Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Thursday, August 07, 2014

VIDEO SIDANG AKHBAR PKR KECOH & ANWAR ZALIM MEMALUKAN !!

Laporan blog Minaq Jinggo :
Betul kah ini cubaan sabotaj ? Kenyataan media yang dibaca Zuraida Kamaruddin berbeza dengan salinan yang diedarkan kepada wakil media. Apa yang bezanya ? 

Wednesday, August 06, 2014

ANWAR PELIK ! KHALID IBRAHIM KENA TAPI @CMLIMGUANENG TIDAK !

Artikel yang menarik untuk dikongsi dan untuk Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng DAP jawab, itu pun kalau berani. 


TERKINI ! KHALID IBRAHIM BUBAR DUN SELANGOR ….

1. Kita baca laporan di bawah : 




"Anwar tidak perlu sibuk untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sebab Khalid sendiri telah bermesyuarat akan membubarkannya pada masa terdekat."

Tuesday, August 05, 2014

KRISIS MB SELANGOR : ORANG KANAN ANWAR PUJI UMNO !

Tentu berdesing telinga dan kepanasan semua pencacai Pakatan Pembangkang apabila orang kanan Anwar memuji tahap disiplin yang tinggi oleh ahli Majlis Tertinggi UMNO.


Monday, August 04, 2014

APABILA ANWAR JADI BEGITU GHAIRAH ….

Sebelum ini MiM telah menulis satu artikel tentang video terlarang yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. KLIK SINI


Sarkas perebutan MB Selangor sesama Pakatan Pembangkang yang memualkan rakyat tentu mengingatkan kita kepada satu video Chegubard tentang Anwar Ibrahim.

Sunday, July 06, 2014

ANWAR MALU BESAR DITEMPELAK RAKAN SENDIRI !

Anwar Ibrahim ditempelak oleh rakan politik sendiri!


Sunday, January 01, 2012

Bongkar Lagi ! ABU Anwar Ibrahim Hancur Jadi Debu!!


MiM sangat bersetuju dengan pandangan di bawah mengenai tindakan segerombolan pencacai pembangkang yang menjaja moto A.B.U bertujuan untuk menimbulkan 'kebencian' kepada parti UMNO.

Tetapi MiM difahamkan bahawa A.B.U sudah mula diketepikan dek kerana modus operandi 'membenci' yang tidak disenangi oleh rakyat termasuk penyokong-penyokong parti pembangkang sendiri.

Mereka mengatakan bahawa apakah pihak yang melaung-laungkan A.B.U itu sudah cukup sumbangan bakti mereka kepada rakyat selama ini, jauh lebih banyak daripada parti UMNO?

Jika tidak, lebih baik pihak itu jangan gunakan kaedah 'membenci' tetapi sebaliknya buktikan kepada rakyat bahawa mereka lebih baik dari segi usaha dan sumbangan mereka.

Bagi MiM, cadangan di atas mengundang kesulitan kerana penggerak A.B.U memang tiada sumbangan yang signifikan selama ini kepada rakyat!
Asal benci UMNO, Asal bukan UMNO… kalau masih guna strategi sama, apa terjadi kalau rakyat tidak lagi membenci UMNO?

Kita tidak boleh menjalin hubungan dengan rakyat berdasarkan kebencian. Perkahwinan berdasarkan kebencian tidak akan kekal lama. Asas kepada perkahwinan yang kekal dan berpanjangan adalah berasaskan cinta.

Kalau pengundi tak cinta kepada kamu dan kalau mereka bersama kerana benci pihak yang satu lagi dan apabila perasaan benci mereka sudah tiada, tiada ada apa-apa lagi untuk kamu. Itu sahaja.

Ia asas yang rapuh. Pembangkang tidak mahu mendengar.

Di Pulau Pinang mereka berbalah, DAP lawan DAP, di Perak DAP lawan DAP, di Selangor PKR lawan PKR, Pas lawan Pas. Di Johor PKR lawan DAP, mereka bukan berlawan dengan BN tetapi berlawan sesama sendiri.

Anda rasa pengundi akan suka dan cinta kepada kamu. Malah pengundi beritahu saya bahawa mereka akan kembali kepada BN dan lupakan Pakatan - MM
Dan dek kerana program A.B.U. parti pembangkang semakin merudum dan tidak dapat sambutan malah memalukan jawatankuasa A.B.U itu sendiri, MiM menerima laporan bahawa telah wujud gerakan baru menambah malukan jawatankuasa
tersebut!

Foto di bawah sudah mula diedar-edarkan di dalam blogs dan Facebooks untuk counter balik strategi pembangkang:

Realitinya, konsep kebencian yang ditanam oleh parti pembangkang pasti gagal untuk menarik sokongan rakyat!

