.
    Pedajai mainkan UMNO belum berhasil lagi
    Kerja mcm nak MAMPOS 18jam sehari masih
    membara DENDAM KESUMAT.
    Kononya 2 juta pelancung TMM 2020 tinggal mimpi negeri dek CONERVIRUS.
    KENCINGKAN rakyat belum toskan lagi.
    Pendek kata oiiiiitttt... mana boleh bagi Penjubo Peluang... Ikat TEPI ajele.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro.. Org Islam lain ni kbykan makin tua makin lemah dr jahat atau semakin jadi baik sbb Tuhan nak kembalikan dgn ruh yg direhdai.

      tp berlainan dgn si KUTTY sekor ni, lain mcm JAHATnya, keras hatinya luar biasa...makin tua makin LICIK MENIPU, MENYAMUN mungkin sudah tak kencang sgt mcm pm4 dulu, tp buat JAHAT lain masih kencang. Dosa lama entah mcm mana dia nk minta ampun maaf pd org2 yg dia dh khianati, terbunuh dan diainaya,

      Plg tak tahan macai barua masih mendewakan madeypundek kuttylanat ni tanpa sbrg justifikasi sah. sewel mahacai

      Delete
  4. Macam mana nak ikat tepi .. tak cukup panjang, Bang.

    ReplyDelete
  5. oitttt...rakyat malaysia kaya2 dah..duit berjuta dan berbillion...mcm rosmah dan najib...pi main jauh-jauh..

    ReplyDelete
  6. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete
  7. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete
  8. If you're attempting to lose kilograms then you certainly need to jump on this brand new custom keto diet.

    To create this keto diet service, certified nutritionists, fitness trainers, and professional chefs joined together to provide keto meal plans that are productive, decent, price-efficient, and enjoyable.

    Since their grand opening in early 2019, hundreds of clients have already transformed their figure and well-being with the benefits a professional keto diet can offer.

    Speaking of benefits; in this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones offered by the keto diet.

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.