Sunday, January 26, 2020

Terbaru! Status Coronavirus di Malaysia, China Dan Dunia.

Kematian akibat wabak Coronovirus di China meningkat kepada 56 orang dengan lebih 2,000 dijangkiti di seluruh dunia.


Selain negara Malaysia, berapa kes juga dikesan di Thailand, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Vietnam, Singapura, Nepal, Perancis, Australia dan Kanada.


Satu perkara yang kita perlu tahu tentang novel corona virus atau 2019-nCoV, incubation periodnya iaitu tempoh terdedah dengan penyakit itu hingga simptom mula dikesan ialah sehingga 14 hari.

Maksudnya, warga China masih boleh masuk ke negara Malaysia tanpa sebarang simptom seperti demam dan tidak dikesan oleh thermal screening di entri ke Malaysia seperti lapangan terbang.

Ini yang terjadi di Singapura apabila satu famili boleh masuk negara itu pada 20 Januari mungkin tidak dikesan di airport.

Tetapi kemudiannya, Atok umur 66 tahun itu didiagnosis positif corona virus.

Yang menimbulkan tandatanya, nenek dan 2 cucu mereka dapat masuk ke negeri Johor pada 23 Januari.

Apa yang terjadi di imigresen Singapura?

Sekarang, 3 orang ini di dapati positif corona virus dan sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, Pusat Rujukan Penyakit Berjangkit Kebangsaan.

Begitu juga seorang lelaki, 40 tahun yang berasal dari Wuhan, China. Beliau masuk melalui Johor Bahru pada 22 Januari 2020 dengan menaiki bas dari Singapura bersama sekumpulan pelancong warga China.

Kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang disyaki dijangkiti coronavirus, bersama ibu dan bapanya juga telah ditahan polis. Mereka enggan masukkan anak mereka ke wad kuarantin di Johor

Mereka ditahan sebaik sebelum mereka menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, untuk ke Guangzhou, China.

Sehingga hari ini,
1. Berapakah jumlah pelancong negara China yang masih berada di negara kita?

2. Apakah ada di antara mereka berasal daripada Wuhan dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya?

3. Apakah mereka sudah dikenalpasti lokasi mereka dan tahap kesihatan mereka?
Segala persoalan di atas perlu dijawab dengan telus oleh kerajaan PH untuk memastikan rakyat tahu lokasi orang ramai yang perlu dihindari.

Banyak lagi yang perlu dibuat dan perlukan kerjasama pelbagai kementerian bukan kementerian kesihatan sahaja. Ianya turut melibatkan pihak berkuasa seperti imigresen, polis dan agensi kerajaan.

Setakat ini, masih tiada vaksin untuk cegah coronavirus.

The Chinese Centre for Disease Control and Prevention (CDC) telah mengumumkan usaha untuk mengenalpasti vaksin.

Begitu juga the Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) yang akan menaja penyelidikan di University of Queensland, farmasi Inovio di Amerika Syariikat dan perusahaan bioteknologi Moderna.
Our aspiration with these technologies is to bring a new pathogen from gene sequence to clinical testing in 16 weeks – which is significantly shorter than where we are now - Richard Hatchett, CEO of CEPI.
Bagi kita pula, prevention is better than cure.

Buat masa ini, jauhilah daripada possible contacts dan jaga kesihatan anda.






20 comments:

  1. Replies
    1. Bagi kita pula, prevention is better than cure. Buat masa ini, jauhilah daripada possible contacts dan jaga kesihatan anda.

      Ok Dr Novandri.

      Delete
  2. WMD WUHAN eksport terkini.Rilek je KERA
    jaan hari ini.Bukanya nak diambil tindakan kecemasan, malahan yg kepoh
    hanya pelingkup negara atau Penjubo negara yg difikirkan.
    oiiittt... lawak gila babi

    ReplyDelete
  3. Habis la kalau macam ni kalau KERAjaan masih biarkan pelancong cina masuk secara besar2an, tanpa kawalan!

    Penyakit asal Wuhan, China ini masih tak punya ubat? Nak develop ubat mungkin ambil masa sebulan, setahun atau sepuluh tahun. Saintis tengah pening kepala?

    Kerajaan pula ambil mudah, setakat saran pakai tutup mulut sahaja rakyat pun tahu! Menteri kesihatan buek apo?

    Selsema BABI pun tak settle2 lagi dah masuk pula virus yang lebih BERBAHAYA! Habis la!

    ReplyDelete
  4. Elakkan mengunjungi tempat2 awam, pasaraya2 atau majlis2 perayaan.

    Koronavirus MEMBUNUH!

    ReplyDelete
  5. Rakyat Cina sedang mengEXPORT virus koronavirus keseluruh dunia dalam skala besar2an dan menyeluruh?

    Habis la!