Thursday, December 29, 2011

Pembohongan Terbaru Anwar Ibrahim & Pembangkang Tidak Kesampaian !!


Inilah masalahnya bila ada 'mulut puaka' yang main nak tuduh saja tanpa tengok kiri kanan konon dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diseleweng untuk tanggong kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr Muhammad Yamin Ismail Rabu mengeluarkan kenyataan menafikan berlaku penyelewengan dana zakat seperti didakwa oleh pembangkang.

Katanya MAIWP menanggung kos guaman bagi tiga responden yang dinamakan dalam tuntutan qazaf Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Selain Jamil dua yang lain ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain adalah penjawat awam.

"Justeru, adalah menjadi kewajipan MAIWP, sebagai pihak berkuasa agama Islam, untuk menanggung kos pembelaan sebarang tindakan guaman terhadap mereka," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau menjelaskan MAIWP mempunyai peruntukan khas daripada geran kerajaan untuk membayar yuran guaman.

Sejak 1993 hingga 2011 jumlah yang diterima adalah RM11 juta termasuk RM700,000 pada 2010 dan RM500,000 pada 2011.

"Tindakan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh merupakan punca utama yang mengheret ketiga-tiga responden dalam pertikaian di Mahkamah Syariah, sedangkan tuntutan dan dakwaan Ahli Parlimen berkenaan adalah tidak berasas sama sekali sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

"Justeru itu, disimpulkan bahawa keghairahan sesetengah pihak untuk menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam akan mengakibatkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan kerenah mereka yang tidak berkesudahan.


"Tohmahan yang sedang dihadapi oleh responden ketika ini juga boleh membawa kepada pertikaian di mahkamah dan mengakibatkan penggunaan wang yang sepatutnya disalurkan untuk kepentingan umat Islam," katanya.-agendaily 28/12/2011

Saturday, December 17, 2011

EKSKLUSIF ! Anwar Ibrahim Sudah Rancang Ke 2 Negara selepas Keputusan Liwat 9 Januari Depan!!

Pertama sekali, MiM tertarik dengan foto Anwar Ibrahim di dalam laporan HaprakahDaily. Daripada banyak foto yang lebih sesuai, portal tersebut memilih fot di atas dan dikaburkan.

Apakah ianya disengajakan untuk menunjukkan masa depan Anwar Ibrahim yang juga semakin kabur terutamanya selepas 9hb Januari depan? Kenapa?



Jika kita rujuk laporan tersebut, kita akan dapati bahawa Anwar Ibrahim sudah mempunyai perancangan di hari penentuan kes liwat beliau. MiM cuba search 'kempen menentang rasuah' seperti yang didakwa suspek liwat tersebut tetapi gagal.

MiM juga cuba tweet @rajmohangandhi. Ada di antara anda yang tahu?


Apakah benar ada 'kempen' tersebut atau Anwar Ibrahim sekadar mahu menunjukkan kepada penyokong beliau beliau kononnya dihargai di luar negeri dan berlaga bahu dengan anak Mathama Gandhi sebagainya.

Kemunculan Anwar Ibrahim 'dijemput berucap' di Turki bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan. Ianya lebih kepada 'you scratch my back I scratch your back' atau 'old buddies' BACA SINI

Dan kepada Anwar Ibrahim, janganlah berlagak dan bercakap besar kononnya 'Kalau boleh hina Anwar di Malaysia tidak dimata dunia'!

1. Ini bukan isu 'hina' tetapi isu kejijikan moral seorang pemimpin beragama Islam yang tidak dapat mengawal nafsu songsang beliau. Orang ini pula berangan-angan mahu memegang pucuk tertinggi negara ini.

2. 'Mata' dunia yang kononnya 'tidak hina Anwar Ibrahim' adalah rakan-rakan karib beliau yang mengiktiraf seks songsang, golongan gay

Jika ingin tahu rakan-rakan karib Anwar yang songsang itu : KLIK SINI , KLIK SINI

Dan apabila Anwar Ibrahim menimbulkan nama Turki, apakah ada, walau pun slightest, kemungkinan Anwar Ibrahim akan meminta suaka politik dari negara tersebut?

Baca juga di bawah:

Sungguh hairan kerana jemputan ke Bombay dan Turki sudah diketahui begitu awal tetapi apabila Anwar Ibrahim kononnya mahu menunaikan umrah, beliau tetiba dijemput untuk ke program yang bertaraf antarabangsa. BACA SINI

Wednesday, December 14, 2011

GEMPAR ! Pelan 'Grand Design' Dalam Parti PKR Untuk Malukan Anwar Ibrahim!!


Semua sudah tahu tentang tindakan Ketua PKR Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Lim Boo Chang yang umum keluar daripada parti PKR berkuatkuasa serta-merta dan kembali menyertai parti Gerakan.

Anak Lim Chong Eu itu turut menerangkan parti PKR hanya indah khabar dari rupa sahaja, banyak wayang kulit dan bohong sahaja sama seperti Anwar Ibrahim.

Apa yang menariknya ialah portal Agendadaily mendedahkan bahawa perletakkan jawatan Lim Boo Chang hanyalah tip of the iceberg sahaja di mana makin dekat dengan tarikh pilihanraya, makin ramai ketua bahagian atau pemimpin akar umbi PKR akan umum keluar parti!

Di antara laporan Agendaily:-

Ada satu grand design yang diatur oleh sekumpulan ex-PKR untuk tarik kawan lama mereka keluar dari parti tersebut, sedikit demi sedikit.

"Ramai yang hendak tinggalkan PKR sebenarnya, di peringkat akar umbi, tapi mereka tunggu the right time, makin dekat dengan pilihanraya, makin ramai yang akan umum keluar," kata satu sumber yang tahu pasal move yang dibuat ini kepada Agendadaily.

Menurut beliau, kebanyakkan yang 'tunggu giliran' itu adalah yang 'bercalar' semasa pemilihan PKR tahun lepas.

"Bila kena atas kepala sendiri, mereka mula fikir balik mengenai Anwar Ibrahim, kes liwat, video seks, dan ramai yang sudah percaya, tapi mereka tunggu masa untuk 'ajar' Anwar,"katanya.

Dari apa yang dibayangkan sumber tersebut, nampaknya krisis kepimpinan akar umbi PKR akan menjadi lebih serius lepas sambutan tahun baru nanti.

PKR berpecah teruk dalam pemilihan parti tersebut pada hujung 2010. Pemilihan yang melibatkan semua ahli di semua peringkat itu menyebabkan ramai yang rasa tidak puas hati.

Beberapa ahli Parlimen dan ADUN PKR sebelum ini juga umum keluar parti dengan macam-macam alasan, termasuk MP Bayan Lepas Datuk Seri Zahrain Hashim, MP Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin, MP Nibong Tebal Tan Teng Beng, MP Wangsa Maju Wee Chog Keong, dan MP Bagan Serai Mohsin Shamsuri.

Manakala ADUN pulak Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong, Adun Lunas, Md Radzi Salleh, dan Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Selain itu, bekas calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim keluar parti bersama penyokongnya sebelum ambil alih sebuah parti lain dan tukar nama jadi parti KITA sebagai tempat baru penyokongnya.- OLEH HELME HANAFI

Friday, December 09, 2011

BUKTI ! Bloggers Pro-Pembangkang Di BALUN HINA Dalam Blog Rasmi Anwar Ibrahim !!

artikel amin khas dalam blog anwar.

Sebelum ini Amin Iskandar tidak berapa dikenali di dalam alam siber ini.

Walau pun mengaku sebagai seorang aktivitis dan blogger, nama Amin Iskandar tiba-tiba 'meletup' apabila mencuit blogger otai pro-UMNO iaitu Papa Gomo.


Maka, nama Amin Iskandar menjadi mekar di alam siber ini dengan pelbagai
pendedahan tentang latar belakang beliau.

Seseorang yang sebelum ini hanya picisan di belakang tabir menjadi popular hanya kerana mencuit blogger pro-UMNO.


Populariti singkat yang di'hadiah'kan oleh bloggers pro-UMNO itu turut memberi
kesan ke atas kedudukan Amin Iskandar di hati suspek liwat Saiful Bukhari iaitu Anwar Ibrahim.

Sebagai contohnya, artikel terbaru Amin Iskandar di siarkan khas di dalam blog Anwar Ibrahim !


Tetapi malang tidak berbau, di dalam keghairahan Amin Iskandar meniti dan menumpang kepopularan blogger pro-UMNO, beliau terlupa bahawa artikel beliau itu sebenarnya turut menghina bloggers pro-pembangkang.

Fitnah tentang anak DS Najib Razak di Australia baru-baru ini adalah satu contoh yang sangat jelas difitnah oleh bloggers pro-pembangkang.

Di antara artikel Amin Iskandar :-
Dalam keghairahan berjuang di alam siber, terdapat juga segelintir kecil yang menyalahgunakan Internet. Internet dijadikan medan untuk menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan pihak-pihak tertentu.

MiM : blogger pro-pembangkang mencipta fitnah.

Terdapat juga blog-blog yang menggunakan kata-kata kesat dan lucah untuk memaki hamun pihak lawan mereka. Fitnah direka untuk mensensasikan penulisan mereka.