    ReplyDelete
  6. Dimana ada pelancong China, di hotel2, di airport2, di pasaraya2, di taman2 tema atau dimana2 sahaja, disana ada potential wujudnya virus KORONAVIRUS! Ianya tersebar?

    Ayuh bersuara Malaysia Baru!

    ReplyDelete
  7. Sejak akhir2 ini hanya Health Director-General Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang muncul dikata2 TV atau media2.

    Disaat2 kritikal bergini, Menteri kesihatan la yang patut buat statement?

    ReplyDelete
  8. Hong Kong dan China istihar darurat..Filipina usir pelancong dari China..Indonesia membatalkan semua perbangan keluar dan masuk dari wilayah Wuhan dan beberapa daerah lain di China yang berisiko tinggi..

    Britian sedang memburu pelancong China yang masih ada dalam negaranya..Russia dah sekat terus kemasukan pelancong China ke negaranya..Malaysia beri visa percuma dan alu alukan kedatangan pelancong negara China..

    Inilah kerajaan paling bangsat pernah negara ada..Dari PM sampai Menterinya..pembawa bala..Tak salah kalau kami katakan..Anda kerajaan gila..yang pertaruhkan nyawa rakyat dan hanya pentingkan diri..

    Woi..2020 bukan lagi Tahun Melawat Malaysia..

    2020 patut diistihar TAHUN SIAL MALAYSIA..

    ReplyDelete
  9. oitttttt...biar pakar2 dan dr2 pakar ja yg handle les ni...hangpa pi main jauh2..pm.dr..tpm..dr..menteri kesihatan..dr...depa lebih arif..harap novandri..takat cek tekanan darah tinggi boleh la.pi main2 jauhhhhh....jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tpm, pm, menteri kesihatan sangat arif kpala hotak hang.. kalau boleh, biar lh pm, tpm, menteri2nya & mahacai dulu kena virus ni, baru padan dgn muka diaorg.. haha tapi xpakan.. wabak corona virus ni bukan serius pun.. kata mahacai ph. haha

      Delete
    2. Cai,

      Wan Azizah tu apa yg dia tahu? Kahkahkah...

      Delete
    3. Thank you Dr Novandri

      Delete
    4. kehkehkeh...

      Anon 11.54...si Jijah kaki kipas tu dapat jadi TPM sebab Matdey Kutty nak jaga hati Bang Non je...

      Delete
    5. Menteri2 PHancing paling penakut.. rakyat dibiar dlm bahaya..

      Delete
  10. Koronavirus: Presiden China beri amaran situasi sangat serius - Sinar Harian!

    Menteri cap ayam hancing masih biashe2... semua ok ok saja?

    ReplyDelete
  11. Gabungan corona virus de WUHAN dan maha
    virus de malaysia akhirnya bukan sahaja
    menghancurkan malaysia malahan dunia
    juga.

    ReplyDelete
  12. Aku C n P dari Laman Reformasi oleh wfauzdin.blogspot.com pro DSAI ...


    Selain itu peralihan kuasa itu juga demi membuka era dan dimensi baru Malaysia di mata dunia dengan ketuanya dipimpin oleh tokoh baharu dan bukannya oleh tokoh yang 'dikitar semula'.. aawwdduuhh...kikiki.!!

    Hakikat yang perlu difahami umum, dan juga oleh Dr Mahathir sendiri, beliau adalah PM yang 'dikitar semua'...aucchh..!!

    Dari satu sudut, kualiti PM Malaysia ini adalah orang yang diperbuat dari 'bahan sama' ..aawwuuww..!! yang mana tidak banyak mempunyai perbezaan dengan PM sebelum ini, Dr Mahathir...!!

    Tidak perlu 'dipakai atau dicat dengan apa-apa warna'..ishh..ishh..!! kepada Dr Mahathir ia tetap hakikat atau tokoh sama. Lantaran orang menanti kemunculan dan juga penanganan oleh seorang perdana menteri yang fresh. Orang mahu melihat dan menanti apakah perubahan dan pembaharuan yang bakal dilakukan oleh Anwar.




    Aaaauucchhhh..!! ko rase...dah bring it on ke atau tak tuhhh...!!?


    kikikikiki...!

    ReplyDelete
  13. hadoiiiii... dr m dah sekat puak china masuk pulak dah...forest city mcm mana..cina2 tu nak mai tenguk rumah depa siap ke belum....esok2 kalau ada kes lagi di china..depa boleh mai duduk di rumah depa di forest city....cerdik sungguh ýg lulus buat firest city ni....

    ReplyDelete

  14. ayo daftar di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi dalam blog ini, sila emelkan ke drnovandrihasan@yahoo.com

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila komen dalam blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Blog ini juga tidak bertanggungjawab di atas mana-mana komen di dalam blog ini.