Lebih aneh lagi, mereka-mereka ini berbangga dengan penulisan yang menggunakan kata-kata kesat dan lucah. Jika dikaji penulis-penulis sebegini kebiasaannya tidak berani mendedahkan identiti mereka.

Mereka berlindung disebalik nama-nama samaran yang pelik-pelik dan kadangkala lucu juga. Untuk membela tuan-tuan politik mereka, fitnah dan tohmah digunakan untuk mematahkan hujah lawan.

MiM : Anwar Ibrahim turut menyebar fitnah

Yang lebih pelik lagi apabila aktiviti sebegini dihalalkan oleh pemimpin-pemimpin politik yang tidak sedar satu hari nanti mereka juga bakal menjadi mangsa kepada penulis-penulis sebegini.
Artikel Amin Iskandar itu sangat jelas. Jika Anwar Ibrahim sendiri pencipta dan penyebar fitnah, begitu juga barisan penulis-penulis pro-pembangkang!

Amin Iskandar dan Anwar Ibrahim juga sepatutnya tahu bahawa fitnah ke atas bekas Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan juga dimulakan oleh bloggers pembangkang!

Di antara artikel Amin Iskandar :-

Baru-baru ini, bekas KPN difitnah di Internet — menggunakan gambar “super impose” yang mengatakan kononnya beliau berkahwin dengan seorang artis.

Penulis-penulis fitnah dan lucah terus berleluasa.

Aktiviti sebegini mungkin sudah tidak dapat dihentikan oleh kerana ianya telah menjadi budaya sesetengah pihak
MiM bersetuju dengan Amin Iskandar. Contoh fitnah TS Musa Hassan itu jelas menunjukkan bloggers pro-pembangkang kuat memfitnah!

Dengan contoh-contoh artikel Amin Iskandar yang disiarkan khas di dalam blog rasmi Anwar Ibrahim menunjukkan bahwa Anwar Ibrahim merestui Amin Iskandar 'membalun' bloggers pro-pembangkang!

Apakah bloggers pro-pembangkang akan berdiam diri daripada terus dihentam oleh Amin Iskandar, aktivitis yang popular kerana blogger pro-UMNO?

Mahukah?

Sunday, December 04, 2011

DEDAH ! Yang Di-Pertuan Agung Geleng Kepala Bila Tahu Pelan Sulit Anwar Ibrahim!!


Siapa sangka, Datuk Seri Najib hari ni telah memberi pujian tinggi melangit terhadap Si Ketua Penipu tu dihadapan ribuan para perwakilan UMNO yang hadir di PWTC.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Najib turut menempelak Si Ketua Penipu tu dengan menyifatkan "dia tak kuat sangat, tapi pandai berkokok macam ayam".

"Berkokok sana sini, bohong sana sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, main sini dan main sana," kata Najib sambil disambut gelak ketawa perwakilan.

Kononnya, kata Datuk Najib, Si Ketua Penipu ni kata 'kami juara'. Tapi dalam masa yang sama, parti sendiri pun masih kucar-kacir dan tak terurus.

Selain itu, Datuk Najib turut membidas dakwaan berkenaan Si Ketua Penipu itu akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang menyebabkan perwakilan bersorak 'boo'.

"Saya dengan Pak Lah masa tu, daripada mana dia cakap ni?

Saya tanya Yang di-Pertuan Agong pun baginda gelengkan kepala," katanya sambil tersenyum. seterusnya

Tuesday, November 29, 2011

Kenapakah Tun Dr Mahathir Mohamad Sanggup Di Hina Demi Mempertahankan Anwar Ibrahim?


Artikel daripada AIDC. Menarik !

Ianya tentang penjelasan Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Anwar Ibrahim!


Yang menariknya ialah tindakan Dr Mahathir Mohamad mempertahank
an Anwar Ibrahim walau pun mendapat pelbagai khabaran yang tidak enak mengenai Timbalan beliau.

Dan yang paling menarik ialah tindakan Anwar Ibrahim menyalahgunakan kuasa dan pihak polis ketika itu.

Dan sekarang, Anwar Ibrahim bercakap tentang salahgunakuasa dan sebagainya. Hipokrit dan munafik !

Di antaranya:-

Saya selalu membuat kenyataan yang sama sehingga akhbar-akhbar asing pun telah setuju tentang the annoyted assistant – apa nama – pengganti yang telah dikenal pasti oleh saya.

Selama ini pun, saya telah memberi sokongan penuh sehingga daripada masa masuk ke dalam UMNO sehingga menjadi Ketua Pemuda, Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden. Sepanjang masa saya beri sokongan dan mempertahankan apabila ada orang menangkis.


Banyak orang yang datang jumpa saya yang membuat macam-macam kenyataan termasuk percubaan memburukkan diri saya dalam dan luar negera.Tuduhan bahawa secara tidak langsung saya melakukan crony capitalism, hypnotism, cronyism, corruption dan berbagai-bagai lagi.

Apabila Zahid Hamidi membuat kenyataan yang sama, saya, semua ahli Majlis Tertinggi tahu bahawa saya membuat teguran yang keras terhadap Zahid. Kalaupun Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri membuat teguran yang sama di Johor, tetapi saya tidak tegur Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya salahkan Zahid.

Saya kata, apa yang dikatakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditujukan bukan kepada Malaysia dan bukan kepada saya tetapi kepada negara-negara lain.

Sepanjang masa sehingga Majlis Tertinggi mesyuarat agung pun saya membuat pendirian yang sama iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pengganti saya apabila saya berhenti.

Dan sebenarnya saya berhajat untuk berhenti tahun ini, tahun 1998.

Waktu tahun sudah, saya pergi bercuti dua bulan dan semasa itu saya serah pentadbiran kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan tidak ragu-ragu walaupun ada orang yang kata itu tidak bijak dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak setia kepada saya, saya tidak terima dakwaan mereka.


Perkara ini sepatutnya tidak membawa kepada apa-apa tetapi malangnya buku ini. Buku 50 Dalil ini dikeluar, ada orang bagi kepada saya satu salinan, saya tak baca, pasal saya anggap buku ini sebagai fitnah. Sampai sekarang ini pun saya tak baca.

Dr Mahathir diakui sangat rapat dengan pemimpin Palestin

Tetapi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri mengambil tindakan untuk mengambil apa nama internal…apakah (istilah itu) saya pun tak tahu, apa nama bahasa undang-undang ini. Dia cuba menyekat pengedaran buku ini.

Dan tindakan itu diambil sebagai satu tindakan criminal iaitu melapor kepada polis bahawa buku ini patut di ban kerana ianya mengandungi banyak tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri beritahu kepada saya bahawa dia mengambil tindakan ini dan saya kata “this is very tricky,” inilah perkataan yang saya guna.

Saya masih ingat “this is very tricky” sebabnya saya kata tricky adalah apabila sesuatu yang diserah kepada polis, maka polis akan siasat dan walaupun kalau tidak ada apa-apa.. tak apalah.

Tetapi kalau ‘ada apa-apa’ polis sebagai professional body akan siasat…Jadi itulah yang berlaku.

Polis membuat siasatan dan kemudian memberitahu saya bahawa tuduhan-tuduhan dalam buku itu walaupun tak semuanya benar, tapi ada yang benar. Mereka telah menyoal beberapa orang dan orang-orang ini secara sukarela, kata polis memberi maklumat dan polis memberitahu kepada saya apa yang diakui oleh orang-orang ini.

Saya mengaku, saya terkejut kerana saya tak sangka satu orang, satu kawan yang saya fikir begitu warak sekali boleh terlibat dalam kegiatan yang semacam ini SETERUSNYA

Monday, November 28, 2011

ALAHAI ! Anwar Ibrahim Al-Ketam Al-Flip Flop !



Artikel blogger Mesejj

Mesej  Anwar.

1)  Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kongres Tahunan Nasional Keadilan d i Johor memberi amaran kepada "pengkhianat" dalam parti yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum akan datang. "Dari awal saya kata kita akan saksikan pengkhianatan. Setiap pilihan raya kecil (ada wakil rakyat PKR) lompat. Dekat pilihan raya umum lagilah, harga kian naik,"

2) "Kalau khianat, terajang awal-awal. Jangan tolak ansur dengan pengkhianat. Kekuatan Umno hanya beli orang sebab dia ada wang. Wang apa? Wang rasuah. Kalau (semangat) kuat tak ada apa yang dapat patahkan kita.

3) Saya beri ingatan, setuju dengan lontaran setiausaha agung, jangan andaikan kerana mahu ke Putrajaya kita sanggup bertolak ansur di kalangan jentera," katanya lagi. Malah, beliau turut memberi amaran untuk tidak memberi peluang lagi kepada "orang yang tak layak" dan yang tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Kecewa

Setiausaha agung Saifuddin Nasution dalam ucapannya dengan berang menempelak wakil rakyat tertentu parti itu yang tidak dapat menghadirkan diri ke program berkenaan. "Saya kecil hati sebab ada wakil rakyat yang tak dapat datang. Kita tak boleh jadi wakil rakyat, ahli parlimen atau apa sekalipun tanpa platform parti. "Ada 365 hari setahun, bloklah tiga hari untuk kongres. Apa alasan tak dapat datang? Tak ada duit?

Ulasan

1) Anwar kecewa dengan kesilapan lalu. strategi 16 September ke Putrajaya telah gagal. misinya membeli calon BN dan yang lain-lain akhirnya tidak berjaya. Tentulah dalam PRU13 misi dan niat yang sama dipasang. Marilah kita tengok sama ada Anwar mampu melakukannya semula. 222 Kerusi pilihan raya 139 adalah milik BN. Sama ada jumlah ini akan berkurang atau akan bertambah kita tengok sama-sama.

2). Layakkan Anwar berbicara mengenai Rasuah? ......Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap. Tengoklah Anwar sendiri. SETERUSNYA

Sunday, November 20, 2011

PANAS ! Anwar Ibrahim Simpan 'Anjing-anjing Pencen' Pulak!


MIM merujuk kepada kenyataan YB Zulkifli Noordin terhadap pembohongan buku tulisan Syed Husin Ali bertajuk “Memoir Perjuangan Politik” yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim.

Syed Husin Ali mendakwa mendengar cerita yang kononnya Zulkifli Noordin meminta bayaran berjumlah RM60,000-00 untuk mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding.

Di antara artikel YB Zulkifli Nordin :-

Begitu terdesaknya Anwar Ibrahim sehingga terpaksa menggunakan khidmat “anjing-anjing pencen” untuk menyerang para pejuang kebenaran dan anti-kebatilan termasuk teman, YB Senator Ezam Mohd. Nor dan lain-lain.

Teman menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Syed Husin tesebut.

Sebaliknya teman ingin menegaskan bahawa Syed Husin sepatutnya lebih tahu apa yang dikisahkan beliau itu satu pembohongan kerana sebenarnya.

Syed Husin sendiri yang berjumpa dengan teman mewakili Anwar Ibrahim untuk menawarkan teman supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan menyatakan bahawa jika teman bersetuju mengosongkannya, Anwar berjanji akan menawarkan jawatan tinggi kepada teman didalam mana-mana GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000—00 sehingga RM60,000-00 sebulan! seterusnya

Anwar Ibrahim Berbohong Lagi!!


Anwar Ibrahim berbohong lagi! Rujuk video di bawah :-

Video : Pendedahan tentang Anwar Ibrahim!

Wednesday, November 16, 2011

Setiausaha Agung Besar Kepala Tapi Tak Ada Isi!

Pemimpin Pakatan Rakyat mahu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) memberi jawapan bertulis berhubung status permohonan mendaftarkan 'Pakatan Rakyat' sebagai parti.

Sehingga kini menurut Setiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, ROS tidak memberi jawapan hitam putih berhubung perkara itu kepada pihaknya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini, beliau berkata, jawapan dari ROS itu penting sebelum pihaknya mengemukakan permohonan baru.


"ROS mestilah keluarkan keputusan hitam putih terhadap status
permohonan terdahulu yang melibatkan Datuk Zaid Ibrahim.

"Kalau dia kata tolak, tolak...alasanya apa, Zaid tak anggotai PKR," katanya sambil menegaskan akan menunggu surat itu terlebih dahulu - HaprakDaily
MiM cuba merasionalkan kenyataan di atas tetapi sorry to say, ianya jelas menunjukkan kebodohan Saifuddin Nasution sebagai seorang Setiausaha Agung.

Jika merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman, permohonan awal PKR adalah terbatal secara auotomatik kerana Zaid Ibrahim keluar PKR pada November tahun lalu.

Perkara asas ialah 'permohonan terbatal secara automatik'! Maka, kenapakah seorang berjawatan 'Setiausaha Agung' tidak arif langsung tentang prosedur mudah lagi basic ini?

Di antara kenyataan Pengarah ROS,

“Dia (Saifuddin) sendiri pun tak faham bahawa bila Datuk Zaid tidak lagi jadi ahli PKR (pada 14 November 2010 setelah umumkan keluar daripada PKR) dan tidak ada kedudukan lagi dalam parti itu, maka permohonan itu terbatal dengan sendirinya.

“Bila tak faham, dia bising pada press (surat khabar). ROS tak boleh bagi kelulusan sebab individu yang memohon (untuk dibentuk gabungan) itu sudah meletak jawatan,” katanya.
Tetapi, jika merujuk kepada kecelaruan, baling kerusi dan pertikaian hangat tentang ketelusan dan kesahihan pemilihan PKR tidak lama dulu, tidak ada yang dapat kita harapkan daripada seorang Setiausaha Agung PKR bernama Saifuddin Nasution.

Parti sendiri pun kelam kabut dan penuh dengan penyalahgunaan kuasa!

MiM jangka isu ROS PR akan berpanjangan dan akan diperpanjangkan oleh PKR kerana mereka tahu DAP, PAS dan PKR tidak mungkin akan dapat disatukan dibawah struktur seperti Barisan Nasional (BN).

Semua orang tahu tentang kesongsangan itu kecuali Nasiruddin dan kepimpinan parti pembangkang yang lain.

Jika mereka diberitahu oleh ROS pun, mereka akan tetap melengah-lengahkan ROS PR kononnya setiap parti perlu mengadakan perhimpunan khas atau pun PR perlu kongres khas atau apa sahaja.

Saturday, November 12, 2011

PANAS ! Anwar Ibrahim Tentu Kecewa Bila Tahu Berita Ini!


Malaysian Insider melaporkan berita yang berpihak kepada DS Najib Razak dan bukannya Anwar Ibrahim?

Ianya sesuatu yang agak pelik kerana portal yang terkenal dengan putar belit ini dikenali sebagai pro-pembangkang! Dan yang lebih memelikkan ialah kenapakah negeri Pulau Pinang dan Kelantan tidak dijadikan sumber untuk survey tersebut?

Apakah Malaysian Insider berpaling tadah atau sengaja menimbulkan kemarahan Anwar Ibrahim di atas sebab-sebab tertentu seperti peruntukan wang atau sebagainya?

Apa-apa pun, survey yang diadakan sangat menarik serta pasti menjatuhkan moral jentera Pakatan Rakyat. Tetapi dalam masa yang sama, jentera Barisan Nasional jangan cepat berasa yakin kerana bukan Najib Razak seorang sahaja yang akan bertanding di PRU 13 nanti!

Dan jika calon-calon BN hanya bergantung kepada populariti Najib Razak, ianya tidak cukup untuk memastikan BN akan menang dengan selesa!

Sila baca di bawah :-

KUALA LUMPUR, 11 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih popular berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi lemah dalam membuat keputusan konkrit dan bukannya seorang komunikator baik, demikian menurut kajian kendalian PKR.

Najib dilihat positif oleh 53 peratus pengundi berbanding 38 peratus melihatnya secara negatif.

Hasil kajian diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan sebahagian besar sokongan bagi Najib datang daripada komuniti Melayu — sekitar 71 peratus melihatnya secara positif.

Pengundi-pengundi di Johor, kubu kuat  Barisan Nasional (BN), menyokong kuat Presiden Umno itu dengan 61 peratus melahirkan sokongan positif. Ia disusuli dengan sokongan di Perak (52 peratus), Selangor (49 peratus) dan Kuala Lumpur (47 peratus).

Berbanding Najib, Anwar mencatatkan sokongan positif daripada 40 peratus pengundi manakala 48 peratus melahirkan pandangan sebaliknya ke atas Ketua Umum PKR itu.

Hanya 32 peratus pengundi Melayu memihak kepimpinan Anwar, bekas timbalan presiden Umno. Seramai 61 peratus pengundi tidak mempamerkan sokongan memihak kepada beliau.

Pengundi-pengundi wanita nampaknya tidak memihak Anwar dengan seramai 53 peratus berkata demikian berbanding  47 peratus pengundi menyokong kepimpinan beliau.

Dalam pada itu paras kaum wanita Melayu yang tidak menyokong kepimpinan Anwar lebih tinggi iaitu 69 peratus.

Bagaimanapun Anwar mempunyai sokongan positif di kalangan pengundi Cina dengan 43 peratus melahirkan pendirian demikian.

Anwar juga diterima dengan baik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat — Selangor dan juga Kuala Lumpur (44 peratus) berbanding di Perak (38 peratus) dan Johor (35 peratus).

Anwar popular di kalangan mereka berusia 40 tahun dan ke atas (43 peratus) manakala Najib pula di kalangan mereka berumur 30-39 tahun (55 peratus).

Sementara Anwar popular di kalangan graduan dan bukan graduan, masing-masing 42 dan 40 peratus, Najib pula disambut baik oleh bukan pemegang ijazah (61 peratus) seterusnya

Friday, October 07, 2011

KANTOI Lagi ! Anwar Ibrahim Ciplak Jawapan & Tumpang Kredit !


Kelakar pula jadinya apabila Anwar Ibrahim terus melenting dan cuba memperlekeh-lekehkan Belanajwan 2012 yang dibentangkan hari.

Yang kelakarnya ialah beliau menciplak jawapan pro-BN dengan mengatakan bahawa Belanjawan itu tidak realistik dan merupakan satu lagi helah menjelang pilihan raya umum ke-13. Dah tiada modal ke?

Sebelum ini, ramai pihak yang mengkritik belanjamerapu Anwar Ibrahim dengan nada yang sama.

Anwar Ibrahim juga menuduh bahawa belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu sebagai “menjanjikan banyak perkara tetapi tiada perincian tentang meningkatkan pendapatan negara atau ketelusan”

“Ia tidak realistik. Amat jelas satu helah pilihan raya. Dalam 10 tahun lepas, anggaran pertumbuhan, defisit dan pelaburan asing sentiasa berbeza dengan angka sebenar,” kata Anwar.

Tetapi satu perbezaan yang sangat jelas ialah Anwar Ibrahim berjanji berdasarkan langit dan bintang tetapi Najib Razak merujuk kepada kapasiti beliau sebagai orang nombor satu negara. Banyak bezanya tu!

Ironinya, selain daripada Anwar Ibrahim menciplak jawapan pro-BN, beliau menuduh bahawa Najib Razak menciplak daripada belanjawan angan-angan Pakatan Rakyat yang dihebahkan 3 hari yang lepas.

Penggunaan perkataan 'ciplak menciplak' sudah tentu berkemundang selepas pembentangan Belanjawan tadi. MiM sendiri telah menulis mengenainya 2 hari yang lepas.

Rujuk artikel : Anwar Ibrahim ! Pakar Ekonomi...ooppss...Pakar Eko No Money !

Di antaranya :-
Kita juga tahu tujuan belanjamerapu di keluarkan 3 hari sebelum pembentangan bajet 2012 oleh Najib Razak.

Salah satu yang paling jelas ialah Anwar Ibrahim mahu mengambil kredit (walau sedikit) dan menghebahkan kepada dunia jika belanjawan Jumaat ini ada menyentuh belanjamerapu beliau.

Beliau akan mendabik dada kononnya kerajaan pusat mencedok ilham belanjamerapu beliau - 5/10/2011
Hairan kerana itu sahaja yang mampu diperkatakan oleh Anwar Ibrahim.

Friday, September 30, 2011

TERBARU ! Anwar Ibrahim & Hadi Awang Tidak Mewakili Orang Islam!

Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS memang terkenal membuat kenyataan yang mendahului akal fikiran beliau sendiri. Maksudnya, beliau akan bercakap tanpa berfikir dan selalunya tertempelak ke muka sendiri.

Yang terbaru ialah kenyataan beliau tentang keputusan Pakatan Rakyat menafikan hukum Hudud. Di antara laporan tersebut:-
Susulan mesyuarat Pakatan Rakyat kelmarin, PAS menegaskan yang menghalang pelaksanaan hukum hudud adalah Umno bukannya DAP — rakan komponen dalam perikatan mereka berusia tiga tahun.

Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, PAS mengakui DAP mempunyai pandangan berbeza dalam soal pelaksanaan hudud dan pendirian mereka dalam tidak menyokong sistem perundangan syarak.

“Akan tetapi, ini bukanlah perkara pelik kerana mereka bukan beragama Islam dan tiada tuntutan syarak ke atas mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sungguh memalukan apabila PAS Ketua Penerangan PAS itu cuba mengalih isu dengan menyalahkan parti UMNO padahal penafian hukum Hudud dilakukan sendiri oleh Pakatan Rakyat hasil konsensus yang turut dipersetujui oleh 2 wakil tertinggi beragama Islam iaitu Hadi Awang dan Anwar Ibrahim.

Video : 69 ! PAS respect DAP respect PAS Tapi DAP yang menang!


Dalam hal ini, 'bukan Islam dan tiada tuntutan syarak' tidak applicable lagi kerana Hadi Awang dan Anwar Ibrahim sendiri sebagai Islam telah tersungkur tersembam terpaksa akur dengan protes DAP.

Kenapakah Ketua Penerangan PAS itu sanggup menafikan kewujudan 2 wakil Islam vs 1 DAP ?

Maka, tuduhan total ke atas parti UMNO oleh Ketua Penerangan PAS itu jelas menunjukkan sikap hipokrit dan lalang parti PAS yang sudah tidak peduli lagi memperjuangkan kebenaran.

Rujuk laporan di bawah:-
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.

Malah, kepimpinan PAS terlalu naif dan bodoh sehingga mempercayai peluk cium dan senyum mesra kepimpinan DAP selama ini dianggap sebagai kejayaan parti PAS men'tarbiah'kan parti rasis tersebut!

Nik Aziz sendiri tertipu dan begitu konfiden dengan perubahan yang kononnya ditunjukkan oleh kepimpinan DAP. Tetapi akhirnya, beliau yang terpaksa mencuci ludah yang terpalik ke muka sendiri.

ARTIKEL TOP MINGGU INI.